Assalamualaikum semua... salam sejahtera, lama sungguh saya tak bercerita kat sini, seperti biasa alasan yang manusia sering bagi bila lama tak melakukan sesuatu adalah "tak ada masa" sedangkan Allah dah bagi masa 24jam sehari untuk kita dah cukup bagus dah... kita saja yang tak bijak mahu uruskan masa tersebut.
okie pendek cerita, masa saya tu mmg ada kalau nak bercerita kat sini cuma saya kontrol dari dok ralit kat blog mahupun FB sbb semester lepas punyalah banyak kerja dan perkara yang saya kena beri lebih tumpuan, sem lepas saya amik 4 subjek, subjek yang paling banyak bg saya tekanan adalah subjek metodologi, dgn ada 2 kerja lapangan dan kena siapkan report mmg buat saya rasa mcm huru hara jer hidup, bila exam tiba lagi teruk jadinya sampai tidur pun sekadar ala kadar cukup2 utk bg tenaga jer...
tapi Alhamdulillah segalanya sudah berakhir, skrg saya tgh cuti sem dan paling best adalah dibulan puasa nie saya bercuti! jd releks2 kat rumah, baca2 buku, baca novel, main FB, baca blog dan blh bercerita kat blog saya! hehehe...InsyaAllah akan ada marathon blog saya rasa nnt :p
buat semua pembaca selamat berpuasa ok :) nnt saya cerita lagi okie....
salam sayang NFA
2 comments:
sis farina : pendapat peribadi. mungkin lebih menarik jika gunakan font menegak.
saya pernah baca ayat yang berbunyi, 'tulisan yang boleh buatkan orang membaca dan terus membaca tanpa jemu adalah times new roman''. :) - ima
hi ima.. tq ya sebab sudi tegur, best lah adik nie, ikhlas menegur demi kebaikan, masaaalahnya skrg nie, akak dah lupa mcm mana nak tukar font tu balik! huahuahua... but still sedang mencuba :p
Post a Comment