lama tak potpet2 kat sini, semuanya salah PESBUK! hehehee...
kalau blog nie boleh majuk, kompom dia majuk dah nie...
tapi takpelah blog, kau jangan majuk dgn aku sebab walau aku jarang belai2 kau tapi aku sayang sangat kat kau sebab kau kan diari pertama yang aku ada... hehehe
ok apa nak cerita? apa yang kau nak tahu?
pasal tesis? hehehe tesis aku dah hantar dah tapi aku yakin tesis aku ada banyak nak kena baiki. cuma sv tengah sibuk so aku tunggu sv panggil mengadap jer nie. jadi sementara tunggu sv panggil, aktiviti aku hari2 adalah baca novel, main pesbuk, tidur, jalan2, tgk wayang dan shopping! :)
main pesbuk masih macam biasa, masih macam zaman2 aku main meypes, hi5, frenster dulu2 gak... ada yang nyampah dgn aku tp yg suka dgn aku lebih ramai dari yang tak suka kat aku... so macam biasa aku tetap dgn perangai aku, orang suka kita kawanlah dgn orang tu, orang tak suka kita janganlah kawan dgn dia.. apa nak susah2 sakit kepala sakit ati pikir ttg orang yang tak suka kat kita... kan???
baca novel pulak... aku rasa skill aku membaca dah tak macam dulu lah.. kalau dulu aku boleh baca novel yang 1000++ muka surat tak sampai sehari tapi sekarang nak abis baca yang 300++ muka surat pun makan masa berminggu2. mungkin juga sebab aku dah muak membaca, yer lah, hampir dua tahun aku x baca novel, asyik baca buku2 sekolah sampai skill aku membaca jadi menurun. tapi takpalah... tak penting sangat pun...
pastu jalan2 tgk wayang shopping tu biasalah, ada duit jauh skit kaki berjalan, mata pun meliar semacam jer, tapi time takda duit, jalan skit2 jer mata pun tutup sebelah. hehehhe
bak kata farina, kalau ada duit blh nak tgk2 nak belek2 nak cuba2, kalau xde duit jgn kata nak tgk, nak belek nak cuba, nak berangan2 pun tak payah! ada duit buat cara ada duit, xde duit buat cara xde duit!
erm... tu jer lah kut yang aku nak cte kat kau...xde yg menarik sgt pun ( sbnrnya ada tapi aku malas nak taip)
salah satunya cerita orang2 yg suka sangat nak amik tahu apa aku buat? apa aku makan? apa aku pakai? aku makan kat mana? aku beli beras kat mana? aku beli stokin kat mana? pastu bila aku cakap jujur dorg kata aku berlagak pulak. aku boring betul bila orang cakap aku berlagak, riak dan nak menunjuk2 sebab dorg tu gaya dan lagaknya mcm tuhan jer, tahu jer apa yg ada dalam hati aku nie...
oklah blog, nanti aku rajin aku cte lagi kat kau tau...
No comments:
Post a Comment