anak yang di kandung, di jaga, di belai, manjakan apabila semakin dewasa tergamak menengking dan meninggikan suara kepada ibu dan ayahnya semata2 mahu mendiamkan mulut ibu dan ayahnya. tergamaknya hati seorang anak memalukan ayah dan ibu semata2 mahu segala keinginan dan impiannya tercapai.
walau ibu dan ayah kita tak mampu mahu menyediakan kesempurnaan, tak mampu sediakan rumah yg di penuhi penghawa dingin, tak mampu menghiaskan rumah secantik istana, tak mampu menyediakan katil yg empuk berserta cadar yg beribu harganya, namun sebagai seorang anak perlukah perkara remeh itu yang mahu di jadikan punca untuk meninggi suara dan menengking ibu dan ayah kita?
20 tahun kita hidup di bawah tanggungan ibu dan ayah, bila kita semakin dewasa sepatutnya kita berazam untuk mencari kesenangan dan di berikan kepada ibu dan ayah kita, kita bertekad mahu membawa keluar ibu dan ayah kita dari ruang kesusahan, kesempitan dan kepayahan. bukan kita hanya mementingkan diri sendiri dengan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah untuk tinggal di rumah yang serba mewah. biar pun rumah yang kita pergi tu adalah rumah makcik atau pakcik kita, tetapi cuba lah sedetik letakkan tempat ibu dan ayah kita dalam diri kita. apa kah yang akan kita rasa?
ibu dan ayah kita bukan tidak mampu mahu memberi kita makan, bukan tak mampu nak belikan kita pakaian baru dan bukan juga ibu dan ayah kita terpaksa meminta sedekah di jalanan. ibu ayah kita cuma tidak mampu mahu memberikan kemewahan bak anak raja kepada kita sahaja. kita mahu bergaya dengan barangan yang berjenama, kita mahu meluruskan rambut dengan teknik rebonding, kita mahu melepak minum dengan kawan2 di kafe2 terkenal dan kita mahu belanja kawan2 minum supaya kawan2 nampak kita adalah "anak orang kaya" dan kita mau dompet kita di penuhi wang ringgit.
andai itu lah yang mahu kita jadikan sebab mahu keluar dr rumah, kita mungkin boleh keluar dan tinggal di rumah yg serba serbi mewah, kita mungkin akan merasa bak puteri raja di atas kayangan.tetapi adakah kita sedar bahawasanya kita itu sekadar menumpang selagi orang suka dan mahukan kita? semua sedia maklum, menumpang, meminjam ini bila tiba masa akan di ambil kembali dan adakah di saat itu kita masih mahu mencari orang lain untuk kita tumpang? bukan kah itu akan mengulangi sejarah ibu dan ayah kita yang akhirnya tidak mampu memberikan kemewahan pada anak2?
bersediakah kita untuk menjadi seperti ibu dan ayah kita yang pernah kita herdik kita hina dan kita malukan air muka mereka bila anak2 tidak mahu tinggal bersama sama lantaran kita tak mampu menyediakan kesempurnaan? orang sering berkata menjadi seorang ibu dan ayah bukan semudah yang di sangka, tetapi menjadi seorang anak juga tidak sesenang yang kita rasa.
kita juga sering lupa, sekali air mata ibu kita tumpah dek kerana perangai kita yg melukakan hati mereka, seribu kali Allah tutupkan pintu rezeki utk kita. ini kan pulak bila kita gugurkan air mata ayah dan ibu, kita jatuhkan maruah ibu dan ayah di depan umum. tidak terfikirkan dosa pahala di fikiran kita tatkala mahu melakukan sebegitu kepada insan yang melahirkan kita dan menjaga kita? atau di saat itu syaitan menghasut agar kita mencalitkan noda ke muka ayah dan ibu kita kerana syaitan sudah berjanjikan akan memberikan kemewahan jika kita keluar dr pantauan ayah dan ibu?
lukanya hati ibu bila si anak tergamak menengking dan berkata macam macam tentang keburukan si ayah dan si ibu kepada umum hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.berlipat kali gandalah dosa yang di kumpul bila cerita yang keluar dr mulut si anak sekadar rekaan semata mata dan di lakukan demi menjatuhkan air muka ayah dan ibu sendiri, demi memastikan cerita dongengnya dan air mata palsunya tersentak di dalam hati mereka yang mendengar dan melihatnya. SubhanAllah... hanya Allah sahaja yang mengetahuinya segalanya.
di zaman serba moden ini masih ada anak yang derhaka, masih ada anak yang malu mahu mengaku ibu dan ayahnya bukan orang kaya dan masih ada lagi anak yang sanggup meninggalkan rumah ibu dan ayah yang serba kekurangan demi mencari kemewahan dan berlagak umpama anak raja...
pada yang membaca jadikanlah pedemon, didiklah anak2 kita sebaiknya, kerana zaman serba canggih ini, dugaan dan rintangannya semakin besar. jadilah ibu bapa kepada anak2 dlm erti ibu bapa yang blh di jadikan sebagai kawan dan ibu bapa kepada mereka kerana jiwa remaja sekarang bila memberontak, di fikiran mereka hanyalah KEPUASAN...
5 comments:
boleh pinjam ker????nk post kat fb juga...hihih
boleh pinjam kerrr?????nk post kat fb juga...hihi
Blh izzul...di persilakan...saya suka jika kebaikan dpt di kongsi bersama... Terima kasih sudi membacanya ya :)
Blh pinjam x?nk post d fb
dik akk nak share yaaa...best sgt2
Post a Comment