Monday, August 31, 2009

masjid negara...

hasrat saya mahu bersolat tarawih di masjid negara tercapai...
alhamdulillah...
Allah permudahkan segala urusan saya di bulan mulia ini.
moga2 selamanya urusan saya akan di permudahkan...

Sunday, August 30, 2009

masjid wilayah

Semalam berbuka di rumah nenek. Meriahnya terasa kerana semua pakcik makcik saya yang 12 org tu balik dgn keluarga masing masing. Sorang sorang bawa makanan penuh satu meja dah kalah buffet hotel. Nenek gembira. Terpancar dari air muka dia. menunya macam macam. Dari satay hingga ke mee jawa. Kuih kuih 4 5 jenis. Tak tersebut saya. Berbuka jadi riuh kerana terlalu ramai. Dengan budak keciknya yg turut sama nak berbuka walau tak puasa. Saya senyum saja. saya berbuka ala kadar. Makan kuih 2 3 keping minum air, solat maghrib dan duduk berbual bual dgn nenek dan makcik makcik saya. Tepat jam 8 malam saya bergegas minta izin untuk berundur kerana niat mahu isyak dan tarawih di masjid wilayah. Alhamdulillah akhirnya niat saya tercapai mahu bertarawih di masjid wilayah. Imam yang membaca ayat suci Al-Quran membuatkan saya rasa bagaikan bersolat di tanah suci mekah. Merdu. Hari ni niat saya mahu bertarawih di masjid negara pula. Insyaallah...

Tuesday, August 25, 2009

dugaan...

dari semalam badan saya rasa tak sedap. Demam lagi. Tapi saya gagahkan diri berpuasa dan tarawih di masjid. Tapi hari ini demam makin teruk. Tapi saya kuatkan diri untuk berpuasa. Selesai berbuka saya terus ke klinik. Demam agak panas dan kepala saya sangat sakit. Di beri ubat dan MC untuk berehat.

Hati saya sedih kerana tidak dapat bertarawih di masjid. Namun semangat dan azam saya untuk ramadhan kali ini membuatkan saya bertarawih hanya di rumah. Kurang2 hati saya tenang. Moga saya beransur sembuh...insyaallah...

Sunday, August 23, 2009

hari ke dua puasa, exam dan tarawih...

Hari ke dua puasa dan hari ke tiga saya bertarawih... Hari ke dua berpuasa seawal jam 9 pagi saya sudah berada di kolej untuk mengambil exam. Alahmdulillah saya mampu menjawabnya dgn tenang walau ada satu dua soalan yang saya kurang pasti apa jawapan sebenar. Selesai sekitar jam 11 pagi saya terus memandu ke the mall mencari novel DOA BUAT SUAMI tulisan SRI DIAH untuk di baca musim cuti nanti. pulang ke rumah saya rasa macam demam. Menjelang petang sakit badan makin terasa. Berbuka dengan ubat, solat maghrib di rumah dan terus ke masjid untuk solat isyak dan tarawih. Seperti biasa saya akan naik ke ruang atas masjid kerana agak selesa di situ. Apa yang boleh saya katakan... Masjid lengang tak seperti hari pertama dan hari ke dua. Sedih juga hati tgk keadaan begitu...

Saturday, August 22, 2009

hari pertama puasa...

alhamdulillah...saya tahu saya berjaya jd yang terbaik dari sebelum. Hari pertama puasa yang tenang. Bertarawih di masjid depan rumah. Hati saya tenang. Allah telah kuatkan hati saya.

Buah hati saya yg kecik itu dah banyak buat hati saya bangga. Dia mampu berpuasa dan bacakan doa buka puasa untuk kami berbuka. Sama2 ikut bertarawih walau hanya 2 rakaat. Terharu saya dgn kesungguhan dia...

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan.

hari pertama saya tarawikh di masjid depan rumah.
mcm biasa saya akan rasa sebak di hati.
saya bukan orang yang baik dan bukan juga orang yg warak.
kadang kala solat saya bocor juga sana dan sini.
sedih juga hati. tapi Insyaallah saya sedang berusaha untuk
menjadi lebih baik dari sebelum.

moga moga ramadhan kali ini banyak memberi kebaikan buat saya.
niat saya mahu tarawikh tiap malam tanpa culas.
insyaallah.
harap kalian doakan saya.

p/s: mohon maafkan saya andai ada salah dan silap saya pada kalian selama ini.
salam ramadhan dari saya buat semua.

Thursday, August 20, 2009

exam lagi...

Lama saya tak update entry baru. Saya sibuk dengan buku buku pelajaran kerana minggu ini exam bermula. Ketika entry ini sudah 3 paper exam yg selamat saya jawab. Cuma tinggal satu paper saja lagi yang akan saya jawab ahad nanti yakni hari ke dua puasa. Mudah mudahan saya tenang menghadapinya....