Friday, June 5, 2009

rindu itu hadir

rindu itu hadir lagi,
hati manusia kan?
walau cuba di cekalkan hati
kadang kala kita kalah juga.

tiba tiba saya teringat dan terfikir

"kenapa dia tak hadir"
"kenapa dia tak ucap"
"kenapa dia tak telefon"
"betul ke dia tau"

tadi tengok seorang budak perempuan
yang di temani ibunya untuk mendaftar
masuk kolej, tiba tiba air mata saya bergenang
cemburu tengok orang ada mama tapi saya takda.

saya tarik nafas dalam dalam
dan teruskan membaca novel
saya lupa sekejap dengan rasa rindu yang hadir
tapi malam ni saya terasa ianya hadir lagi...

sakit kepala

sudah hampir seminggu penyakit lama datang kembali.
menjelang jam 5 petang, kepala saya belah kiri akan berdenyut denyut,
menangkap urat kepala yang membuatkan telinga kiri rasa macam tertusuk besi.
tak tahu apa puncanya. dulu waktu sakit saya ada berjumpa doktor, tapi tiada apa
yang pelik pun yang doktor katakan.

katanya saya cuma migrain biasa. di beri ubat tapi ubat yang di makan macam tak berkesan apa apa langsung. sakitnya tetap sama, asal jam menghampiri pukul 5 hingga ke maghrib saya akan menahan kesakitan. kadang kala sampai ke tengah malam berdenyut denyut.

buat semua doakan lah kesihatan yang baik buat saya yer?
terima kasih

Thursday, June 4, 2009

Syurga di Hati

semalam gara gara saya ada fotoshot di karangkraf
saya telah terbangkan duit dalam RM 40 membeli novel di oficce karangkraf
sekali sekala bila cuti memang novel lah yang akan jadi teman saya.
minat saya membaca novel sejak berusia 9 tahun dan skill membaca masih sama.
setakat novel 500-600 muka surat tidak perlu sehari saya mampu membacanya sehingga selesai. (nenek dan pakcik saya dulu selalu perli kata kalau baca Quran dah boleh khatam beberapa kali pun)

syurga di hati karya Fatin Nabila agak menarik untuk di baca, santai dan membuat kita terfikir bahawa kadang kala kehidupan yang kita lalui ini tidak semuanya seperti yang kita rancang ataupun mahukan. justru kerana itu lah adanya ayat "kita merancang Allah juga yang menentukannya".

Thursday, May 28, 2009

cuti dan bosan

sekarang tengah cuti, 3 4 hari pertama duduk rumah lepak dalam bilik memang rasa nyaman. tapi bila lama lama.... almaklumlah saya bukan orang yang jenis boleh duduk diam tak buat aktiviti. mula lah jadi macam cacing kepanasan.

mahu ke kolej hati berat, hari hari tengok kolej tak kan cuti pun mahu ke kolej? melayan majalah UJANG dan APO? layan lah juga. gelak gelak dan hepi. tapi seketika cuma. cuti hampir sebulan. apa nak buat? tidur baring tidur baring boleh lembap otak saya nanti. makanya aktiviti di lakukan juga seperti joging sekitar taman, mandi kolam dan ronda ronda KL carikan hadiah untuk anak kesayangan saya yang nak sambut hari guru di sekolahnya.

ahad pula ada kerja yang harus di laksanakan, maka mungkin kebosanan saya akan berkurangan sedikit...

nenek? memang mahu balik jumpa dia pun. tunggu lepas habis kerja hari ahad nanti cadangnya mahu balik jumpa dia. mesti dia akan merapu lagi kan? nantikan saja entrynya ya?

