Monday, March 28, 2011

hormatilah wanita yg kita panggil MAK atau yg sewaktu dengannya

MAK/ IBU/ BONDA atau apa saja panggilan buat wanita yg melahirkan kita mahupan yg melahirkan pasangan kita, mereka WAJIB di hormati selayaknya seperti Ibu kita sendiri.

biar mereka sudah tua, nyanyuk, kotor, makan kena bersuap, mandi, berak kencing sudah tidak mampu di lakukan sendiri kita sebagai anak harus mengambil tanggung jawab tersebut seikhlas hati.

walau mertua kita kadang kala membenci kita kerana kita mungkin bukan pilhan hati atau menantu pilihan tetapi selesai akad nikah dia adalah ibu kita dan dosanya sama seperti kita derhaka pada ibu kandung kita sendiri.

ramai yang mengatakan mereka di benci mertua sendiri. kenapa? cuba kaji apa kurangnya diri kita. kalau benar kita sempurna berdoa saja supaya mertua kita akan sedar bahawa walau kita bukan menantu pilihan tapi kita mampu menjadi yang baik.

saya sering mendengar mereka tidak di terima oleh mertua, dan bila saya lihat secara fizikal kalau saya jadi mertua mereka puns aya jd nyampah, pakai seksi mcm nak jual diri tepi jalan, bercakap semua nak yg bagus saja, beli barang mahal2 tapi rupanya nak hulur duit pd mak pun tak pernah sekali. beli baju sendiri yg mahal2 tp bila time bg pd org tua, kalau ada yg 4 meter RM 2, itu lah yg kita nak bg.

kenapa perlu begitu? sebab rasa itu bukan mak aku? kaloau tak kerana perempuan tua itu korg tak akan dpt kawin dgn lelaki idaman korg sebenarnya. lupakah tentang kuasa allah yg satu itu? kita sayang dan cintakan anak mereka mcm nak rak tp kita benci pada mak org yg kita sayang. akai ada kaaaa???

baru baru ini saya di hadapkan dgn satu cerita yang menantu memarahi dan memukul mak mertua sendiri. ya mertua itu mmg sudah uzur, pakai pampers, makan kena suap, mandi kena di mandikan, bejalan dah tersangat2 perlahan kena di pimpin di papah. tapi apa hak anak menantu nak marah2 dan memekul org tua tersebut? itu mak anda sendiri walau hanya mertua!

dan saya masih tak faham dlm dunia serba moden ini masaih ada lg menatu yg pura2 baik depan suami dan adik beradik ipar kunun2 sygkan mak mertua dn jaga dgn elok tapi hakikatnya bila tiada mata yang melihat org tua itu di pukul di herdik. kolotnya fikiran dan bodohnya manusia itu!

saya teringat mengenai seorang kenalan yg mengatakan sewaktu maknya sakit dia berhabis semua harta yg dia ada utk merawat emaknya dan kuasa Allah tiada siapa dpt halang walau sudah habis segalanya maknya tetap pergi menghadap pencipta. namun selepas itu "Allah limpahkan rezeki yg berlipat kali ganda malah berlebih2" bukan kah itu tandanya Allah itu maha adil?

sama juga bila saya melawat org2 tua saya sering mendgr cerita yg buat saya rasa mati lagi baik anak2 yg tak reti meghargai org tua sendiri, tinggal di rumah orgtua tanpa di jenguk anak2 bukan lah satu perkara yg indah. hati mereka menangis tak sapa yg tahu.

blm lagi dgn sikap anak2 yg masing2 nak tunjuk bagus bila dpt jaga mak walau jaga belum tentu ikhlas dan kerjanya hanya dok rembat duit pencen org tua tersebut. org tua makan pun tak berkira ker? byk sgt ker nak bagi mak sendiri makan? ada juga yg saya lihat bila along jaga angah kata along jaga nak rembat duit mak, bila angah jaga, ateh kata angah tu jaga tp bersunggut letih dan mcm2 lagi runggutan, bila acik jaga, katanya pulak semua org taknak jaga mak sbb semua malas mak dah tua. jd dlm adik beradik korg sapa yg betul2 ikhlas jaga mak sebnrnya? ke jaga sbb nak tunjuk korg bagus walau mak tak terurus! mandi seminggu sekali bila time anak2 nak dtg melawat?

biar buruk pun org tua itu tp itu lah mak kita itulah mak mertua kita. jgn sampai bila korg tua nnt korg pulak yg dpt nasib yg sama.

