Tuesday, June 30, 2009

minit minit terakhir usia 27

sepanjang melalui usia 27 tahun.
saya makin dewasa, kuat dan tabah.
warna warni kehidupan masih berwarna warni
seperti insan yang lain.

yang jelas, pujian tak buat saya leka
hinaan, kejian dan kutukan tak melemahkan saya.
begitu juga kala berdepan dengan tuduhan tuduhan
tak berasas tanpa bukti.

seronok juga melalui usia 27 tahun selama setahun ini.
kehilangan teman, berjumpa pula teman baru walau teman
baru tak sama seperti yang lama. namun masing masing
ada kelebihan diri masing masing.

usia 27 tahun banyak saya lakukan demi kebaikan diri.
mula belajar bagaimana mahu mempertingkatkan diri dan
di hormati sebagai seorang manusia.
di usia 27 tahun juga mata saya terbuka kekhilafan diri yang lalu.
usia 27 tahun juga saya mula melatih diri menjadi labih baik
dari sebelum.

lagi beberapa jam usia 27 tahun akan saya tinggalkan.
seronok juga menghitung hari. saya tak sabar mahu menjadi wanita yang berusia 28 tahun. sebetulnya saya tak sabar mahu berusia 30 tahun.
kerana saya mempunyai azam yang mana targetnya adalah di waktu usia saya 30 tahun.

terima kasih tuhan kerana mengizinkan saya bernafas selama 27 tahun ini.
saya mula mengacapi bahagia dan gembira dengan apa yang saya miliki.
syukur alhamdulillah...

Wednesday, June 24, 2009

semangat

sebetulnya entry ini mahu di tulis seminggu yang lepas,
namun kerana ketandusan ayat saya biarkan dahulu.
ianya tentang hati manusia biasa dan ianya adalah saya.

minggu pertama kelas bermula, kelas pertama hanya mengambil
masa setengah jam sahaja. sesi suai kenal kawan kawan sekelas.
sementara menanti kelas seterusnya, saya duduk di library
membaca novel yang di bawa. sambil membaca sambil melihat
kakitangan HQ yang memang pintu utama mereka adalah library.

mereka lalu saya senyum, mereka angguk kepala
saya juga angguk kepala. rata rata saya kenal muka
tapi tak tahu nama. almaklumlah mereka orang orang HQ
sementara saya hanyalah pelajar.

seorang staff HQ lelaki lalu dan berjalan depan saya,
dia pandang dan senyum saya balas.
orangnya sekitar 40++ berkaca mata,
tiba tiba beliau tidak terus menuju ke pintu keluar
namun berhenti di depan saya dan berkata :

"congrats, saya suka cara awak handle adik adik baru masa orientasi ari tu,
saya suka cara awak berucap dan bercakap. tahniah. u bagus"


perasaan saya? tipu kalau saya cakap saya tak rasa bangga, bohong kalau saya cakap saya tak gembira dengan apa yang beliau katakan. ia umpama kata kata semangat
untuk saya. saya tahu dia melihat, mendengar dan mengenali saya bila beliau mahu ke surau, kerana untuk ke surau beliau harus melalui ruang di mana orientasi berlangsung.

saya sedang berusaha mahu mengetahui nama beliau dan mahu mencari peluang untuk
ucapkan terima kasih. hari tu saya terkedu sampai terlupa nak cakap terima kasih.
kerana kata kata semangat beliau lah saya semakin bersemangat membaca buku buku motivasi dan mencari apa saja ilmu untuk di kongsi bukan saja untuk adik adik baru
tapi untuk diri sendiri dan teman teman.

p/s: kita akan rasa bersemangat bila kita tahu ada orang
yang memerhatikan kita. cuma memerhati dari sudut positif ataupun negatif hanya mereka saja yang mengetahui.

