Thursday, March 15, 2012

Utusan Malaysia Online - Keluarga

Utusan Malaysia Online - Keluarga



TIDAK terdapat istilah yang boleh dirujuk untuk menggambarkan maksud perkataan gay. Perkataan terhampir ialah liwat dan perihal perlakuan hubungan sejenis menerusi dubur.
Bukan satu rahsia lagi, isu homoseksual hari ini semakin menjadi fenomena sosial di negara ini.
Gejala ini bertentangan dengan tata susila dan adat resam masyarakat Melayu dan yang lebih berat ia merupakan perbuatan keji, terkutuk dan dilaknat Islam.
Menurut Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh, gay berlaku disebabkan masalah didikan, layanan ibu bapa terhadap anak-anak semasa kecil, pengaruh rakan sebaya dan persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina.
Menurut kajian, kurangnya kasih sayang seorang ibu atau ayah sejak kecil atau golongan itu tidak mendapat kasih sayang daripada seorang lelaki atau wanita yang mana apabila besar cenderung berubah menjadi gay atau lesbian.
''Komuniti seperti ini akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya. Di sini mereka diterima dan diperlakukan seadilnya serta berkongsi sama pengalaman antara satu sama lain.
''Gay juga dipengaruhi oleh persekitaran sama ada melalui rakan atau ahli keluarga dan sebagainya.
''Golongan ini mungkin mengalami masalah dengan kaum berlainan. Sebagai contoh mungkin menghadapi kesukaran memikat perempuan atau perempuan pernah menipunya atau pernah menyaksikan banyak kes cerai termasuk yang melibatkan keluarga terdekat sehingga tertanam dalam fikiran yang perempuan itu teruk.
"Atau mereka pernah berdepan dengan apa-apa masalah penderaan atau seksual atau di saat mereka memerlukan seseorang, tidak pernah ada perempuan yang hadir kebiasaannya lelaki dan juga sebaliknya," kata Hushim.
Gejala ini jelasnya, juga kemungkinan bermula di sekolah berasrama, institusi pengajian tinggi, kem-kem tentera dan kemudian terus diamalkan setelah bekerja.
Katanya, kurangnya didikan agama dan kurang penghayatan persekitaran seperti bersekolah di sekolah untuk lelaki sahaja, masuk penjara dalam tempoh yang lama hanya ada satu kaum sahaja di dalamnya juga menjadi penyebab terhadap kes-kes gay.
Secara luaran katanya, agak sukar untuk mengenal pasti lelaki gay, keadaan ini berlaku kerana penampilan mereka seperti lelaki hetroseksual yang menyembunyikan identiti seksual homoseksual daripada pengetahuan keluarga dan mereka yang lain.
Tindakan itu katanya, dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya konflik keluarga serta menghindar daripada penghinaan fizikal atau psikologikal di kalangan masyarakat. Perkahwinan di kalangan mereka pula dijadikan sebagai alat untuk mengaburi pandangan masyarakat.
''Mereka yang terjebak haruslah kembali ke pangkal jalan dan sentiasa meminta pertolongan dan rahmat Allah agar dibukakan pintu hati untuk menuju ke jalan yang benar.
''Perlakuan sumbang ini wajar dibendung malah mereka perlu dibimbing dan yang mengalami masalah kesihatan dari segi kejiwaan perlu dirawat dipulihkan dengan menggunakan pendekatan kerohanian dan psikoterapi.
''Pendidikan akhlak dan ilmu agama perlu dipertingkatkan supaya golongan ini tidak terus terjerumus dalam kancah keruntuhan moral dan kepada mereka yang menghadapi masalah tekanan perasaan jangan malu untuk meluahkan kepada individu yang dipercayai dan dapatkan bimbingan kaunseling daripada kaunselor yang bertauliah," katanya.
Menurut Hushim, disebabkan gay adalah pilihan dan tiada genetik gay, jadi seseorang itu boleh diubah tetapi bergantung kepada dirinya sendiri.
Antara pilihan katanya, menghadiri sesi terapi kelas agama dan sebagainya. Sokongan orang sekeliling penting supaya golongan ini tidak kembali ke kancah itu.
Bukan semua lelaki lembut gay
Namun Hushim menegaskan, lelaki lembut berbeza dengan gay. Tidak semua lelaki lembut adalah gay kerana ada lelaki lembut berjiwa lelaki dan bernafsu lelaki.
''Susah untuk mengenal personaliti gay kerana mereka bergaya sasa. Sekiranya ramai golongan seperti ini rosak jati diri dan rosak masyarakat.
''Orang macam ini sekiranya sudah bertekad untuk meninggalkan perangai terkutuk itu perlu belajar mengawal diri dan perasaan serta dekatkan diri dengan Tuhan.
''Mereka tidak boleh bersendirian. Kita insan yang normal perlu menarik mereka ke pangkal jalan dan jangan biarkan mereka terus hanyut," katanya yang telah berjaya menarik dua orang gay ke pangkal jalan setakat tiga tahun lalu.
Kesan terhadap masyarakat
Keruntuhan moral dan tamadun memusnahkan kekuatan moral masyarakatPenekanan diberikan kepada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual luar tabii yang dipercayai aktiviti sedemikian mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat.
Mencerminkan kemunduran masyarakat
Apabila masyarakat terlalu terbuka segala perbuatan yang diluar tabii manusia akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat.
Pembunuh institusi kekeluargaan
Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. ini mengurangkan populasi natural dalam masyarakat.
Penyakit sosial
Golongan itu dipertangungjawabkan terhadap gejala kurang sihat seperti AIDS dan STD (penyakit kelamin). walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor utama tetapi golongan ini sering dijadikan penyebab utama. - ROSMAH DAIN

No comments: