Tuesday, April 28, 2009

Majlis Perwakilan Pelajar

seminggu ini saya terlalu sibuk,
sibuk yang amat sangat..
dengan kuiz, assignment, presentation,
study untuk final exam dan berkempen untuk pilihan raya kampus.
rezeki saya barangkali, setelah melalui berberapa proses, dugaan, ditemuduga itu dan ini nama saya tercalon sebagai salah seorang calon Majlis perwakilan pelajar (MPP).

kerana terlalu sibuk saya minta bantuan dari rakan rakan untuk berkempen bagi pihak saya. saya siapkan segala poster, flyers dan manifesto. alhamdullilah akhirnya esok 29 april 2009 hari mengundi. menang atau kalah saya terima sepenuh hati. sekurang-kurangnya saya sudah mencuba. walau saya agak tidak mempunyai banyak masa untuk berkempen tapi saya redha.

saya berharap andai saya di beri peluang duduk di atas kerusi YDP atau TYDP akan saya ushakan untuk tunaikan apa janji saya pada seluruh pelajar KLMU.

Monday, April 20, 2009

"taik judi"

semalam satu pengalaman baru saya lalui dan saya pelajari.
ia benar benar buat saya sedar dan bersyukur dengan apa yang saya miliki selama ini.
semalam 19 april 2009, saya berada di desa kundang, kuang sg buluh selangor. kawasan yang masih kekalkan ciri ciri kampung dan buat anak bandar macam saya, ia bagaikan satu keindahan dan ketenangan. ada ayam ada kambing dan rumah pun masih lagi rumah kampung yang sedikit sedikit cuba di cantik kan.

saya di tawarkan berlakon satu siri drama mengisahkan keganasan rumah tangga di sebabkan ketagihan suami yang suka berjudi dan minum arak. watak "mila" yang saya pegang memang mencabar. air mata jadi teman karib, sepak terajang jadi makanan saya hari hari. untuk mendapatkan wang saya terpaksa buat kuih dan jual tepi jalan.
tapi hasil jualan habis di kebas suami untuk berjudi dan mabuk. tidak di beri, penampar dan sepak terajang lah yang akan hinggap ke badan. habis lebam lebam badan kerana di pukul.

pada mulanya air mata yang mengalir adalah air mata palsu, air yang di sembur ke mata oleh make up artis. tapi bila scene demi scene saya lakonkan, bila di sepak terajang, duit di rampas, rantai di rampas suami dengan cara yang kasar, air mata saya terus mengalir kerana saya tahu itu semua bukan sekadar lakonan tetapi ianya memang terjadi dan wujud. saya dapat rasakan betapa pilunya hati isteri bila lelaki yang di puja dan di harapkan untuk bermanja sanggup membuat mereka menderita dan terseksa.

walau saya cuma berlakon tetapi hati saya rasa bagaikan ianya benar benar berlaku kepada diri saya. suami balik dalam keadaan yang mabuk, ketuk pintu macam nak roboh rumah, balik mengamuk ngamuk dan memukul isteri tanpa belas kasihan. air mata saya laju mengalir. kesian kan pada isteri yang bersuamikan kaki judi dan kaki mabuk begitu?

bila segala scene saya selesai, saya terus katakan pada runner yang saya mahu balik terus, maka sekitar jam 4 petang saya sudah di hantar balik. sepanjang perjalanan saya hanya diam. runner juga diam. saya termenung dan terfikir betapa hancurnya hati isteri-isteri yang di sakiti oleh suami yang tidak bertanggungjawab. maka saya rasa saya patut bersyukur sangat kerana saya di kelilingi oleh orang2 yang sayangkan saya, manjakan saya dan tidak pernah menyakiti saya. dan tidak semua isteri isteri ini dibelai manja dan di jaga sebaik mungkin...

p/s: insyaallah ia akan di tayangkan di RTM sekitar bulan julai 2009.

Wednesday, April 15, 2009

cantik bukan ukuran, baik bukan sandaran...

