Monday, April 28, 2014

BUDAK ITU PART 30

-Kisah Budak Itu Part 30-


SAYA dalam takut2 beranikan diri buka pintu dan bila pintu terbuka saya tengok amoi dengan muka tersenyum dan terus tanya kenapa lambat buka pintu? saya bagi alasan baru keluar bilik air. Amoi hanya diam dan buka selipar dia masuk rumah dah tanya ada lagi tak kek dan ayam untuk dia? saya terus keluarkan kek dari dalam peti, ayam KFC saya panaskan balik dan saya tengok amoi releks2 seperti aman damai sahaja. Sementara tunggu ayam di panaskan saya duduk dekat amoi dan tanya dia macam mana dia blh keluar seawal ini? dia jawab, ibu dan abahnya pergi pasar beli barang dan dia di suruh ibunya keluar pergi order gas dan hantar bekas makanan ke rumah makciknya di blok satu lagi jadi dia buat semua tugasan yang ibunya suruh secepatnya dan terus datang rumah saya. Saya yang mendengar hanya diam. Saya tanya biasa ibu abah dia balik pukul berapa? dia jawab dalam pukul 11-11.30 pagi.. Saya melihat jam, baru pukul 9.30 pagi.

Siap ayam dipanaskan amoi makan sepuas2 hati. lepas abis ayam 2 ketul dia makan kek pulak. saya memandang terasa sayu, mungkin amoi dah lama nak makan kek dan ayam goreng KFC. Selesai makan saya tengok amoi pegang kotak2 hadiah yang ada atas meja. dia tengok saya dan saya cakap hadiah tu semua utk dia. Dia tersenyum dan saya nampak air mukanya berubah gembira. dia amik satu kotak hadiah dan dia goncang2 seolah2 mahu meneka apa isinya. saya cakap itu adalah hadiah dari kawan ahmad. saya suruh dia buka dan dia buka, rupanya dalam tu ada satu set alat tulis. hadiah kedua yang amoi pegang adalah hadiah dari ahmad, bila saya cakap itu hadiah dari ahmad, amoi letak balik dan bukak hadiah yang lain, tunang pada kawan ahmad bagi set getah rambut, cekak dan pengepit rambut, saya pula berikan amoi stokin sekolah, seluar kecik dan buku diari sebab saya tahu amoi suka menulis diari.

Hadiah dari ahmad adalah hadiah terakhir yang amoi buka, Ahmad hadiahkan minyak wangi. bila buka amoi hanya diam dan tengok saya. saya tanya kenapa? tak suka? amoi cakap suka.  cuma saya pelik kenapa ahmad bagi amoi minyak wangi dan minyak wangi tu adalah minyak wangi lelaki dan bila saya sedar bau itu adalah bau yang sama macam selalu yang ahmad pakai. Mungkin ahmad nak amoi selalu ingat kat dia. saya hanya tersenyum.

siap hadiah semua dibuka amoi cakap dia nak balik dan saya pun cakap kat dia yang beg ngaji dia tertinggal dan dia pun cakap dia tahu dan nasib baik semalam masa dia balik dari ngaji, abahnya tidak ada rumah dan ibunya sibuk di dapur. jadi tak ada siapa pun yang perasan dia balik mengaji tanpa beg mengajinya. saya yang mendengar cerita amoi menarik nafas lega. jadi semua hadiah yang amoi dapat dia masukkan dalam beg mengaji dia dan dia pun hulur tangan utk bersalam dengan saya. Terkejut juga saya sebab amoi tak pernah nak salam saya kalau dia nak balik dari rumah saya. biasanya dia hanya akan cakap terima kasih.

saya sambut tangan amoi dan amoi cium tangan saya sambil berkata, terima kasih kak, walau hari jadi saya lambat lagi tapi saya tahu akak dan ahmad buat semua ni sebab ahmad tahu saya nak makan kek dan KFC kan? terima kasih dan saya akan ingat semua ni sampai bila2. saya sayang akak sangat2 dan saya suka ahmad sebab dia baik. cuma kalau akak jumpa ahmad, akak tolong bagitahu dia yang saya minta maaf sebab semalam saya taknak bergambar dengan dia, saya bukan tak nak tapi saya takut dan malu. lagipun saya dengar kawan2 saya cakap kalau kita duduk sebelah budak lelaki nanti kita boleh mengandung kak. saya takut kak. kalau saya ngandung nanti abah akan bunuh saya kak.

saya yang mendengar amoi kata macam tu antara nak gelak dan nak menangis sebab betapa naifnya amoi. manalah boleh hanya duduk sebelah lelaki buat kita mengandung. tapi saya sekadar diam dan menganguk sebab saya terlalu sebak, tak tahu nak terangkan macam mana pada amoi tentang perkara itu. Saya pun tunduk cium kepala amoi dan peluk dia erat2, tiba2 air mata saya gugur dan saya tersedu2 tanpa dapat ditahan2. Amoi yang sedar saya menangis turut berlinang air mata.  saya kesat air mata saya dan saya lap air mata amoi. saya suruh dia balik dan pesan hati2 dijalan. Dia sekadar menangguk kepala dan melambai2 tangannya.

Lepas amoi balik saya masih terasa sebak, saya tahu saya sangat kasihkan amoi, saya lebih banyak faham dan tahu apa yang ada dalam hati amoi. sakit perit hari2 yang dia lalui hanya saya yang lebih mengerti. saya teringat segala2nya tentang amoi, kisah rambutnya yang tiba2 dikerat, kisah bibirnya yang pecah gara2 ditampar, kisah amoi yang demam panas di rumah saya dan macam2 kisah lagi. Tapi amoi seorang yang sangat bijak menyembunyikan duka hatinya hingga kalau dilihat secara kasar tak siapa tahu betapa peritnya kehidupan yang dia lalui.

Petang seperti biasa saya tgk amoi buka gerai seperti biasa, wajahnya juga ceria, tangannya lincah membungkus kuih, mulutnya ramah seperti biasa. mendengar amoi yang lancar bercakap bahasa cina buat saya kagum. kadang2 saya terfkir, kalau orang tak tahu dia tu anak melayu, mesti orang sangka dia anak cina. Bila saya tengok gerai amoi sudah tidak ada pelanggan saya datang dekat dan dia nampak saya terus senyum dan bila saya berdiri sebelah dia, dia tanya "kak, kfc ada lagi?"

saya yang dengar terdiam. tak jemu2 lagi kah dia makan kfc???



