"INI ADALAH DUNIA SAYA. SAYA TENANG BERCERITA DAN MENCORET DI SINI. SAYA MENULIS TENTANG KEHIDUPAN YANG SAYA LALUI ATAU APA YANG TERLIHAT OLEH MATA SAYA"
Thursday, February 21, 2013
BILA ALLAH MENGINGINKAN SESUATU
KISAH YANG SAYA COPY DARI FACEBOOK SAYA.
saya ada ramai kawan2 yang terpesong identitinya, senang cerita "pondan". walau mereka sering dihina selalu dikeji dan kerap dicaci tapi mereka biasanya tabah. saya sendiri memang tak ada masalah utk berkawan dan bergaul dgn mereka, walau kadang2 ada yg gayanya, kulitnya, solekannya kalah saya yg tulen nie tp bg saya itulah dugaan buat diri mereka dan juga keluarga mereka, Allah menduga mak ayah mereka dengan mengurniakan mereka anak yang lari jantinanya. pernah satu ketika dulu saya jalan2 di uptown dan tIba2 seseorang menegur saya, bila saya toleh saya tgk seorang wanita yg sangat cantik bertudung manis, dia salam saya dan spontan dia peluk saya laga2 pipi, masa tu saya tak rasa janggal lagi, lepas borak skit lebih kurang saya pun teruskan berjalan2 dan suami tanya siapa budak perempuan tadi? saya jawab namanya Mimi, kami sekolej dan mulut saya lancar jer cerita kat suami yg Mimi tu adalah pondan tanpa rasa apa2 yg salah sampailah suami tanya, kalau dah tahu dia lelaki kenapa saya blh laga2 pipi dengan dia? masa tu barulahs aya sedar yg saya dgn dia haram bersentuhan! tp mmg kalau kita tgk dia, x akan ada siapa yg tahu dia adalah lelaki sbb gayanya mmg sebijik perempuan tulen! suami agak marah juga masa tu sbb saya tak berhati2 tp saya nak buat mcm mana sbb itu semua spontan dan saya tak pernah ingat yg dia tu adalah lelaki. tapi kuasa Allah tak siapa tahu, baru2 nie saya tgk dia berubah, dia berubah kembali menjadi seorang lelaki dan saya terkejut yg amat sgt sbb tak sangka dia blh berubah menjadi seprti mana yang Allah lahirkan dia sebagai seorang lelaki. rasa nak menitik air mata saya sbb saya tak sangka dia mampu berubah. Besarnya kuasa Allah, jika itu yang dimahukan sekelip mata sahaja blh terjadi. Makanya kalau kita jenis suka memandang hina pada pondan2 atau mak nyah2 nie bawak2lah ingat kuasa Allah, apa hak kita utk menghina melainkan kita hanya mampu berdoa dan membantu mereka supaya keluar dari dunia mereka yang songsang itu...mereka itu semua adalah manusia yg sama mcm kita Cuma dugaan yg Allah berikan buat mereka bukan calang2 dugaan. Kita sendiri belum tentu mampu utk menghadapinya...Buat insan itu, akak tahu awak blh baca apa akak tulis. Akak sgt kagum dgn awak sbb bukan mudah awak nak jalani dugaan sebesar ini. Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa akak utk lihat awak menjadi lelaki sejati...
Wednesday, October 10, 2012
Tips KEKAL langsing
hi semua,
okie staight to the point, saya mmg suka bergaya, melawa dan semua yg berkaitan dgn yg cantik2 nie semua saya suka lah, dan saya yakin perempuan2 yg sedang membaca entry ini pun suka pd kecantikan kan? begitu juga kaum lelaki, pasti akan suka kalau dpt melihat kecantikan wanita kan? LUMRAH tu....
ok, saya susah nak cakap mcm mana tp secara ringkasnya saya nak cerita yg saya ada sorang anak manusia umur 9 tahun dan 5 ekor anak kucing. tapi kalau org tanya saya anak ada berapa saya akan kata ada 6! hehehee...jgn pelik kenapa nampak saya mcm muda lagi tp anak dah besar, dipendekkan cerita, saya kawin masa orang tgh nak tunggu result SPM. setahun lepas tu ngandung. gatal kan??? hehehee... sebenarnya itulah namanya JODOH. rezeki saya dapat kawin awal, cuma rezeki nak ada anak ramai tu masih belum diberikan oleh ALLAH. bukan merancang tapi belum ada rezeki.
