Saturday, March 28, 2009

saya dulu dan sekarang

saya adalah seorang yang baran,
saya adalah seorang yang cepat mengamuk,
saya adalah seorang yang cepat naik angin,
saya adalah seorang yang cepat beremosi,
saya adalah seorang yang cepat sedih,
saya adalah seorang yang cepat kesian.

itu lah saya!

sewaktu umur 8 atau 9 tahun kerana marahkan basikal yang saya naiki asyik nak terbalik, (belajar naik basikal sebenarnya)saya humban basikal ke dalam parit!

sewaktu berjalan jalan di THE MALL sekitar tahun 2000, saya tampar seorang lelaki kerana berkurang ajar. ( mungkin waktu itu pakaian saya over di mata dia)

sewaktu di jaga nenek, kalau saya tengah makan dan saya di tegur, saya akan buang nasi dan tak makan sampai di pujuk nenek.

sewaktu bersekolah jika saya di tuduh kawan kawan atau di katakan membawa cerita, saya akan bersungguh kumpulkan semua yang terbabit demi membersihkan nama saya balik.
(sampai ada satu kes ayah budak nie datang dengan seragam bomba. gigil2 juga saya sebab saya takut tengok orang berseragam)


namun saya juga adalah orang yang cukup mudah tersentuh dan sedih jika terlihat benda benda yang menyentuh hati. terlihat anak kecil yang terpaksa mengikut mak ayah mereka meminta sedekah cukup cukup buat hati saya tersentuh. melihat orang orang yang basah kuyup kena hujan kerana tidak berkereta, hati saya terusik. terdetik dalam hati "kesiannya mereka, nak pergi cari rezeki sampai basah kuyup"

itulah serba sedikit tentang saya. cuma saya makin sedar sekarang, sikap baran, cepat mengamuk dan naik angin makin hilang. usia mematangkan saya dan membuat saya mampu berfikir secara rasional. walau saya berdepan dengan tuduhan tuduhan yang tak berasas, saya mampu bersabar dan kawal rasa marah serta tak puas hati atas tuduhan
tuduhan tersebut. ( terdetik juga dalam hati saya, dah hilang rasa marah ke dalam diri aku nie?) tapi jawapannya tidak! hati saya sakit dan marah kerana di tuduh dan di syaki, namun fikiran rasional saya membantu untuk mengawalnya. alhamdulillah...
Allah membantu saya. buat semua pembaca, doakan saya terus di beri kekuatan dan kesabaran. saya berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelum. doakan yer.

Sunday, March 22, 2009

harapan di hari convocation

menghitung hari detik demi detik
adakah impian saya akan tercapai?
apakah harapan saya akan terlaksana?
adakah doa saya akan termakbul?
apakah "dia" akan muncul?

saya menanti tarikh 5 april 09 dengan rasa yang bercampur campur
teruja, seronok, gementar, sedih dan macam macam lagi.
saya teruja sebab akhirnya saya mampu untuk menyarung jubah yang tidak semua orang dapat memakainya, saya seronok kerana saya dah buktikan yang saya boleh berjaya dan ada pelajaran walau agak terlewat, saya gementar sebab ini pertama kali saya terima ijazah atas penat lelah saya belajar selama ini dan saya sedih sebab... sebab orang orang yang saya harapkan ada di hari tersebut mungkin tidak akan hadir.
semua macam tak ambil peduli dengan hari tersebut. ( saya kena belajar untuk terima yang saya tak punya keluarga macam orang lain )

cuma satu saja harapan dan perkara yang akan buat saya gembira jika "dia" dapat hadir pada hari tersebut. itulah doa saya, biar lembut hati "dia", biar Allah permudahkan segala urusan "dia" untuk sama sama hadir pada hari tersebut. walau hanya seketika namun saya rasa saya akan gembira dengan kehadiran "dia". buat semua pengunjung blog saya, doakan untuk saya yer? terima kasih...

Saturday, March 21, 2009

midterm, convocatioan & show

padat sungguh jadual saya 2 3 minggu ini.
sehingga 31 mac jadual saya sudah pun penuh.
dalam pada bertungkus lumus study untuk exam mid sem
rezeki mencurah curah. pada masa yang sama sibuk menguruskan
convocation saya bulan april nanti.

kerana kesibukan yang terlampau buat saya tak punya banyak masa
untuk post entry baru di sini, sehingga teman teman yang rajin menjengah
blog saya ini dah mula bertanya. saya tak punya waktu terluang di tambah pula
dengan ketandusan bahan untuk bercerita.

hari ini, saya di tugaskan untuk memperagakan busana bakal bakal
pengantin di maju junction,makanya sekitar jam 1 tengah hari tadi saya berlenggang lenggok lah di pentas untuk memperagakan rekaan rekaan terbaru dari PIZANTO butik.
walau hanya 4 baju yang saya peragakan, namun letihnya terasa. tambahan pula saya di seranag demam selsema. makin rumit saya mahu berjalan dengan air hidung yang terasa macam mahu meleleh saja. mujur doa saya di makbulkan kerana sepanjang bertugas hidung saya ok tiba tiba.

selesai pertunjukan, semua model di belanja makan oleh pereka fesyen- kelvin di kenny rogers. alhamdullilah. kenyang. habis makan bergegas ke butik di campbell complex untuk fitting baju yang akan di gunakan untuk pertunjukan pada 31 mac nanti.
sampai di rumah sekitar jam 6 petang. letih!

kerana selsema masih menyerang, saya makan ubat selsema dan melayan mata yang mula terasa kuyu. terlelap seketika dan itu sudah memadai buat saya bertenaga dan mengulangkaji pelajaran kerana esok - ahad 22 mac 09 saya ada exam kertas "academic writting". maka belajar lah saya sehingga jam 11 malam. setakat ini saya rasa yakin saya boleh jawab dengan baik untuk exam esok. harap harap pembaca entry ini doakan yang terbaik untuk saya esok yer. terima kasih.

itulah serba sedikit tentang jadual dan aktiviti saya sepanjang bulan ini. letih kan? exam, convo dan show. harap harap allah permudahkan segala urusan saya. amin...

Monday, March 9, 2009

ketenangan & Rm 38

hampir 3 hari dunia saya hanyalah sebuah bilik kecil, laptop, wifi, tv dan majalah.
keluar sebentar untuk ke klinik dan tekanan darah yang sering kali rendah menjadi tinggi. 185 untuk kali pertama, dan kali kedua turun 172. saya sendiri terkejut.
saya migrain, demam selsema dan ulcer mulut. puncanya? puncanya saya tak boleh lelapkan mata hampir dua malam. (masalah pribadi- usah di tanya kenapa)

doktor bekal kan antibiotik, ubat migrain dan ubat selsema berserta ubat tidur. dengan harapan saya boleh tidur. saya juga mengharapkan begitu. badan saya terasa lesu dan kering gara gara tidak tidur.

selama 3 hari terperap dalam bilik, saya hanya berbaring, berfikir dan membaca. saya akui saya tenang walau hati agak kosong dan sedih. kesedihan makin bertambah bila saya mahu bersolat, baru saya sedar yang saya tidak membawa kain sembahyang. masyaallah... hati saya sebak dan airmata saya menitis. bantuan seorang teman amat saya hargai kerana membawakan kain sembahyang untuk saya. kepada Allah tempat saya memohon agar diberikan ketenangan dan petunjuk.

dari tingkap bilik, saya boleh lihat dengan jelas LEGEND dan SERI PACIFIC hotel dan stesen LRT pwtc. sungai yang naik air minggu lepas jelas di depan mata. itulah hiburan dan ketenangan fikiran saya. melihat LRT bergerak adalah sesuatu yang melekakan.

hari ini saya terasa mahu berjalan jalan ambil udara segar di luar, bersiap ala kadar saya berjalan perlahan lahan menuju ke the mall. agak meriah. bermacam macam promosi sedang di adakan untuk bakal bakal raja sehari. tak sampai 10 minit tangan saya sudah penuh dengan segala macam kertas kertas promosi.

