Tuesday, April 7, 2009

4 dan 5 April...


"sedang menerima sijil dari Y.M Prof Di Raja Ungku A. Aziz"



"selepas acara convo"




MISS STARDUST OF THE NITE"



dua hari yang meletihkan,
di tambah pula dengan hati yang terkilan
perasaan sebak sering menganggu
air mata bergenang namun di tarik nafas dalam dalam
dan cuba telan segala kesedihan. saya cuba jadi kuat
dan terima segalanya.

4 april dari jam 3 petang saya sudah berada di dewan merdeka PWTC,
ada sesi raptai penuh untuk semua bakal graduan keesokan harinya.
agak ramai yang hadir dan beri kerjasama untuk kelancaran acara konvokesyen
esok. saya juga agak teruja dan gembira kerana berjumpa dengan teman teman sekuliah dulu. hampir jam 7 petang baru selesai semuanya.

malam sekitar jam 8 malam saya terus ke selayang rumah nenek, ada acara makan makan keluarga. namun saya agak tidak ceria dan keletihan. maka sekitar jam 10 malam saya sudah bertolak balik. sampai rumah sekitar jam 11 malam dan saya terus tidur kerana bakal graduan harus berada di PWTC selewat lewatnya jam 7 pagi keesokan harinya.
walau saya cuba lelapkan mata namun saya hanya terlelap sekitar jam 4 pagi. sebak dan sayu dalam hati saya hanya ALLAH saja yang tahu.

seawal jam 5:30 pagi pembantu rumah kejutkan saya dan saya terus bersiap siap dan sekitar jam 6:15 saya sudah bertolak ke PWTC. sebelum keluar rumah saya telan sebijik ubat tahan sakit sebab saya tahu saya demam dan sakit kepala.
saya pergi bersama orang yang saya sayangi, biar lah orang lain tak mahu hadir di hari saya terima sijil asalkan beliau ada bersama sama saya. saya pergi dengan hati yang sedih dan sayu. kala melihat teman teman lain bersama keluarga yang besar sebak menguasai diri. namun saya kuatkan hati dan pura pura bergelak ketawa. alhamdulillah, saya berjaya.

sekitar jam 9 pagi semua ibu bapa sudah duduk di dalam dewan, chancellor KLMU Y.M Royal Professor Ungku A. Aziz, Vice-Chancellor KLMU Dato' Idrus Mohd Satha dan bakal graduan di arak masuk ke dalam dewan. saya berjalan penuh semangat mengambil tempat duduk dan bermula lah acara konvokesyen ke 14 KLMU. graduan dari FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT adalah yang pertama akan mengambil sijil maka saya menaiki pentas sekitar jam 10 pagi dan kala nama saya di sebut hati saya rasa sebak, kala saya menerima skrol dari Ungku Aziz dengan ucapan tahniah dari mulut beliau, hati saya sayu. kala flash kamera berkelip kelip saya rasa bulu roma saya meremang. dan bila saya berjalan untuk ke tempat duduk saya kembali, pensyarah pensyarah saya menghulurkan tangan memberi ucapan tahniah, orang tersayang hanya tersenyum dan saya rasa saya sudah buat dia berbangga. itulah impian saya sebenarnya, mahu dia berbangga dengan saya. biarlah orang lain tidak pedulikan saya asalkan dia sayangkan saya dan berusaha mendidik saya menjadi orang yang berpelajaran.

acara selesai sekitar jam 1 tengah hari dan lepas bergambar dengan teman teman, pulangkan jubah jam sudah pukul 2 petang. saya bergegas pulang ke rumah, mandi dan berehat seketika. jam 3:15 saya bergegas ke PIZANTO DESIGN, MAKE UP & HAIR STYLE untuk bersiap bagi menghadiri acara makan malam graduan yang akan bermula sekitar jam 8 malam. kerana saya adalah model untuk PIZANTO maka pakaian dan gaya saya pada malam itu telah di taja sepenuhnya oleh pihak PIZANTO. hampir dua jam saya di rias dan hasilnya saya tampil bagai puteri cinderella dengan tema "STARDUST NITE".
mula mula saya agak tidak yakin dengan dressing yang saya tampilkan, namun saya kuatkan hati dan katakan ini adalah malam saya dan saya mahu gembirakan hati saya dengan kelainan. saya mahu ada kenangan manis untuk diri saya sebagai merawat kesedihan hati saya pada hari konvokesyen saya.

dari lif bawah PWTC saya naik ke tingkat 4 untuk ke dewan merdeka. sebaik pintu lif terbuka, flash kamera bertalu talu, terkejut juga saya. macam tahu tahu pula saya yang akan keluar dari lif. saya terus ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar kehadiran saya. tapi kelam kabut juga saya sebab semua hampir tak kenal saya dan bila tau itu adalah saya, berebut rebut pula nak bergambar. saya layankan saja sebab bukan selalu pun mereka akan nampak orang yang jadi ala2 cinderella atau pari pari ni. (hehe... tapi kelakar juga bila bdk2 dr cawangan lain beratur nak bergambar dan bila tgk hanya saya jer yg pakai pelik segan pun ada!) tapi saya enjoice!

acara bermula tepat jam 8 malam, macam macam acara ada, menari, menyanyi, cabutan bertuah dan acara yang di tunggu tunggu pun tiba... pencarian QUEEN and KING of the nite! ianya akan di pilih siapa yang datang mengikut tema iaitu " STARDUST NITE".
hasilnya ada 6 lelaki dan 6 perempuan yang layak untuk menyertai pertandingan tersebut. kesemua di panggil naik ke atas pentas dan peragakan baju yang di pakai.
kelakar juga masa ni, bila emcee katakan yang setiap seorang kena catwalk saya dah gelak. walau saya biasa dengan catwalk tapi malu juga.

dan kala pengumuman pemenang pakaian terbaik untuk perempuan di umumkan, saya hanya duduk diam di meja sehingga kawan kawan semeja bising mengatakan pemenang berada di meja mereka barulah saya naik ke pentas. di pakaikan tiara atas kepala, selempang yang tertulis " MISS STARDUST OF THE NITE", sejambak bunga dan beberapa hadiah sampingan, buat saya tak cukup tangan nak pegang. lucu pula rasanya. namun hati saya gembira sebab bukan senang nak merasa ala2 miss world! haha...

habis habis acara, sekali lagi saya di serbu kawan kawan untuk bergambar, time nak balik pun masih lagi saya di serbu sehingga saya lari. hehe... dah jam 12 tgh malam pun. saya pun dah letih. kalau ikutkan kepala kawan kawan silap jam 3 pagi belum tentu saya boleh balik!

sampai rumah sekitar jam 1 pagi dan saya betul betul letih. buka baju, buka segala tiara, selempang, rambut palsu dan mandi terus tertidur sampai ke pagi. mujur mujur kelas pagi saya di batalkan, maka tiada lah istilah saya ponteng!
sampai entry ini di tulis pun badan saya masih lagi lenguh lenguh. namun saya gembira kerana saya dapat lupakan kesedihan saya di hari konvokesyen saya.
saya gembira dan saya boleh terima yang saya masih lagi boleh bergembira walau tanpa kehadiran "dia".

Friday, April 3, 2009

hari tegang 2

hari yang buat hati saya makin tak menentu
jiwa saya makin kacau.
5 April makin hampir,
harapan saya makin pudar.

setiba di kolej sekitar jam 10 pagi saya lihat ramai orang,
depan library, lihat pada wajah saya yakin mereka bukan dari KLMU,
lihat pakcik makcik yang gaya pakaian yang lain dari kebiasaan yang saya lihat
saya tahu ini mungkin ibu bapa pelajar pelajar yang akan grad ahad nanti.

terlihat di pintu library, pendaftaran untuk convo.
saya berbual seketika dengan uncle george (guard) sambil mencari cari kad pelajar saya.
tak ada dalam beg, tak ada juga dalam poket seluar dan tak ada juga dalam beg uncang!
kemana pula hilangnya? saya mula gusar. dalam tu juga ada ic saya dan kad bank saya.

saya beratur juga untuk pendaftaran convo sambil berfikir di mana letaknya kad saya. seingat saya semalam saya letak di dalam beg berserta 2 keping RM 50 dan beberapa keping RM 1. duit ada, kad tak ada. terjatuh ker? di mana? selesai mendaftar dan ambil jubah saya ke kelas, dalam kelas hati tak tenang. tiba tiba terlintas dalam fikiran, terjatuh dalam kereta. habis kelas saya terus ke pekeliling, mengambil kunci kereta dan... memang ia terselit di tepi kerusi. mungkin terjatuh waktu saya angkat beg. hati saya lega namun migrain yang datang. mungkin kerana terlalu risau ic hilang dan bercampur pula dengan angin amarah saya sewaktu di kolej.

dari pekeliling saya terus balik dan cuba untuk tidur lepas makan ubat tahan sakit namun hasilnya tak menjadi, kepala makin sakit. harap harap esok saya ok sebab esok saya sibuk dengan rehearsel convocation di PWTC.