(mohon maaf andai ada yang terasa hati dengan coretan ini)

saya menjadi orang yang di beri kepercayaan dan di jadikan tempat bercerita serta meminta bantuan.
beliau seorang wanita yang sangat cantik, manis, lemah lembut dan tak jemu di pandang mata. kali pertama saya mengenali beliau sekitar 2005. orangnya kecil molek, matanya bulat, kulitnya cerah, senyumnya sangat comel. walau bertudung ringkas dan sering berbaju kurung namun beliau mempunyai daya tarikan yang tersendiri. saya sangat mengagumi kredibiliti dan penampilannya. pendek kata saya lihat beliau seorang wanita yang cukup sempurna. ada pelajaran, kerjaya, anak yang comel dan suami yang berkerjaya. di mata saya beliau cukup sempurna serba serbi.

terlihat juga kadang kala beliau di jemput suami dan anaknya selepas pulang bekerja. anaknya cuma seorang, perempuan tapi tersangatlah debab sehingga kalau saya jumpa anak dia saya pasti akan peluk peluk dan cium cium anaknya. comel sangat! anak beliau kalau nampak saya dari jauh mesti menjerit jerit memanggil saya. anaknya sungguh manja dengan saya. kalau jumpa saya tak lepas tangan saya di pegang dan kadang kala minta di dukung. aduhai... saya kira berat dia lagi berat dari saya! sekarang anak comel itu sudah darjah satu. kalau berjumpa saya sudah tak minta di dukung lagi. namun masih lagi memegang tangan saya tak lepas.

namun seminggu yang lalu beliau meminta bantuan saya. segera! saya sudah membantu dan akhirnya bantuan saya sangat sangat berharga buat beliau. hari ini kala saya berjumpa beliau, saya sekadar bertanya dan beliau meletakkan kepercayaan pada saya tentang masalah yang beliau hadapi. beliau dan suami dalam proses mahu bercerai. saya terkejut dan sedih dengan apa yang saya dengar namun saya tak mahu dia bersedih dengan apa yang di hadapi. saya cuma katakan.... xde masalah lah... u masih cantik dan cun! sambil tergelak saya katakan begitu. dan beliau tergelak dan bertanya betulkah beliau masih cantik? secara jujur dan demi allah saya katakan, beliau memang masih cantik walau usia sudah sekitar 34-35 tahun. mungkin kerana beliau kecil molek orangnya maka tak ketara sangat umur beliau sudah 30 lebih. sekali pandang macam baru berumur 28-29 tahun.

saya mahu bertanya lanjut namun saya diamkan dahulu, saya cuma tahu kes beliau akan di sebut pada jumaat ini dan anak perempuannya akan di jaga oleh beliau sendiri. sedih juga saya memikirkan nasib beliau. orangnya cantik, lemah lembut, solat tak tinggal namun kenapa sang suami sanggup melepaskan isteri sebaik itu? apa lagi yang mahu di cari oleh sang suami? apa tak cukup sempurna lagi ke isteri seperti itu? sukar bagi saya untuk mendapatkan jawapan...

jika di tanya pada lelaki yang cetek akal fikiran namun tersangat tinggi ego, mereka akan katakan jemu, sudah tidak sehaluan, badan isteri dah tak mantap dan jawapan yang paling best sekali adalah isteri "dah tak ketat". secara logiknya, isteri jadi begitu gara gara siapa? dan pernahkan para suami ini berfikir bahawa para isteri juga merasa suami mereka juga dah tak sama macam mula mula berkhawin? namun isteri terima dengan redha kerana itulah yang Allah jodohkan buat mereka dan zuriat mereka. dan cukup payah mahu terjumpa para isteri bercerita hal dalam kain rumah tangga pada kawan kawan walaupun teman karib sendiri. namun berbeza dengan para suami yang kebiasaannya bercerita sesama teman teman sama ada secara sedar atau pun tidak sedar.

biarlah isteri secantik bidadari pun, sebaik Aisyah Abu Bakar Al-Siddiq sekali pun, namun jika sang suami seorang yang buta mata dan buta hati, maka mereka akan melukakan juga hati wanita yang pernah tidur sebantal dan rela hidup susah dan senang bersama mereka. sesungguhnya walau cantik mana seorang isteri itu, sebaik mana pun mereka, itu bukan jaminan untuk tidak di tinggalkan atau pun di ceraikan.
lelaki bagi saya tak pernah puas dengan apa yang di miliki lebih lebih lagi bab yang berkaitan nafsu pada perempuan. cuma ada sesetengah lelaki bijak menangani gelora nafsu kerana berfikir mengguna akal yang waras bukan menggunakan nafsu yang buas.

buat kenalan saya itu saya berdoa semoga Allah akan permudahkan segala urusan beliau dan berharap beliau kuat dan tabah mengharungi dugaan hidup. Insyaallah...

