kadang kala kita rasa hati kita kuat,
adakala kita rasa hati kita batu,
ada detik kita sangka hati kita keras,
ada hari kita rasa hati kita zalim.
tapi tanpa kita sedar hati kita sebenar mempunyai bermacam macam rasa dan sangka.
ada rasa yang indah, ada sangka yang baik. namun seiring sifat manusia yang kadang kala mengizinkan hati kita terus berasa dan bersangka yang tidak tidak membuatkan hati kita kadang kala berdenyut perasaan dengki dan sakit hati melihat kelebihan yang kita sangka tiada dalam diri kita.
kenapa rasa dan sangka itu wujud dalam diri kita, hanya kita saja yang tahu jawapannya. itu adalah jawapan yang sering di sebut. namun kadang kala jika kita tanya sejujurnya pada hati dan kita memberi jawapan yang tulus, akan timbul jawapan "ntah lah, rasa xde jawapan pun, cuma aku jadi benci dan nyampah dgn budak itu atau budak ini" tidak itu mengambarkan bahawa hati kita sedang bermasaalah?
cuba renung renungkan apakah kita pernah melalui rasa denyut yang tidak baik begitu. buang kan ego dan jawap lah dengan jujur adakah kita pernah benci kan sesorang tanpa sebab musabab walhal kita tak pernah berjumpa dengan orang itu atau hanya berjumpa sekali? hati kita hanyalah kita saja yang boleh menganalisanya jika kita jujur dengan diri kita sendiri.
bekas pensyarah saya pernah berkata bahawa " kita mampu menipu orang lain, tetapi kita tidak mampu untuk menipu diri kita sendiri "
No comments:
Post a Comment