Tuesday, June 16, 2009

Nonaninu88 dan PHD (perasaan hasad dengki)

buat NONANINU88 : walau saya bukan org yg layak nak menasihatkan kamu, tp saya rasa kamu harus ikut saranan saya. pergi angkat air wuduk, solat dan tanya pd hati kamu, tidakkah kutukan dan cacian kamu itu sama seperti kamu menghina makhluk ALLAH? saya cantik di mata kamu kerana ALLAH bukan kerana saya minta. bawa2 ler mengucap dan jgn simpan PHD tu dalam hati. tak baik.

saya pulang ke rumah sejurus habis kuliah pertama sekitar jam 1 tadi. saya terkena demam selsema. memandu pulang pun dengan kepala yang berdenyut gara gara terik mentari. sampai rumah cadang mahu tidur namun mata tak lelap. maka saya buka laptop dan beronline. buka segala macam sesawang dari MYS, FS, FB, TGD dan YM.

selalu YM saya invi kerana tak mahu di ganggu tapi tadi sejurus saya letak tag "demam selsema" menderu deru yang menegur. terima kasih semua. namun yang menjadi isunya di sini adalah satu Ym dari "nonaninu88" yang tiada dalam list saya menegur dengan cara yang cukup ""bersopan dan bersantun"". kerana saya bukan orang yang mudah melatah dan saya tidak gemar berchatting dengan orang yang saya tak kenali apa lagi jika bermula dengan pembuka kata yang cukup ""bersopan dan bersantun" seperti si "nonaninu88" ini.

saya letakkan di sini apa yang di bicarakan tadi dan harap jika si "nonaninu88" membacanya, bawa bawa lah mengucap. dont judge people by its cover.