"jangan lah bersusah hati jika
tidak mendapat kasih manusia,
kerana ia tidak abadi dan tidak sejati.
namun ketagihlah cinta Allah,
carilah kasih dan sayang-Nya,
kerana ia kekal abadi lagi sejati..."

Saturday, April 11, 2009

Nasi Ayam Madu Farina


bangun dari tidur pagi tadi saya terasa mahu makan nasi ayam, tapi nasi ayam yang saya masak sendiri. ( angin rajin saya datang. hehe ) saya suka memasak. tetapi saya jarang memasak. ( dengan kata lain saya ni pemalas!) namun di sebabkan hari ini saya
rajin, maka saya ke kedai membeli bahan bahan untuk buat nasi ayam. habis juga dalam RM 50. kalau pergi makan di kedai dah tentu boleh makan di chicken rice shop dengan kos yang sebegitu. tapi sekali sekali best juga memasak sendiri. apa lagi bila memasak dengan rasa kasih buat orang orang yang di sayangi.

lebih kurang jam 11 pagi saya mula memasak dan kerana sudah lama tak buat nasi ayam, saya google juga di internet bahan bahan nak buat nasi ayam. takut takut ada bahan yang saya terlupa. lepas yakin segala bahan bahan dah cukup saya mula memasak. (tak ikut resepi yer, sebab saya kalau masak ikut satu persatu dalam resepi, sah sah tak jadi! hihi) lebih kurang sejam saya di dapur, terhasil lah nasi ayam madu farina. hehe. anak kesayangan saya yang mula mula kata tak mahu makan dulu, tapi bila di hidangkan atas meja makan, dia makan habis sepinggan sampai bertambah.

seronok juga saya bila sekali sekali masak sendiri dan masakan tersebut sedap! boleh buka kedai jual nasi ayam.

Thursday, April 9, 2009

di undang untuk menjawab soalan tag...

Apakah Nama Blog Anda Sekarang Dan Kenapa Anda Pilih Nama Itu?

WARNA WARNI KEHIDUPAN dan sebab saya pilih tajuk tersebut adalah kerana saya tahu hidup ini pebuh dengan warna warni.


Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

nurfarinaabdullah.blogspot.com dan timbul idea untuk guna nama tersebut adalah supaya bila orang taip nama saya terus keluar blog saya. senang kan? hehe


Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

Method saya menulis adalah ikut apa yang saya rasa mahu di kongsi dan apa yang telah saya lalui dalam kehidupan seharian saya. pendek kata blog saya ini macam diari tetapi diari yang saya izinkan orang lain untuk membacanya.


Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

sehingga saat jari saya sedang rancak menaip ini, tidak terlintas di fikiran atau hati saya untuk menghapuskan blog saya ini. di lain masa saya tak boleh nak komen lagi. hehe...



Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?

saya suka sangat singgah ke blog beliau, sebab blog beliau kadang kadang macam ASTRO. macam macam ada! dan saya suka membaca cerita cerita di blog beliau yang kadang kala buat kita tergelak membaca apa yang di rapekkan di blognya. (maaf ye pada tuan punya blog. ikhlas nie saya jawap!)



10 Person To Tag:

0- http://epelijau06.blogspot.com/

1- http://rozaroslan.blogspot.com/

2- http://markonahjambu.blogspot.com/

3- http://muhdkamil.net/kehidupan/

4- http://syiqaputerisepi.blogspot.com/

5- http://quill87.wordpress.com/

6- http://www.visioptometri.blogspot.com/

7- http://sirnik.blogspot.com/

8- http://www.ny-ushawan.blogspot.com/

9- http://kassim8888.blogspot.com/

Tuesday, April 7, 2009

4 dan 5 April...


