Thursday, April 10, 2014

Nur Farina Abdullah Berita Harian 10 April 2014


FAMILI: Nur Farina "KEJAR ILMU" Muka6/7 Oleh: Azida Shaharuddin 

DAHAGA ILMU: Nur Farina kini penceramah motivasi, penulis buku walau hanya bersekolah hingga Tingkatan Empat
Kesempitan hidup membuatkan Nur Farina Abdullah terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat dan sekaligus memusnahkan impiannya untuk bergelar peguam atau pensyarah.

Walaupun tahu hanya pelajaran dapat mengubah nasib seseorang, Nur Farina terpaksa akur dengan kehendak keluarga angkat yang mahu beliau membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual kuih muih di tepi jalan.

Saat itu hatinya begitu meronta-ronta untuk sama-sama menimba ilmu dengan rakan lain apatah lagi tempat berniaga berdekatan dengan perhentian bas. Saban hari Nur Farina sekadar melihat mereka turun dan naik bas ke sekolah atau pulang rumah.

Namun, siapa sangka nasibnya berubah selepas mendirikan rumah tangga. Orang kata, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang Melayu yang boleh digambarkan mengenai Nur Farina, 32, apabila kisah silamnya yang tidak dapat menyambung pelajaran ditebus semula selepas berkahwin.

Berkat semangatnya yang menggunung untuk maju dalam hidup, Nur Farina melanjutkan pelajaran dan kini bangga kerana memiliki Ijazah Sarjana Antropologi Sosiologi (Sosiologi Keluarga), selain bergelar penceramah motivasi dan penulis buku kanak-kanak.

Walau baru satu karyanya berada di pasaran, buku berjudul Iman Sayang Kiki, mendapat sambutan yang menggalakkan dan sehingga kini mencapai jualan 5,000 naskah.

Sebagai penulis yang tidak dikenali dan baru bertapak, angka itu begitu bermakna dan sebagai permulaan yang baik untuk saya," kata Nur Farina yang ditemui baru-baru ini.

Kecewa terpaksa berhenti sekolah

Kali pertama penulis bertemu dengan Nur Farina, nyata wanita ini seorang yang peramah, mudah didekati dan bersemangat tinggi. Tidak dinafikan dengan pencapaiannya pada hari ini, jelas terpancar kebahagiaan dan kebanggaan dalam dirinya.

Hanya apabila menceritakan zaman kanak-kanaknya, penulis dapat menyelami aura kepahitan dan kesedihan yang bukan saja diterjemahkan menerusi riak wajah, tetapi juga nada suaranya.

Mengimbas waktu kecil, sebagai kakak sulung kepada enam adik-beradik, Nur Farina beranggapan beliau perlu berkorban untuk membantu ibu bapa nagkatnya menyara adik-adik yang lain.

"ketika itu saya berangan mahu jadi seperti abang dan kakak di luar sana yang bergelar pelajar Universiti, bagi saya mereka  golongan hebat dan bijak. Bagaimanapun, apabila berhenti sekolah, saya rasa masa depan saya gelap kerana memikirkan jika sekolah pun tidak habis, mustahil untuk saya capai impian," katanya.

Bangkit ubah hidup

Sungguhpun tidak lagi bersekolah, Nur Farina masih membaca buku-buku sekolah terutama buku berunsurkan motivasi.

"Membaca bahan bacaan sebegini membuatkan saya semakin tabah dan yakin, menanamkan prinsip tidak patut berasa rendah diri dan malu pada kawan-kawan. Menerusi bacaan, saya sedar sungguhpun susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah daripada saya dan jika saya sempat bersekolah hanya sebulan diua di Tingkatan Empat, ada mereka di luar sana yang langsung tidak berpeluang bersekolah" katanya.

Mengimbau kembali kisah silamnya, Nur Farina berkata segala-galanya mula berubah apabila usianya menginjak 17 tahun. Beliau berkahwin dengan lelaki pilihannya, Mohd Nadzri Hamzah, seorang ahli perniagaan yang ketika itu berusia 36 tahun.

Nur Farina yang bekerja sebagai kakitangan perkhidmatan pelanggan di sebuah gedung terkemuka di ibu kota, mengenali suaminya ketika turun lif di gedung itu.

"Saya tidak mengenalinya, namun ketika dalam lif secara tiba-tiba beliau serahkan kad perniagaannya dan berkata, jika awak bukan isteri atau tunang orang, sila hubungi saya. Bagaimanapunm saya tidak menghubunginya sehingga beliau yang menghubungi saya di pejabat. Sejak itu, kami berkenalan, keluar bersama dan pada hari dia malamar saya, saya setuju," katanya tersenyum mengenang tempoh perkenalan singkat yang membawa kepada perkahwinan dalam tempoh kira-kira setahun itu.
Sambung belajar usia 22 tahun

Bergelar isteri dan mempunyai seorang anak lelaki tidak menghalang keinginan Nur Farina untuk menyambung pelajaran dengan mengikut sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat walaupun ketika itu beliau berusia 22 tahun.