_____________________________________________________________________________________
nonaninu88 (6-16-2009 2:30:55 PM): ait demam selsema la plak
nonaninu88 (6-16-2009 2:31:27 PM): sure bfren dah sup lidah ngan org lain
nonaninu88 (6-16-2009 2:31:30 PM): awak rindu dia erk?
nonaninu88 (6-16-2009 2:31:35 PM): hehehehe
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:31:40 PM): bf??
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:31:48 PM): sila jaga bahasa anda
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:31:52 PM): saya nie isteri org
nonaninu88 (6-16-2009 2:32:11 PM): isteri org.. dah kawin erk dak selayang ni
nonaninu88 (6-16-2009 2:32:20 PM): kawin lum nikah erk/
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:32:20 PM): selayang?
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:32:32 PM): r u sure u bkn salah org?
nonaninu88 (6-16-2009 2:32:47 PM): eh cilap.. dak cosmo
nonaninu88 (6-16-2009 2:32:52 PM): ekekeke
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:32:53 PM): cosmo?
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:33:10 PM): awak pasti yg awak ym nie adalah farina?
nonaninu88 (6-16-2009 2:33:13 PM): yg cita2 nak jadi artist poyos
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:33:23 PM): artis?
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:33:40 PM): better u go and check u email id b4 u salah sangka
nonaninu88 (6-16-2009 2:33:56 PM): mana lak silap.. masakan id awak ada dlm pc member saya ni
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:34:23 PM): better u go and check
nonaninu88 (6-16-2009 2:34:24 PM): alah2 tak silap.. id awak yg selalu ada status skema tu
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:34:48 PM): jgn silap org yer
nonaninu88 (6-16-2009 2:34:58 PM): x silapppp
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:35:07 PM): id mgkn x silap
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:35:14 PM): tp pemegang id mgkn silap
nonaninu88 (6-16-2009 2:35:29 PM): ooo ye ke?
nonaninu88 (6-16-2009 2:35:36 PM): but saya rasa tak silap
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:35:40 PM): noor farina or nur farina
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:35:55 PM): noor farina or nur farina?
nonaninu88 (6-16-2009 2:35:57 PM): kawan saya kata.. mmg awak ni skema adik beradik poyos
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:36:13 PM): poyo ?
nonaninu88 (6-16-2009 2:36:16 PM): cakap semua nko yg betul
nonaninu88 (6-16-2009 2:36:19 PM): heheheh
nonaninu88 (6-16-2009 2:36:26 PM): semua org salah
nonaninu88 (6-16-2009 2:36:31 PM): awak jer yg betul
nonaninu88 (6-16-2009 2:36:39 PM): so tak heran kaafikanlo awak n
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:36:42 PM): better cek betul2
nonaninu88 (6-16-2009 2:36:51 PM): so tak eran kalo awak nafikan
nonaninu88 (6-16-2009 2:37:02 PM): betullll.. foto pun sama
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:37:05 PM): dia nak betul ker nak salah ker biar dialah
nonaninu88 (6-16-2009 2:37:12 PM): tinggi2 org nyer
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:37:23 PM): diri dia
nonaninu88 (6-16-2009 2:37:28 PM): sbb kat pc sbelah saya ni pun photo yg sama
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:37:37 PM): photo?
nonaninu88 (6-16-2009 2:37:48 PM): photo id awak la
nonaninu88 (6-16-2009 2:37:58 PM): so sure arr tak salah org
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:37:59 PM): better u cek noor ke nur?
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:38:21 PM): nak main terjah2 jer jgn silap org yer dik
nonaninu88 (6-16-2009 2:38:42 PM): kalo ejaan tak sama.. mana lak kuar photo yg sama
nonaninu88 (6-16-2009 2:38:49 PM): lagi mau nafi ke?
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:38:53 PM): id tu mungkn betul
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:05 PM): tp tuan punya id blm tentu betul
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:10 PM): mcm nie lah
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:16 PM): si farina tu mmg poyo
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:24 PM): mmg mcm bagus
nonaninu88 (6-16-2009 2:39:29 PM): so dua2 id tu mempunyai photo yg sama erk?
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:30 PM): jd biar dia lah
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:34 PM): xyah nak kawan dgn dia
nonaninu88 (6-16-2009 2:39:37 PM): cuma org yg berbeza
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:39 PM): boikot dia
nonaninu88 (6-16-2009 2:39:40 PM):
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:49 PM): aku pun x suka gak farina 2
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:52 PM): perasan cantik
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:39:56 PM): perasan bagus
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:40:02 PM): jom2 kita kutuk dia
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:40:08 PM): aku pun x suka dia gak
nonaninu88 (6-16-2009 2:40:12 PM): hahahaahahahaha
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:40:14 PM): aku jumpa dia mmg aku maki jer dia
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:40:18 PM): sbb aku berani
nonaninu88 (6-16-2009 2:40:23 PM): ooo camtu erk?
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:40:24 PM): jd jom kita sama2 kutuk dia
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:40:28 PM): jgn kutuk dlm nie
NuRfAr!NaAbDuLLaH (6-16-2009 2:40:31 PM): dia x tau pun
_____________________________________________________________________________________

sampai situ saja dan saya masukkan id-nya ke dalam ignore list kerana saya tak gemar melayan manusia manusia yang penuh dengan PHD. lagi pula tak ada gunanya melayan orang yang beremosi kacau begitu kerana jika kita melayan seolah olah kita juga terpengaruh dengan permainannya. lagi pula saya masih ingat pesan ustaz sewaktu ke biro tatanegara dulu, jauhilah mereka mereka yang berhati busuk dan larilah dari perkara perkara yang membuat kita akan di hasut oleh syaitan. Allahuakhbar. Tuhan maha kuasa.

Thursday, June 11, 2009

survey FC orientasi KLMU Jun 09

dari 1400 pelajar baru yang masuk ke KLMU
mereka di bahagi kepada 4 kumpulan.
maka ada 4 tempat di mana orientasi berlangsung.
saya dan zamil memang letih kerana perlu lari lari menjenguk setiap
tempat. dan setiap tempat yang kami jenguk kami harus memberi sepatah dua kata
untuk mengalu alu kedatangan pelajar pelajar baru.

hari ke dua dan ke tiga saya meminta semua pelajar pelajar baru
menulis di atas kertas kecil nama FC yang paling mereka tak suka, yang paling mereka benci, yang mereka rasa "poyo" dan paling membosankan.

