Wednesday, October 10, 2012

Tips KEKAL langsing

hi semua,

okie staight to the point, saya mmg suka bergaya, melawa dan semua yg berkaitan dgn yg cantik2 nie semua saya suka lah, dan saya yakin perempuan2 yg sedang membaca entry ini pun suka pd kecantikan kan? begitu juga kaum lelaki, pasti akan suka kalau dpt melihat kecantikan wanita kan? LUMRAH tu....

ok, saya susah nak cakap mcm mana tp secara ringkasnya saya nak cerita yg saya ada sorang anak manusia umur 9 tahun dan 5 ekor anak kucing. tapi kalau org tanya saya anak ada berapa saya akan kata ada 6! hehehee...jgn pelik kenapa nampak saya mcm muda lagi tp anak dah besar, dipendekkan cerita, saya kawin masa orang tgh nak tunggu result SPM. setahun lepas tu ngandung. gatal kan??? hehehee... sebenarnya itulah namanya JODOH. rezeki saya dapat kawin awal, cuma rezeki nak ada anak ramai tu masih belum diberikan oleh ALLAH. bukan merancang tapi belum ada rezeki.

okie ceritanya adalah org selalu tanya saya apa saya makan, apa saya buat, apa saya pakai sbb badan saya masih maintain masih langsing dan masih kelihatan menarik bila berkebaya dan saya masih nampak macam anak dara. jujurnya saya seronok sebab bukan semua orang mampu nak maintainkan badan macam anak darakan? lagi2 bila dah kawin dan ada anak.

kalau orang yg ada duit mungkin anggap nie semua tak perlu, tp mcm orang yg kurang mampu mcm saya mmg kena ada cara alternatifnya :)

rahsia saya??? takda rahsia khusus, cuma sejak dari zaman anak dara saya mmg tak makan atau minum benda2 sejuk dan berair, mcm tembikai, timun, buah lai, dan apa2 saja lah yang saya tahu ianya sejuk dan berair kerana ianya tak sesuai utk org perempuan khasnya yang dah kawin dan sudah ada anak. saya juga tak minum segala air gas, kopi susu, teh susu atau apa saja yg berkafein. sebab apa? kafein nie bahaya juga kalau dah melekat dlm perut kita, kalau perut kita jenis susah nak dibersihkan, sisa2 kafien itu akan terus melekat di dinding perut kita. lama2 akan terhasillah "spare tyre".. tak caya??? cuba tgk teko yg kita selalu buat kopi atau teh susu, pasti ada kesan yang sukar nak ditanggalkan... melekat! so saya mmg tak makan atau minum sgt benda2 tu, kalau terpaksa pun minum ler skit. tapi amat JARANG sekali! so masaalah perut saya ada spare tyre setel!

bab peha nie agak payah skit, org yg dah bersalin tak dinafikan peha agak membesarkan sedikit dr biasa. saya tak pernah tahu apa sebabnya. ( belum nak amik tahu lagi) tapi cara saya mudah jer, saya beli basikal bodoh dan kayuh basikal tu hari2, tak perlu lama, 15-20 minit sehari dah memadai.( kalau xde basikal tu gantikan dgn cara lain spt cth jogging atau turun naik tangga ) InsyaAllah kalau dah hari2 peha dan kaki kita tu bergerak sebab kayuh basikal bodoh tu, pasti ada hasilnya. kalau nak cepat lagi kesan dia mengecil, pergi cari kat kedai losyen2 yg utk pecahkan lemak tu dan sapu. tapi kalau saya yg rajin ini saya ada tips sendiri.. sgt mudah! caranya :

AMIK KAPUR MAKAN DALAM 3 4 SUDU CAMPUR MINYAK KAYU PUTIH DLAM 5 6 SUDU PERAHAN LIMAU NIPIS DALAM 5 6 BIJI

campurkan semua tu dan kacau sampai sebati dan sapu badan bahagian peha atau mana2 bahagian yg mahu dikecilkan itu, kemudian amik plastik yg orang buat tutup makanan tu, dan bungkus peha atau bahagian yg kita dah sapu bancuhan td dalam 30 minit atau 45 minit. ( mmg akan rasa pijau dan panas tp kena banyak2 bersabar utk cantik ). so masaalah peha besar mmg akan setel. InsyaAllah dan kena kuat semangat dan SABAR.

mudahkan??? dan utk yg dok makan mcm2 pil mcm2 produk utk kurus cuba buat testimoni yg paling jujur utk diri sendiri, bila anda berisi anda makan produk utk kurus sedangkan benda tu akan fokus mengecilkan semua bahagian yg mana sepatutnya bahagian2 itu harus dikekalkan supaya body kita cantik dan nampak cantik bila berkebaya. jgn sampai anda cuma nak kecikkan lengan tp anda makan ubat kurus yg mana dia mengecilkan bukan setakat lengan tp pipi, punggung, dada dan peha sehingga tubuh badan anda smeua jd xde isi dan body anda akan jadi bukan langsing yang terbentuk cantik, tp jd sekeping mcm papan playwood dan bila pakai kebaya hanya nampak sekeping! cantikkah begitu?

makanya cuba fokus mana yg mahu dikecilkan atau dikuruskan dan mana yg mahu dikekalkan supaya badan kita mempunyai bentuk yang diidamkan... mmg bukan mudah tp kena kuat semangat dan sabar.

okie selamat mencuba semua :)

salam sayang NFA

3 comments:

daisylovebeauty said...

sis..i pernah try pkai kapur dan asam limau tu tapi tak tahan gatal yang amat!!

daisylovebeauty said...

sis..i pernah try kapur dan limau tu tapi gatal yang amat.....camne

Anonymous said...

salam, why not try Premium Beautiful ^^ feel free to contact atiqah 019-522 9388 for more info