"Sebelum ini, saya juga pernah menjadi model pakaian dan pernah juga berlakon drama dan telefilem. Saya memang suka mencuba dan menonjolkan diri. Mungkin itulah sifat yang membuatkan suatu hari suami bertanyakan cita-cita saya dan mencadangkan saya menyambung pelajaran. Pada saat itu, saya rasa amat gembira kerana memang bercita-cita dan membayangkan impian bakal terlaksana. Dengan izin suami, saya menyambung pelajaran," katanya.

Kembali bersemangat, Nur Farina mendaftar sebagai calon persendirian di pusat tuisyen Jalan Pudu dengan menyertai kelas Tingkatan Empat dan Lima secara serentak kerana mengejar masa.

Hari pertama kelas, ramai guru, pelajar dan kerani pusat tuisyen itu pelik kerana usia Nur Farina 22 tahun, tetapi belajar sukatan pelajaran Tingkatan Empat.

"Sukarnya belajar pada waktu itu hanya Allah saja yang tahu. Waktu ulang kaji hanya dalam kelas dan perjalanan pergi dan pulang menaiki transit aliran ringan (LRT), kerana apabila di rumah, saya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

"Ada ketikanya saya keliru kelas yang diikuti. Contohnya, pernahsatu hari, jam 11 pagi saya belajar subjek Matematik Tingkatan Lima, kemudian, jam 2 petang subjek yang sama, tetapi sukatan Tingakatan Empat.
Hasil dorongan dan bantuan semua tenaga pengajar dan rakan, dalam masa setahun belajar dan menduduki peperiksaan, saya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus melayakkan saya memohon melanjutkan pengajian ke Universiti," katanya.
Suami, anak sumber inspirasi

Nur Farina mengaku suaminya banyak membantu beliau maju dalam pelajaran termasuk memohon universiti.

"Pernah saya diterima masuk ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka untuk mengikuti pengajian diploma. Suami izinkan, tetapi saya pula yang tidak sanggup berjauhan dengannya dan anak, maka memutuskan melanjutkan diploma di institut pengajian tinggi swasta saja. selesai mendapat diploma Pengajian Teknologi dan Maklumat, suami terus galakkan sambung ijazah sarjana muda dalam bidang sama sehingga kini saya memiliki ijazah sarjana Sosiologi Keluarga dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya yang akan menyambung ijazah doktor kehormat(PhD) sekiranya tiada halangan.

Saya tahu suami juga puas dengan kejayaan saya. Alhamdulillah, Allah  pertemukan saya dengan lelaki sebaiknya.

Saat ini jika ditanya apakah kejayaan yang saya kecapi, saya boleh katakan apa yang saya miliki kini iaitu ijazah sarjana adalah kejayaan besar yang sangat berharga.

Dengan pengiktirafan ini, saya diundang beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Sekarang saya menjadi panel dan ahli kumpulan motivasi The Inspirer dan pernah memberi ceramah di Kolej Vokasional Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Penulisan buku pula lahir daripada inspirasi anaknya, Muhammad Iman Hakimi, 11, dan kucing peliharaan mereka, Kiki, sudah diulang cetak dan menjadi titik permulaan kerjayanya sebagai penulis karya kanak-kanak.

Tdak sangka percubaan pertama menulis buku mendapat sambutan menggalakkan, semuanya dorongan rakan juga penulis tersohor, Sri diah," katanya yang menetap di Bangi.
Pembakar Semangat

Sementara itu, Mohd Nadzri, 49, berkata memahami jadual isterinya yang padat, beliau sedia membantu menguruskan rumah tangga termasuk menjaga anak, memasak dan mengemas rumah.

"Saya tidak kisah melakukan apa saja, asalkan dia gembira dan bahagia. Apa saja tugas yang memerlukan, saya akan lakukan semata-mata kerana ingin isteri saya berjaya.

Saya bangga mengahwini wanita yang tahu apa yang dimahukan dan bercita-cita tinggi untuk memajukan diri.

Dulu, isteri saya belajar 'sekerat jalan' kerana keadaan memaksa, tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh sambung menimba ilmu pengetahuan dan menjadi contoh berguna kepada masyarakat, lebih-lebih lagi kepada anak kami," katanya.




Syukur Alhamdulillah...
Allah tidak lama membiarkan saya dalam keperitan.


