Friday, April 15, 2011

"TERIMA KASIH"

TERIMA KASIH TERIMA KASIH dan TERIMA KASIH

TERIMA KASIH kepada seorang makhluk yang rupanya walau mulutnya mengatakan bencikan saya namun... masih sanggup, masih mahu menjengguk blog saya ini, mengkaji satu persatu dari viewer, follower dan jugak komen! saya sangat sangat berbangga kerana anda masih mahu mencari tahu tentang saya dan masih mahu membaca apa yang saya tuliskan dan paling saya terkesan anda masih mahu menaip nama saya! kerana blog saya ini jika mahu cari taip saja nama saya pasti akan keluar berjela jela tentang apa yang saya tuliskan di sini. sama juga dengan gambar gambar saya. jika anda menaip nama saya di images search InsyaAllah memang akan keluar gamabar saya!

itu tandanya walau anda kata benci tapi masih mahu mencari tahu tentang orang yang kununnya anda benci. sungguh pelik sikap anda itu. justru itu akan bertambahlah angka profile view blog kecil saya ini. TERIMA KASIH ya! :)

saya tak perlukan follower yang beribu ribu jika saya hanya dapat pembaca atau pembuka blog saya yang sama macam anda.biar follower saya sedikit tetapi yang follow blog saya bukanlah calang calang orang dan walau follower saya sedikit tetapi yang membaca tulisan saya ramai beribu ribu. itu sudah memadai buat saya yang bukan siapa siapa di alam maya atau alam realiti.

di petang yang damai ini tiba tiba hati saya terdetik gembira dan bangga kerana walau anda kata bencikan saya tetapi anda rupanya masih menyelongkar segalanya tentang saya! besarnya Kuasa Allah itu. Syukur Alhamdulillah...

TERIMA KASIH YA ATAS PERHATIAN YANG MASIH ANDA BERIKAN PADA SAYA. BERMAKNA JUGA RUPANYA SAYA DI DALAM HIDUP ANDA. hihi...

sekali lagi saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH

rajin rajinlah buka blog saya ini ya supaya akan bertambahlah angka profile viewer saya dan kalau rasa mahu jadi yang setia, sila sila lah menjadi FOLLOWER blog saya ya.. tak perlu malu malu atau segan segan. sampai bila nak sorok sorok dan sembunyi sembunyi baca tulisan saya di blog ini kan? :)


Salam Senyum Dari Saya

Farina Abdullah