hasilnya? macam macam yang saya dapat. tanggapan pertama adik adik pada abang abang dan kakak kakak FC mereka. baru kenal 3 hari dah mula tak suka orang itu dan tak suka orang ini. penilaian di buat hanya dari segi pakaian, rambut dan percakapan. tak ada satu pun yang menilai melihat jauh dari sudut hati FC FC mereka. kesian FC...
tapi tak apa, adik adik itu masih baru dan masih belum mengerti banyak perkara. ayuh kita sama sama bantu mereka supaya mereka yang tak suka pada kita sedar bahawa orang yang mereka tak suka inilah yang akan membantu mereka.
insyaallah...

adik adik dan minggu suai kenal KLMU jun 09

dari 8 hingga 11 jun 09 saya dan zamil menguruskan minggu suai kenal
untuk hampir 1400 pelajar baru di KLMU.
letih teramat sangat memang terasa tetapi itulah tanggungjawab saya dan zamil sebagai Majlis Perwakilan Pelajar.

saya sedar dari hari pertama sehingga hari ke empat saya berubah ubah setiap hari.
hari pertama saya tampil dengan gaya yang formal, tegas dan sedikit garang.

hari kedua saya menjadi sempoi sesempoinya hanya berseluar sukan dan t shirt KLMU dan berselipar (kasut sukan dalam beg standby)dan saya mula menjadi diri saya yang sebenar iaitu agak gila gila dan suka menyakat.

hari ketiga juga saya hanya berseluar jeans, t shirt serta topi dan kasut tumit tinggi. saya muncul dengan keramahan yang membuatkan semua adik adik baru mula selesa dan berani nak menegur negur saya. saya juga dah mula ngam dengan mereka.

hari ke empat, saya kembali berpakaian formal kerana ada sesi bersama president KLMU Dato Idrus Mohd Satha di Citrus Hotel. tapi saya sudah tidak tegas dan garang lagi. adik adik baru mula berani bergurau, menyakat dan minta bergambar bersama. siap ada yang kata saya comel macam Kartun. kurang asam juga budak budak ni. tapi saya senang dengan situasi begitu kerana saya tahu kemesraan mula wujud antara kami.

hari ke empat adalah hari yang paling meriah, selepas habis acara bersama Dato Idrus kami ada persembahan dari adik adik baru. macam macam persembahan di persembahkan dan terbukti anak muda kita rata rata ada bakat terpendam. yang menyanyi sampai saya terkedu dek kerana suara yang terlalu lemak merdu, yang berlakon lawak sampai pecah gelak saya, yang jadi ala2 mak nyah pun tak kurang hebatnya. pendek kata kami para FC dan MPP memang terhibur.

acara selesai sekitar jam 5:30 dan di akhir waktu presiden MPP- Zamil meminta semua FC berdiri di atas stage dan adik adik baru boleh suruh FC buat apa saja mengikut kehendak mereka. memang bersoraklah adik adik baru kita tu. ramai ramai sepakat mahu FC menari, mujur saya bukan FC kalau tak harus harus kena juga. maka menarilah abang abang dan kakak kakak FC ni depan adik adik baru. FC pun rupanya malu juga bila di suruh menari tapi time FC suruh adik adik baru buat sedap je kan?

tapi kerana FC fikir positif menarilah juga mereka untuk adik adik baru kita. saya yang tak pandai menari tarian tu pun ikut juga sikit sikit. ending memang meriah dan kami mula jadi geng dengan azam yang satu mahu berjaya menjadi pelajar terbaik KLMU.
walau ada kes kes pelajar pitam, pengsan dan muntah muntah tapi kami rasa itulah lumrah bila dah ramai ramai...