#Kredit gambar pada rakan FB saya: FARAH NADIAH AHMAD

Friday, April 4, 2014

BUDAK ITU PART 23

-BUDAK ITU part 23-

SAYA semakin risau apabila melihat amoi semakin lembik, saya cakap saya akan panggil ibu dan abah amoi tapi amoi terus menangis cakap jangan dan dia tak apa2. Amoi kata kalau sayangkan dia jangan bagitahu siapa2, jangan bagitahu ibu dan abahnya. Saya serba salah. Apabila amoi muntah lagi buat kali ke 3 saya terus ambil kunci kereta dan papah amoi untuk ke klinik. Sampai klinik doktor kata amoi demam agak panas sebab amoi tak cukup rehat. Badan amoi naik merah2 bengkak dan muntah2 sebab amoi tak boleh makan panadol dan doktor kata nasib baik saya cepat bawak amoi berjumpa doktor. Saya yang melihat amoi terpejam lena di katil klinik rasa serba salah, saya tak tahu yang amoi tak boleh makan panadol.

Selesai urusan klinik doktor bekalkan ubat dan suruh amoi berehat, doktor berpesan pada saya supaya jaga adik saya baik-baik, jangan paksa dia belajar teruk sangat sebab adik saya tertekan. saya hanya sekadar mengangguk kerana doktor tak tahu bahawa amoi bukan adik saya. Pulang kembali ke rumah saya jam dah sekitar pukul 12 tengahari, saya buatkan amoi bubur dan suruh dia makan dan makan ubat. kemudian dalam pukul 1:30 amoi gagahkan diri bangun, tukar pakai baju sekolah dia balik dan dia kata dia nak balik rumah. Saya sekadar mengangguk. saya tahu biasanya sekitar pukul 2 petang amoi akan sampai rumah dari sekolah. sebelum amoi balik saya bagi ubat2an dia tapi dia tolak, dia kata dia takut kalau abah dia jumpa plastik ubat. saya cakap pada amoi yang dia kena makan ubat ikut waktu yang ditetapkan. Amoi sekadar diam dan saya pun terfikir utk balut ubat amoi dgn kertas dan masukkan dalam kotak pensel amoi. jadi saya pun tukar plastik ubat kepada kertas. saya pesan supaya jangan lupa makan ubat dan amoi sekadar mengangguk. Amoi balik dan tanpa sedar air mata saya menitik.


petang sekitar pukul 3 petang saya tgk gerai kuih amoi dibuka, saya dapat lihat amoi sedang menyusun bekas2 kuih dan amoi kelihatan lesu. saya tahu dia masih demam tapi mungkin masa dia balik sekolah tadi dia terus bersiap2 utk tolong ibunya jual kuih. mungkin ibu abahnya tak tahu bahawa amoi demam. Sayu hati saya melihat keadaan amoi. siap dia bukak kedai dia, dia melayan orang yang datang membeli kuih jualannya. saya nampak Ahmad datang dan amoi tersenyum. Saya tengok Ahmad bercakap dengan amoi dan tiba2 saya nampak Ahmad cuba memegang dahi amoi, mungkin amoi bagitahu amoi bahawa dia demam. Baguslah jika dia bagitahu Ahmad, kurang2 dia ada tempat nak bercerita selain dengan saya.

Dalam pukul 5 petang saya ke gerai amoi dan dia nampak saya dia senyum dan suruh saya duduk kat kerusi tepi kedai sementara dia melayan orang yang nak membeli. selesai dia melayan orang, dia duduk depan saya dan cakap terima kasih sebab jaga dia pagi tadi. saya sekadar menganguk sebab saya rasa hiba, amoi sepatutnya berehat, bukan kena jual kuih dengan panas dan letih begini. saya tgk muka amoi pun saya boleh nampak dia belum betul2 sihat. saya tanya dia kenapa tak minta tolong adik yang jual kuih, awak  kan demam? awak tak cakap dgn ibu awak ker awak demam?

tiba2 saya tgk amoi diam dan air mata dia menitis. Kenapa? saya cuma bertanya...



#InsyaAllah akan sambung part berikutnya#

-mohon satu like jika anda membaca part ini TQ-

Thursday, February 27, 2014

BUDAK ITU PART 22

KISAH BUDAK ITU PART 22

"SAYA" mengajak amoi masuk rumah dan amoi terus duduk di atas sofa. Dia buka tudung dia dan saya tanya dia nak minum atau tidak? dia angguk dan saya ke dapur untuk buatkan dia horlick tapi bila saya keluar dari dapur saya nampak amoi dah baring atas sofa senyap. saya mendekati amoi dan saya tengok dia senyap. Tertidur!