"sedang menerima sijil dari Y.M Prof Di Raja Ungku A. Aziz"



"selepas acara convo"




MISS STARDUST OF THE NITE"



dua hari yang meletihkan,
di tambah pula dengan hati yang terkilan
perasaan sebak sering menganggu
air mata bergenang namun di tarik nafas dalam dalam
dan cuba telan segala kesedihan. saya cuba jadi kuat
dan terima segalanya.

4 april dari jam 3 petang saya sudah berada di dewan merdeka PWTC,
ada sesi raptai penuh untuk semua bakal graduan keesokan harinya.
agak ramai yang hadir dan beri kerjasama untuk kelancaran acara konvokesyen
esok. saya juga agak teruja dan gembira kerana berjumpa dengan teman teman sekuliah dulu. hampir jam 7 petang baru selesai semuanya.

malam sekitar jam 8 malam saya terus ke selayang rumah nenek, ada acara makan makan keluarga. namun saya agak tidak ceria dan keletihan. maka sekitar jam 10 malam saya sudah bertolak balik. sampai rumah sekitar jam 11 malam dan saya terus tidur kerana bakal graduan harus berada di PWTC selewat lewatnya jam 7 pagi keesokan harinya.
walau saya cuba lelapkan mata namun saya hanya terlelap sekitar jam 4 pagi. sebak dan sayu dalam hati saya hanya ALLAH saja yang tahu.

seawal jam 5:30 pagi pembantu rumah kejutkan saya dan saya terus bersiap siap dan sekitar jam 6:15 saya sudah bertolak ke PWTC. sebelum keluar rumah saya telan sebijik ubat tahan sakit sebab saya tahu saya demam dan sakit kepala.
saya pergi bersama orang yang saya sayangi, biar lah orang lain tak mahu hadir di hari saya terima sijil asalkan beliau ada bersama sama saya. saya pergi dengan hati yang sedih dan sayu. kala melihat teman teman lain bersama keluarga yang besar sebak menguasai diri. namun saya kuatkan hati dan pura pura bergelak ketawa. alhamdulillah, saya berjaya.

sekitar jam 9 pagi semua ibu bapa sudah duduk di dalam dewan, chancellor KLMU Y.M Royal Professor Ungku A. Aziz, Vice-Chancellor KLMU Dato' Idrus Mohd Satha dan bakal graduan di arak masuk ke dalam dewan. saya berjalan penuh semangat mengambil tempat duduk dan bermula lah acara konvokesyen ke 14 KLMU. graduan dari FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT adalah yang pertama akan mengambil sijil maka saya menaiki pentas sekitar jam 10 pagi dan kala nama saya di sebut hati saya rasa sebak, kala saya menerima skrol dari Ungku Aziz dengan ucapan tahniah dari mulut beliau, hati saya sayu. kala flash kamera berkelip kelip saya rasa bulu roma saya meremang. dan bila saya berjalan untuk ke tempat duduk saya kembali, pensyarah pensyarah saya menghulurkan tangan memberi ucapan tahniah, orang tersayang hanya tersenyum dan saya rasa saya sudah buat dia berbangga. itulah impian saya sebenarnya, mahu dia berbangga dengan saya. biarlah orang lain tidak pedulikan saya asalkan dia sayangkan saya dan berusaha mendidik saya menjadi orang yang berpelajaran.

acara selesai sekitar jam 1 tengah hari dan lepas bergambar dengan teman teman, pulangkan jubah jam sudah pukul 2 petang. saya bergegas pulang ke rumah, mandi dan berehat seketika. jam 3:15 saya bergegas ke PIZANTO DESIGN, MAKE UP & HAIR STYLE untuk bersiap bagi menghadiri acara makan malam graduan yang akan bermula sekitar jam 8 malam. kerana saya adalah model untuk PIZANTO maka pakaian dan gaya saya pada malam itu telah di taja sepenuhnya oleh pihak PIZANTO. hampir dua jam saya di rias dan hasilnya saya tampil bagai puteri cinderella dengan tema "STARDUST NITE".
mula mula saya agak tidak yakin dengan dressing yang saya tampilkan, namun saya kuatkan hati dan katakan ini adalah malam saya dan saya mahu gembirakan hati saya dengan kelainan. saya mahu ada kenangan manis untuk diri saya sebagai merawat kesedihan hati saya pada hari konvokesyen saya.