okie ceritanya adalah org selalu tanya saya apa saya makan, apa saya buat, apa saya pakai sbb badan saya masih maintain masih langsing dan masih kelihatan menarik bila berkebaya dan saya masih nampak macam anak dara. jujurnya saya seronok sebab bukan semua orang mampu nak maintainkan badan macam anak darakan? lagi2 bila dah kawin dan ada anak.
kalau orang yg ada duit mungkin anggap nie semua tak perlu, tp mcm orang yg kurang mampu mcm saya mmg kena ada cara alternatifnya :)
rahsia saya??? takda rahsia khusus, cuma sejak dari zaman anak dara saya mmg tak makan atau minum benda2 sejuk dan berair, mcm tembikai, timun, buah lai, dan apa2 saja lah yang saya tahu ianya sejuk dan berair kerana ianya tak sesuai utk org perempuan khasnya yang dah kawin dan sudah ada anak. saya juga tak minum segala air gas, kopi susu, teh susu atau apa saja yg berkafein. sebab apa? kafein nie bahaya juga kalau dah melekat dlm perut kita, kalau perut kita jenis susah nak dibersihkan, sisa2 kafien itu akan terus melekat di dinding perut kita. lama2 akan terhasillah "spare tyre".. tak caya??? cuba tgk teko yg kita selalu buat kopi atau teh susu, pasti ada kesan yang sukar nak ditanggalkan... melekat! so saya mmg tak makan atau minum sgt benda2 tu, kalau terpaksa pun minum ler skit. tapi amat JARANG sekali! so masaalah perut saya ada spare tyre setel!
bab peha nie agak payah skit, org yg dah bersalin tak dinafikan peha agak membesarkan sedikit dr biasa. saya tak pernah tahu apa sebabnya. ( belum nak amik tahu lagi) tapi cara saya mudah jer, saya beli basikal bodoh dan kayuh basikal tu hari2, tak perlu lama, 15-20 minit sehari dah memadai.( kalau xde basikal tu gantikan dgn cara lain spt cth jogging atau turun naik tangga ) InsyaAllah kalau dah hari2 peha dan kaki kita tu bergerak sebab kayuh basikal bodoh tu, pasti ada hasilnya. kalau nak cepat lagi kesan dia mengecil, pergi cari kat kedai losyen2 yg utk pecahkan lemak tu dan sapu. tapi kalau saya yg rajin ini saya ada tips sendiri.. sgt mudah! caranya :
AMIK KAPUR MAKAN DALAM 3 4 SUDU CAMPUR MINYAK KAYU PUTIH DLAM 5 6 SUDU PERAHAN LIMAU NIPIS DALAM 5 6 BIJI
campurkan semua tu dan kacau sampai sebati dan sapu badan bahagian peha atau mana2 bahagian yg mahu dikecilkan itu, kemudian amik plastik yg orang buat tutup makanan tu, dan bungkus peha atau bahagian yg kita dah sapu bancuhan td dalam 30 minit atau 45 minit. ( mmg akan rasa pijau dan panas tp kena banyak2 bersabar utk cantik ). so masaalah peha besar mmg akan setel. InsyaAllah dan kena kuat semangat dan SABAR.
mudahkan??? dan utk yg dok makan mcm2 pil mcm2 produk utk kurus cuba buat testimoni yg paling jujur utk diri sendiri, bila anda berisi anda makan produk utk kurus sedangkan benda tu akan fokus mengecilkan semua bahagian yg mana sepatutnya bahagian2 itu harus dikekalkan supaya body kita cantik dan nampak cantik bila berkebaya. jgn sampai anda cuma nak kecikkan lengan tp anda makan ubat kurus yg mana dia mengecilkan bukan setakat lengan tp pipi, punggung, dada dan peha sehingga tubuh badan anda smeua jd xde isi dan body anda akan jadi bukan langsing yang terbentuk cantik, tp jd sekeping mcm papan playwood dan bila pakai kebaya hanya nampak sekeping! cantikkah begitu?
makanya cuba fokus mana yg mahu dikecilkan atau dikuruskan dan mana yg mahu dikekalkan supaya badan kita mempunyai bentuk yang diidamkan... mmg bukan mudah tp kena kuat semangat dan sabar.
okie selamat mencuba semua :)
salam sayang NFA

Tuesday, September 18, 2012
Jangan Jadi Ibu Jika Belum Bersedia...
balik dari kuliah saya terus ke pasar raya berdekatan, membeli barang2 dapur yang dah kering kontang. amik ayam, ikan, udang, sotong, daging, telur, susu, sayur dan ntah hapa2 lah yg saya main capai jer masuk dlm troli. time nak bayar??? RM 251.45 SEN. ntah hapa lah yg saya beli.
ok yang saya nak cerita bukan pasal barang2 dapur yang saya beli tu tapi satu kisah seorang ibu dgn anak2nya yang turut sama ada dalam pasar raya itu. sambil saya tunggu ayam dipotong saya jalan2 kat tempat tenusu. tiba2 saya dgr suara: " yang kau duduk berangan termenung mcm orang bodoh tu kenapa? kang aku ketuk kepala kau dgn benda alah nie terus mati kat situ" saya terus toleh pada suara tersebut, terlihat seorang budak kecil perempuan dengan baju sekolah dalam lingkungan darjah satu atau dua yang saya yakin baru balik dari sekolah sbb mukanya letih, baju dan kain tudung dia pakai dah nampak serabai2 dah... saya tgk kat tgn mak dia tgh pegang daging beku. daging beku tu yang nak diketuk kepala si anak rupanya...
dalam hati saya walau rasa mcm nak pergi tampar jer muka emak budak tu tp saya sabarkan hati, nak juga mulut saya pergi kat emak budak tu dan ckp: " kalau akak nak ketuk anak akak nie sampai mati, baik akak bagi kat saya jer, saya nie dah 9 tahun tunggu nak ada anak perempuan, tp Allah tak bagi lagi... akak dah ada anak perempuan tp maki hamun anak mcm orang tak ada otak"... agak2 kalau saya ckp mcm tu mahu kepala saya yg dia ketuk dgn daging beku tu agaknya kan???
sebab tu lah saya kata kalau rasa tak bersedia jadi ibu jangan beranak, kalau rasa tak suka budak2 jangan kawin sbb kalau kawin sah2 akan ada anak kalau Allah nak bg rezeki zuriat pada kita. kecuali lah kalau mandul. saya renung muka emak budak tu nampak mcm cerdik, nampak macam baik dan nampak mcm seorang ibu yang penyayang, tapi rupanya mata saya tertipu dengan luaran yang dapat dilihat itu.
saya tak nafikan kadang2 menjadi ibu atau suri rumah tangga adalah kerja paling berat dan susah sekali dalam dunia. tp sebagai seorang wanita yang terkenal dengan sikap lemah lembut tak akan lah kita tak boleh nak kontrol sikit kelakuan dan bahasa kita, lagi2 dengan anak2 dan bila depan orang ramai. anak2 pun ada perasaan malu dan maruah diri. bukan saya tak pernah marah pada anak saya tapi memarahi maki hamun dan terjerit2 depan orang ramai bukan cara saya malah bukan cara yang betul. nak marahkan anak biarlah xde orang yang nampak, kalau yer pun anak kita lasak pasti ada cara utk mengawal mereka.
petua yang saya pernah dengar jika anak terlalu buas atau tak dengar kata:
waktu kita atau suami ambil wuduk, tadahlah air wuduk kita itu dan mandikan atau berikan sedikit air wuduk kita untuk anak2 kita minum. InsyaAllah jika diizinkan...
jadi pada semua ibu atau bakal2 ibu, tanggungjawab sebagai ibu bukan mudah tapi jika kita bijak, pasti Allah permudahkan urusan kita dalam mendidik dan membesarkan anak2 kita.
salam sayang,
NFA

Monday, September 10, 2012
Terima Kasih Cikgu

malam nie saya teringat pada semua cikgu2 saya masa sekolah rendah, lebih2 lagi cikgu anuar dan cikgu ismail. terima kasih cikgu krn tanpa cikgu yg garang dan tegas saya tak mungkin sampai ditahap seperti sekarang. saya rindukan semua kenangan zaman zaman saya menjadi anak murid cikgu. walau sekolah keb sungai besi itu sudah berubah tapi kenangan dalam hati saya tak berubah. besarnya pengorbanan cikgu tak mungkin mampu saya balas seumur hidup saya. terima kasih banyak2 cikgu!