ada juga 1 2 kumpulan sebelum balik datang berjumpa saya dan memohon maaf kerana tidak menyukai saya di hari pertama dan ke dua kerana mereka kata saya garang dan agak "poyo". jawapan saya mudah saja " tanggapan pertama setiap manusia tak boleh di ambil kira, adalah sesuatu yang silap jika kita menilai sesorang di hari pertama kita mengenali mereka". mereka ketawa dan mereka kata mula mula je kami tengok akak ni poyo tapi lama lama akak paling best dan paling gila! ada ker mereka cakap saya gila? mujur mereka bergurau dan saya dapat lihat kejujuran di mata mereka. jadi inilah dia adik adik yang akan saya ingat sampai bila bila.

secara peribadi saya sebagai MPP berbangga kerana inilah pertama kali menjayakan minggu orientasi dengan jumlah pelajar yang paling ramai. tapi penatnya tak usah tanya lah, penat sangat sangat. mujur hari nie dapat berehat di rumah.. alhamdullillah....

buat semua adik adik baru, jaga diri, jaga maruah diri, jaga maruah keluarga dan selamat menempuh alam pembelajaran yang baru. sama sama kita berdoa supaya kita semua berjaya dan di berkati-Nya. amin.

p/s: maaf atas segala salah dan silap kami barisan MPP sesi 09/10

Tuesday, June 9, 2009

Zammel dan Sekuntum Bunga

zammel, beliau adalah Boss saya
orangnya memang besar dan sesuai di panggil BIG BOSS
walaupun badannya besar namun usianya kecil dari saya.
tapi saya suka cara beliau, walau beliau adalah ketua saya
tapi beliau tak pernah berasa beliau adalah ketua.
segala kerja di lakukan bersama sama
segala idea saya di terima pakai.

pendek kata kami berdua adalah pasangan yang serasi dalam barisan
Majlis Perwakilan Pelajar KLMU sesi 2009/2010. selama saya menjadi orang bawahan
beliau saya dapat merasakan yang beliau akan menjadi salah seorang kawan kamceng saya.

kami sama sama gila gila, sewel, kuat makan, kuat gelak, bergurau ganas dan kasar cuma kadang kadang beliau agak sensitif. saya telah gunakan kelebihan yang Allah berikan pada saya untuk berdamping dengan orang yang sebegini. syukur alhamdullilah.
usia matang saya membuatkan saya lebih mudah memahami ketua saya yang seorang ini.

pagi tadi beliau kata ada barang yang dia bawa untuk saya, tapi kerana kami berdua terlalu sibuk kerana minggu suai kenal sedang berlangsung maka dah hampir petang barulah saya tahu barang yang di maksudkan adalah sekuntum bunga berwarna "kuning". hati saya tersentuh kerana jarang saya dapat bunga dari lelaki yang ikhlas memberi kerana "persahabatan" selain dari nak mengurat saya. tapi saya tahu beliau berikan ikhlas kerana persahabatan. dan pertama kali saya mengunakan enjin carian mencari maksud di sebalik "ros kuning" dan maksudnya adalah....

Ros Kuning
kegembiraan,persahabatan yang berkekalan..

saya faham zammel mahukan persahabatan kami bukan sekadar YDP MPP dengan TYDP MPP sahaja tapi kawan yang boleh berkongsi apa saja susah dan senang walau kami berdua sedar kami sedang cuba di musnahkan oleh orang orang yang mahu melaga laga kan kami berdua.

terima kasih zammel atas pemberian bunga tersebut walaupun jujur kau katakan bunga tu kau rembat dr mak kau punya. hehe

Sunday, June 7, 2009

Kasut

saya adalah perempuan yang sangat minat pada kasut.
seingat saya dari tahun 2000 saya mula mengumpul kasut
tanpa sengaja. asal keluar berjalan ke mana mana tempat membeli belah
pasti kasut yang saya beli. walau pun kadang kala kasut tersebut amat jarang
saya guna kan.

saya ada dua istilah kasut yang saya gunakan,
satu kasut "lenjan", satu lagi kasut "bergaya"
kasut lenjan adalah kasut yang biasa saya pakai, nak ke kolej, jalan jalan rumah sedara mara, jumpa kawan dan biasanya kasut itu warna hitam, tak ada tali tali yang perlu di ikat dan tinggi dalam 2 atau 3 inci. itulah kasut lenjan saya.