dari lif bawah PWTC saya naik ke tingkat 4 untuk ke dewan merdeka. sebaik pintu lif terbuka, flash kamera bertalu talu, terkejut juga saya. macam tahu tahu pula saya yang akan keluar dari lif. saya terus ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar kehadiran saya. tapi kelam kabut juga saya sebab semua hampir tak kenal saya dan bila tau itu adalah saya, berebut rebut pula nak bergambar. saya layankan saja sebab bukan selalu pun mereka akan nampak orang yang jadi ala2 cinderella atau pari pari ni. (hehe... tapi kelakar juga bila bdk2 dr cawangan lain beratur nak bergambar dan bila tgk hanya saya jer yg pakai pelik segan pun ada!) tapi saya enjoice!

acara bermula tepat jam 8 malam, macam macam acara ada, menari, menyanyi, cabutan bertuah dan acara yang di tunggu tunggu pun tiba... pencarian QUEEN and KING of the nite! ianya akan di pilih siapa yang datang mengikut tema iaitu " STARDUST NITE".
hasilnya ada 6 lelaki dan 6 perempuan yang layak untuk menyertai pertandingan tersebut. kesemua di panggil naik ke atas pentas dan peragakan baju yang di pakai.
kelakar juga masa ni, bila emcee katakan yang setiap seorang kena catwalk saya dah gelak. walau saya biasa dengan catwalk tapi malu juga.

dan kala pengumuman pemenang pakaian terbaik untuk perempuan di umumkan, saya hanya duduk diam di meja sehingga kawan kawan semeja bising mengatakan pemenang berada di meja mereka barulah saya naik ke pentas. di pakaikan tiara atas kepala, selempang yang tertulis " MISS STARDUST OF THE NITE", sejambak bunga dan beberapa hadiah sampingan, buat saya tak cukup tangan nak pegang. lucu pula rasanya. namun hati saya gembira sebab bukan senang nak merasa ala2 miss world! haha...

habis habis acara, sekali lagi saya di serbu kawan kawan untuk bergambar, time nak balik pun masih lagi saya di serbu sehingga saya lari. hehe... dah jam 12 tgh malam pun. saya pun dah letih. kalau ikutkan kepala kawan kawan silap jam 3 pagi belum tentu saya boleh balik!

sampai rumah sekitar jam 1 pagi dan saya betul betul letih. buka baju, buka segala tiara, selempang, rambut palsu dan mandi terus tertidur sampai ke pagi. mujur mujur kelas pagi saya di batalkan, maka tiada lah istilah saya ponteng!
sampai entry ini di tulis pun badan saya masih lagi lenguh lenguh. namun saya gembira kerana saya dapat lupakan kesedihan saya di hari konvokesyen saya.
saya gembira dan saya boleh terima yang saya masih lagi boleh bergembira walau tanpa kehadiran "dia".

Friday, April 3, 2009

hari tegang 2

hari yang buat hati saya makin tak menentu
jiwa saya makin kacau.
5 April makin hampir,
harapan saya makin pudar.

setiba di kolej sekitar jam 10 pagi saya lihat ramai orang,
depan library, lihat pada wajah saya yakin mereka bukan dari KLMU,
lihat pakcik makcik yang gaya pakaian yang lain dari kebiasaan yang saya lihat
saya tahu ini mungkin ibu bapa pelajar pelajar yang akan grad ahad nanti.

terlihat di pintu library, pendaftaran untuk convo.
saya berbual seketika dengan uncle george (guard) sambil mencari cari kad pelajar saya.
tak ada dalam beg, tak ada juga dalam poket seluar dan tak ada juga dalam beg uncang!
kemana pula hilangnya? saya mula gusar. dalam tu juga ada ic saya dan kad bank saya.

