Thursday, December 31, 2009

2010

Alhamdulillah... Allah masih memberikan peluang untuk saya dan family tersayang menghirup Udara 2010... Tak perlu mencanang apa azam diri, cukup sekadar kita berusaha perbaiki apa yang perlu di perbaiki...

Tuesday, December 29, 2009

pagi bersama buah hati cilik



Pagi ini, habiskan masa dengan buah hati cilik saya. Bawa dia minum pagi di kedai mamak. dia order roti canai telur dan horlicks. Saya pula cuma sekeping tosei dan air suam. Saya jarang punya waktu di hari bekerja biasanya. Tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar membuatkan waktu saya sangat padat. Makanya, malam tadi saya terfikir untuk meluangkan masa minum pagi bersamanya. Matanya bersinar. Biasanya mata dia akan bersinar sinar jika hatinya gembira atau senang.

sebagai seorang mama, saya mahu yang terbaik buatnya. gembira dia gembiralah saya. mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya demi membesarkan amanah yang di kurniakan buat saya. Insyaallah...

Saturday, December 26, 2009

Tahlil

seawal pagi saya sudah bersiap siap ke rumah nenek di Selayang.
ada kenduri Tahlil. saya sampai makcik makcik dan pakcik pakcik saya memang sedang sibuk. majlis akan di buat selepas Zuhur. saya mula membantu itu dan ini. potong memotong dan sudahnya saya juga yang di tugaskan memasak kari daging. benda mudah saja bagi saya, walau saya jarang memasak namun itu tidak bermakna saya tidak boleh memasak. selesai memasak tepat pada waktunya.

orang surau tiba dan terus nak ke tingkat atas rumah dan majlis pun bermula. sekitar jam 3 petang, acara makan bermula. Alhamdulillah... segala lauk habis ngam ngam. ada sedikit yang sempat kami bungkus dan berikan pada tetamu. tetamu pulang yang tinggal sedara mara rapat dan duduk berbual bual. riuh juga bila berkumpul dan lama tak jumpa begini.

tepat jam 4 petang, mendung. 20 minit kemudian..Hujan turun mencurah curah dengan lebatnya. yang mana sedap berbual di bawa khemah dan payung berlari masuk ke dalam rumah. acara membasuh periuk dan cawan pinggan tetap di teruskan. anak muda, seronok juga sekali sekala buat kerja dalam hujan agaknya.bila acara basuh periuk belanga bermula dalam hujan, acara calit mencalit hitam periuk pun bermula. jadi memang bertambah meriahlah acara membasuh dalam hujan. saya awal awal lagi dah lari masuk rumah. tak sanggup muka di hitamkan.



acara membasuh periuk, cawan dan pinggan. muka masing2 dah hitam dah.


hujan lebat tiba tiba. berlari semua selamatkan diri.



keluarga besar kami.

Sunday, December 20, 2009

pelancaran Kayu Manis - A Taste of Terengganu's



Buku yang di tulis oleh To' Puan Rosita. buku yang sangat menarik dan cantik. buku ini tidak saya beli tetapi di hadiahkan...




saya berada di JW Marriot hari ini sempena Official Launch of Kayu Manis - A Taste of Terengganu's Heritage By DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan.
dunia baru bagi saya. saya belajar dan akan terus belajar untuk sama sama berada di acara acara rasmi begitu. ini juga bagi saya satu pengalaman dan pelajaran baru buat saya.

di sajikan dengan hidangan asli dari terengganu benar benar buat selera saya terbuka. dari keropok lekor hingga ke kerabu laksa. rasanya sangat lazat dan ianya adalah resepi To' Puan Rosita sendiri. buku sudah di hadiahkan dengan harapan saya akan mencubanya. Insyaallah.

Habis acara berjalan jalan di butik LV di Lobby Hotel. saya tak membeli apa apa cuma sekadar melihat lihat, namun.. saya keluar dengan paper beg di tangan! hehe... terima kasih.

Sunday, November 29, 2009

Aidil Adha - Korban

hari raya korban yang biasa biasa saja bagi saya.
saya terfikir mahu melakukan ibadah korban pada tahun hadapan
jika di izinkan Allah. cuma saya mahu melakukan ibadah ini di kawasan yang benar benar penduduknya kurang berkemampuan. saya merasakan bahawa bagaikan kurang tepat jika daging korban itu sudahnya dapat kepada orang orang yang mampu, yang ada kereta, rumah yang lengkap dengan ASTRO dan berbagai lagi kemudahan lain.

mungkin ramai yang kurang sedar tentang hal ini namun di mata saya yang biasa ini, saya rasa ada kesilapan di situ. saya mahu biarlah daging korban itu dapat kepada orang orang yang memang benar benar layak.

moga moga Allah permudahkan urusan saya yang satu ini.

Wednesday, November 4, 2009

apa kata hati

seminggu dua ini saya di tuduh itu dan ini.
saya di katakan sombong sejak menjadi MPP.
saya di katakan lupa diri. saya di katakan kacang lupakan kulit.
saya di katakan kurang ajar.

saya tahu saya bukan begitu, saya bukan begitu dan saya memang bukan begitu!
namun hati saya masih waras mengatakan yang itulah lumrah.
saya umpama perdana menteri yang kadang kala tidak mampu mahu membahagiakan
dan senyum pada semua orang. kadang kala keletihan buat saya lupa sama ada saya senyum atau tidak, saya alpa sama ada saya ramah atau tidak. tapi yang saya sedar saya masih sama!

namun sudah tertulis sudah inilah warna warni kehidupan yang akan tercorak di layar putih kehidupan saya sebagai seorang manusia. saya terima segalanya.

buat semua yang beranggapan saya menjadi sombong sejak saya bergelar MPP tegurlah saya di manakah sombong saya itu. tunjukkan lah bagaimanakah bentuk sombong yang telah saya lakukan itu kerana demi ALLAH swt saya memang tak sedar bila waktu yang saya sombong itu. namun saya mohon janganlah di canang pada semua orang tentang kesombongan saya itu kerana itu tidak membantu saya menjadi lebih di senangi namun akan membuat saya makin di benci pleh orang lain. teguran yang berhemah berserta bukti dan contoh lebih efektif untuk orang seperti saya kerana saya sudah terdisplin sejak kecil, jika bercakap tanpa bukti umpama mencurah air di daun keladi dan umpama si pengecut tetapi mahu tunjuk hebat hanya dengan lidah bisa mereka.

Ya ALLAH.. kau kuatkan lah hatiku untuk berdepan dengan semua warna warni pelangi indah mu ini....

Monday, November 2, 2009

politik

ramai yang bertanya kenapa saya tidak aktif berpolitik?
kenapa saya tidak mahu menyertai puteri UMNO?
kenapa saya tidak mahu join itu dan ini?
jawapan saya: aku tetap rakyat malaysia yang bertanggungjawab, cuma aku tak mahu bebankan diri aku dengan benda benda yang aku rasa aku tak mampu nak dakap semuanya...

lagi pun aku sedih...