#InsyaAllah akan bersambung di part berikutnya#

Friday, April 25, 2014

BUDAK ITU PART 29

-Kisah budak itu part 29-

Saya memandang beg mengaji amoi yang terletak di atas kerusi tepi pintu. Mesti dia tergesa2 dan hanya fikir nak cepat sampai rumah hingga terlupa yang dia pergi mengaji dan mesti ada beg mengaji untuk di bawak balik. Saya tak tahu apa nak buat. Nak hantar balik ke rumahnya itu hanyalah mengundang bahaya. Saya memandang Ahmad dan saya dapat lihat wajah ahmad yang serabut. Ahmad mungkin terfikir sama seperti apa yang saya fikirkan. Amoi akan terkantoi dan akan teruk di pukul dan jika nasib tak baik, abah amoi akan muncul depan pintu rumah saya. kami hanya mampu berdoa agar segalanya selamat.

Keesokan harinya saya bangun penuh debaran di dada. saya takut jika abah amoi akan muncul depan pintu dan saya tak sanggup lihat kalau amoi di pukul hanya gara2 abahnya dapat tahu amoi tak pergi mengaji dan datang makan2 di rumah saya. saya terbayang wajah ketakutan amoi. sudahlah semua rancangan itu adalah datangnya dari idea saya. saya yang menyuruh amoi ponteng dari mengaji. Meja yang kami gunakan utk acara amoi semalam pun saya masih tak kemas sebab saya tak mahu usik hadiah yang masih cantik terletak atas meja. ntah kenapa saya rasa sayang nak kemas meja tu. saya terbayang2 yang amoi masih ada di depan meja tu sedang tiup kek dan potong kek yang ada tulis nama dia.

Saya mandi dan bersiap saya turun bawah rumah untuk keluar ke kedai cari sedikit makanan dan beli barang2 dapur. Saya lalu tepi kerusi saya terpandang beg ngaji amoi masih terletak ditempat dimana dia letak semalam. saya pegang beg tu dan saya tgk dalamnya. Sayu hati saya melihat beg ngaji amoi gunakan adalah beg plastik dari The Store yang warna tulisan semakin pudar. saya melihat isi dalamnya ada senaskah Al-Quran  yang bertanda belum sampai suku muka surat. Saya baru tahu yang amoi sudah naik Al-Quran, walau bagi saya seperti terlambat amoi mengaji Quran, tapi itu sudah cukup bagus kerana sekurang2nya amoi tahu mengaji.

Lama saya termenung diam memikirkan macam mana nasib amoi saat ini. Saya yang memikir nasib amoi rasa sayu sangat, saya terasa seperti nak pergi rumah amoi dan berterus terang tapi macam2 benda yang bermain di fikiran saya dan menghalang saya utk berbuat begitu. Jujurnya saya sendiri takut dengan abah amoi. saya terbayangkan riak wajah abah amoi yang bengis dan pula saya selalu tengok amoi lebam2 di pukul dan say amasih terbayang2 macam mana teruknya bibir amoi ditampar hanya gara2 saya bagi kasut sekolah baru pada amoi dulu. saya tak mahu amoi kena lagi hanya kerana saya.

Saat itu bermacam2 benda bermain di fikiran saya, terasa kesal juga kerana memberi cadangan supaya amoi datang rumah semata2 nak buat kejutan pada amoi. sedang saya leka memikirkan tentang amoi tiba2 saya terdengar pintu di ketuk...

serta merta darah saya berderau, saya jadi seram sejuk, saya terbayang abah amoi yang datang dan akan menyerang saya kerana mengajar amoi ponteng mengaji... lama saya diam tak buka pintu kerana cuba menenangkan hati dan sekali2 berharap ketukan itu tidak akan berulang lagi, namun ketukan itu muncul kembali, kali ini sedikit kuat dari yang permulaan tadi...

siapa? adakah abah amoi datang dan akan buat kecoh depan rumah saya? kalau betul abah amoi yang datang mesti amoi dah teruk kena pukul... Ya Allah selamatkan amoi dan kami semua, sekali lalu tiba2 hati saya berdetik mendoakan begitu...


#InsyaAllah akan bersambung dipart berikutnya#

-mohon satu like jika anda membaca part ini.  TQ-

Thursday, April 24, 2014

BUDAK ITU PART 28

-Kisah Budak Itu Part 28-

SAYA memandang Ahmad dan Ahmad memandang saya. Kami hanya mampu terdiam tak tahu nak berkata apa. Sedih dalam hati sangat terasa kerana segala yang kami rancangkan untuk mengembirakan hati amoi tidak kesampaian. Saya pun menjemput mereka makan sebab amoi tak datang. Saya suruh Ahmad amik pinggan dan makan, Ahmad pun jemput kawan dia makan. Saya pun bangun dari sofa dan ambil cawan utk minum air tiba2 dengar pintu di ketuk.

Kami berempat terus teruja rasa nak menjerit dan saya cepat2 letak balik cawan, kawan ahmad yang baru nak amik KFC letak balik dan saya intai guna teropong dan nampak amoi di luar sana. Sepantas kilat kami bersedia melakukan seperti apa yang kami rancang. Saya buka pintu sedikit dan amoi bagi salam, saya jawab salam dan suruh amoi masuk, bila amoi buka selipar dia dan melangkah kaki dia dan menolak pintu luas kami ramai2 menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan amoi yang nampak segalanya dgn jelas terus terduduk dan menangis.