saya beratur juga untuk pendaftaran convo sambil berfikir di mana letaknya kad saya. seingat saya semalam saya letak di dalam beg berserta 2 keping RM 50 dan beberapa keping RM 1. duit ada, kad tak ada. terjatuh ker? di mana? selesai mendaftar dan ambil jubah saya ke kelas, dalam kelas hati tak tenang. tiba tiba terlintas dalam fikiran, terjatuh dalam kereta. habis kelas saya terus ke pekeliling, mengambil kunci kereta dan... memang ia terselit di tepi kerusi. mungkin terjatuh waktu saya angkat beg. hati saya lega namun migrain yang datang. mungkin kerana terlalu risau ic hilang dan bercampur pula dengan angin amarah saya sewaktu di kolej.

dari pekeliling saya terus balik dan cuba untuk tidur lepas makan ubat tahan sakit namun hasilnya tak menjadi, kepala makin sakit. harap harap esok saya ok sebab esok saya sibuk dengan rehearsel convocation di PWTC.

hari yang tegang 1

hari yang buat hati saya makin tak menentu
jiwa saya makin kacau.
5 April makin hampir,
harapan saya makin pudar.

hari nie, 3 april seawal jam 10 pagi saya sudah selesaikan
pengambilan jubah dan pengesahan kehadiran untuk convocation day saya.
selesai mendaftar, saya ke tingkat satu untuk mengambil jubah.
melihat lihat pakej pakej gambar yang di tawarkan buat saya teruja.
dari pelbagai sudut. namun saya tidak berniat untuk mengambil pakej yang di tawarkan.
cina perempuan memujuk saya, saya katakan cukup sudah gambar yang akan di berikan oleh pihak kolej. 3 keping! namun apa yang di katakan oleh cina tersebut buat saya angin tiba tiba. hanya dua keping dan bukan tiga keping. dan bila di tunjuk kualiti gambar yang di ambil, memang buat saya rasa "cikai"nya! tanpa frame, tanpa logo dan ianya tak ubah seperti gambar yang kita cuci di kedai.

saya keluarkan surat convo yang di berikan oleh pihak kolej dan tunjuk kan pada cina tersebut tertera mengatakan 3 keping. sekeping 6r dan dua keping 8r. namun seorang cina lelaki mengatakan hanya dua keping saja dan tahun ini tak sama dengan tahun lepas. tahun lepas graduan dapt 3 keping gambar. apa bezanya?

dengan hati yang membara saya ke admin dan bertanya, seperti biasa semua seboleh boleh mahu lepas tangan, saya berjumpa vice presiden dan tak pasal pasal saya bertekak dengan VP hari ini. puncanya? puncanya kerana VP mengherdik saya dengan mengatakan hanya saya saja yang bising pasal gambar sedangkan pelajar lain tak ada pun datang bising bising. jawapan saya mudah! sebab pelajar lain masih tak sedar yang mereka telah di tipu.

RM 110 (pakej kolej) - hanya mendapat sekeping 6r dan sekeping 8r tanpa frame tanpa logo KLMU

RM 150 (pakej kedai gambar) - 2 keping 8r dan sekeping 6r siap frame dan logo KLMU dan 2 keping 6r tanpa frame dan tanpa logo KLMU

bagi pembaca semua, mana satu rasanya yang akan menjadi pilihan? cuma pakej kolej sudah di masukkan sekali dengan kos convocation iaitu keseluruhan berjumlah RM 290. saya merasakan terlalu mahal untuk dua keping gambar yang boleh di kategorikan sebagai "cikai" dengan harga RM 110. saya harap akan ada pelajar yang sedar akan perkara ini.

walau tadi VP menyelesaikan masalah saya dengan mengeluarkan duit poket beliau sendiri supaya saya mendapat gambar seperti apa yang tertulis di kertas, tapi hati saya tetap sakit sebab ada hampir 2000 graduan lagi yang tidak sedar akan perkara ini. kesian mereka kan?

buat VP, saya dah minta maaf dan saya bukan salahkan puan, kelancangan mulut saya menjawab adalah kerana saya tak mahu hak saya di perkotak katik kan. saya tak harapkan puan keluarkan duit poket puan sendiri untuk selesaikan masalah ini, tetapi saya lebih harapkan puan selesaikan masalah ini dengan pihak pengurusan.

Insyaallah, saya akan berjumpa kembali dgn beliau dan memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu beliau mungkin pening dengan hal saya tadi. tapi sebagai VP itulah yang harus di hadapi.