Tuesday, April 17, 2012

Alamanda memberi idea beromantika....

hari ini hari pertama kuliah lepas bercuti mid sem... kelas pertama adalah devian dan b4 cuti pensyarah kami cik zaki ada inform yg kuliah hari ini akan diadakan di Alamanda Putrajaya. punyalah seronok sebab kami jarang dapat kuliah yg diadakan di kawasan shopping complex (sc). jadi pukul 11:30 pagi kami dah berkumpul di alamanda. walau dalam hati berdebar2 apa lah tugasan yang akan kami terima tapi kami seronok :)

tepat pukul 12 tgh hari cik zaki sampai dan berikan kami tugasan yang agak mencabar tapi menarik! kami kena memerhatikan norma seseorang sama ada norma biasa atau pelik dan paling menarik kami kena melakukan norma pelik! mmg mencabar nak buat benda2 pelik dalam SC. segan pun ada, tp demi mahu menimba ilmu kami lakukan juga...( nnt kalau saya rajin saya cerita apa yg kami buat ok :D )

sambil jalan2 mata kami yg perempun nie mestilah akan terpandang kedai2 yg jual mcm2 benda dan saya terjumpa kedai bunga di sudut P2 sebelum ke parking. hehehe... kepala otak saya mula pikir mcm nak beli bunga sejambak dan bg pada buah hati tp bila pikir2 balik tak mahu lah bg dia bunga sbb mcm dah biasa sgt buat mcm tu kan??? so saya diam dan teruskan berjalan mencari kelakuan2 pelik manusia yang ada di alamanda itu.

sambil2 jalan otak saya ligat berfikir apa yg blh saya buat kalau saya nak beli bunga. nak juga beli tu! ngada2 betul kan??? TING!!! idea sudah muncul! saya akan beli bunga itu! hehhee... ckp kat kawan2 nnt b4 balik saya nak beli bunga. so kami teruskan siapkan tugasan... cukup masa kami pun amik keputusan utk balik dan b4 balik saya singgah kedai bunga.

beli 3 kuntum bunga warna merah, putih dan pink... harga? RM 10 jer :p
sampai2 rumah saya terus leraikan kelopak mawar tu satu persatu dan buang batang serta daun dia, saya hanya amik bunga sahaja... dapatlah dalam 2 genggam saya... saya amik kerusi dan... agak2 apa saya buat? cer teka cer teka :p


TAARAAAA!!!!





saya campak2kan kelopak bunga2 tadi atas kelambu katil saya... hehehe... terus nampak berseri2 pulak kelambu bilik saya bila warna merah, putih dan pink tu bersebaran atas dia... bila baring tgk bunga2 warna2 tu rasa tenang jer... tak susahkan nak tukar suasana bilik kita dari biasa2 kepada luar biasa sedikit. kos pun tak mahal dan kalau rasa2 susah nak dpt bunga mawar, bunga kertas atau bunga raya pun ok... xde dua2 tu bunga taik ayam pun ok gak! hehheee....

jadi pada semua yg rasa2 dah bosan dgn suasana bilik tidur tu apa kata cuba buat mcm apa yg saya buat nie... kan dlm hidup ni kita kena buat perkara2 yang mampu buat kita hepi dan ceria... jgn pedulik apa orang nak kata asalkan kita buat benda2 yg tak menyusahkan org cukup :)

selamat mencuba dan salam sayang
-nfa-
<3<3<3

No comments: