Tuesday, January 4, 2011

Ragam Manusia Itu Pelbagai

Laman sosial sekarang ada berbagai. twitter, myspace, friendster, facebook dan berbagai lagi yang saat ini otak saya tak mampu mahu mengingatinya. namun pemahaman saya tentang semua itu hanyalah di paras normal. ada kebaikan ada keburukan.

selama hampir dua tahun saya bersembang secara maya di laman sosial, berbagai ragam manusia yang saya jumpa dan saya kenali. ada yang jahat kalah jin, ada yang baik, ada yang berjiwa sentimental, sensitif, ada yang mudah mesra dan tak kurang juga yang boleh baik seperti saudara sedarah sedaging. saya sendiri sudah bertemu dengan kesemua ragam dan tingkah laku manusia yang memang kita tahu ianya wujud.

ada yang baik dengan kita umpama saudara, tetapi rupanya bekerja sebagai pelacur kelas atasan, ada juga yang mulut sering menyebut kita lah adik dia dan sebagainya namun dalam diam dia lah dalang segala kejahatan untuk memusnahkan perhubungan kita sesama insan lain.

ada yang di kenali sebagai muslimah sejati namun hakikatnya, keperibadian mereka tidak setanding dengan penampilan yang di lihat secara zahir. ada yang kita kenal suami isteri dan anak anak namun dalam pada masa yang sama turun naik hotel dengan orang yang haram untuk di sentuh.

ada juga yang baik sampai boleh bertukar juadah makanan, berjumpa berbual bual, bercuti dan saling bantu membantu tatkala di perlukan. saling kunjung mengunjugi mengeratkan silaturahim sesama umat.

biar pelbagai sikap manusia yang saya kenal di laman sosial atau maya ini, niat saya cuma satu, saya mahu belajar sikap manusia, dan mendapat kawan, sahabat, kakak, abang, makcik, pakcik, itu semua saya hanya anggap sebagai bonus dalam percaturan hidup yang saya lalui di dunia maya.

Monday, January 3, 2011

Wanita, Perempuan, Gadis...

sepanjang tahun 2010 saya sering di khabarkan, di kejutkan dan di ceritakan tentang anak gadis yang termengandung tanpa nikah. sedari dulu saya sering tersentuh hati bila mendengar khabar begitu, usah di tanya kenapa kerana saya yakin pembaca sendiri tentu tahu apa jawapan paling tepat.

kalau kita semua sedar, kebanyakan anak anak yang di lahirkan tanpa sah di sisi agama adalah PEREMPUAN. kalau di fikir fikir kenapa ya?

saya sering berbual dengan diri sendiri, kadang kala berbual dengan tulisan saya sendiri, dan biasanya topik perbualannya adalah tentang rutin kehidupan dan saya sering berkata bahawa: ALLAH sengaja melahirkan anak anak luar nikah sebagai PEREMPUAN kerana ALLAH mahu kita terus sedar, insaf dan bertaubat dengan dosa dosa masa lampau kita, usah di tambah lagi dosa yang sedia ada. ini kerana setiap PEREMPUAN yang mahu bernikah harus berwalikan bapa kandungnya sendiri dan di situlah kesulitan dan kadang kala kenangan paling pahit untuk seorang PEREMPUAN.

bayangkan jika di saat mahu bernikah rahsia yang di simpan sekian lama oleh mak atau ayah kita akan terpecah dan betapa malunya PEREMPUAN tersebut.

pesan saya pada PEREMPUAN yang mungkin berdepan dengan situasi begini, tabahkan hati, kuatkan semangat dan yakinlah bahawa lelaki yang baik dan soleh akan menerima kita tanpa memikirkan apa yang telah berlaku pada kita satu ketika dahulu selagi kita berada di landasan yang betul.