Ahmad cepat2 pergi dekat dengan amoi dan tarik tangan amoi ke meja makan yang ada KFC dan kek yang bertulisan selamat hari jadi amoi. Ahmad suruh amoi tiup lilin sambil kawan ahmad mengambil gambar. Amoi melihat saya dan tiba2 saya lihat air matanya berjurai lagi. saya terus pergi dekat amoi dan memeluk amoi erat2. saya tahu amoi terkejut dan gembira mungkin juga tak sangka kami akan buat itu semua untuk dia. Saya lap air mata amoi dan suruh dia tiup lilin di atas kek yang Ahmad beli khas untuk amoi. amoi tiup lilin dan kemudian saya suruh dia potong kek dan letakkan dalam pinggan dan bagi pada Ahmad dan kawan2 Ahmad. Amoi menurut tanpa suara.

Masa amoi potong kek dan bagi pada saya, saya amik kek tu dan suapkan sedikit ke dalam mulut amoi, amoi bukak mulut utk disuapkan tapi bukaan mulutnya seiring dengan air matanya yang berguguran laju. saya tahu amoi sebak. saya sendiri bergenang air mata. Selesai saya suapkan amoi kek, Ahmad mengambil pinggan kek dari tangan saya dan cuba nak suapkan ke mulut amoi tapi amoi mengelak. malu. kami hanya mampu tergelak.

Bila tengok amoi kembali tenang dan air matanya sudah tidak mengalir lagi saya ajak dia makan kek dan kfc yang dia teringat nak makan selama ni. amoi makan cepat dan laju. sekejap suap kek sekejap gigit ayam. saya tahu dia takda rasa segan atau malu biar pun depan dia ada Ahmad yang dari tadi melihat dia tak berkelip. mungkin Ahmad terpesona melihat amoi yang biasa dia tengok dengan skirt atau seluar track suit bertukar wajah dengan baju kurung dan kain tudung yang di ikat di bawah dagu. Bila dia perasan saya sedang memerhati dia, dia tunduk malu. Saya faham kenapa Ahmad tengok amoi macam tu sebab bila amoi pergi mengaji, amoi memang akan nampak sangat cantik, dengan baju kurung dan kain tudung.

lebih kurang 20 minit amoi berada di rumah saya, dia tergesa2 nak balik, kami pun tidak menghalang kerana kami tahu amoi kena ada di rumah sebelum pukul 9 malam. cuma Ahmad kecewa kerana bila diminta utk bergambar berdua amoi tak mahu. mahu ambil bertiga dgn saya pun amoi tak mahu duduk sebelah ahmad. sudahnya saya yang akan menjadi orang di tengah2 antara mereka. saya tahu ahmad tak puas hati kerana dia mahu gambar berdua bersama amoi tapi amoi tak mahu.

Amoi bergegas balik dengan meninggalkan semua hadiah yang ada atas meja kerana macam mana dia nak bawak balik sebab mesti akan di tanya oleh ibu atau abahnya. kami yang faham sekadar diam cuma ahmad tiba2 menyeluk poket dan mengeluarkan satu bentuk key chain bentuk love yang tertulis selamat hari jadi. amoi ambil dan terus berlari pulang ke rumah. Kami yang ditinggal hanya dapat menarik nafas lega kerana kami dah berjaya buat amoi gembira dan dapat tunaikan impian amoi dan makan kfc dan nak sambut hari jadi ada kek yang ada tertulis namanya.

Tapi seminit kemudian amoi muncul balik depan pintu dan bila saya tanya kenapa? dia jawab, blh tak simpankan kek dan ayam tu utk dia, esok dia nak makan lagi dan suruh saya bawak ayam dgn kek tu pergi kedai dia petang esok. saya sekadar menganguk dan dia berlari balik.

Kami teruskan makan dan kawan Ahmad tiba2 bersuara...

"dia tertinggal beg mengaji dia"


#insyaAllah akan bersambung di part 29#

Wednesday, April 23, 2014

BUDAK ITU PART 27

-Kisah Budak Itu Part 27-

Hampir seminggu berlalu, kami masih belum jumpa bagaimana cara untuk kami buat majlis sambutan untuk hari jadi amoi. Amoi bukan boleh keluar sesuka hati. Ahmad bagi cadangan untuk buat suprise di kedai waktu amoi sedang jual kuih tapi saya tak setuju dan saya rasa amoi pun mungkin akan jadi tak selesa dan takut2 jika abah atau ibunya tahu. Tiba2 saya terfikir untuk buat di rumah saya, cara nak panggil amoi saya kena fikirkan dan tanya pada amoi.

Petang tu saya cari amoi di kedai, dari jauh bila dia nampak saya, dia dah senyum2 dan seperti biasa dia akan tanya, "nak karipap ke?" saya pantas mengangguk kepala.  siap amoi bungkuskan karipap untuk saya, saya duduk tunggu dia habis melayan orang yang datang nak beli kuih. selesai dia melayan orang yang datang beli kuih, dia duduk dan saya pun tanya dia, awak ngajikan? dia angguk dan dia tanya saya kenapa? saya pun tanya biasa pergi ngaji pukul berapa? dia cakap pukul 8. saya tanya dia lagi, pukul berapa biasa habis ngaji? dia kata pukul 9 kalau ramai budak rumah ustaz. saya tarik nafas lega. ada masa satu jam untuk amoi datang rumah saya dan kami akan buat amoi gembira.

Saya pun cakap kat amoi, saya nak jumpa amoi malam esok kat rumah. saya cakap, saya akan tunggu amoi pukul 8 malam dan amoi seperti biasa akan banyak tanya, kenapa? nak buat apa? ada apa? dan mcm2 benda dia tanya. saya cuma cakap saya ada benda nak bincang dgn dia dan saya nak dia datang rumah. Amoi tanya macm mana mengaji? saya cakap "ponteng" ngaji satu hari. xde orang tahu kalau awak tak ngajikan? dia geleng kepala. so setel satu part. esok malam amoi akan datang rumah dan saya akan buat sambutan hari jadi amoi di rumah saya. lepas amoi bagi kata setuju saya pun tunggu ahmad lalu utk bagitahu yang esok mlam kita blh buat sambutan hari jadi amoi.

