Monday, October 24, 2011

Lembut atau lemahkah hati?

lama juga saya tak menulis entry baru di sini, malu nak cakap saya tak ada masa kerana saya tahu Allah dah berikan kita semua masa yang mencukupi, cuma terpulang pada kita untuk membahagikan masa itu dengan cemerlang. dan saya dengan rendah hati mengaku bahawa saya belum mampu untuk membahagikan masa saya 24 jam sehari dengan cemerlang. saya masih ada niat mahu berusaha supaya berjaya dengan cemerlang membahagikan masa seharian saya. InsyaAllah.


Saya sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat Master di UKM dalam bidang Antropologi Sosiologi. mungkin ada yang tertanya tanya apa benda Antropologi Sosiologi atau lebih di kenali sebagai ANSOS di kalangan pelajar Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan. Ansos tu adalah belajar tentang manusia dan budaya secara ringkasnya, umpama budak budak Ansos ini adalah budak yang sibuk nak tahu hal manusia dari segala aspek, kami belajar tentang kehidupan manusia, masyarakat, masaalah sosial, budaya dan macam macam lagi lah yang berkaitan dengan manusia. pendek kata Ansos ini adalah satu benda yang menarik untuk di pelajari dan entah macam mana saya sangat suka dengan apa yang saya belajar sekarang. mungkin sebab saya jenis suka tengok perangai manusia dan suka bertanya kenapa seseorang itu jadi begitu atau jadi begini. makanya Ansos ni sesuai dengan jiwa saya. cita cita mahu menjadi pakar Antropologi sehingga 1000 tahun lagi nama saya juga akan menjadi terkenal seperti Auguste comte atau karl marx atau weber atauTalcott parsons! hehe... InsyaAllah dan jika saya berusaha :)

belajar Ansos ni macam macam yang akan di ajar, macam semester nie saya amik subjek Agama, Etnisiti dan fenomena sosial. subjek nie menarik minat saya sebab saya memang suka nak tahu apa agama orang lain. jadi subjek nie mmg buat saya seronok dan tak sedar pun rupanya dah 2 jam berlalu dok ralit dengar Doktor Mimi bagi kuliah. dan satu lagi subjek yang saya suka adalah subjek Kesihatan Dan Budaya. subjek nie juga sangat menarik, cuma tugasan yang di berikan buat saya asyik nak sedih dan emosi.

Kesihatan dan Budaya di ajar oleh Prof.Madya Aishah@Eshah. dalam banyak banyak tajuk tugasan yang di berikan saya dapat tajuk tugasan Identiti Pesakit HIV. jadi dari pelacur, penagih dadah, pengamal seks bebas dan juga mangsa jangkitan virus HIV saya kena cari bahan dan temubual. kalau yang pelacur, penagih dadah dan pengamal seks bebas tu saya tak tersentuh hati sangat. tapi bila dengar dan baca yang menjadi mangsa di sebabkan oleh orang lain hati saya jadi sayu sangat. bergenang-genang air mata saya, tertelan air liur saya sebab nak telan sebak di dada. mangsa HIV nie bukan sekadar isteri, malah anak yang dalam kandungan juga menjadi mangsa. ada juga isteri yang tak tahu rupanya suami mereka adalah pengamal seks bebas, melanggan pelacur dan akhirnya isteri juga turut menjadi mangsa dan lebih malang bila anak yang di kandung juga telah di jangkiti virus HIV juga dan lahir anak kecil yang tidak berdosa itu dengan seribu penghinaan dan cemuhan dari masyarakat sekeliling. MasyaAllah... hebatnya dugaan tuhan.

sesungguhnya saya tak boleh nak bayangkan kalau ianya terjadi pada diri kita atau sedara mara terdekat kita. ada juga yang keluarga suami sudah tahu anak lelaki mereka pemabawa HIV tapi berhati zalim dengan mencarikan calon isteri buat anak lelaki itu dan akhirnya wanita yang tak berdosa itu menjadi mangsa. saya seperti tak boleh terima situasi begitu. sebak rasa hati, memang bergenang air mata. kadang kadang saya rasa rupanya selama nie saya tak tahu yg saya punya hati yang lembut dan lemah. kadang kadang emosi saya agak terganggu bila menyiapkan tugasan HIV ini. Ya Allah kuatkan hati saya Ya Allah...

buat para suami yang pengamal seks bebas, penagih dadah dan pelanggan pelacur, fikirlah masa depan isteri isteri kalian. usah pentingkan diri sendiri dengan meindas kaum wanita yang sering di pandang lemah. cukuplah hanya kalian saja yang merosakkan diri kalian, jangan babitkan isteri dan anak anak yangtidak berdosa.

buat semua pembaca, doakan hati saya kuat ya, rupanya saya mudah tersentuh dengan perkara perkara sebegini. Terima Kasih Ya Allah kerana menunjukkan saya megenai hati saya dengan cara begini.