Tuesday, October 12, 2010

Masih Gagal

salam buat semua pembaca:

saya masih gagal membahagikan masa saya antara rutin harian dan mahu menulis di sini untuk tatapan kalian semua. bukan tiada kisah mahu di kongsi, banyak malah sangat banyak. tetapi saya malu mahu mengatakan yang saya tak punya waktu, tapi ayat lebih baiknya adalah: saya yang masih gagal membahagikan masa saya.

saya sering mendengar Allah telah berikan kita masa 24 jam sehari cukup termasuk sekali dengan waktu mencari rezeki, solat, merehatkan minda dan membuat sedikit aktiviti sendiri. tetapi saya masih gagal untuk membahagikan masa tersebut.

bila ya saya mahu berazam pada diri sendiri yang saya akan menggunakan masa dengan sebaik yang mungkin?

Friday, August 13, 2010

Kisah Ramadhan

Hari ke dua berpuasa, sebilangan kecil umat manusia yang baik hati telah mengembirakan hati anak anak yatim di Rumah Anak Anak Yatim Darul Takwa Sg Besi. mereka di berikan baju raya baru untuk sama sama meraikan lebaran nanti.

saya turut serta berada di rumah anak anak yatim tersebut dan berbual dengan mereka adalah perkara paling berharga kerana dari mereka kita dapat mengetahui perangai dan hati manusia yang jahil sejahil jahilnya. dalam banyak banyak cerita yang saya dengar, cerita sedih mereka pada 11 Ogos 2010 yakni hari pertama puasa sangat sangat membuatkan saya sebak kerana ada juga manusia yang seperti itu dan pastinya orang itu beragama Islam.

ceritanya:

Mereka di jemput untuk berbuka puasa di sebuah surau, maka sekitar jam 6:30 petang anak anak ini bersiap dan menaiki bas ke surau tersebut dengan harapan rezeki mereka untuk berbuka ada di sana, namun setibanya mereka di sana, tiada sebarang majlis berbuka puasa pun malah orang surau juga tidak tahu menahu tentang hal tersebut. pulanglah anak anak ini semula ke rumah mereka sambil berbuka puasa dengan air liur kerana ketika azan maghrib berkumandang mereka masih lagi di atas bas.

bayangkan jika kita berada di tempat mereka. harapan mereka musnah dan mereka mungkin beranggapan jahatnya manusia yang mempersendakan mereka. moga manusia itu mendapat balasan yang setimpal.

Monday, July 19, 2010

Bila Emosi tidak stabil

"""ambil IT pun nak kecoh ker? course tu senang sangatlah kak long.. tak study pun bleh dpt degree..
Publish Reject (Anonymous )"""

Ini adalah komen dari makhluk yg saya kira bukan manusia pada coretan saya yang bertajuk " Konvokesyen ke 15 KLMU". buat pengetahuan anda, kerana saya ada degree IT lah saya mampu untuk set kan bahawa setiap komen harus di luluskan oleh saya sebelum di paparkan di sini. dan saya rasa jika orang cerdik pandai membaca apa yang anda tulis, mereka akan ketawa kerana di universiti mana kah boleh mendapat degree IT tanpa perlu belajar itu? anda bercakap menggunakan emosi anda yang lebih di ketuai oleh iblis dan syaitan bukannya kewarasan fikiran sebagai hamba Allah yang satu :) sudah sudah lah berbuat perkara yang tidak tidak dan perkara yang merosokan hati dan minda anda kerana anda seolah olah berada di zaman jahil! kesian saya berganda ganda jika anda adalah hamba Allah yang beragama Islam.

Wednesday, June 30, 2010

Warkah Buat Mama

salam mama,

1 julai datang lagi.
terima kasih mama sebab bersusah payah kandungkan Rina dalam kantung rahim mama.
terima kasih juga sebab mama sudi pertaruhkan nyawa mama semata mata mahu bagi Rina peluang untuk menikmati udara segar bumi Allah yg luas ini. terima kasih juga sebab mama tak buang Rina macam bayi2 yang di buang merata2 walau ianya ada yang lahir sah di sisi agama.

Mama,
walau Rina tak sempat nak kenal dan bermanja dengan mama macam kebanyakan anak anak lain, tapi Rina bersyukur sangat sangat sbb mama dah lahirkan Rina. walau mama tak sempat nak jaga Rina sampai Rina besar tapi Allah menjaga Rina sebaik2nya.
Mana2 Rina pergi, apa Rina buat atau apa juga perbuatan jahat yang cuba orang lain laku kan terhadap Rina, Allah selalu ada tolong selamatkan Rina.