Ahmad yang dapat tahu saya dah berjaya dapatkan cara utk buat amoi gembira, bergenang air mata, berkali2 dia ucap terima kasih. Saya dapat rasakan ahmad benar2 sayangkan amoi. dia hulur pada saya duit RM 100 dan minta saya siapkan apa2 yang patut. kek dan kfc dia kata dia akan beli. saya sekadar mengikut. saya tanya berapa orang jemputan? dia cakap dia akan datang 3 orang dengan kawan dia dan kawan dia akan bawak tunangnya sekali, saya lega sekurang2nya ada perempuan. saya pulak hanya seorang dan termasuk amoi akan 5 orang sahaja. Saya pun setuju akan buat sebaik mungkin utk buat amoi gembira. dalam kepala saya, saya bayangkan meja makan saya akan saya hias cantik2, gantung ucapan "Happy Birthday". beli jajan2 skit supaya meja nampak cantik. Tiba2 dalam hati saya berbisik doa supaya semuanya berjalan dgn baik malam esok.

Keesokkan harinya saya sedikit sibuk, walau saya tak perlu memasak tapi saya nak buat hiasan yang paling cantik supaya amoi akan teruja bila tengok apa yang kami buat utk dia. mesti amoi pelik kenapa ada sambutan hari jadi sedangkan hari jadi dia lambat lagi. tapi itu semua tak penting, yang penting amoi dapat makan kfc, makan kek dan rasa mcm mana sambut hari jadi. petang tu saya nampak amoi buka kedai macam biasa dan saya pergi jumpa amoi kat kedai. bila dia nampak saya, dia terus tanya, "kak, apa benda yang penting sangat sampai akak nak jumpa saya malam nnt? takut pulak saya akak buat mcm ni" saya hanya diam dan cakap ada sesuatu akak nak bagitahu awak dan awak hanya perlu dtg rumah malam nanti pukul 8. Dia hanya diam dan cakap ok.

Masanya tiba, Ahmad dan kawannya datang selepas maghrib. mereka tolong apa yang bantu, mujur tunang kawan ahmad agak kreatif orangnya. jadi cantik meja dihias, walau menu cuma kfc dan kek tapi nampak meriah meja sebab saya sempat beli coklat, gula2 dan kerepok utk letak atas meja. Atas meja juga ada 4 kotak hadiah, dari saya, ahmad dan dua orang kawan ahmad yang masing2 bawa hadiah berasingan. Saya tanya Ahmad, ok tak buat mcm ni? Ahmad kata lebih dari OK dan dia tak sangka saya boleh buat sampai macam tu. saya tersenyum dan saya tahu saya buat itu semua sebab saya sayangkan amoi macam adik saya sendiri.

Tepat pukul 8 malam, kami semua teruja tunggu amoi datang, kami bawak masuk semua kasut masuk dalam, kami tutup pintu dan tunggu amoi ketuk pintu penuh debaran. kami dah janji bila amoi ketuk pintu, saya akan buka pintu dan bila amoi masuk jer rumah kita ramai2 akan nyanyi lagu Happy Birthday utk amoi. saya dapat bayangkan macam mana amoi nanti. mesti dia seronok. 8.05 minit amoi masih tak muncul, 8.10 tak muncul, 8.15 masih tak muncul. Kami tertanya2 tak kan amoi lupa? saya tgk wajah Ahmad berubah muram. mungkin dia sedih sebab apa yang dirancang tak menjadi... dia tanya saya betul ker amoi kata nak datang? saya cakap ya! petang tadi saya dah pesan dan amoi kata ok.

kenapa dengan amoi? mana dia? kenapa dia tak datang?


#insyaAllah akan bersambung di part berikutnya#

Thursday, April 17, 2014

BUDAK ITU PART 26

Budak Itu Part 26

Musim PMR tiba, amoi masih seperti biasa, pagi pergi sekolah, petang buka gerai jual kuih dan begitulah sehingga peperiksaan habis. Cuma  sepanjang musim exam, dia lebih banyak baca buku, mungkin buat sedikit persediaan. Saya yang melihat hanya mampu berdoa supaya amoi dapat menjawab dengan tenang.

Pernah satu hari saya tanya pada dia, hari ni paper apa? dia jawab matematik. boleh jawab? dia hanya angkat bahu. saya tahu dia tak yakin. Cuma saya tak mahu mendesak atau berkata apa2 pada dia sebab saya tahu dia sendiri tertekan. Tertekan dengan ugutan yang dia akan diberhentikan sekolah jika tak dapat semua A.

Masa berlalu, rutin amoi selama cuti sekolah masih seperti biasa, cuma dia agak gembira. mungkin kerana dia tak pelru terkejar2 bangun pagi, pergi sekolah kemudian tengah hari balik sekolah terus bersiap2 nak buka gerai jualan kuihnya. Saya sendiri rasa seronok bila tengok amoi sedikit senang dan tak perlu terkejar2 dan tak cukup rehat jika hari persekolahan.

Hubungan dengan Ahmad juga berjalan seperti biasa, amoi pun sudah pandai melawa, kalau keluar nak jual kuih, dia akan sikat rambutnya cantik2, kadang2 ikat dua, kadang2 ikat tepi, adakalanya saya tengok berdandan cantik. bila saya tanya siapa buat dandan cantik2 mcm ni? dia jawab, anty india yang  duduk tingkat atas rumah dia. saya hanya tersenyum. sesungguhnya amoi budak yang senang didekati. dia boleh ramah dengan siapa2 sahaja.

Satu petang Ahmad tiba2 tunggu saya di lorong nak masuk rumah saya, saya tanya kenapa? Ahmad rupanya nak saya bantu dia untuk buat amoi gembira. saya tanya kenapa? Ahmad pun bercerita, rupanya malam tadi dia bertembung dengan amoi kat kedai, abahnya suruh amoi belikan rokok. dan mereka amik kesempatan berborak2. Tapi amoi tiba2 bagitahu Ahmad yang dia teringin nak makan KFC dengan kek yang ada tulis nama dia macam kek hari jadi tu. rupanya amoi tak pernah ada sambutan hari jadi. dia kata dia teringin nak rasa mcm mana orang sambut hari jadi ada kek, tiup lilin, ada kfc dan dpt hadiah. tapi dia tak pernah rasa mcm tu.