saya perhatikan wajah amoi yang sedang lena dan terbit rasa sayu melihat amoi yang seolah2 sangat lena. saya perhatikan baju kurung putih yang dia pakai, warnanya sudah tidak lagi putih, mungkin sudah lama tidak berganti baju sekolah putihnya itu, saya perhatikan lengan baju kurungnya jahitan di lipatan tangan sudah terbuka jahitannya. terfikir juga kenapa amoi buka jahitan lengan bajunya? mungkin baju dia sudah senteng jadi dia buka jahitannya supaya lengan bajunya tidak nampak terlalu senteng.

hampir sejam berlalu, amoi masih lena, horlick yang saya buat pun dah sejuk. jam pun dah dekat pukul 9 pagi, amoi tak lapar ker? lama juga dia tidur. saya sekali lagi mendekati amoi dan saya letakkan tangan saya di bawah leher amoi, panas! saya alihkan tangan ke atas dahi dan bahang panas yang sama juga terasa. Adakah amoi demam? saya gerakkan amoi perlahan, "amoi, bangun amoi, awak demam ker? badan awak panas" dia buka mata dan tiba-tiba saya nampak air mata dia bergenang, dan dia cakap kepala dia sakit berdenyut dia nak air dan saya terus tanya dia adakah dia rasa dia demam? dia angguk dan dia cakap dia rasa kepala dia sakit dan kaki dia sejuk. pantas tangan saya pegang kaki amoi yang masih berstokin sekolah. saya cabut stokinnya dan saya pegang kakinya dan kakinya sejuk. Sah! amoi demam.


serta merta saya jadi tak tentu arah, amoi demam dan badannya agak panas. saya cepat2 paksa amoi bangun, suruh dia mandi basahkan kepala dia supaya panas badannya turun, mujur amoi masih mendengar kata dan dia buat seperti apa yang saya suruh, lepas dia mandi, dia pakai baju saya dan saya suruh dia makan roti dan minum horlick yang saya buat. lepas dia makan dan minum saya hulurkan 2 biji panadol dan dia pun makan. kemudian saya suruh dia baring berehat supaya dia akan rasa lega dan cepat sembuh. bila amoi baring saya amikkan selimut saya selimutkan dia. sementara  amoi baring saya cuba tuamkan  kepala dan lap badan amoi dengan kain basah supaya panas badan amoi cepat turun.

setengah jam berlalu tiba2 saya tengok muka amoi naik bengkak2 dan merah, pelik juga kenapa tiba2 muka amoi jadi bengkak macam tu. saya tengok amoi yang terpejam matanya seolah2 gelisah dan tiba2 amoi buka mata dan dia cakap dia rasa pening, pusing dan loya. cepat2 saya ambil baldi dan saya cakap kalau rasa nak muntah, boleh muntah dalam baldi tu. Tapi belum habis saya cakap dia dah muntah dalam baldi tu dan habis segala roti dan horlick yang dia minum tadi terkeluar. Ssaya melihat amoi yang terus muntah dan mengerang sakit jadi tak tentu arah.

amoi kenapa? sakit apa sampai muka, tangannya naik bengkak2 merah dan kenapa amoi muntah2? amoi mengandung ker???

hati saya berbelah bagi antara nak panggil ibu abah amoi atau saya jaga amoi sementara amoi sakit macam nie???


#InsyaAllah akan bersambung di Part 23#

-mohon satu like jika anda membaca part ini-

Thursday, February 20, 2014

BUDAK ITU PART 21

BUDAK ITU PART 21

"AMOI" hanya diam apabila Ahmad bertanya kenapa dengan bibirnya. Ahmad pandang saya dan saya hanya mampu diam, saya tak berani nak bercerita apa2 kerana amoi dah pesan jangan cerita pada siapa2. lama ahmad tunggu amoi cerita tapi sampai kedai nak tutup amoi hanya diam. amoi berkemas2 mcm biasa dan akhirnya tinggal saya dan ahmad sahaja memerhati amoi yang berjalan pulang ke rumah. nampaknya esok pula baru kami boleh nampak amoi lagi.

bila amoi dah balik, ahmad memandang saya, air mata bergenang, saya hanya diam, tiba2 ahmad bertanya "kenapa dengan dia kak? akak bawak ubat ni semua mesti akak tahu apa yang jadikan?" saya cuba untuk tidak bercerita tapi bila ahmad mendesak dan ahmad berjanji tak akan bertindak apa2 kecuali hanya ingin tahu apa yang dah jadi dgn amoi akhirnya saya mengalah. saya ceritakan semuanya pada ahmad dan saya minta supaya ahmad jangan tanya apa2 pada amoi dan jangan buat sampai amoi tak percayakan saya lagi. ahmad sekadar mengangguk dan tiba2 ahmad berkata "ayah dia bengis kak, garang, saya pun takut tgk ayah dia". saya cuma mampu diam tak tahu nak mengulas kerana saya sendiri geram dengan ayah amoi.