Mama,
mama tahu tak, dulu masa kat sekolah, cikgu ajar masak pizza dari roti, cikgu tu kata: cuba kamu semua masak pizza roti nie dan hidangkan pada mak ayah kamu, seorang ibu yang mengandungkan dan melahirkan kamu pasti akan tersentuh kerana anak yg di kandungnya sudah mampu menyediakan hidangan yang hebat. masa tu Rina hanya diam sbb Rina tahu Rina siapa.

Mama,
biar lah apa pun yang terjadi, Rina tak akan lupa jasa mama yang dah lahirkan Rina. walau kadang kala hati Rina pedih, walau kadang2 Rina cemburu lihat orang lain bermanja dan berpeluk2 dgn mak mereka tapi Rina tak blh buat apakan selain senyum dan terus tersenyum.

Mama,
mama tahu tak kawan2 Rina selalu panggil Rina sesumpah? kata meraka, Rina sering berpura2, kadang2 Rina senyum tapi hakikatnya hati Rina bersedih. tapi apa lah yang mampu Rina lakukan selain dari senyum kan mama? Rina tak tahu Rina ikut perangai siapa, Rina tak suka orang tahu kesedihan Rina. Rina hanya mahu meraka tahu yang Rina sedang bergembira.

Mama,
Rina rindukan mama sangat2, kadang2 Rina rasa nak menuruti mama tapi Allah selalu sedarkan Rina tentang apa janji Rina pada diri Rina sendiri. Rina tetap akan berpegang pada janji yang Rina dah buat. Biarlah ianya perit tapi demi kasih dan sayang Rina pada mama biarlah Rina telan segala kepahitan.

Mama,
akhir sekali, jutaan terima kasih kerana melahirkan Rina walau mama tak mampu nak curahkan kasih dan sayang buat Rina. Terima kasih mama, Rina harap mama tak lupa yang pada tarikh ini mama dah lahir seorang puteri.

Rina sayang dan rindukan mama sangat2,
NSR@NFA
kuala lumpur

Friday, June 25, 2010

Konvokesyen ke 15 KLMU




13 June 2010, akhirnya sekali lagi saya melangkah naik di atas pentas untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Teknologi Maklumat. Alhamdulillah, syukur sangat sangat kerana azam saya untuk selesaikan pengajian saya di peringakat ijazah sarjana muda sudah tercapai.

terselit perasaan bangga kerana saya akhirnya berjaya. biar pun harapan saya untuk melihat orang orang yang saya rindui hadir di hari bersejarah itu tidak tercapai, tapi saya cekalkan hati. walau ada beribu mata lain menyaksikan saya menerima ijazah itu namun dua pasang mata itu lebih saya nantikan, saya harapkan selama ini.

mungkin rezeki saya bukan untuk itu, saya berusaha untuk kuat, cekal dan tabah. selama inikan saya mampu untuk tabah, jadi kenapa tidak sekarang kan? :)

Sunday, May 23, 2010

perubahan fasa kehidupan

hari ini saya di sedarkan tentang sesuatu, tentang saya, tentang diri, tentang lumrah... perubahan dalam fasa kehidupan sedang saya lalui. saya lupa, saya tak sedar yang saya kini menjadi perhatian setiap orang dan saya kini sering menjadi perhatian pada mata dan telinga malah mulut orang keliling saya. mungkin ini adalah rezeki yang Allah berikan buat saya.

Ilmu baru yang saya dapat hari ini adalah: belajar terima segala kritikan atau apa saja maklum balas orang pada penampilan, percakapan, penulisan dan apa saja tentang diri dengan hati yang terbuka kerana itulah ciri ciri seorang insan yang akan berjaya.

InsyaAllah saya akan cuba belajar dan terima perubahan ini kerana ini lah jalan hidup yang telah saya pilih... moga Allah berikan saya kekuatan...

Wednesday, May 5, 2010

Kenangan

hati saya tiba tiba tersentuh dan bermacam kenangan silam yang pahit dulu kembali bermain. di mana silapnya hingga segala kenangan itu kembali menghantui diri? saya hanya mampu berdoa dan cuba menjadi kuat untuk teruskan kehidupan. saya masih yakin ini lah warna warni kehidupan yang ALLAH dah tentukan buat saya.

sewaktu mengikuti kursus BTN di Pangkalan Balak saya masih ingat Ustaz itu pernah berpesan: Orang yang rasa Allah tak sayangkan mereka kerana terlalu banyak sangat dugaan adalah orang yang paling di sayang Allah.

mungkin kah orang itu juga adalah saya? InsyaAllah....