Tuesday, March 8, 2011

Pujian itu tidak salah

senyum, sengih atau ketawa adalah perkara paling mudah saya cetuskan tanpa perlu di buat2 atau di paksa2. segalanya tercetus tanpa perlu fikir tentang malu. malu kalau gigi kuning, malu kalau gigi rongak, malu kalau gigi berlapis2, malu kalau gusi tak cantik. syukur Alhamdulillah saya dikurniakan gigi dan gusi yg sempurna.kerana saya sedar saya di kurnia sifat yg cukup sempurna sebagai seorang manusia dan hamba Allah itu lah membuatkan saya sentiasa ingat pesanan arwah moyang, nenek, pakcik makcik dan kawan2 bahawa: jgn sekali sekala kita riak, takbur, sombong dan rasa gah dgn apa yg kita miliki. lumrah manusia suka di puji suka di di katakan yg indah2, namun sebagai manusia yg waras akal dan fikirannya kita haruslah berpada2 jika mahu memuji atau menerima pujian. pujian itu tak pernah salah namun yg salah itu adalah si pemuji atau si penerima pujian. ada sebilangan kecil manusia yg sgt suka jika di puji, itu tidak ada salahnya, tp jika sudah sampai tahap lupa diri sehingga pujian yg kecil mahu di gah kan sehingga mahu terbogelkan diri senidri, itu sudah tidak di lihat sebagai pujian tp di lihat lebih kepada riak. dan jgn kita lupa kdg kala kerana terlampau mahu menerima pujian dan berbangga, kita sudah di benci Allah krn itu. lupakah kita bahawa segala kesempurnaan itu adalah milik Allah? jika Allah tidak mengizinkan ia berada dalam diri kita ianya tak akan terjadi?

maka saya suka mahu ingatkan teman2 di sini: kadang kala jika kita terlalu membangga diri atau megah dgn apa yg kita ada, org keliling akan mencemuh kita krn sikap kita itu. bila jadi begitu, org mula mencari2 di mana kekurangan kita. biasanya kekurngan pertama yg org akan nampak adalah kekurangan otak kita utk berfikir. bahasa kasarnya BODOH. kedua mungkin baru mereka cari secara fizikal: mungkin kita mempunyai wajah yg sempurna, kulit yg cantik tetapi jari kita hanya 8 sehingga kita terpaksa sorok2kan jari kita sbb malu dgn kekurangan tersebut.
atau mungkin bentuk badan kita sempurna, slim, montok, mantap dan sebagainya tapi mata kita senget sebelah sehingga kita 24 jam berkaca mata hitam.
atau muka kita herot sebelah tp badan kita sgt cantik bentuknya.
atau badan kita mempunyai lekuk yg sgt2 mengancam tp gigi kita rongak, berlapis2, gusi tebal, jongos sehingga bila kita mahu ketawa atau senyum terpaksa tutup2 dgn tgn atau terherot2 bibir krn mahu menutupi kecacatan dlm mulut kita itu.

jadi biar sesempurna mana pun kita,usah riak, usah takbur bongkak dan meninggi diri mahu berbangga krn itu semua milik Allah dan malu lah pd diri sendiri krn kalau tiada Allah yg sudi pinjamkan semua itu buat kita, kita bukan lah sapa2 di dunia ini...

salam sayang buat semua
NFA