seminggu berlalu, luka dia mulut amoi semakin berkurang dan sudah hampir tidak kelihatan. amoi sudah kembali ceria seperti biasa dan petahnya bercakap melayan orang yang datang beli kuih buat hati saya sedikit gembira kerana bila amoi ceria itu tandanya dia tenang. rutin amoi masih seperti biasa, menjual kuih, melayan orang yang datang beli kuih, sekali2 membantu ah soo yang malang itu dan begitulah rutin amoi sehari-hari. Ahmad juga nampaknya berpegang pada janji, dia tak tanya apa2 pada amoi dan segalanya seperti tidak ada apa2. saya menarik nafas lega kerana hingga saat itu amoi masih percayakan saya.

minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun sedar tak sedar amoi sudah berada di tingkatan 3, seiring dengan meningkatnya usia amoi, dia semakin kelihatan menarik dan cantik, tapi saya perasan, dia dengan ahmad masih baik dan makin baik. lam juga mereka saling suka menyukai. Mungkin kerana amoi tidak banyak perangai, rutin hariannya hanyalah pergi sekolah, jual kuih dan duduk rumah, dia tak ada kawan bermain2 mcm anak gadis lain. kawannya hanyalah anak cina yang jual surat khabar dan kerana terlalu rapat sangat dengan anak cina jual surat khabar tu, gaya pakaian amoi pun dah macam anak cina.

pada satu pagi tiba2 pintu rumah saya diketuk dan bila saya buka terlihat amoi dengan baju sekolah dan dengan air mata yang berjurai kat pipi dia, matanya merah, bengkak dan saya nampak muka amoi mcm sembam.. mungkin menangis sepanjang malam atau amoi tak sihat? saya tanya kenapa? kenapa tak pergi sekolah? dah nak pukul 7 awak masih kat sini, pukul berapa awak akan sampai sekolah? dia hanya diam dan bila saya kata saya nak hantar dia pergi sekolah dia geleng kepala dan dia kata dia tak nak pergi sekolah dan dia nak duduk rumah saya.

terkedu dan terpinga2 saya kejap, kenapa pulak amoi tak nak pergi sekolah? setahu saya amoi bukan jenis budak yang ponteng sekolah.

#InsyaAllah akan bersambung di part 22#

-mohon satu like jika anda membaca part ini-

Sunday, December 15, 2013

BUDAK ITU PART 20

- BUDAK ITU PART 20-

"SAYA" serba salah bila ahmad mendesak supaya saya bercerita apa yang jadi pada amoi. tapi bila teringat permintaan amoi dalam surat supaya saya tak bercerita pada siapa2 saya rasa bersalah jika saya memberitahu ahmad apa yang sudah jadi pada amoi. saya tak mahu amoi hilang kepercayaan pada saya. saya sedar saya adalah orang yang paling amoi percaya utk dia bercerita dan meluahkan rasa hati dia. makanya saya ambil keputusan untuk tidak bercerita apa2 ada ahmad. biarlah amoi yang bercerita pada ahmad sendiri.

Ahmad seperti tidak puas hati apabila saya mengatakan saya sendiri tak tahu apa2 pasal amoi, saya cuma cakap pada ahmad yang amoi cuma kata dia jatuh. ahmad saya nampak mengeluh kasar, mungkin geram kerana saya tidak boleh membantu dia atau marah sebab amoi tak bercerita pada dia. tapi bagi saya, ahmad hanya buah hati amoi sahaja, bukan suami atau abang amoi yang semua benda amoi kena cerita pada dia.

keesokkan harinya amoi berjualan seperti biasa, hari itu dia berjualan masih menggunakan penutup mulut dan hidung, saya tahu kesan luka dan lebam pada mulut amoi masih belum surut. amoi saya lihat lebih banyak diam, dia cuma bercakap bila ada orang datang beli kuih dan sekali2 saya tgk dia berborak2 dgn anak cina yang jual surat khabar kat sebelah kedai kuih dia. adakalanya saya tgk dia melayan orang yang datang membeli surat khabar dan rokok kat kedai anak cina tu. sekali2 saya tgk dia seperti membaca surat khabar cina yang terdapat di kedai surat khabar tu, kelihatannya seperti amoi faham membaca surat khabar tulisan cina tu tapi saya tak pernah bertanya sebab saya hanya tahu amoi boleh bercakap cina tapi membaca dan menulis tulisan saya rasa amoi tak mungkin tahu kerana amoi bersekolah di sekolah kebangsaan biasa.

menjelang petang saya datang ke kedai kuih amoi dan seperti biasa dia akan tanya adakah saya nak karipap? dan saya pasti akan menganggukkan kepala kerana saya mmg suka dengan kuih karipap yang amoi jual. kulitnya ranggup, intinya sedap, terasa pedasnya, terasa manis ubi kentang dan isi ayamnya. mmg saya akui karipap yang amoi jual boleh di kategorikan karipapa terbaik waktu itu. lepas saya bayar harga karipap saya duduk di kerusi kosong sebelah amoi, saya tanya, sakit lagi tak bibir? dia cakap skit2. saya minta nak tgk, dia gelengkan kepala dia tanda tak mahu buka penutup mulut dan hidungnya. saya pun cakap saya sekadar nak tgk kejap, amoi pun buka dan saya nampak lukanya semakin kering. saya tanya letak ubat apa? dia cakap x letak ubat apa2 pun sebab dia tak tahu nak letak apa. dia takut pedih kalau nak sapu apa2 ubat.

saya tahu mmg pedih kalau nak letak ubat, kalau letak ubat pun sakit nak makan nak minum pun mesti pedih. saya tanya amoi kalau makan sakit tak? dia cakap kalau terkena kat tempat luka mmg akan rasa sakit sangat2, pilu hati saya dengar amoi cakap mcm tu. saya suruh amoi tunggu sekejap dan saya balik amik minyak gamat utk disapukan pada bibir amoi, saya amik jugak air panas dalam termos dgn kain bawak ke kedai amoi. sampai kat depan amoi saya suruh amoi sapu minyak gamat kat bibir yang luka dan saya suruh dia tuam lebam bibir dia dgn kain panas supaya lebamnya hilang. mula2 amoi tak nak, dia kata takut sangat dan saya bertegas suruh amoi buat juga apa yang saya suruh. dalam takut2 dia terpaksa buat. berkerut2 muka dia tahan sakit dan bila dia rasa tak blh tahan dia berhenti. saya yang geram melihat amoi takut2 nak sapu ubat dan tuam lebam di bibirnya terus amik ubat dan sapukan kat luka bibirnya, saya tuam tuala panas kat lebam amoi dan dia hanya diam.

semakin lama saya tuam lebam di bibir amoi, saya dpt lihat tiba2 air mata amoi bergenang, saya tanya kenapa? sakit kah? dia mengelengkan kepalanya. tapi airmatanya sudah hampir gugur dan semakin lama airmatanya menitik jatuh atas tangan saya. saya kaget. sakit sangat ker saya tuam amoi? berkali2 saya tanya adakah sakit sampai dia nangis? dia geleng tapi airmata semakin laju mengalir ke pipinya. lama saya perhatikan amoi dan akhirnya amoi cakap terima kasih pada saya dan dia cakap, dia tak pernah rasa macam apa yang dia rasa sekarang. amoi cakap dia rasa mcm saya nie adalah ibu yang selalu dia harapkan dalam hidup dia.

nampaknya amoi rasa seolah2 yang menyapukan ubat dan menuam lebam di bibirnya adalah  tangan seorang ibu. mesti amoi selalu berharap dia ada seorang ibu yang bila dia sakit atau luka, ibunya akan menyapukan ubat dan merawat dia, tapi masalahnya saya bukan ibu amoi, saya hanyalah orang luar yang mendapat kepercayaan amoi utk bercerita.

sedang kami leka melayan perasaan tiba2 ahmad muncul dan saya yakin ahmad nampak apa yang sedang kami berdua lakukan. ada minyak gamat, ada termos air panas dan ada towel yang saya gunakan utk tuam lebam amoi. amoi yang nampak ahmad cepat2 pakai balik penutup muka dan kesat air matanya, tapi saya yakin ahmad nampak dan boleh fikir apa yang jadi sebenarnya....

#InsyaAllah akan bersambung di part 21#

Saturday, December 14, 2013

BUDAK ITU PART 19

- BUDAK ITU PART 19 -

"saya" terdiam sebak selesai membaca surat amoi. perasaan yang sukar mahu saya gambarkan.

Assalamualaikum buat kakak yang selalu baik dengan saya.