hari yang tegang 1

hari yang buat hati saya makin tak menentu
jiwa saya makin kacau.
5 April makin hampir,
harapan saya makin pudar.

hari nie, 3 april seawal jam 10 pagi saya sudah selesaikan
pengambilan jubah dan pengesahan kehadiran untuk convocation day saya.
selesai mendaftar, saya ke tingkat satu untuk mengambil jubah.
melihat lihat pakej pakej gambar yang di tawarkan buat saya teruja.
dari pelbagai sudut. namun saya tidak berniat untuk mengambil pakej yang di tawarkan.
cina perempuan memujuk saya, saya katakan cukup sudah gambar yang akan di berikan oleh pihak kolej. 3 keping! namun apa yang di katakan oleh cina tersebut buat saya angin tiba tiba. hanya dua keping dan bukan tiga keping. dan bila di tunjuk kualiti gambar yang di ambil, memang buat saya rasa "cikai"nya! tanpa frame, tanpa logo dan ianya tak ubah seperti gambar yang kita cuci di kedai.

saya keluarkan surat convo yang di berikan oleh pihak kolej dan tunjuk kan pada cina tersebut tertera mengatakan 3 keping. sekeping 6r dan dua keping 8r. namun seorang cina lelaki mengatakan hanya dua keping saja dan tahun ini tak sama dengan tahun lepas. tahun lepas graduan dapt 3 keping gambar. apa bezanya?

dengan hati yang membara saya ke admin dan bertanya, seperti biasa semua seboleh boleh mahu lepas tangan, saya berjumpa vice presiden dan tak pasal pasal saya bertekak dengan VP hari ini. puncanya? puncanya kerana VP mengherdik saya dengan mengatakan hanya saya saja yang bising pasal gambar sedangkan pelajar lain tak ada pun datang bising bising. jawapan saya mudah! sebab pelajar lain masih tak sedar yang mereka telah di tipu.

RM 110 (pakej kolej) - hanya mendapat sekeping 6r dan sekeping 8r tanpa frame tanpa logo KLMU

RM 150 (pakej kedai gambar) - 2 keping 8r dan sekeping 6r siap frame dan logo KLMU dan 2 keping 6r tanpa frame dan tanpa logo KLMU

bagi pembaca semua, mana satu rasanya yang akan menjadi pilihan? cuma pakej kolej sudah di masukkan sekali dengan kos convocation iaitu keseluruhan berjumlah RM 290. saya merasakan terlalu mahal untuk dua keping gambar yang boleh di kategorikan sebagai "cikai" dengan harga RM 110. saya harap akan ada pelajar yang sedar akan perkara ini.

walau tadi VP menyelesaikan masalah saya dengan mengeluarkan duit poket beliau sendiri supaya saya mendapat gambar seperti apa yang tertulis di kertas, tapi hati saya tetap sakit sebab ada hampir 2000 graduan lagi yang tidak sedar akan perkara ini. kesian mereka kan?

buat VP, saya dah minta maaf dan saya bukan salahkan puan, kelancangan mulut saya menjawab adalah kerana saya tak mahu hak saya di perkotak katik kan. saya tak harapkan puan keluarkan duit poket puan sendiri untuk selesaikan masalah ini, tetapi saya lebih harapkan puan selesaikan masalah ini dengan pihak pengurusan.

Insyaallah, saya akan berjumpa kembali dgn beliau dan memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu beliau mungkin pening dengan hal saya tadi. tapi sebagai VP itulah yang harus di hadapi.

Saturday, March 28, 2009

saya dulu dan sekarang

saya adalah seorang yang baran,
saya adalah seorang yang cepat mengamuk,
saya adalah seorang yang cepat naik angin,
saya adalah seorang yang cepat beremosi,
saya adalah seorang yang cepat sedih,
saya adalah seorang yang cepat kesian.

itu lah saya!

sewaktu umur 8 atau 9 tahun kerana marahkan basikal yang saya naiki asyik nak terbalik, (belajar naik basikal sebenarnya)saya humban basikal ke dalam parit!

sewaktu berjalan jalan di THE MALL sekitar tahun 2000, saya tampar seorang lelaki kerana berkurang ajar. ( mungkin waktu itu pakaian saya over di mata dia)

sewaktu di jaga nenek, kalau saya tengah makan dan saya di tegur, saya akan buang nasi dan tak makan sampai di pujuk nenek.

