Tuesday, December 10, 2013

BUDAK ITU PART 17

-BUDAK ITU PART 17-

lama saya menunggu amoi kembali ke kedai kuihnya, tp sampai dah hampir pukul 6 petang amoi masih tak muncul2, kedai kuihnya dibiarkan begitu dan selama kedainya tidak ada orang menjaga memang tak ada orang yang berhenti utk membeli. mungkin ramai yang dah tahu kalau kedai kuih tu payungnya di rendahkan itu bermakna tidak ada urusan jual beli. hampir jam 7 petang saya melihat seorang budak lelaki sekitar umur 9 atau 10 tahun datang ke kedai kuihg amoi dan menutup kedai kuih itu. sama seperti apa yang selalu amoi buat, budak lelaki itu juga melakukan perkara yang sama. satu persatu dia bawak balik ke rumah dan sampailah habis semua benda sudah di angkut bawak balik rumah, amoi tidak kelihatan. saya hanya melihat rantai yang amoi bagi saya pegang dengan satu perasaan sayu. kemana amoi? saya nak bertanya pada budak lelaki tu saya rasa tak perlu kerana saya bimbang itu akan membahayakan amoi. sudahnya saya pulang ke rumah dan berharap esok saya dapat berjumpa dengan amoi kembali.

keesokkan harinya saya menanti amoi seperti biasa, tapi jam dah menunjukkan pukul 3 petang tak ada tanda2 amoi akan buka kedai jualannya hari ini, saya masih menanti, sampai jam 4 masih tidak ada dan saya yakin hari ini amoi tidak buka kedai. mungkin amoi sakit, demam atau ibunya tak sihat atau mereka mahu berehat. kebetulan ketika itu saya nampak ahmad yang berpusing2 di depan bus stop mungkin ternanti2 mana amoi pergi. kalau ikut kata amoi, ahmad akan balik dari kampung hari ini, dan pasti amoi nak jumpa ahmad dan ahmad pun mesti nak tgk amoi. kedua2 mereka pasti saling merindu. tapi tidak ada siapa pun yang tahu kemana amoi pergi dan apa masalah yang mungkin amoi hadapi. ahmad yang tiba2 perasan saya sedang duduk di tepi tembok tu cepat2 menghalakan motornya ke arah saya dan bila dia matikan enjin motornya soalan pertama yang dia tanya "amoi tak jual kuih hari nie? semalam pun ker kak?" saya pun cerita apa yang jadi semalam dan saya tunjukkan rantai yang amoi suruh saya pegang. ahmad amik balik rantai tu dan cakap esok dia akan bagi balik pada amoi dan terima kasih sebab simpankan rantai tu utk amoi. saya sekadar mengangguk dan tersenyum. benda kecik jer pun.

keesokkan harinya masih sama, amoi tetap tidak bukak kedai dan saya sudah rasa yang  bukan2, kenapa dengan amoi? dia balik kampung atau kemana? saya beranikan diri menjenguk ke arah blok amoi dan menjenguk tingkap2 di rumah amoi, saya dapat lihat tingkapnya semua terbuka, pintu dapurnya terbuka, ada kain baju bersidai kat luar rumah dan memang rumah amoi ada orang. ini bermakna, amoi tak kemana2 cuma mungkin amoi tak sihat tapi kelmarin masa amoi tergesa2 balik saya tahu dia dalam keadaan sihat kerana dia tak sabar nak tunggu ahmad balik dari kampung. apa yang dah jadi pada amoi sebenarnya?

penantian saya berakhir apabila hari ketiga amoi buka kedai seperti biasa cuma saya terkejut rambut amoi yang biasanya panjang tiba2 sudah pendek separas bahu menyerlahkan lagi iras anak cina di wajahnya. saya hanya memerhati dari jauh amoi melakukan rutin hariannya seperti biasa utk membuka kedai jualan kuihnya. cuma dari kejauhan saya dapat melihat air muka amoi bukanlah air muka orang yang ceria dan gembira, saya lihat dia seolah2 muram dan seperti tidak bermaya. mungkin baru sembuh dari demam atau keletihan tak cukup rehat. lama saya menanti amoi menguruskan urusan membuka kedai jualan kuihnya dan bila segalanya sudah siap saya menghampiri amoi dari belakang.

