Thursday, February 17, 2011

Maruah Rumah Tangga

sedikit pesanan, pengalaman dan mungkin juga ilmu baru buat pembaca setia coretan saya yang sering bertanya kenapa lama blog tidak ada entry baru.

saya sering sematkan di fikiran bahawa menjaga maruah rumah tangga bukan lah satu perkara mudah. ianya cukup payah dan kadang kala kita lupa yang kita sudah mencemarkan maruah rumah tangga kita hanya dengan sepotong ayat, dengan sedikit kecacatan tingkah laku kita.

kadang kala kita dengan megah menulis di laman sosial yang ramai sangat jantan yang ADD kita dan merayu rayu mahu kita approve mereka. sama ada ianya benar atau tidak hanya kita dan ALLAH sahaja yang tahu kebenarannya. namun jika di fikir secara mendalam: apa rasa hati suami kita? apa kata saudara mara, kawan kawan kita, kawan kawan suami kita dan juga apa kata orang lain yang terbaca tentang itu? memang kadang kala kita leka untuk mendapat pujian seolah olah kita insan tercantik yang ramai jantan tergila gila mahu berkenalan tetapi sebagai insan yg sempurna Allah kurniakan akal dan fikiran perlukah kita luka kan hati suami dan calarkan hati suami dan malukan suami dengan cara begitu?

ianya kelihatan seolah olah kita kurang di beri perhatian dan kasih sayang dari suami sehingga perlu mencari perhatian di luar sana. jelas terlihat di situ bahawa kita seolah olah lupa kita ada suami yang mungkin akan malu besar dengan kenyataan sebegitu. dan saya rasa sekiranya laman sosial di gunakan sampai mencalarkan hati pasangan, seeloknya kita berhenti dan tutup sahaja laman sosial kita itu.

begitu juga bila kita berbuat jahat di luar yang mana orang kenal siapa isteri kita dan siapa anak beranak kita. isteri di rumah beranggap suami merekalah yang terbaik namun hakikatnya ada wanita lain yang sudah dapat merasa dan bermanja manja dengan suami kita. di manakah maruah seorang isteri itu mahu di letakkan? justuru itu saya sering berpesan pada diri sendiri jika mahu berbuat jahat usah sampai merosakkan maruah suami dan mencacatkan maruah rumah tangga sendiri kerana sekali maruah suami/isteri atau rumah tangga itu sudah tercalar, selamanyalah ianya akan tercalar.

contoh paling mudah" kita membelikan suami atau isteri kita ubat untuk kuatkan tenaga batin atau yang sewaktu dengannya. tanpa sedar kita sebenarnya sudah menjatuhkan maruah pasangan masing masing ke tahap paling bawah. kerana itu saya sering sematkan di minda bahawa mahu menjaga maruah sebuah rumah tangga bukan lah semudah ABC.

berhati hatilah dalam berkata kata, menulis mahupun tingkah laku kita.

kenapa?

kenapa perlu mahu cemburu dengan kejayaan orang lain?
kenapa tidak jadikan itu sebagai pencetus semangat untuk kita bersaing?
tak perlu mahu ubah orang lain tapi mulakan dahulu dengan mengubah diri sendiri supaya jangan biarkan syaitan menjentik hati dan kewarasan akal fikiran kita tatkala melihat orang lain lebih berjaya atau memperolehi rezeki yang lebih dari apa yang kita ada.

sematkan di fikiran bahawa jika kita mahu berjaya dekatkan diri kita dengan mereka yang berjaya supaya kita dapat belajar dan mengetahui bagaimana cara mereka boleh berjaya. bukannya menjauhkan diri sambil memburuk burukkan mereka.

DAN

kenapa perlu kita mahu berlawan pada perkara perkara yang tidak berfaedah? sematkan di minda bahawa kancil tak akan dapat berlawan dengan ferrari kerana perbezaan yang sangat jelas. dan kenapa perlu mahu berlawan kita lah yang terbaik dan terhebat atau terkaya? orang yang hebat, yang kaya tak akan pernah sekali mencanang bahawa mereka itu hebat atau kaya kerana tanpa perlu memberitahu pun orang keliling mampu menilai dari keperibadian mereka.

usah sempitkan minda kita dek kerana perkara yang tidak tidak kerana ia tidak akan membantu kita untuk melangkah maju ke hadapan tetapi akan membantu kita mengundur ke belakang.