Jadi Ahmad kata dia nak buat amoi gembira, dia nak merealisasikan impian amoi. dia nak saya bantu dia buat majlis sambutan hari jadi amoi biar pun hari jadi amoi lambat lagi atau dah lepas pun. dia cuma mahu amoi rasa seronok dan tahu mcm mana bila sambut hari jadi ada kek, tiup lilin tu semua. saya faham dan saya sendiri rasa sama macam apa yang ahmad rasa. saya mahu amoi gembira. sayu rasa hati saya rupanya amoi nak makan KFC.


Saya bersetuju akan bantu Ahmad cuma sekarang kami berfikir macam mana nak buat? amoi bukan boleh keluar sesuka hati. lagi2 sekarang cuti sekolah. kalau amoi sekolah boleh juga kami suruh dia ponteng dan buat kejutan hari jadi pada dia. Lama kami berdua diam memikirkan apa yang boleh kami buat utk buat amoi seronok dan bahagia...


#InsyaAllah akan bersambung di part 27#

-mohon satu like jika anda membaca part ini TQ-

Tuesday, April 15, 2014

BUDAK ITU PART 25

-Budak itu part 25-

Hari berganti hari tanpa kita sedari, amoi sudah berada di tingkatan 3. Dia masih amoi yang selalu tersenyum dan gelak. semakin cantik dan manis. semakin petah juga berkata2. kadang2 saya rasa amoi ni macam mak nenek. bercakap dan gelak jer hidup dia sedangkan saya tahu apa yang dia lalui setiap hari bukanlah menyenangkan sangat.

Rutinnya masih seperti biasa, pergi sekolah, balik sekolah, tolong ibunya menjual kuih sambil siapkan kerja sekolah dan kadang2 dia membaca buku dan bila saya tanya exam nanti dah bersedia tak? dia akan jawab, tak tahu lah... dia kata dia tak ada banyak masa nak belajar, kat rumah adik2 ramai, bising, nak kena jaga adik2, kemas rumah, tolong ibu dan macam2 lagi, jadi dia kadang2 tak tahu apa yang dia belajar sebab bila dalam kelas dia ngantuk, letih dan tak boleh nak fokus.

Cuma amoi saya tahu dia jenis berusaha, rajin juga dia bertanya saya hal2 kerja sekolah dia, mana yang dia tak faham dia akan tanya dan mujur saya boleh mengajar amoi serba sedikit.

Hubungan amoi dgn Ahmad bukan lagi rahsia antara kami bertiga. Ahmad pula semakin nampak kasihkan amoi dan pernah saya tanya Ahmad, "nak kawin dengan amoi ker?" dia pantas menjawab, "kalau boleh sekarang pun saya nak amik dia jadi isteri saya" saya tergelak. mmg lama Ahmad tunggu amoi, walau ada ramai lagi anak dara lain yg cuba nak goda2 Ahmad tapi Ahmad tak layan. Amoi juga yang dia tunggu sedangkan saya tengok Ahmad hanya boleh jumpa amoi, tengok amoi dan borak2 dgn amoi masa amoi buka kedai sahaja, kalau amoi tutup kedai seminggu, saya tengok Ahmad macam orang tak gila dah, tak tentu arah.

Amoi bukan mcm budak lain yang boleh keluar berjalan2, bermain2 atau melepak2 dgn rakan sebaya. nak jumpa muka amoi kat pasar malam pun payah! kalau ada pun amoi hanya akan bermain dan melepak dekat rumah kawan karib dia anak cina yang duduk sebelah blok dia. mungkin sebab blok mereka dekat jadi kalau amoi kena panggil oleh ibu atau abahnya dia blh balik dengan segera.

Amoi pulak bila semakin dewasa semakin cantik walau tanpa dandanan yang rapi. dan kalau dia nampak lelaki2 yang kacak, dia mesti tersipu2 malu. pernah satu hari, tiba2 saya tengok ada sorang lelaki datang beli kuih dia naik motor, tapi saya tgk amoi mcm segan2 dan malu2 dgn mamat tu. lepas mamat tu balik saya tanya siapa orang tu? dia kata cikgu sekolah dia masa sekolah rendah. patutlah dia malu pun!

sebulan sebelum PMR tiba, saya tanya amoi, nak exam dah ni, awak tak tutup kedai ker? belajar. dia hanya geleng kepala. saya tanya dia lagi, awak dah ready ker? agak2 boleh dapat semua A tak? dia hanya angkat bahu tanda tak tahu. tapi dari riak wajahnya saya tahu dia bimbang. tiba2 dia tengok saya dan dia berkata "kak, saya takut nak PMR, abah kata kalau saya tak dapat semua A dalam PMR dia akan berhentikan saya sekolah, dia kata buang duit hantar saya sekolah kalau saya bodoh. tapi saya tak bodoh kak, saya tahu saya pandai kalau saya boleh belajar macam orang lain"

saya yang mendengar jadi sebak, saya tahu agak mustahil utk dapat semua A kalau melihat cara amoi belajar yang tak tentu tempat dan masa... tiba2 saya terfikir, kalau betul amoi tak dapat semua A adakah dia akan berhenti sekolah? kenapa abah dia selalu cakap dia bodoh sedangkan amoi tidak mendapat pendidikan yang sempurna. di saat orang lain sedang mengulangkaji pelajaran, amoi ada kat kedai jual kuih....


#InsyaAllah akan bersambung di part berikutnya#

-mohon satu like jik anda membaca part ini TQ-

Sunday, April 13, 2014

BUDAK ITU PART 24

Part 24 Kisah Budak Itu 

SAYA yang meilhat air mata amoi menitik terus pegang tangan dia, saya tanya kenapa? dia hanya diam. saya rasa lehernya, masih terasa panas, amoi masih demam. saya tanya adakah dia rasa sakit kepala atau rasa tak larat? dia hanya mengangguk. saya hanya mampu menarik nafas panjang. Saya buntu macam mana mahu membantu amoi. 

Selesai amoi tutup gerai saya bawakkan dia horlick dan roti suruh dia makan kemudian makan ubat sebelum balik rumah. Amoi hanya menurut kata tanpa bantahan. sebelum dia balik saya berpesan supaya balik nanti dia terus berehat dan tidur supaya dia cepat sihat dan esok boleh ke sekolah seperti biasa. amoi mengangguk dan terus balik rumah. dalam hati saya hanya mampu berdoa supaya amoi lekas sembuh dan kembali ceria seperti biasa.