perlahan2 saya melangkah ke arahnya dan bila dah berada betul2 di belakang badannya saya pun bagi salam, dia yg terkejut terus menoleh ke arah saya dan saya perasan ada kesan biru di tepi bibirnya dan di bibir bawahnya seolah2 ada kesan luka yang sudah mahu mengering. lama saya memerhatikan amoi dan bila amoi cuba mengukirkan senyum tiba2 wajahnya berkerut dan airmatanya bergenang. menahan kesakitan, saya tahu amoi menahan kesakitan krn bila dia mahu mengukirkan senyuman luka di bibir bawahnya akan ikut tertarik dan itu adalah sakit!

saya tanya dia kenapa? dia cakap dia jatuh. tapi saya tahu dia bohong kerana semakin saya desak air matanya semakin banyak mengalir... saya tanya kenapa? kenapa? dan kenapa? dia hanya diam dan bila ada orang datang beli kuih dia melayan orang yang nak membeli tetapi kali ini dia tak banyak cakap mungkin kerana bibirnya akan rasa sakit bila bercakap atau tersenyum.

berkali2 saya bertanya amoi tetap kata dia jatuh, tapi bila saya katakan pada dia jika dia anggap saya kakak dia, dia kena jujur dgn saya, dia hanya mengangguk dan menangis.... saya tunggu apa yang akan amoi ceritakan pada saya kerana saya tahu amoi bukan jatuh. pasti mulutnya di tampar dgn kuat kerana dari kesan lebam yang semakin pudar itu saya yakin amoi di pukul. tapi sebab apa amoi dipukul? apa salah dia? kalau benar pun amoi buat salah, kenapa pukul kat muka dan mulut dia sampai berbekas dan cedera begitu?

#InsyaAllah akan bersambung di part berikutnya#

BUDAK ITU PART 16

- BUDAK ITU PART 16-

"saya" dan amoi gelak besar bila melihat hadiah yg ada dalam kotak besar itu adalah seutas rantai silver dgn buah rantai berbentuk love. rupanya ahmad sengaja mengenakan amoi, dia balut menggunakan kotak kasut tetapi isinya adalah rantai leher. amoi tersengih2 gembira bila saya katakan ahmad bagi rantai tu utk awak pakai dan bila rindu awak blh tgk rantai yg dia bagi. saya membantu amoi memakaikan rantai silver itu ke leher amoi dan amoi nampak  tersipu2 malu bila saya memujinya cantik.


seharian amoi tersengih2 dan sekali2 saya tgk dia akan memegang rantai yag berada di lehernya. lucu pulak tgk amoi dalam keadaan begitu. bila dia melayan orang yg datang utk membeli kuih, ramahnya lebih dari selalu, cerianya menjadi2. seronok benar dia dengan hadiah dari ahmad. mungkin dia benar2 sukakan ahmad dan benar2 sukakan rantai pemberian ahmad. saya sendiri seronok melihat amoi yang nampak gembira dan ceria jer sepanjang hari itu.

menjelang petang kuihnya sudah semakin sedikit dan dia sudah bersiap2 mahu menutup kedai kuihnya. seperti biasa satu persatu barang2 jualannya dikemas dan di bawak balik kerumah, cuma saya nampak, sebelum dia melangkah mahu pulang ke rumah dia membuka kembali rantai yang dia pakai dan disimpan di dalam kocek seluarnya. saya tak perlu bertanya kenapa kerana saya yakin amoi tak mahu rantai itu dilihat oleh ibu dan abahnya. pasti akan ada soal jawab jika ibu dan abahnya melihat rantai itu.

