Tuesday, October 2, 2018

Hari Terakhir Pentaksiran Tingkatan 3

Selesai sudah usaha Kimi selama lebih kurang 2 tahun 9 bulan membuat persediaan untuk menghadapi PT3.

Di saat ramai kawan2 Kimi dan kawan mama pelik bila tahu Kimi sudah pergi tuisyen sewaktu baru memasuki Tingkatan 1 tapi bagi mama dan papa itulah usaha kami dalam memastikan kimi mendapat yang terbaik dalam pelajaran.

Memang mama tahu ada yang fikir mama terlalu menekan dan memaksa Kimi supaya cemerlang dalam pelajaran dan mama seolah2 menyekat kegembiraan zaman remaja Kimi tapi hakikatnya mama dan papa ada cara tersendiri untuk memastikan kehidupan zaman remaja Kimi juga indah dan bahagia macam anak remaja lain tanpa menjejaskan akademik Kimi.

Kimi nak melepak dengan kawan2 mama papa bagi.
Kimi nak keluar jalan2 dengan kawan2 mama papa izinkan.
Kimi nak pergi melepak dengan band kesukaan Kimi mama papa hantarkan.
Kimi nak tengok konsert penyanyi kesukaan Kimi mama papa bayarkan.

Walau semuanya bersyarat tapi Kimi sendiri berusaha supaya syarat mama papa dapat Kimi penuhi.

Mama papa tahu Kimi bukanlah anak yang super duper genius yang duduk dalam kelas Pertama dan setiap kali ujian KDK dan KDT juga berada ditempat pertama.

Mama papa sedar Kimi bukan segenius begitu tapi Kimi anak yang bijak. Cukup sudah bagi mama papa dapat anak sebijak Kimi.

Kimi duduk dalam KRK kelas Pertama sepanjang 3 tahun Sekolah Menengah ni pun mama papa sudah cukup bangga walau KDK dan KDT Kimi bukan berada dalam top 10 tapi Kimi berada dalam kedudukan Top 20 pun sudah cukup buat mama gembira kerana dengan 580 orang calon mama papa pun tak mengharap Kimi berada dalam Top 10 kerana ia bukan perkara mudah.

Hari ini selesai sudah ujian ke dua Kimi selepas UPSR.

Berehatlah Kimi puas2.
Enjoylah Kimi se enjoynya.
Tidorlah Kimi secukupnya.

Lupakan seketika hal2 pelajaran.
Tenangkan diri Kimi.
Nikmatilah zaman remaja Kimi sebaiknya.

Kerana bila sesi persekolahan bermula Kimi kena kembali fokus untuk SPM.

Tentang keputusan PT3 kita serahkan pada Allah swt.

Mama papa sudah berikan yang terbaik untuk Kimi.
Kimi juga sudah berusaha sebaiknya.

Tentang keputusan kita serah pada Allah swt.

Mama papa sudah bersedia dengan apa saja keputusan PT3 Kimi kerana kami yakin dengan usaha yang telah Kimi lakukan pasti ganjarannya juga setimpal.

InsyaAllah.

Ada rezeki cemerlang Alhamdulillah.
Namun jika sebaliknya mama tetap bangga dengan Kimi.

Kimi anak yang baik.

Mama ajak bagi gelandangan makan Kimi ikut.
Mama bawak ke rumah orang miskin yang kotor busuk pun Kimi takda masalah.
Mama suruh Kimi hantar barang2 asas dapur pada asnaf pun Kimi buat dengan hati yang senang.

Semua itu sudah cukup buat hati mama gembira dan bangga mendapat anak sebaik Kimi.

Makanya andai kata result Kimi nanti biasa2 sahaja mama tetap akan bangga dengan Kimi sebab mama tahu biasa2 Kimi pun tak mungkin gagal sebab Kimi dah berusaha sehabis daya.

Macam selalu Kimi kata "Ada Hikmahnya"

Cuma sebagai mama, maafkan mama kerana selama 2 tahun 9 bulan ni mama adakalanya terpaksa menekan Kimi dan memaksa Kimi baca buku dan belajar kerana tidak ada seorang mak atau ayah pun yang tak marah bila dilihat anak2 lebih banyak bermain dan leka tak belajar.

Itulah salah satu perkara yang menunjukkan bahawa mak ayah itu mengambil berat tentang pelajaran anak2 mereka. Begitulah juga mama dan papa. Kami bising marah2 suruh Kimi fokus study sampai Kimi menangis2 kerana mahu Kimi fokus study dan tidak leka.

Tapi bila sudah selesai exam. Sudah tak perlu nak bebel2 nak marah2 kerana sudah tidak berguna lagi.

Tunggu saja keputusan dengan tenang.

Cuma sebagai mama, doa supaya Kimi dapat keputusan yang setimpal dengan usaha Kimi tak akan pernah putus.

Mama tahu Kimi bangun seawal 4 pagi buat solat tahajud, Kimi buat puasa sunat, Kimi study dan mama berdoa biarlah segala usaha dan kebaikan yang Kimi buat ni di balas dengan ganjaran yang baik dari Allah swt.

Sama2lah kita doakan.



Salam Sayang,
Mama Iman
3 Oct 2018

No comments: