Sunday, September 6, 2015

Redha seorang Mama



Satu2nya anak bujang saya akan menduduki peperiksaan penting dalam hidupnya buat pertama kali esok. UPSR untuk calon yang kebanyakkan lahir pada tahun 2003 akan bermula dari 8 Sept - 10 Sept 2015.

JOM DOAKAN semua anak2 ini diterangkan hati, dijauhkan sifat pelupa dan lalai semasa menjawab nanti.


OK.

Sebenarnya saya nak kongsi perasaan saya sebagai mama bila anak saya, Kimi nak menduduki exam. Sabtu lepas, 5 Sept kami buat majlis baca doa kecil2an di rumah, minta jiran2 terdekat bacakan Yassin dan doakan untuk Kimi dan kawan2nya yang lain supaya dipermudahkan segala urusan dalam menjawab soalan.

Kenapa sebagai ibu tak buat sendiri? Buat solat hajat sendiri, baca doa sendiri dan minta semuanya sendiri kerana doa ibukan lebih afdhal dan terus sampai pada Allah?

:) :) :)

Saya dah buat sendiri berkali2 sebelum itu, sebelum orang masjid dan surau sampai malam tu pun saya buat lagi dan tujuan kami panggil orang masjid dan surau datang baca doa kat rumah pun sebab nak bagi Kimi rasa yang ramai orang mendoakan untuk dia dan nak bagi dia semangat selain mahu bersedekah makan pada jiran2 terdekat.

Memang malam tu dia duduk sebelah Imam besar Kampung Bangi sama2 baca Yassin dan sama2 mengaminkan doa yang dibacakan khas untuk dia. Biasa kalau buat baca Yassin kat rumah, dia duduk dekat2 dgn pintu jer, bila jumpa jer geng dia, hilanglah dia pergi main. Budak2kan memang main saja yang difikirkan.

Jadi habis acara malam Sabtu tu saya solat Isyak dan berdoa seperti biasa untuk Kimi dan hati saya tak rasa apa2 yang pelik pun, tapi semalam, malam tadi, lepas saya solat Isyak, saya buat solat sunat, buat solat hajat dan bila sedang berdoa tiba2 saya seperti terdengar bisikan halus di telinga,



 "mama, maafkan kimi tau sebab dosa dengan mama, kena mama yang maafkan, tuhan tak boleh maafkan kimi..."



Dalam terkedu tapi saya sedar yang dalam bilik tu hanya saya seorang sebab semalam pukul 9 malam saya dah suruh Kimi tidur supaya dapat rehat yang cukup. Suami pula keluar sebentar jumpa orang, jadi siapa yang berbisik di telinga saya.

Baru saya sedar yang selama ini saya berdoa macam2 minta yang baik2 untuk Kimi, tapi tak pernah sekali pun dalam doa saya, saya cakap saya maafkan segala dosa Kimi pada saya kalau2 ada, sama ada saya tahu, saya sedar atau dia buat benda2 yang saya tak tahu di belakang saya.

Memang berjurai2lah air mata saya bila saya sedar tentang itu, lama saya bercakap dengan Allah yang saya maafkan Kimi, saya ampunkan segala salah silap Kimi pada saya, saya halalkan segalanya, saya redhakan segalanya walau sampai saat ini saya tak tahu apa benda salah atau dosa Kimi pada saya kerana saya rasa langsung tak ada kerana bagi saya kalau Kimi buat apa2 dan saya marah hingga kadang2 berbirat kaki dia kena rotan dengan saya, tapi tak pulak saya ingat pasal apa, malah langsung tak ada rasa dendam apa lagi rasa sedih dengan apa salah yang dah pernah Kimi buat sebab saya pun tak ingat dan bagi saya, marah saya tu marah sebab sayang bukan marah sebab benci hingga mahu mendoakan yang tidak baik pada Kimi kerana itukan anak saya sendiri.

Lama juga saya atas sejadah semalam dan ntah kenapa bila saya cakap, saya maafkan semuanya dan saya redhakan semuanya air mata saya mengalir laju dan lepas selesai baru hati saya rasa sangat tenang... Demi Allah... hati saya sangat TENANG dan saya redha apa saja keputusan yang akan Kimi perolehi. Walhal sebelum ni, hati saya berdebar2, saya tak lena tidur dan asyik fikir yang Kimi tak akan boleh dapat semua A sedangkan saya nampak bagaimana usaha Kimi dan betapa teruknya Kimi mengulangkaji pelajaran dia.

Tapi selepas apa yang saya alami malam tadi, hati saya rasa sangat tenang. Selepas saya katakan yang saya maafkan dan redhakan segalanya!


Mungkin ada yang kita masih nak marahkan anak tapi kita sebagai ibu tak sedar agaknya...
Mungkin Allah mahu saya sedar yang bagaimana rasa ikhlas memaafkan...

Mungkin....



Apa pun, esok sudah bermulanya UPSR, ibu bapa yang mana belum maafkan anak2, maafkanlah... dan maafkanlah penuh ikhlas, bagi saya, pengalaman saya, bila saya ikhlas dan saya redhakan Kimi, air mata saya mengalir laju. Tak tahu kenapa, tapi itulah yang berlaku.



Semoga Kimi dan semua calon2 UPSR 2015 dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari perasan takut, cuak, gelabah, tak yakin, lupa, cuai, leka dan paling penting bila lupa atau tak ingat sesuatu benda, terus ingat Allah dan ingat untuk istighfar, berselawat supaya dapat menjawab dengan tenang :)






Kimi baca Yassin dan berdoa sendiri untuk diri sendiri. Jangan pertikaikan alat tulis yang ada sebelah tu, anggap saja budak2 yakin pada keberkatan surah Yassin dan doa yang dibaca