keesokan harinya amoi berjualan seperti biasa dan semasa saya datang membeli kuihnya saya melihat rantai itu sudah ada balik di leher amoi. mesti dia pakai balik bila dia nak jual kuih. saya sekadar diam tak mahu bertanya kerana amoi lebih tahu apa yang terbaik buat dia. amoi pun sudah besar, dia mesti tahu apa yg akan buat dia kena marah kena rotan. jadi bagi saya amoi mesti tahu nak jaga diri. melihat wajahnya yang tersenyum2 gembira saya tahu amoi sedang dalam keadaan gembira. saya tanya bila ahmad akan balik? dia jawab esok. saya tersenyum kerana saya tahu mesti amoi akan rasa nak tunggu esok tu sangat lama! lumrah orang dilamun cinta.

sedang asyik amoi melayan orang yang datang beli kuih2 jualannya, tiba2 nyonya tua yang selalu dtg borak2 dengan amoi muncul. saya nampak nyonya tu jalan mengigil2 sambil mengesat air mata dengan hujung baju yang dia pakai. sebelum sempat nyonya tu sampai kat kedai jualan amoi, amoi dah pergi dulu kat nyonya tu. dia pimpin nyonya tu, suruh duduk kat tepi tembok batu dekat dgn kedai kuihnya dan saya tgk dia bercakap2 dgn nyonya tu, kemudian amoi hulurkan karipap dalam plastik dan air minum dalam botol mineral. amoi amik tisu dan lap air mata nyonya tu dan nyonya tu saya nampak tertunduk2 depan amoi seolah2 mengucapkan terima kasih. lebih kurang 20 minit lepas nyonya tu habis makan kuih yang amoi bagi, nyonya tu pun pergi dan saya menghampiri amoi.

saya tanya kenapa dengan nyonya tu? amoi kata anak menantu ah soo tu ketuk kepala ah soo dengan mangkuk kaca sampai benjol kepala ah soo tu, kemudian anak dia kata dia tak boleh makan, jadi ah soo tu dah tak makan dari pagi. minum air pun tak boleh. saya yg dengar hanya mampu mengangguk. patutlah nyonya tua tu menangis, mungkin sebab sakit bercampur dengan lapar jugak.

sedang saya berborak2 tiba2 satu budak kecik lelaki, sekitar umur 8 atau 9 tahun datang ke kedai jual kuih amoi dan cakap "kakak, abah panggil balik, abah suruh tutup kedai kejap" lepas budak lelaki tu cakap mcm tu, dia terus pergi dan amoi saya tgk sudah resah gelisah, wajahnya bertukar pucat serta merta. dia pun turunkan payung kedai, amik bekas duit jualan dan sebelum dia melangkah utk balik dia bukak rantai yang dia pakai dan serahkan pada saya, katanya tlg pegang kejap rantai dia dan dia pun terus berlari balik rumah...

saya termangu2 bertanya, kenapa? kenapa tiba2 amoi di panggil balik? maknanya budak kecik tadi tu adik amoi? agak2 kenapa abah amoi panggil amoi balik tergesa2 sampai suruh tinggalkan kedai?

#InsyaAllah akan bersambung di part seterusnya#

Monday, December 9, 2013

BUDAK ITU PART 15

-KISAH BUDAK ITU PART 15-

Saya melihat apa yg tergambar di dalam kertas lukisan itu dengan satu perasaan lucu, membaca tulisan di dalamnya buat saya nak gelak. Amoi owh Amoi! dalam kertas lukisan itu terdapat satu lukisan pemandangan kampung yang sangat cantik. terbentang sawah di kaki bukit, ada pondok, burung2 berterbangan, matahari yang tersenyum. memang menarik lukisan tersebut. di hujung lukisan di sudut kanan lukisan tertulis nota ringkas:

 "harap amoi suka dan blh dapat A utk lukisan nanti, ahmad tahu lukisan ahmad tak cantik sangat tapi utk amoi, ahmad akan buat apa saja. jangan lupa padam apa yang ahmad tulis ni tau. nanti cikgu amoi tahu. amoi jangan suka kat orang lain tau, ahmad suka amoi 4-ever"

rupanya selama ni, setiap kerja sekolah amoi yang lukisan dilukis oleh ahmad dan memang ahmad ada bakat melukis. lukisannya cantik. kalau saya jadi cikgu, pasti lukisan itu akan saya bagi A siap dengan bintang lagi. saya memandang amoi dan dia tersengih2 mungkin malu sebab saya dah tahu siapa buah hati dia. pipinya sudah bertukar kemerah-merahan. saya tersenyum nak ketawa melihat amoi yang malu2 kucing begitu.

