"INI ADALAH DUNIA SAYA. SAYA TENANG BERCERITA DAN MENCORET DI SINI. SAYA MENULIS TENTANG KEHIDUPAN YANG SAYA LALUI ATAU APA YANG TERLIHAT OLEH MATA SAYA"
Wednesday, May 11, 2011
Hari Ibu Keluarga Che Som
biasa biasa saja sebab saya agak kurang sihat. anak kesayangan menghadiah kan sebuah diari dan kotak pensil. katanya untuk mama gunakan masa mama nak ke kuliah.
petang kami ke Lake Garden, menyambut bersama makcik makcik pakcik pakcik dan nenek tersayang. beli KFC, beli kek dan kami sama sama menyambutnya. siapa siapa yang merasa seorang ibu, mama, atau yang pernah melahirkan bayi menyambut dengan sebiji kek dan pada masa yang sama. saya gelarkan sambutan hari ibu anak beranak Che Som.
di saat kami beramai ramai menyanyikan lagu IBU, nenek sudah bergenang air mata mungkin gembira kerana di saat usia yang terlalu uzur kami anak beranak cucu cicit menyambut hari ibu bersama samanya.
Ddalam hati kecil saya berdoa supaya di saat tiba saat saya seperti nenek saya juga akan melalui detik detik seperti mana yang nenek lalui. anak anak masih menghargai kita sebagai insan yang pernah melahirkan mereka. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)