dari 8 hingga 11 jun 09 saya dan zamil menguruskan minggu suai kenal
untuk hampir 1400 pelajar baru di KLMU.
letih teramat sangat memang terasa tetapi itulah tanggungjawab saya dan zamil sebagai Majlis Perwakilan Pelajar.
saya sedar dari hari pertama sehingga hari ke empat saya berubah ubah setiap hari.
hari pertama saya tampil dengan gaya yang formal, tegas dan sedikit garang.
hari kedua saya menjadi sempoi sesempoinya hanya berseluar sukan dan t shirt KLMU dan berselipar (kasut sukan dalam beg standby)dan saya mula menjadi diri saya yang sebenar iaitu agak gila gila dan suka menyakat.
hari ketiga juga saya hanya berseluar jeans, t shirt serta topi dan kasut tumit tinggi. saya muncul dengan keramahan yang membuatkan semua adik adik baru mula selesa dan berani nak menegur negur saya. saya juga dah mula ngam dengan mereka.
hari ke empat, saya kembali berpakaian formal kerana ada sesi bersama president KLMU Dato Idrus Mohd Satha di Citrus Hotel. tapi saya sudah tidak tegas dan garang lagi. adik adik baru mula berani bergurau, menyakat dan minta bergambar bersama. siap ada yang kata saya comel macam Kartun. kurang asam juga budak budak ni. tapi saya senang dengan situasi begitu kerana saya tahu kemesraan mula wujud antara kami.
hari ke empat adalah hari yang paling meriah, selepas habis acara bersama Dato Idrus kami ada persembahan dari adik adik baru. macam macam persembahan di persembahkan dan terbukti anak muda kita rata rata ada bakat terpendam. yang menyanyi sampai saya terkedu dek kerana suara yang terlalu lemak merdu, yang berlakon lawak sampai pecah gelak saya, yang jadi ala2 mak nyah pun tak kurang hebatnya. pendek kata kami para FC dan MPP memang terhibur.
acara selesai sekitar jam 5:30 dan di akhir waktu presiden MPP- Zamil meminta semua FC berdiri di atas stage dan adik adik baru boleh suruh FC buat apa saja mengikut kehendak mereka. memang bersoraklah adik adik baru kita tu. ramai ramai sepakat mahu FC menari, mujur saya bukan FC kalau tak harus harus kena juga. maka menarilah abang abang dan kakak kakak FC ni depan adik adik baru. FC pun rupanya malu juga bila di suruh menari tapi time FC suruh adik adik baru buat sedap je kan?
tapi kerana FC fikir positif menarilah juga mereka untuk adik adik baru kita. saya yang tak pandai menari tarian tu pun ikut juga sikit sikit. ending memang meriah dan kami mula jadi geng dengan azam yang satu mahu berjaya menjadi pelajar terbaik KLMU.
walau ada kes kes pelajar pitam, pengsan dan muntah muntah tapi kami rasa itulah lumrah bila dah ramai ramai...
ada juga 1 2 kumpulan sebelum balik datang berjumpa saya dan memohon maaf kerana tidak menyukai saya di hari pertama dan ke dua kerana mereka kata saya garang dan agak "poyo". jawapan saya mudah saja " tanggapan pertama setiap manusia tak boleh di ambil kira, adalah sesuatu yang silap jika kita menilai sesorang di hari pertama kita mengenali mereka". mereka ketawa dan mereka kata mula mula je kami tengok akak ni poyo tapi lama lama akak paling best dan paling gila! ada ker mereka cakap saya gila? mujur mereka bergurau dan saya dapat lihat kejujuran di mata mereka. jadi inilah dia adik adik yang akan saya ingat sampai bila bila.
secara peribadi saya sebagai MPP berbangga kerana inilah pertama kali menjayakan minggu orientasi dengan jumlah pelajar yang paling ramai. tapi penatnya tak usah tanya lah, penat sangat sangat. mujur hari nie dapat berehat di rumah.. alhamdullillah....
buat semua adik adik baru, jaga diri, jaga maruah diri, jaga maruah keluarga dan selamat menempuh alam pembelajaran yang baru. sama sama kita berdoa supaya kita semua berjaya dan di berkati-Nya. amin.
p/s: maaf atas segala salah dan silap kami barisan MPP sesi 09/10
No comments:
Post a Comment