"hari tu saya kena marah dan kena pukul dengan abah sebab dia nampak kasut sekolah saya yang saya beli dengan kakak tu, dia tuduh saya curi duit jual kuih dan beli kasut mahal dan cantik mcm tu. saya cakap saya beli tapi abah tak percaya, dia tampar mulut saya supaya saya cakap jujur, saya dah cakap yang benar, saya cakap saya beli kasut tu dengan harga RM 15 tp dia tak percaya, dia rotan saya, dia tampar mulut saya sebab dia ingat saya tipu dia. dia suruh saya mengaku yang saya curi duit jual duit dan buat beli kasut. saya tak mengaku sebab saya tak curi duit jual kuih, saya memang beli kasut tu dari kakak dengan harga 15 ringgit kan kak? tapi abah tak percaya.
bila saya tak mengaku dia terus tampar mulut saya sebab dia kata saya berbohong dan saya sampai dah bersumpah dgn dia kak yg saya tak curi duit kuih utk beli kasut, tapi dia tak percaya jugak. lepastu kak, abah amik gunting, dia cakap kalau saya tak mengaku dia akan botakkan rambut saya. dia cakap dia tahu saya tipu dia, sebab harga kasut tu tak mungkin dapat dengan harga 15 ringgit, bila saya cakap saya tak curik, abah kerat rambut saya, dia suruh saya mengaku, saya tak mengaku dia kerat lagi rambut saya makin pendek, akhirnya saya mengaku saya amik duit kuih utk beli kasut sebab saya takut abah akan terus botakkan rambut saya kalau saya tak mengaku. bila saya mengaku abah rotan tapak tangan saya pulak. dia cakap saya macam2 dia kata saya anak pungut yang tak sedar untung, dah dia bagi makan, pergi sekolah tapi saya mencuri. saya tak curi kak, sumpah saya beli kasut dari akak dengan duit saya sendiri. tapi abah tak percaya. saya cakap harga kasut tu 15 ringgit abah kata saya tipu sebab dia kata kasut tu harga mahal. saya tak tahu pun berapa harga kasut tu.
lepas tu abah amik kasut tu dan dia gunting kasut tu, dia kata tak payah pakai kasut cantik kalau mencuri. dia suruh saya pakai kasut sekolah saya yang lama supaya saya ingat lepas ni jangan mencuri.
abah pukul kuat kak, bibir saya berdarah sebab abah tampar kat mulut saya sebab tu ibu tak buat kuih sebab muka saya lebam dan ibu pun marah kat saya sebab ibu pun percaya saya curi duit jual kuih. tapi saya tak curi pun kak. semua orang tak percaya kat saya kak. saya tak mencuri.
oklah kak, saya nak cakap ni jer kat akak supaya akak tak terus tanya saya.
saya nak minta maaf sebab kasut akak dah xde, abah dah gunting koyak2kan dan dah buang, sekarang saya pergi sekolah pakai kasut lama. akak jangan cerita kat sapa2 hal ni tau. saya percayakan akak"

yang benar,
amoi


timbul perasaan kesal di hati saya kerana menjual kasut yang harga hampir 50 ringgit kepada amoi dgn cuma 15 ringgit. saya tak sangka ianya akan menjadi isu sehingga membuatkan amoi menderita. saya boleh bayangkan macam mana amoi terpaksa mengaku hanya kerana tidak mahu terus di pukul dan kepalanya dibotakkan. dia terpaksa mengaku untuk lepaskan diri dari penderitaan. kalau saya tahu begitu jadinya saya memang tak akan bagi amoi kasut sekolah tu. niat baik saya telah membuatkan amoi menjadi mangsa.

perlahan saya melipat surat yang amoi bagi dan berjalan pulang, tiba2 motor ahmad datang mendekati saya dan ahmad tahan saya. saya tanya kenapa? dia kata dia mahu tanya saya sesuatu. saya mengangguk dan ahmad terus bertanya sama ada saya tahu atau tidak kenapa amoi macam tak ceria dan betul ker amoi demam sampai kena pakai penutup mulut dan hidung? ahmad kata dia dapat tahu dari seseorang yang bibir amoi luka dan ada kesan lebam. betul ker? saya tergamam sebab saya baru lepas baca surat amoi dan amoi dah pesan jangan cerita pada siapa2, tapi sekarang ahmad datang bertanya pada saya.

apa saya nak buat? perlukah saya cerita pada ahmad atau mcm mana???

#InsyaAllah akan bersambung di part 20#

Thursday, December 12, 2013

BUDAK ITU PART 18

-Kisah Budak Itu Part 18-

"saya" merenung muka amoi, saya tahu amoi berbohong pada saya, mata amoi tak boleh berbohong pada saya, jauh kedalam matanya saya tahu amoi menyembunyikan sesuatu. saya tetap menanti amoi bercerita tapi sampai kedai tutup dia tetap diam. cuma yang dia tanya, mana rantai dia dan bila saya cakap rantai tu saya dah bagi pada ahmad dia macam tak puas hati, dia mungkin takut ahmad fikir yang bukan2 sebab sehari dia bukak kedai, ahmad langsung tak datang seperti biasa. motor ahmad lalu depan kedai pun tak ada. tapi saya rasa ahmad mungkin ada urusan sehingga dia tak sempat nak datang kedai kuih amoi hari itu.