hajat hati mahu mencari majalah "ujang" (majalah nie biasanya akan saya beli bila dah habis exam atau waktu saya tengah di landa masalah)jadi berpusing lah saya dalam the mall mencari "ujang" mujur jumpa. lalu depan kedai bunga mata saya terpandang sekuntum "mawar merah". sebab semalam adalah hari wanita jadi saya beli untuk di hadiahkan pada diri sendiri. RM 6 saya dpt sekuntum mawar merah. cantik dan hati saya seronok sendiri.

ronda ronda sampai tingkat 3 the mall terlihat satu promosi tentang facial dan massage. normal price RM 168. tapi sebab hari nie hari cuti umum, jadi facial, massage badan dan terapi kaki hanya RM 38. murah kan? saya masuk bertanya dan pekerja di situ mengiyakan apa yang saya katakan. RM 38 untuk urut badan, facial dan terapi kaki? saya teruja. saya yang memang sedang tertekan bersetuju untuk bersantai santai di situ. jadi hari ini badan saya agak segar dari selalu sebab dapat berurut, cuci muka dan terapi kaki. terapi kaki guna ikan ikan kecil yang akan gigit gigit manja kaki kita. mula mula takut juga tapi lama lama rasa sedap pula. dengan suasana yang cantik dan nyaman buat saya rasa tenang.

balik bilik saya agak segar dan rasa lebih tenang. lepas bersolat maghrib saya duduk berselawat dan berfikir. hati saya sayu rindukan seseorang. ujian Allah turunkan pada saya terlalu banyak. dan saya akui saya bukanlah orang yang kuat dan tabah untuk mengharungi semua ujian yang datang. kadang kadang saya kalah! itulah saya.

usai solat isyak saya menadah tangan supaya urusan saya esok di permudahkan dan andai itulah bahagia yang telah ALLAH jadikan buat saya, insyaallah akan saya terima dengan hati yang ikhlas. buat semua yang membaca entry ini, doakan urusan saya esok di permudahkan yer. terima kasih

Tuesday, March 3, 2009

orang buta dan teksi

hujan yang lebat membuatkan KL banjir.
seperti biasa bila KL banjir,
terowong SMART akan tutup,
jalan mana mana pun pasti akan sesak,
sesak yang tak bergerak!

saya terpaksa balik naik LRT
dari LRT ambil teksi balik rumah.
perhentian teksi agak penuh,
beratur panjang.

teksi agak banyak, cuma sebab hujan,
banyak tempat yang mereka tak pergi.
tiba tiba satu keluarga buta muncul,
suami isteri dan dua anak perempuan
lebih kurang 11 dan 12 tahun.
suami isteri itu buta sepenuhnya.
dan mereka di pimpin oleh anak anak mereka,
beratur di hujung barisan.

dalam renyai hujan hati saya tersentuh,
saya tahu mesti lama baru sampai giliran
mereka untuk menaiki teksi.
saya lihat ada lebih kurang 6 7 orang lagi depan saya
menunggu giliran. mahu saja saya menyuruh mereka bagi
giliran mereka pada keluarga buta tersebut,
tapi saya menunggu, mana tahu ada orang orang di depan
yang bermurah hati. namun sehingga giliran saya tiba
tiada seorang pun yang bermurah hati untuk memberi giliran
pada keluarga tersebut.

tiba giliran saya, saya lambai pada anak kecil mereka
dan suruh mereka beratur di depan saya. ramai mata yang
memandang. saya tak tahu apa maksud pandangan mata mereka.
tak puas hati atau mungkin mereka tak perasan kehadiran
keluarga buta tersebut? hanya ALLAH yang maha mengetahui.

sikap rakyat kita masih lagi sama,
tidak banyak berubah,
bila nampak orang orang kurang upaya
mata mereka seolah olah rabun,
mata mereka jadi buta tiba tiba.
buat semua pembaca entry ini
sematkan dalam diri, hati dan fikiran
" aku kena bantu mereka, kerana siapa tahu mungkin aku, anak anak aku
atau cucu cicit aku akan menjadi seperti mereka satu masa nanti. sematkan dalam diri rasa keprihatinan kita sebagai manusia. tak perlu banyak, cukuplah hanya 5% dalam diri masing masing"