Keesokkan harinya sekitar jam 6:30 pagi saya terdengar orang mengetuk pintu dan bila saya buka kelihatan amoi lengkap berpakaian sekolah. bila saya buka pintu dan dia masuk tanpa saya pelawa, dia terus duduk di sofa dan buka tudung sekolahnya kemudian dia memandang saya sambil berkata

"kak, boleh tak saya nak tumpang tidur berehat rumah akak sebab saya demam dan kepala saya sakit, saya tak larat nak pergi sekolah"

saya terus mengangguk kepala dan amoi terus buka baju sekolahnya dan rupanya amoi sudah siap2 pakai seragam sukan sekolah. lepas dia sangkut baju kurung dia, dia terus baring sambil matanya memandang syiling . saya bertanya dah sarapan? dia mengeleng. bila saya kata saya nak keluar mencari nasi lemak atau roti canai dia sekadar mengangukkan kepala.

selesai sarapan amoi hanya diam dan saya mengambil peluang bertanya kenapa badan masih panas dan nampak dia seperti tidak cukup rehat? dia lama diam sampai saya cakap dah 2 hari tak pergi sekolah tak ada surat kalau tiba2 pihak sekolah telefon ibu abah macam mana? baru dia bercakap.

"kak boleh tak tolong tulis surat untuk cikgu saya? dah 2 hari saya tak pergi sekolah saya takut kena buang sekolah. saya bukan tak mahu pergi sekolah tapi saya sakit. nak cakap dengan ibu, ibu bukan percaya. lagi pun saya datang rumah akak sebab saya nak berehat, saya penat. semalam saya tak tidur lagi"

bila saya tanya kenapa tak tidur? awak buat apa? dia jawab, semalam dia tak tidur sebab abah marah dia sebab abah suruh dia baca buku tapi sebab dia demam dan sakit kepala dia tertidur dan bila abah tengok dia tidur abah dia marah dan abah suruh dia pegang buku, berdiri dan jangan tidur. katanya lagi dekat pukul 5 pagi baru abah suruh dia pergi tidur tapi dia tak tidur sebab dah pukul 5 kalau dia tidur nanti dia akan terlambat bangun untuk pergi sekolah.

saya yang mendengar terasa sebak dalam hati. patut nampak amoi lesu rupanya dia tak tidur. saya suruh dia masuk bilik dan tidur atas katil supaya dapat rehat dengan betul. dia terus masuk bilik dan naik atas katil, masa saya nak selimutkan dia sebab saya mula pasang air cond tiba2 amoi teresak2 menangis, saya tanya kenapa? dia kata dia tak pernah tidur atas katil, dia tidur cuma beralaskan toto dengan selimut sahaja. Dalam hati saya Allah saja yang tahu, saya cepat2 selimutkan amoi dan keluar dari bilik supaya amoi tak nampak air mata saya yang bergenang. melihat jam baru pukul 8 pagi saya berkira2 yang amoi boleh tidur sehingga pukul 12 tengahari sebelum dia bangun makan dan balik rumah.

sejam berlalu saya menjenguk amoi dalam bilik dan saya tengok dia tidur sangat lena. saya rasa suhu badannya agak kurang berbanding semalam dan amoi kelihatan benar2 lena sebab dia langsung tak sedar bila saya betulkan selimutnya dan bila saya melihat rambut amoi saya rasa sebak, rambut itu pendek gara2 saya yang memberikan kasut sekolah baru pada dia. kalau saya tidak memberi kasut sekolah padanya mungkin rambutnya tidak jadi begitu.

3 jam berlalu saya siap buatkan bubur nasi dan ayam goreng utk amoi makan sebelum amoi balik rumah. ketika saya jenguk ke bilik, saya tengok amoi masih nyenyak dan kain selimut sudah terselak dan kaki amoi sudah tidak berselimut walau air cond agak sejuk. saya cuba utk menyelimutkan kembali terlihat kesan lebam dan kesan birat dibetis kanannya. kesan dirotan. saya tahu itu adalah kesan rotan atau penyangkut baju. sampai berbekas mcm tu, sekuat manalah agaknya amoi kena rotan, apa lah agaknya salah yang amoi dah buat.

saya renung wajah amoi, saya tenung raut wajahnya hati saya jatuh kesian dan kasih pada dia. dia anak yang baik, dalam bersedih tapi dia masih mampu tersenyum dan dia sangat hebat sembunyikan kesedihan hatinya. saya sering melihat dia akan tersenyum dan ketawa apabila melayan pelanggan yang nak beli kuih karipapnya walau sebenarnya dia berada dalam keadaan berduka...

puas saya tenung wajah manis anak gadis yg lena tu tiba2 saya terasa kelopak mata saya panas...

#InsyaAllah akan bersambung di part 25#

-mohon satu like jika anda membaca part ini TQ-

Thursday, April 10, 2014

Nur Farina Abdullah Berita Harian 10 April 2014


FAMILI: Nur Farina "KEJAR ILMU" Muka6/7 Oleh: Azida Shaharuddin 

DAHAGA ILMU: Nur Farina kini penceramah motivasi, penulis buku walau hanya bersekolah hingga Tingkatan Empat
Kesempitan hidup membuatkan Nur Farina Abdullah terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat dan sekaligus memusnahkan impiannya untuk bergelar peguam atau pensyarah.

Walaupun tahu hanya pelajaran dapat mengubah nasib seseorang, Nur Farina terpaksa akur dengan kehendak keluarga angkat yang mahu beliau membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual kuih muih di tepi jalan.

Saat itu hatinya begitu meronta-ronta untuk sama-sama menimba ilmu dengan rakan lain apatah lagi tempat berniaga berdekatan dengan perhentian bas. Saban hari Nur Farina sekadar melihat mereka turun dan naik bas ke sekolah atau pulang rumah.

Namun, siapa sangka nasibnya berubah selepas mendirikan rumah tangga. Orang kata, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang Melayu yang boleh digambarkan mengenai Nur Farina, 32, apabila kisah silamnya yang tidak dapat menyambung pelajaran ditebus semula selepas berkahwin.