2 hari berlalu amoi masih diam tak mahu bercerita, saya berkali2 tanya sampai ugut dia tak mahu dah dtg kedai kuih dia, dia tetap berkeras tak mahu bercerita, bila saya tanya jawapannya tetap sama, dia jatuh, bila saya tanya kenapa lama tak buka kedai, dia cakap dia demam. sedangkan saya tahu amoi pernah demam tapi kedainya tetap buka seperti biasa dan amoi juga yang uruskan dari buka kedai sampai kedai tutup. jadi macam susah saya nak percaya apa yang amoi katakan. cuma sudah 2 hari nie, amoi jaga kedai dgn penutup mulut dan hidung dengan alasan dia batuk dan ibu dia suruh dia pakai penutup mulut dan hidung supaya kuman tak masuk dalam kuih jualan dia. tapi saya tengok amoi tak batuk pun. dia sihat2 jer, selsema pun tidak. saya yakin ibu dan abah amoi suruh pakai penutup mulut dan hidung tu supaya kesan terkoyak kat bibir dan kesan lebam kat bibir amoi tak nampak. walau hati saya geram kerana amoi berkeras tidak mahu bercerita tapi saya tak boleh nak memaksa dia. mungkin apa yang dah jadi pada amoi itu benda besar.

cuma petang hari kedua tu, ahmad datang kedai macam biasa, amoi yang nampak ahmad, cepat2 betulkan rambut dia dan macam gelisah. bila ahmad turun dari motor saya nampak muka ahmad berubah, mungkin pelik tgk amoi yang bertopeng atau terkejut tgk rambut amoi tiba2 pendek sedangkan masa dia balik  kampung hari tu rambut amoi masih panjang. saya nampak ahmad seperti bertanya sesuatu tetapi amoi mcm  diam. bila ahmad hulurkan sesuatu pada amoi, saya tahu ahmad bagi balik rantai amoi yang saya serahkan pada dia tempoh hari. saya nampak amoi mcm gembira bila dapat balik rantai tu, dia terus pakai dan walau mulutnya tertutup tapi sinar mata dia adalah sinat mata orang gembira. Syukur Alhamdulillah kerana bila ahmad datang, amoi nampak gembira. itu sudah cukup buat saya rasa seronok. lepas ahmad pergi saya mendekati amoi, saya tanya dia seronok tak dapat balik rantai tu? dia sekadar anggukan kepalanya. ahmad tak tanya kenapa rambut awak pendek? dia jawab ahmad kata dia suka kalau rambut amoi panjang mcm selalu. saya pun tanya dia lagi, kenapa awak potong rambut awak? dia diam dan saya nampak air matanya bergenang. saya terkejut tgk air mata dia bergenang. saya kan cuma tanya kenapa dia potong rambut dia? kenapa dia perlu nak menangis? mesti ada yang tak kena.

kebetulan pada hari tu kuih jualan amoi habis lebih cepat dari biasa, sekitar pukul 5 lebih semua kuih dah habis dijual dan amoi berkemas2 utk menutup kedai. seperti biasa dia melakukan rutin hariannya. satu persatu barang dia bawak balik sampailah pada barang terakhir yang dia bawak adalah meja. saya hanya memerhati dan bila dia melalui depan saya dia berhenti dan dia cakap "kakak tunggu saya kejap kat sini boleh?" saya mengangguk. dia pun cepat2 pergi hantar meja dan saya menanti dia kembali balik walau pada hakikatnya sudah tidak ada apa lagi barang2 jualan yang tinggal utk dia ambil bawak balik. tapi  kerana saya di suruh menunggu dia, saya piun tunggu, sekitar 10 minit saya nampak dia berlari2 menuju ke arah saya dan bila dia sampai depan saya dengan tercunggap2 dia hulurkan satu surat yang dilipat2 kepada saya, masa tu penutup mulut dan hidungnya sudah tidak ada. saya dapat lihat, bibir amoi yang lebam dan kesan luka atas bibir bawahnya sudah mula mengering tetapi masih terlihat ada seolah2 nanah di kesan luka itu. saya yg melihat terasa peritnya sakit itu tapi amoi seolah2 tidak ada apa2.

surat yang amoi hulur saya amik dan amoi terus berlari balik tinggalkan saya, saya hanya memerhati amoi yg semakin menghilang dari pandangan mata saya.

amoi bagi surat lagi? apa yg amoi tulis? mesti ada benda yg dia nak cerita? suka betul dia bagi saya surat kalau saya tanya dia apa2. saya pun buka dan baca surat amoi kat situ jugak... satu persatu saya baca cerita amoi yang di tulis dgn tulisan yang bagi saya memang tak cantik! kejap huruf kecik kejap huruf besar, kejap padam, kejap buat tanda pangkah... tapi semakin say abaca surat amoi, hati saya sebak, air mata saya bergenang dan akhirnya gugur... kesian amoi...

apa isi surat amoi???

#InsyaAllah akan bersambung di Part 19#