BUAT SEMUA YANG PERNAH MENGAJAR SAYA. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK DAN RESTUKAN SEGALA ILMU YANG TELAH KALIAN CURAHKAN PADA SAYA... TERIMA KASIH
Tuesday, July 31, 2012
hanya tinggal kenangan...SEPT 2007
Friday, July 27, 2012
SALAM RAMADHAN
Assalamualaikum semua... salam sejahtera, lama sungguh saya tak bercerita kat sini, seperti biasa alasan yang manusia sering bagi bila lama tak melakukan sesuatu adalah "tak ada masa" sedangkan Allah dah bagi masa 24jam sehari untuk kita dah cukup bagus dah... kita saja yang tak bijak mahu uruskan masa tersebut.
okie pendek cerita, masa saya tu mmg ada kalau nak bercerita kat sini cuma saya kontrol dari dok ralit kat blog mahupun FB sbb semester lepas punyalah banyak kerja dan perkara yang saya kena beri lebih tumpuan, sem lepas saya amik 4 subjek, subjek yang paling banyak bg saya tekanan adalah subjek metodologi, dgn ada 2 kerja lapangan dan kena siapkan report mmg buat saya rasa mcm huru hara jer hidup, bila exam tiba lagi teruk jadinya sampai tidur pun sekadar ala kadar cukup2 utk bg tenaga jer...
tapi Alhamdulillah segalanya sudah berakhir, skrg saya tgh cuti sem dan paling best adalah dibulan puasa nie saya bercuti! jd releks2 kat rumah, baca2 buku, baca novel, main FB, baca blog dan blh bercerita kat blog saya! hehehe...InsyaAllah akan ada marathon blog saya rasa nnt :p
buat semua pembaca selamat berpuasa ok :) nnt saya cerita lagi okie....

Thursday, May 24, 2012
baju pasar malam
salam semua, lama tak masuk cerita baru kat sini kan? agak bz siapkan proposal saya ttg menopaus. sgt tensen ok :(ok tahu tak kenapa saya tiba2 nak cerita pasal baju pasar malam, saya adalah perempuan yg suka sgt bergaya dan baju saya jer ada 4 almari tak termasuk yg dah dikotak2 simpan dalam stor :p tapi walau pun saya gila beli baju tapi saya tak kisah beli kat mana2 pun, saya pernah beli baju harga rm 5 dan sampai skrg pun saya pakai baju tu, baju tu saya beli masa ada jualan amal kat sekolah anak saya, saya beli jer tanpa ada rasa malu2 atau segan. bg saya asalkan baju tu cantik itu sudah memadai.
semalam saya ke kelas macam biasa, pakai baju yg saya beli kat pasar malam, balik kelas saya jalan2 jumpa kawan. tiba2 dia puji kata baju saya cantik dan bila saya ckp baju tu saye beli kat pasar malam dia tak percaya pulak! katanya mana mungkin saya akan pakai baju pasar malam. hahaha...

-NIE LAH BAJU PASAR MALAM YG SAYA BELI, ADA 4 HELAI DAH SBB WARNA DIA SEMUA CUN2-
apa salahnya baju pasar malam? hina ker? keji ker? kenapa bila sebut pasar malam atau beli barang pasar malam jer orang akan rasa low class? akan jd tak percaya? pelikkan sikap manusia nie? hidup usah berlagak sangat sebab hari ni mungkin kita ada diatas, esok lusa bila kita jatuh, silap2 kita juga berniaga di pasar malam atau lebih malang lagi jadi peminta sedekah di setiap pasar malam :)
jadi jangan lah hidup berpura pura seolah2 diri tu high class atau kaya sgt sbb kaya didunia tak akan mampu melawan kekayaan di alam "sana"...
salam sayang

Subscribe to:
Posts (Atom)