kasut "bergaya" pula biasanya ada macam macam warna, ada batu batu, tali tali, kilat kilat, riben riben dan biasanya tinggi dari 4 inci hingga ke 7 inci. biasanya kasut kasut itu saya gunakan waktu saya ada fotoshot, ada majlis majlis tertentu atau saya gunakan untuk di gayakan bersama warna warna baju yang saya miliki.

saya kira kira saya ada hampir 100 koleksi kasut. saya sendiri tak sedar yang saya sudah mengumpul sebegitu banyak kasut.inilah di katakan perempuan. namun kelmarin saya di arahkan untuk memakai kasut yang bertutup penuh untk minggu suai kenal pelajar baru yang akan bermula esok, 8 jun 09. kerana arahan itu maka tersedarlah saya bahawa sebanyak banyak kasut yang saya miliki, tapi saya tak ada kasut yang bertutup penuh. jadi semalam saya berjalan jalan lah ke SOGO mencari kasut dan akhirnya terbanglah duit saya sekitar RM 100 membeli kasut bertutup seperti yang di arahkan.

nampaknya lepas ini saya perlu lah tambah lagi dua atau tiga pasang koleksi kasut bertutup. mana tahu lepas ini saya memerlukannya. tak akan lah asyik nak pakai kasut yang sama kan? (hehe... mungkin akan ada yang membebel jika terbaca entry ini, maaf ya pak?)

inilah kasut yang saya beli semalam

Friday, June 5, 2009

rindu itu hadir

rindu itu hadir lagi,
hati manusia kan?
walau cuba di cekalkan hati
kadang kala kita kalah juga.

tiba tiba saya teringat dan terfikir

"kenapa dia tak hadir"
"kenapa dia tak ucap"
"kenapa dia tak telefon"
"betul ke dia tau"

tadi tengok seorang budak perempuan
yang di temani ibunya untuk mendaftar
masuk kolej, tiba tiba air mata saya bergenang
cemburu tengok orang ada mama tapi saya takda.

saya tarik nafas dalam dalam
dan teruskan membaca novel
saya lupa sekejap dengan rasa rindu yang hadir
tapi malam ni saya terasa ianya hadir lagi...

sakit kepala

sudah hampir seminggu penyakit lama datang kembali.
menjelang jam 5 petang, kepala saya belah kiri akan berdenyut denyut,
menangkap urat kepala yang membuatkan telinga kiri rasa macam tertusuk besi.
tak tahu apa puncanya. dulu waktu sakit saya ada berjumpa doktor, tapi tiada apa
yang pelik pun yang doktor katakan.

katanya saya cuma migrain biasa. di beri ubat tapi ubat yang di makan macam tak berkesan apa apa langsung. sakitnya tetap sama, asal jam menghampiri pukul 5 hingga ke maghrib saya akan menahan kesakitan. kadang kala sampai ke tengah malam berdenyut denyut.

buat semua doakan lah kesihatan yang baik buat saya yer?
terima kasih

Thursday, June 4, 2009

Syurga di Hati

semalam gara gara saya ada fotoshot di karangkraf
saya telah terbangkan duit dalam RM 40 membeli novel di oficce karangkraf
sekali sekala bila cuti memang novel lah yang akan jadi teman saya.
minat saya membaca novel sejak berusia 9 tahun dan skill membaca masih sama.
setakat novel 500-600 muka surat tidak perlu sehari saya mampu membacanya sehingga selesai. (nenek dan pakcik saya dulu selalu perli kata kalau baca Quran dah boleh khatam beberapa kali pun)

syurga di hati karya Fatin Nabila agak menarik untuk di baca, santai dan membuat kita terfikir bahawa kadang kala kehidupan yang kita lalui ini tidak semuanya seperti yang kita rancang ataupun mahukan. justru kerana itu lah adanya ayat "kita merancang Allah juga yang menentukannya".