Thursday, December 31, 2009

2010

Alhamdulillah... Allah masih memberikan peluang untuk saya dan family tersayang menghirup Udara 2010... Tak perlu mencanang apa azam diri, cukup sekadar kita berusaha perbaiki apa yang perlu di perbaiki...

Tuesday, December 29, 2009

pagi bersama buah hati cilik



Pagi ini, habiskan masa dengan buah hati cilik saya. Bawa dia minum pagi di kedai mamak. dia order roti canai telur dan horlicks. Saya pula cuma sekeping tosei dan air suam. Saya jarang punya waktu di hari bekerja biasanya. Tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar membuatkan waktu saya sangat padat. Makanya, malam tadi saya terfikir untuk meluangkan masa minum pagi bersamanya. Matanya bersinar. Biasanya mata dia akan bersinar sinar jika hatinya gembira atau senang.

sebagai seorang mama, saya mahu yang terbaik buatnya. gembira dia gembiralah saya. mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya demi membesarkan amanah yang di kurniakan buat saya. Insyaallah...

Saturday, December 26, 2009

Tahlil

seawal pagi saya sudah bersiap siap ke rumah nenek di Selayang.
ada kenduri Tahlil. saya sampai makcik makcik dan pakcik pakcik saya memang sedang sibuk. majlis akan di buat selepas Zuhur. saya mula membantu itu dan ini. potong memotong dan sudahnya saya juga yang di tugaskan memasak kari daging. benda mudah saja bagi saya, walau saya jarang memasak namun itu tidak bermakna saya tidak boleh memasak. selesai memasak tepat pada waktunya.

orang surau tiba dan terus nak ke tingkat atas rumah dan majlis pun bermula. sekitar jam 3 petang, acara makan bermula. Alhamdulillah... segala lauk habis ngam ngam. ada sedikit yang sempat kami bungkus dan berikan pada tetamu. tetamu pulang yang tinggal sedara mara rapat dan duduk berbual bual. riuh juga bila berkumpul dan lama tak jumpa begini.

tepat jam 4 petang, mendung. 20 minit kemudian..Hujan turun mencurah curah dengan lebatnya. yang mana sedap berbual di bawa khemah dan payung berlari masuk ke dalam rumah. acara membasuh periuk dan cawan pinggan tetap di teruskan. anak muda, seronok juga sekali sekala buat kerja dalam hujan agaknya.bila acara basuh periuk belanga bermula dalam hujan, acara calit mencalit hitam periuk pun bermula. jadi memang bertambah meriahlah acara membasuh dalam hujan. saya awal awal lagi dah lari masuk rumah. tak sanggup muka di hitamkan.



acara membasuh periuk, cawan dan pinggan. muka masing2 dah hitam dah.


hujan lebat tiba tiba. berlari semua selamatkan diri.



keluarga besar kami.

Sunday, December 20, 2009

pelancaran Kayu Manis - A Taste of Terengganu's



Buku yang di tulis oleh To' Puan Rosita. buku yang sangat menarik dan cantik. buku ini tidak saya beli tetapi di hadiahkan...




saya berada di JW Marriot hari ini sempena Official Launch of Kayu Manis - A Taste of Terengganu's Heritage By DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan.
dunia baru bagi saya. saya belajar dan akan terus belajar untuk sama sama berada di acara acara rasmi begitu. ini juga bagi saya satu pengalaman dan pelajaran baru buat saya.

di sajikan dengan hidangan asli dari terengganu benar benar buat selera saya terbuka. dari keropok lekor hingga ke kerabu laksa. rasanya sangat lazat dan ianya adalah resepi To' Puan Rosita sendiri. buku sudah di hadiahkan dengan harapan saya akan mencubanya. Insyaallah.

Habis acara berjalan jalan di butik LV di Lobby Hotel. saya tak membeli apa apa cuma sekadar melihat lihat, namun.. saya keluar dengan paper beg di tangan! hehe... terima kasih.