sewaktu bersekolah jika saya di tuduh kawan kawan atau di katakan membawa cerita, saya akan bersungguh kumpulkan semua yang terbabit demi membersihkan nama saya balik.
(sampai ada satu kes ayah budak nie datang dengan seragam bomba. gigil2 juga saya sebab saya takut tengok orang berseragam)


namun saya juga adalah orang yang cukup mudah tersentuh dan sedih jika terlihat benda benda yang menyentuh hati. terlihat anak kecil yang terpaksa mengikut mak ayah mereka meminta sedekah cukup cukup buat hati saya tersentuh. melihat orang orang yang basah kuyup kena hujan kerana tidak berkereta, hati saya terusik. terdetik dalam hati "kesiannya mereka, nak pergi cari rezeki sampai basah kuyup"

itulah serba sedikit tentang saya. cuma saya makin sedar sekarang, sikap baran, cepat mengamuk dan naik angin makin hilang. usia mematangkan saya dan membuat saya mampu berfikir secara rasional. walau saya berdepan dengan tuduhan tuduhan yang tak berasas, saya mampu bersabar dan kawal rasa marah serta tak puas hati atas tuduhan
tuduhan tersebut. ( terdetik juga dalam hati saya, dah hilang rasa marah ke dalam diri aku nie?) tapi jawapannya tidak! hati saya sakit dan marah kerana di tuduh dan di syaki, namun fikiran rasional saya membantu untuk mengawalnya. alhamdulillah...
Allah membantu saya. buat semua pembaca, doakan saya terus di beri kekuatan dan kesabaran. saya berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelum. doakan yer.

Sunday, March 22, 2009

harapan di hari convocation

menghitung hari detik demi detik
adakah impian saya akan tercapai?
apakah harapan saya akan terlaksana?
adakah doa saya akan termakbul?
apakah "dia" akan muncul?

saya menanti tarikh 5 april 09 dengan rasa yang bercampur campur
teruja, seronok, gementar, sedih dan macam macam lagi.
saya teruja sebab akhirnya saya mampu untuk menyarung jubah yang tidak semua orang dapat memakainya, saya seronok kerana saya dah buktikan yang saya boleh berjaya dan ada pelajaran walau agak terlewat, saya gementar sebab ini pertama kali saya terima ijazah atas penat lelah saya belajar selama ini dan saya sedih sebab... sebab orang orang yang saya harapkan ada di hari tersebut mungkin tidak akan hadir.
semua macam tak ambil peduli dengan hari tersebut. ( saya kena belajar untuk terima yang saya tak punya keluarga macam orang lain )

cuma satu saja harapan dan perkara yang akan buat saya gembira jika "dia" dapat hadir pada hari tersebut. itulah doa saya, biar lembut hati "dia", biar Allah permudahkan segala urusan "dia" untuk sama sama hadir pada hari tersebut. walau hanya seketika namun saya rasa saya akan gembira dengan kehadiran "dia". buat semua pengunjung blog saya, doakan untuk saya yer? terima kasih...

Saturday, March 21, 2009

midterm, convocatioan & show

padat sungguh jadual saya 2 3 minggu ini.
sehingga 31 mac jadual saya sudah pun penuh.
dalam pada bertungkus lumus study untuk exam mid sem
rezeki mencurah curah. pada masa yang sama sibuk menguruskan
convocation saya bulan april nanti.

kerana kesibukan yang terlampau buat saya tak punya banyak masa
untuk post entry baru di sini, sehingga teman teman yang rajin menjengah
blog saya ini dah mula bertanya. saya tak punya waktu terluang di tambah pula
dengan ketandusan bahan untuk bercerita.

hari ini, saya di tugaskan untuk memperagakan busana bakal bakal
pengantin di maju junction,makanya sekitar jam 1 tengah hari tadi saya berlenggang lenggok lah di pentas untuk memperagakan rekaan rekaan terbaru dari PIZANTO butik.
walau hanya 4 baju yang saya peragakan, namun letihnya terasa. tambahan pula saya di seranag demam selsema. makin rumit saya mahu berjalan dengan air hidung yang terasa macam mahu meleleh saja. mujur doa saya di makbulkan kerana sepanjang bertugas hidung saya ok tiba tiba.

selesai pertunjukan, semua model di belanja makan oleh pereka fesyen- kelvin di kenny rogers. alhamdullilah. kenyang. habis makan bergegas ke butik di campbell complex untuk fitting baju yang akan di gunakan untuk pertunjukan pada 31 mac nanti.
sampai di rumah sekitar jam 6 petang. letih!

kerana selsema masih menyerang, saya makan ubat selsema dan melayan mata yang mula terasa kuyu. terlelap seketika dan itu sudah memadai buat saya bertenaga dan mengulangkaji pelajaran kerana esok - ahad 22 mac 09 saya ada exam kertas "academic writting". maka belajar lah saya sehingga jam 11 malam. setakat ini saya rasa yakin saya boleh jawab dengan baik untuk exam esok. harap harap pembaca entry ini doakan yang terbaik untuk saya esok yer. terima kasih.

itulah serba sedikit tentang jadual dan aktiviti saya sepanjang bulan ini. letih kan? exam, convo dan show. harap harap allah permudahkan segala urusan saya. amin...

