Wednesday, March 31, 2010

CCU Wad Di Raja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu

Hati saya sebak dan sedih bila lihat tok mek terlantar di atas katil hospital.
dia makin uzur namun semangat dia mahu berikan yang terbaik pada suami dan anak anak tak pernah uzur. tatkala kami pulang ke kampung, segala masakan mahu di hidangkan buat kami anak anaknya. walau sering kami anak anak bising mahukan dia berehat namun tanpa kami semua sedar dia sudah siap memasak itu dan ini untuk kami anak anak, cucu cucu dan suaminya makan.

sabtu lalu 27 Mac 2010 kami bergegas pulang bila ayah Long telefon beritahu yang tok mek masuk hospital gara gara jantungnya sakit. kami sedia maklum yang tok mek memang sakit, namun tak menduga ianya sampai harus di tahan di wad. namun itu lah takdir. kali pertama saya melihat dia atas katil hospital, hati saya sebak. dia sangat baik dan amat menyayangi saya. saya tahu tentang itu.

hari kedua saya ke hospital lagi, potongkan buah untuk dia dan berbual bual. dia makin sembuh. hati saya lega. namun tiba tiba darahnya naik mendadak 222/155 dgn degupan jantung yang sangat lemah! hati saya celaru kembali. namun ianya kembali normal. pihak hospital megatakan tok mek mungkin akan boleh berehat di rumah sementara menunggu untuk di buat endiogram rabu akan datang. jadi selasa dia dah boleh balik.

selasa pagi kami membawa pakaian untuk bawak tok mek pulang, tetapi tiba tiba perkhabaran yang kami terima, tok mek masih tidak boleh balik kerana ada air dalam paru parunya. Allahuakhbar... saya kuatkan hati. potongkan buah untuk dia, kemudian tukarkan lampin pakai buang dia, tukarkan cadar katil dia yang terkena kotoran, kemudian tok mek makan tengah hari. bubur nasi dan sup sayur. sudah makan saya temankan tok mek, berbual bual dengan dia dan akhirnya dia tertidur, saya renung wajahnya yang sedang lena, saya sebak, saya takut kehilangannya. akhirnya saya terlelap di hujung kaki tok mek.

Wednesday, March 24, 2010

Percakapan

saya sempat singgah tepi pasar malam untuk beli bakso,
sambil menunggu baksa di bungkus, saya ke gerai sebelah yang menjual gorengan gorengan seperti nugget, kentang, ayam dan berbagai lagi lah.

ada sepasang suami isteri di sebelah saya, isterinya sedang mendukung anak kecil sambil suami memimpin tangan anak lelaki, telinga saya terdengar perbualan antara mereka.

isteri mengatakan jangan belikan nugget sebab anak lelaki itu baru sudah makan nugget yang di goreng di rumah, suamai membalas pula, abis tu KAU nak bg dia makan apa? AKU belikan kentang lah. isteri pun kata ok. kemudian isteri tanya abang nak makan apa? suami menjawab AKU tak tahu lagi nak makan apa, KAU beli lah dulu apa KAU nak makan. kemudian isteri berkata SAYA jalan dulu lah tengok ada laksa tak. haaaa KAU beli lah dulu, AKU nanti AKU tengok.

saya abis membeli, ambil bakso dan terus masuk kereta. sampai sekarang saya masih berfikir, kasarnya bahasa suami itu. di mana kemesraan mereka? contoh yang tak bagus untuk anak anak juga...

Friday, March 19, 2010

Al-fatehah buat FAIRUS bt MASRUN



gadis ini masih muda. usianya sekitar 21-23 tahun. telah di jemput pencipta sekitar minggu lalu kerana jangkitan paru paru. dia adalah teman sekuliah saya di zaman diploma sekitar tahun 2005. dia student secratary. masih teringat kerenah kami yg haru biru dan kecoh. sakat menyakat dan gelak kuat kuat di library sehingga sering di marahi kakak yang jaga library. hati saya terasa sangat kehilangan dia kerana saya tahu setelah seminggu pemergiannya. apa pun Al fatehah buatnya...

akak akan selalu ingat kat pear, moga pear di rahmati...