Berkat semangatnya yang menggunung untuk maju dalam hidup, Nur Farina melanjutkan pelajaran dan kini bangga kerana memiliki Ijazah Sarjana Antropologi Sosiologi (Sosiologi Keluarga), selain bergelar penceramah motivasi dan penulis buku kanak-kanak.

Walau baru satu karyanya berada di pasaran, buku berjudul Iman Sayang Kiki, mendapat sambutan yang menggalakkan dan sehingga kini mencapai jualan 5,000 naskah.

Sebagai penulis yang tidak dikenali dan baru bertapak, angka itu begitu bermakna dan sebagai permulaan yang baik untuk saya," kata Nur Farina yang ditemui baru-baru ini.

Kecewa terpaksa berhenti sekolah

Kali pertama penulis bertemu dengan Nur Farina, nyata wanita ini seorang yang peramah, mudah didekati dan bersemangat tinggi. Tidak dinafikan dengan pencapaiannya pada hari ini, jelas terpancar kebahagiaan dan kebanggaan dalam dirinya.

Hanya apabila menceritakan zaman kanak-kanaknya, penulis dapat menyelami aura kepahitan dan kesedihan yang bukan saja diterjemahkan menerusi riak wajah, tetapi juga nada suaranya.

Mengimbas waktu kecil, sebagai kakak sulung kepada enam adik-beradik, Nur Farina beranggapan beliau perlu berkorban untuk membantu ibu bapa nagkatnya menyara adik-adik yang lain.

"ketika itu saya berangan mahu jadi seperti abang dan kakak di luar sana yang bergelar pelajar Universiti, bagi saya mereka  golongan hebat dan bijak. Bagaimanapun, apabila berhenti sekolah, saya rasa masa depan saya gelap kerana memikirkan jika sekolah pun tidak habis, mustahil untuk saya capai impian," katanya.

Bangkit ubah hidup

Sungguhpun tidak lagi bersekolah, Nur Farina masih membaca buku-buku sekolah terutama buku berunsurkan motivasi.

"Membaca bahan bacaan sebegini membuatkan saya semakin tabah dan yakin, menanamkan prinsip tidak patut berasa rendah diri dan malu pada kawan-kawan. Menerusi bacaan, saya sedar sungguhpun susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah daripada saya dan jika saya sempat bersekolah hanya sebulan diua di Tingkatan Empat, ada mereka di luar sana yang langsung tidak berpeluang bersekolah" katanya.

Mengimbau kembali kisah silamnya, Nur Farina berkata segala-galanya mula berubah apabila usianya menginjak 17 tahun. Beliau berkahwin dengan lelaki pilihannya, Mohd Nadzri Hamzah, seorang ahli perniagaan yang ketika itu berusia 36 tahun.

Nur Farina yang bekerja sebagai kakitangan perkhidmatan pelanggan di sebuah gedung terkemuka di ibu kota, mengenali suaminya ketika turun lif di gedung itu.

"Saya tidak mengenalinya, namun ketika dalam lif secara tiba-tiba beliau serahkan kad perniagaannya dan berkata, jika awak bukan isteri atau tunang orang, sila hubungi saya. Bagaimanapunm saya tidak menghubunginya sehingga beliau yang menghubungi saya di pejabat. Sejak itu, kami berkenalan, keluar bersama dan pada hari dia malamar saya, saya setuju," katanya tersenyum mengenang tempoh perkenalan singkat yang membawa kepada perkahwinan dalam tempoh kira-kira setahun itu.
Sambung belajar usia 22 tahun

Bergelar isteri dan mempunyai seorang anak lelaki tidak menghalang keinginan Nur Farina untuk menyambung pelajaran dengan mengikut sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat walaupun ketika itu beliau berusia 22 tahun.

"Sebelum ini, saya juga pernah menjadi model pakaian dan pernah juga berlakon drama dan telefilem. Saya memang suka mencuba dan menonjolkan diri. Mungkin itulah sifat yang membuatkan suatu hari suami bertanyakan cita-cita saya dan mencadangkan saya menyambung pelajaran. Pada saat itu, saya rasa amat gembira kerana memang bercita-cita dan membayangkan impian bakal terlaksana. Dengan izin suami, saya menyambung pelajaran," katanya.

Kembali bersemangat, Nur Farina mendaftar sebagai calon persendirian di pusat tuisyen Jalan Pudu dengan menyertai kelas Tingkatan Empat dan Lima secara serentak kerana mengejar masa.

Hari pertama kelas, ramai guru, pelajar dan kerani pusat tuisyen itu pelik kerana usia Nur Farina 22 tahun, tetapi belajar sukatan pelajaran Tingkatan Empat.

"Sukarnya belajar pada waktu itu hanya Allah saja yang tahu. Waktu ulang kaji hanya dalam kelas dan perjalanan pergi dan pulang menaiki transit aliran ringan (LRT), kerana apabila di rumah, saya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

"Ada ketikanya saya keliru kelas yang diikuti. Contohnya, pernahsatu hari, jam 11 pagi saya belajar subjek Matematik Tingkatan Lima, kemudian, jam 2 petang subjek yang sama, tetapi sukatan Tingakatan Empat.
Hasil dorongan dan bantuan semua tenaga pengajar dan rakan, dalam masa setahun belajar dan menduduki peperiksaan, saya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus melayakkan saya memohon melanjutkan pengajian ke Universiti," katanya.
Suami, anak sumber inspirasi

Nur Farina mengaku suaminya banyak membantu beliau maju dalam pelajaran termasuk memohon universiti.

"Pernah saya diterima masuk ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka untuk mengikuti pengajian diploma. Suami izinkan, tetapi saya pula yang tidak sanggup berjauhan dengannya dan anak, maka memutuskan melanjutkan diploma di institut pengajian tinggi swasta saja. selesai mendapat diploma Pengajian Teknologi dan Maklumat, suami terus galakkan sambung ijazah sarjana muda dalam bidang sama sehingga kini saya memiliki ijazah sarjana Sosiologi Keluarga dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya yang akan menyambung ijazah doktor kehormat(PhD) sekiranya tiada halangan.

Saya tahu suami juga puas dengan kejayaan saya. Alhamdulillah, Allah  pertemukan saya dengan lelaki sebaiknya.

Saat ini jika ditanya apakah kejayaan yang saya kecapi, saya boleh katakan apa yang saya miliki kini iaitu ijazah sarjana adalah kejayaan besar yang sangat berharga.

Dengan pengiktirafan ini, saya diundang beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Sekarang saya menjadi panel dan ahli kumpulan motivasi The Inspirer dan pernah memberi ceramah di Kolej Vokasional Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Penulisan buku pula lahir daripada inspirasi anaknya, Muhammad Iman Hakimi, 11, dan kucing peliharaan mereka, Kiki, sudah diulang cetak dan menjadi titik permulaan kerjayanya sebagai penulis karya kanak-kanak.

Tdak sangka percubaan pertama menulis buku mendapat sambutan menggalakkan, semuanya dorongan rakan juga penulis tersohor, Sri diah," katanya yang menetap di Bangi.
Pembakar Semangat

Sementara itu, Mohd Nadzri, 49, berkata memahami jadual isterinya yang padat, beliau sedia membantu menguruskan rumah tangga termasuk menjaga anak, memasak dan mengemas rumah.

"Saya tidak kisah melakukan apa saja, asalkan dia gembira dan bahagia. Apa saja tugas yang memerlukan, saya akan lakukan semata-mata kerana ingin isteri saya berjaya.

Saya bangga mengahwini wanita yang tahu apa yang dimahukan dan bercita-cita tinggi untuk memajukan diri.

Dulu, isteri saya belajar 'sekerat jalan' kerana keadaan memaksa, tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh sambung menimba ilmu pengetahuan dan menjadi contoh berguna kepada masyarakat, lebih-lebih lagi kepada anak kami," katanya.




Syukur Alhamdulillah...
Allah tidak lama membiarkan saya dalam keperitan.


#Kredit gambar pada rakan FB saya: FARAH NADIAH AHMAD

Friday, April 4, 2014

BUDAK ITU PART 23

-BUDAK ITU part 23-

SAYA semakin risau apabila melihat amoi semakin lembik, saya cakap saya akan panggil ibu dan abah amoi tapi amoi terus menangis cakap jangan dan dia tak apa2. Amoi kata kalau sayangkan dia jangan bagitahu siapa2, jangan bagitahu ibu dan abahnya. Saya serba salah. Apabila amoi muntah lagi buat kali ke 3 saya terus ambil kunci kereta dan papah amoi untuk ke klinik. Sampai klinik doktor kata amoi demam agak panas sebab amoi tak cukup rehat. Badan amoi naik merah2 bengkak dan muntah2 sebab amoi tak boleh makan panadol dan doktor kata nasib baik saya cepat bawak amoi berjumpa doktor. Saya yang melihat amoi terpejam lena di katil klinik rasa serba salah, saya tak tahu yang amoi tak boleh makan panadol.

Selesai urusan klinik doktor bekalkan ubat dan suruh amoi berehat, doktor berpesan pada saya supaya jaga adik saya baik-baik, jangan paksa dia belajar teruk sangat sebab adik saya tertekan. saya hanya sekadar mengangguk kerana doktor tak tahu bahawa amoi bukan adik saya. Pulang kembali ke rumah saya jam dah sekitar pukul 12 tengahari, saya buatkan amoi bubur dan suruh dia makan dan makan ubat. kemudian dalam pukul 1:30 amoi gagahkan diri bangun, tukar pakai baju sekolah dia balik dan dia kata dia nak balik rumah. Saya sekadar mengangguk. saya tahu biasanya sekitar pukul 2 petang amoi akan sampai rumah dari sekolah. sebelum amoi balik saya bagi ubat2an dia tapi dia tolak, dia kata dia takut kalau abah dia jumpa plastik ubat. saya cakap pada amoi yang dia kena makan ubat ikut waktu yang ditetapkan. Amoi sekadar diam dan saya pun terfikir utk balut ubat amoi dgn kertas dan masukkan dalam kotak pensel amoi. jadi saya pun tukar plastik ubat kepada kertas. saya pesan supaya jangan lupa makan ubat dan amoi sekadar mengangguk. Amoi balik dan tanpa sedar air mata saya menitik.


petang sekitar pukul 3 petang saya tgk gerai kuih amoi dibuka, saya dapat lihat amoi sedang menyusun bekas2 kuih dan amoi kelihatan lesu. saya tahu dia masih demam tapi mungkin masa dia balik sekolah tadi dia terus bersiap2 utk tolong ibunya jual kuih. mungkin ibu abahnya tak tahu bahawa amoi demam. Sayu hati saya melihat keadaan amoi. siap dia bukak kedai dia, dia melayan orang yang datang membeli kuih jualannya. saya nampak Ahmad datang dan amoi tersenyum. Saya tengok Ahmad bercakap dengan amoi dan tiba2 saya nampak Ahmad cuba memegang dahi amoi, mungkin amoi bagitahu amoi bahawa dia demam. Baguslah jika dia bagitahu Ahmad, kurang2 dia ada tempat nak bercerita selain dengan saya.

Dalam pukul 5 petang saya ke gerai amoi dan dia nampak saya dia senyum dan suruh saya duduk kat kerusi tepi kedai sementara dia melayan orang yang nak membeli. selesai dia melayan orang, dia duduk depan saya dan cakap terima kasih sebab jaga dia pagi tadi. saya sekadar menganguk sebab saya rasa hiba, amoi sepatutnya berehat, bukan kena jual kuih dengan panas dan letih begini. saya tgk muka amoi pun saya boleh nampak dia belum betul2 sihat. saya tanya dia kenapa tak minta tolong adik yang jual kuih, awak  kan demam? awak tak cakap dgn ibu awak ker awak demam?

tiba2 saya tgk amoi diam dan air mata dia menitis. Kenapa? saya cuma bertanya...



#InsyaAllah akan sambung part berikutnya#

-mohon satu like jika anda membaca part ini TQ-