Monday, March 9, 2009

ketenangan & Rm 38

hampir 3 hari dunia saya hanyalah sebuah bilik kecil, laptop, wifi, tv dan majalah.
keluar sebentar untuk ke klinik dan tekanan darah yang sering kali rendah menjadi tinggi. 185 untuk kali pertama, dan kali kedua turun 172. saya sendiri terkejut.
saya migrain, demam selsema dan ulcer mulut. puncanya? puncanya saya tak boleh lelapkan mata hampir dua malam. (masalah pribadi- usah di tanya kenapa)

doktor bekal kan antibiotik, ubat migrain dan ubat selsema berserta ubat tidur. dengan harapan saya boleh tidur. saya juga mengharapkan begitu. badan saya terasa lesu dan kering gara gara tidak tidur.

selama 3 hari terperap dalam bilik, saya hanya berbaring, berfikir dan membaca. saya akui saya tenang walau hati agak kosong dan sedih. kesedihan makin bertambah bila saya mahu bersolat, baru saya sedar yang saya tidak membawa kain sembahyang. masyaallah... hati saya sebak dan airmata saya menitis. bantuan seorang teman amat saya hargai kerana membawakan kain sembahyang untuk saya. kepada Allah tempat saya memohon agar diberikan ketenangan dan petunjuk.

dari tingkap bilik, saya boleh lihat dengan jelas LEGEND dan SERI PACIFIC hotel dan stesen LRT pwtc. sungai yang naik air minggu lepas jelas di depan mata. itulah hiburan dan ketenangan fikiran saya. melihat LRT bergerak adalah sesuatu yang melekakan.

hari ini saya terasa mahu berjalan jalan ambil udara segar di luar, bersiap ala kadar saya berjalan perlahan lahan menuju ke the mall. agak meriah. bermacam macam promosi sedang di adakan untuk bakal bakal raja sehari. tak sampai 10 minit tangan saya sudah penuh dengan segala macam kertas kertas promosi.

hajat hati mahu mencari majalah "ujang" (majalah nie biasanya akan saya beli bila dah habis exam atau waktu saya tengah di landa masalah)jadi berpusing lah saya dalam the mall mencari "ujang" mujur jumpa. lalu depan kedai bunga mata saya terpandang sekuntum "mawar merah". sebab semalam adalah hari wanita jadi saya beli untuk di hadiahkan pada diri sendiri. RM 6 saya dpt sekuntum mawar merah. cantik dan hati saya seronok sendiri.

ronda ronda sampai tingkat 3 the mall terlihat satu promosi tentang facial dan massage. normal price RM 168. tapi sebab hari nie hari cuti umum, jadi facial, massage badan dan terapi kaki hanya RM 38. murah kan? saya masuk bertanya dan pekerja di situ mengiyakan apa yang saya katakan. RM 38 untuk urut badan, facial dan terapi kaki? saya teruja. saya yang memang sedang tertekan bersetuju untuk bersantai santai di situ. jadi hari ini badan saya agak segar dari selalu sebab dapat berurut, cuci muka dan terapi kaki. terapi kaki guna ikan ikan kecil yang akan gigit gigit manja kaki kita. mula mula takut juga tapi lama lama rasa sedap pula. dengan suasana yang cantik dan nyaman buat saya rasa tenang.

balik bilik saya agak segar dan rasa lebih tenang. lepas bersolat maghrib saya duduk berselawat dan berfikir. hati saya sayu rindukan seseorang. ujian Allah turunkan pada saya terlalu banyak. dan saya akui saya bukanlah orang yang kuat dan tabah untuk mengharungi semua ujian yang datang. kadang kadang saya kalah! itulah saya.

usai solat isyak saya menadah tangan supaya urusan saya esok di permudahkan dan andai itulah bahagia yang telah ALLAH jadikan buat saya, insyaallah akan saya terima dengan hati yang ikhlas. buat semua yang membaca entry ini, doakan urusan saya esok di permudahkan yer. terima kasih