Allah itu maha berkuasa

3 4 hari yang lalu, seorang teman baik saya dari zaman saya diploma tiba tiba menegur saya di YM. setelah sekian lama kami seolah olah bermusuh gara gara satu peristiwa tiba tiba dia menegur saya. walau hanya di YM saya sudah cukup gembira. saya sering berdoa supaya satu masa nanti Allah akan buktikan segalanya pada dia dan pada keluarganya yang selama ini menganggap saya lah dalang segala kecelaruan.

walau intipatinya hanyalah tentang pelajaran, kolej dan pensyarah tapi saya ikhlas dalam segala apa yang saya ceritakan dan nasihatkan padanya. hati saya sedih kerana kalau tidak kerana peristiwa itu, kami mungkin sudah sama sama tamat pengajian di peringkat ijazah ini. tapi harapan saya mahu sama sama menjadi graduan dengannya tidak tercapai kerana peristiwa itu. dia lebih percayakan kata kata orang dari saya yang lebih lama dia kenal. sayasudah anggap dia bagaikan adik namun mulut orang telah menghancurkan segalanya.

Tapi demi ALLAH, saya tahu segalanya dan saya juga tahu siapa dalang yang telah menghubungi keluarganya sehingga segalanya jadi begini, sehingga saya dan dia terputus keakraban dalam persahabatan. walau hati saya sakit kerana orang yang menjadi dalang sebenar masih baik, masih boleh keluar makan bersama, masih boleh berbuka puasa bersama dan dia masih gembira mengambil gambar bersama sama sedangkan dengan saya dia anggap musuh yang telah menghancurkan segalanya.

namun saya tetap akan simpan segala cerita yang saya tahu kerana setiap apa tuduhan yang dia, mak dan keluarga dia lemparkan pada saya tak akan saya lupakan. biar lah dia terus beranggapan bahawa saya adalah manusia jahat itu dan saya di sini hanya akan berdoa semoga satu hari nanti kebenaran akan terbukti. bukan kah ALLAH itu maha berkuasa dan maha mengetahui segala galanya? saya yakin ALLAH akan buktikan padanya satu waktu nanti...

Wednesday, March 10, 2010

Baran

saya tak tahu kenapa hati saya sekarang lambat nak reda jika ianya di sakiti atau marah. 4 tahun yang lalu saya sudah berjaya mengawal emosi marah saya. saya boleh kawal tetapi hari ini tidak. walau perkara itu hanya perkara kecil tetapi saya masih sakit hati dan panas walau sudah beberapa jam berlalu, walau saya sudah tidur supaya hilang rasa amarah itu. orang kata ambil wudhuk dan solat, tetapi dengan solat solat juga saya tidak boleh lakukan dengan tenang. pengaruh syaitan yang menghasut lagi kuat barangkali.

saya risau penyakit baran saya kembali, dengan usia yang makin meningkat saya risau jika penyakit baran itu berterusan akan membawa kepada penyakit lain pula satu masa nanti.

kenapa ya tiba tiba saya rasa nak marah sangat? mahu di tulis di sini ianya akan mengaibkan org atau diri sendiri, tetapi perkara itu tidaklah sebesar mana cuma angin amarah saya sangat kuat. apakah angin amarah ini bersangkutan dengan tekanan pada perkara perkara lain juga? mungkin juga kerana saya serabut memikirkan dua tiga perkara yang membuatkan emosi perasaan saya tidak menentu? entah lah... Ya Allah Ya Tuhan ku, aku bermohon kau redhakan lah hati aku dan kembalikan lah keharmonian hidup aku. Amin....

Thursday, March 4, 2010

pening

sudah hampir seminggu saya sering pening dan pitam.
tekanan darah juga tidak menentu. paling tinggi 91/51.
kadang kala waktu saya berjalan jalan tiba tiba saya berpeluh sejuk.
adakalanya ketika saya sedang di dapur saya rasa pening dan mahu muntah.
memang tekanan darah saya selalu rendah tetapi tidak pernah serendah ini dalam masa yang panjang. banyak perkara terpaksa di tangguhkan dan banyak juga aktiviti terpaksa saya hentikan untuk seketika kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain.

moga Allah bantu saya menjadi kembali sihat seperti sedia kala.
Amin...