Monday, November 16, 2015

Coretan Mama Buat Kimi


Result UPSR 2015 keluar esok 17 Nov ( Selasa)

Jujurnya mama berdebar, kalau tengok pada usaha anak mama, mama nampak kesungguhan Kimi. Mama dapat lihat betapa tertekannya Kimi ketika UPSR semakin hampir. Namun selama 3 hari UPSR berlangsung, wajah Kimi ceria ketika melangkah menuju dewan peperiksaan dan juga ketika keluar dari dewan peperiksaan.
Bila ditanya Ok atau Tidak?
jawapan Kimi buat mama lega 
ALHAMDULLILAH


Kimi selama 3 hari berlangsungnya UPSR



ESOK keputusan UPSR akan keluar, mama tahu Kimi tertekan. Kimi takut kalau2 mama kecewakan?

Takpelah Kimi, apa pun keputusan Kimi dapat esok, mama redha. Mama tahu Kimi dah cuba buat yang terbaik supaya mama dan papa gembira, tapi jika Allah tak mengizinkan, siapa kita mahu mempersoalkannya?

Mama tahu mama banyak tekan Kimi bukan kerana mama takut Kimi tak berjaya dalam pelajaran sebab Kimi baru darjah 6. Perjalanan Kimi dalam alam persekolahan dan pengajian masih panjang, SANGAT PANJANG! Mama dulu pun UPSR tak semua pun dapat A, papa pun! Tapi kami dua2 dapat lanjutkan pelajaran sampai masuk Universiti! Mama Alhamdulillah ada Master dan sambung lagi untuk ke peringkat paling tinggi, Papa pulak walau UPSR tak semua A tapi akhirnya dapat masuk Universiti OBERSEA pulak tu! 

JADI kenapa mama TEKAN Kimi?

Sebenarnya mama papa tekan Kimi sebab mama malu kalau2 anak mama tak dapat semua A dalam UPSR. Mama takut nanti orang kutuk2 mama, kutuk anak mama, banding2kan anak mama dengan anak dorang dan sebagainya.

Pendek kata bila mama fikir2 balik, mama ni dok tekan2 Kimi bukan sebab takut Kimi tak boleh nak teruskan hidup atau teruskan persekolahan kalau tak dapat semua A dalam UPSR, tapi mama takut orang keliling memperlekehkan dan mengata2 tentang mama dan anak mama dibelakang mama.

Walhal kalau Kimi dapat semua D pun Kimi tetap boleh teruskan persekolahan macam biasa dan kalau Kimi ada kesedaran untuk perbaiki prestasi diri, Kimi boleh saja jadi pelajar cemerlang semasa naik sekolah menengah nanti, KAN????

Mama jadikan diri mama sebagai contoh, Kimi pun tahu dulu mama sekolah takdalah pandai sangat. Tingkatan 4 mama berhenti sekolah kemudian lepas kawin lepas dapat Kimi baru mama sibuk2 nak belajar balik, ambil SPM kemudian sambung Diploma, kemudian Degree, pastu Master dan sekarang sibuk nak buat Phd pulak. 


Kadang2 mama rasa bersalah pada Kimi, mama tekan Kimi supaya dapat keputusan cemerlang bukan sebab mama takut sangat Kimi takda masa depan, tapi mama lebih takut dengan kata2 kutukan orang keliling. boleh dikatakan ketakutan mama pada masa depan Kimi cuma 20% jer sebab ada ramai jer kawan2 mama yang masa zaman sekolah dulu kalau ada kelas Z, kelas Z lah dia duduk! tapi sekarang kaya raya aman damai bahagia jer . 80% lagi tu sebenarnya mama takut kata2 orang keliling. Mama takut kalau orang tanya berapa result Kimi? Mama malu nak cakap kalau Kimi tak dapat semua A, mama takut orang mencemuh.


Tapi sekarang, mama dah kuat, mama tak mahu lagi jadi mama yang asyik nak tekan Kimi untuk dapat keputusan yang cemerlang sebab takut Kimi takda masa depan tapi mama rasa mama nak Kimi dapat keputusan  yang cemerlang sebab mama nak bermegah2 kunun2 anak mama hebat. Mama nak orang keliling puji2 anak mama hebat sedangkan mama tak faham betapa tertekannya Kimi dan betapa berdosanya mama kerana menjadikan amanah Allah ini sebagai objek untuk mama bermegah2 sedangkan mama tahu bukannya semua orang yang cemerlang dalam pelajaran itu cemerlang dalam hidupnya dan bukan semua orang yang gagal dalam pelajaran itu akan gagal dalam hidupnya!


KESIAN KIMI


Jadi Kimi jangan risau sangat, apa pun keputusan Kimi dapat esok kita bersyukur. Naik sekolah menengah Kita baiki mana yang boleh baiki, tanamkan azam baru. Sebagai anak tugas Kimi adalah belajar dan sebagai mama dan papa, kami akan cuba berikan yang terbaik untuk Kimi. Mama tak mahu lagi menjadikan Kimi bahan kebanggaan mama sehingga mama selalu mendesak Kimi. Apa saja keputusan Kimi, mama tahu Kimi akan berjaya juga suatu hari nanti asalkan Kimi ada kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik. 


Cuma... mama still tak lupa janji mama, kalau Kimi dapat semua A mama akan belikan Kimi PS4 yang Kimi idam2kan selama ini. Kalau esok result semua A, petang atau malam esok kita terus pergi beli.


ITU JANJI MAMA!





Tapi ini bukan bermakna mama tak kisah tentang pelajaran Kimi, cuma mama tak mahu dah jadikan Kimi bahan kemegahan  mama. Mama tetap akan usahakan yang terbaik untuk pembelajaran sekolah Kimi cuma kalau keputusan Kimi belum cemerlang, mama akan usahakan supaya Kimi cemerlang, dan andai keputusan Kimi masih biasa2 mama redha, mama terima segalanya, CUMA jika Kimi beroleh kecemerlangan, sudah pasti mama akan menangis kegembiraan tapi mama tak mahu lagi mendesak Kimi kerana takut pada tekanan orang keliling mama.




Sudah tiba masanya mama terima apa kelebihan dan kekurangan Kimi sebab mama yakin, dalam diri Kimi pasti ada sesuatu yang boleh membuatkan mama bangga kerana telah melahirkan dan membesarkan Kimi.

Mama yakin, bila Kimi besar nanti, pasti ada sesuatu yang membuatkan mama tersenyum bangga!




Doa Mama Akan Sentiasa Bersama Kimi
Dan Mama Akan Terus Berdoa Agar 
Keputusan UPSR Kimi Esok
CEMERLANG!

tapi kalau sebaliknya kita terima dengan redha dan tingkatkan usaha





Salam Sayang,
Mama
16 Nov 2015