Friday, November 11, 2011

Tanpa Kita Sedar

tanpa kita sedar, di mana mana pasti ada yang sedang melayan Facebook (FB)sama ada di komputer, laptop, Ipad, Blackberry dan macam macam lagi gajet gajet yang serba canggih. memang asyik melayan FB, saya sendiri sering leka pada perkara yang lebih penting dek kerana asyik melayan FB.

tapi semakin lama saya melayan FB saya semakin dewasa dalam konteks persahabatan. berapa ramai saya hilang rakan dek kerana FB, berapa ramai yang tiba tiba hilang dan bila berjumpa di luar buat buat tak nampak dan tak kenal sedangkan pernah bertegur sapa di FB. belum lagi di tambah dengan sikap manusia yang suka melihat manusia lain bermasam muka dan saling fitnah menfitnah hingga terpercik api permusuhan. TANPA KITA SEDAR..

jika di fikir dan di lihat dari konteks agama Islam, bersoraknya syaitan syaitan yang memang tanggunjawabnya hanya lah untuk memecah belahkan umat islam. betapa mereka bersorak riang kerana dengan terciptanya laman FB ini, kerja mereka seolah olah menajdi semakin mudah kerana perantaranya sudah bertambah dengan taipan jari jemari sama ada di status, inbox, fan page atau grup. TANPA KITA SEDAR...


kini bagaikan satu fenomena baru apabila semakin ramai yang bermasam muka dan bermusuh gara gara FB.jika di fikir fikirkan bukan isu besar pun yang berlaku tetapi rata ratanya adalah dek kerana manusia yang bermulut besar yang tak mampu untuk mengecilkan mulutnya sedikit dari melaga lagakan orang... TANPA KITA SEDAR

fenomena yang kita sememangnya tidak pernah sedar adalah kita seolah olah sudah terikat dengan satu syarat wajib lagi utama iaitu jika mahu berkawan dengan si A kita harus meminta menjadi rakan dulu di FB dan bila sudah menjadi rakan di FB kita sekali sekali tidak boleh membuang si A itu sebagai rakan hatta kita dan si A itu sudah kenal kaum keluarganya, sudah tahu di mana rumahnya, apa no telefonnya, tahu no tel suami atau isterinya, tahu di mana pejabatnya malah tahu juga aktiviti rutinnya. namun kerana FB yang maha hebat ini tercipta, makanya jika kita membuang si A dari senarai rakan di FB, akan musnah dan berkecailah satu persahabatan yang pernah dan telah terjalan dengan riuh rendah dan gembiranya bukan sahaja di alam maya tetapi di alam nyata. betapa hebat dan besarnya kuasa FB dalam kehidupan kita sehari hari. TANPA KITA SEDAR


saya terpanggil untuk bertanya pada pembaca semua, apakah kita hanya boleh berkawan di alam maya sahaja kah atau berkawan di luar maya kah atau kita wajib berkawan di alam maya dan alam luar maya? di manakah salahnya jika kita mahu berkawan di alam maya sahaja atau di luar maya sahaja atau di dalam dan di luar maya? bagi pendapat saya, berkawan lah di alam mana pun selagi kita yakin kita tidak membuat salah atau jika benar kita bersalah kita memohon maaf ianya adalah sesuatu perkara yang boleh di anggap kecil.


namun tanpa kita semua sedar, fenomena baru sudah mula muncul gaa gara FB yakni jika sudah berkawan di FB kita di haramkan membuang rakan kita di FB kerana ianya seolah olah kita tidak mengiktiraf mereka sebagai kawan lagi. walhal masing masing ada no tel dan tahu di mana mahu mencari kawan itu. apakah FB kini sudah menjadi satu syarat utama dalam persahabatan? fikir fikirkan dan fikir juga dalam konteks Islam dan renung renungkan juga dalam diri serta lebarkan cuping telinga dan dengar apakah ada bisikan syaitan yang telah menghasut kita supaya taksub pada FB? :)

salam sayang dan selamat berfikir. usah lompongkan lagi ukhwah sesama islam dengan benda yang di cipta oleh orang bukan Islam.