Monday, May 18, 2009

senyuman dan angan

selesai menjawab paper Web Based Application 1 sekitar jam 11 pagi. selepas keluar dari dewan terus duduk melepak di library bersama suraya. kemudian sepakat mahu ke SOGO. dia mencari hadiah untuk teman yang baru mendirikan rumah tangga dan saya pula saja berjalan jalan mahu mencari potpuri untuk di letakkan dalam bilik sambil mencari cari raga yang boleh di letakkan pakaian kotor di dalam bilik. itulah tujuan mahu ke SOGO.

dari kolej kami hanya berjalan kaki ke SOGO kerana jarak yang dekat. melalui Maju Junction(MJ), Pertama terus sampai di Sogo. ketika berjalan melintasi MJ dan Pertama saya terlihat sepasang suami isteri yang umur sekitar lewat 50-an berjalan berdua dan si suami mengenggam erat tangan si isteri. terukir senyum saya tiba tiba, hati rasa berbunga. suraya pandang saya, saya pandang suraya. kedua kami tergelak kecil dan berkata "romantik"!

susah nak jumpa pasangan yang dah berumur begitukan? tak usah tunggu yang berumur yang baru kawin 2 3 tahun pun belum tentu mudah nak jumpa begitu kan? still berpimpin tangan tak lepas dan senyum terukir sentiasa.

berangan saya sekejap melihat babak sesaat itu dan tersenyum dalam angan-angan. adakah diri saya juga mampu jadi seperti pasangan tersebut atau akan jadi seperti kebanyakan pasangan yang ada sekarang? suami berjalan seolah olah mereka jalan sorang sorang dan bila isteri memanggil menyuruh tunggu, hanya dengusan berserta muka yang masam mencuka yang di terima isteri. silap silap nasib tak baik, isteri di katakan berjalan lambat dengan suara yang orang orang keliling boleh mendengarnya.
sedihkan?

Sunday, May 10, 2009

vice presiden, interview dan final exam

akhirnya saya layak menduduki kerusi ke 2 di dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). alhamdulillah. bangga, syukur dan teruja. bangga kerana saya tahu bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat jawatan tersebut, syukur kerana saya tahu saya mempunyai teman teman yang sedar kemampuan saya untuk menjadi wakil kepada mereka dan teruja kerana macam mana lah saya nak bahagikan masa antara belajar dan wakil pelajar. harap harap saya mampu mebahagikan masa antara pelajaran dan wakil pelajar.

lebih kurang seminggu selepas pengiraan undi dan pemenang wakil MPP di ketahui saya dan presiden MPP KLMU 2009/10 saudara Zammel telah mengadakan sesi temuduga mencari AJK untuk MPP. hampir 20 orang pelajar yang di temuduga untuk sesi yang pertama dan sesi ke dua akan berlangsung esok 11 mei 09. harap harap jumpa yang benar benar berkelayakan.

final exam akan bermula 18 mei dan saya sendiri agak takut kerana subject ENG 800 hampir sebulan tak ada kuliah kerana pensyarah tidak sihat. risau juga andai gagal subjek tersebut. tapi alhamdulillah 4 lagi subjek dari 5 subjek yang saya ambil saya agak bersedia. mudah mudahan segala urusan saya dapat di jalankan dengan sempurna. doakan saya ya?

Tuesday, April 28, 2009

Majlis Perwakilan Pelajar

seminggu ini saya terlalu sibuk,
sibuk yang amat sangat..
dengan kuiz, assignment, presentation,
study untuk final exam dan berkempen untuk pilihan raya kampus.
rezeki saya barangkali, setelah melalui berberapa proses, dugaan, ditemuduga itu dan ini nama saya tercalon sebagai salah seorang calon Majlis perwakilan pelajar (MPP).

kerana terlalu sibuk saya minta bantuan dari rakan rakan untuk berkempen bagi pihak saya. saya siapkan segala poster, flyers dan manifesto. alhamdullilah akhirnya esok 29 april 2009 hari mengundi. menang atau kalah saya terima sepenuh hati. sekurang-kurangnya saya sudah mencuba. walau saya agak tidak mempunyai banyak masa untuk berkempen tapi saya redha.

saya berharap andai saya di beri peluang duduk di atas kerusi YDP atau TYDP akan saya ushakan untuk tunaikan apa janji saya pada seluruh pelajar KLMU.