"ahmad baik ker?" soal saya pada amoi. dia sekadar angguk. "kenapa suruh ahmad yang buat kerja sekolah lukisan nie? nanti cikgu tak marah ke?" amoi sengih2 dan menjawab yang cikgu tak pernah tanya pun kenapa lukisan dia akan jadi cantik bila cikgu suruh siapkan kat rumah. lagipun amoi kata, ,dia memang tak pandai melukis. jadi ahmad kata dia boleh tolong dia buat lukisan cantik, dia suruh lah ahmad yang lukiskan utk dia. amoi ni memang panjang akalnya! ada ker kerja sekolah dia suruh orang lain yang buat, mentang2 ahmad sukakan dia, dia amik kesempatan pulak.

"awak suka ahmad kan? jatuh cinta yer?" amoi semakin tersipu2, pipinya semakin merah. tapi dia jawab "tak lah! mana ada saya suka ahmad, ahmad yang suka kat saya" pecah gelak saya. jelas terlihat wajahnya yang merona merah tanda bahagia dan seronok di usik begitu. Sah! amoi memang sedang dilamun cinta. walau dia masih bersekolah, tapi bagi saya itu adalah lumrah. mula merasai indahnya alam percintaan seawal sekolah menengah adalah perkara biasa. Istilah cinta monyet pasti di lalui oleh semua orang di zaman remaja mereka, dan sama juga dengan amoi. dia sudah ada perasaan utk di cintai dan mencintai. walau sepatutnya rasa itu tak sepatutnya ada dalam hati seorang anak remaja yang masih di bangku sekolah, tapi perkara itu sukar utk kita kawal. hati dan perasaan adakalanya sukar di duga.

selepas saya tahu apa sebenarnya hubungan amoi dan ahmad saya dapat lihat yang amoi sering ketawa dan tersenyum setiap kali ahmad datang ke gerai kuih amoi. aktiviti bertukar2 kertas lukisan masih berjalan seperti biasa dan saya sudah tidak bertanya apa2 kerana saya sudah tahu apa yang ada dalam kertas lukisan itu. lukisan cantik hasil seni ahmad berserta nota2 indah di sudut kanan buat amoi. ahmad juga semakin baik dengan saya, mungkin amoi sudah bagitahu dia yang saya sudah tahu hubungan mereka berdua. sekali2 bila bertembung dengan ahmad di kedai atau pasar malam, ahmad pasti akan menegur saya. mungkin ahmad mahu berbaik2 dgn saya kerana dia tau saya sangat baik dengan amoi.

satu ketika saya ternampak ahmad duduk di kedai kuih amoi dgn beg sandang seperti beg sekolah. saya melihat amoi seolah2 muram, saya menghampiri mereka dan amoi yang melihat saya berkelakuan tak seperti biasa yang akan ceria dan banyak cakap. dia hanya diam dan senyum hanya sekadar tersenyum. saya rasa seperti mereka berdua ada masalah. saya tanya ahmad kenapa datang kedai hari ni dengan beg? dia jawab dia nak balik kampung 2 3 hari sebab lama dah tak balik, tapi ada orang tu tak nak kasi dia balik sebab orang tu kata takut2 ahmad tak dtg lagi. saya yang mendengar kata2 ahmad tak mampu nak tahan gelak, rupanya amoi muram sebab ahmad nak balik kampung. patutlah muka dia masam dan muram jer. rupanya buah hati nak balik kampung. saya tanya ahmad kampungnya di mana? ahmad jawab Kedah jer. balik naik motor ramai2 dgn kawan2. Owh... agak jauh juga kampung Ahmad.

saya memandang amoi yang hanya diam bersedih. Lucu pulak saya melihat wajah amoi yang macam muncung tikus tu. sayang betul dia pada ahmad sampai ahmad nak balik kampung sekejap pun dia tak bagi. saya pun cakap pada amoi "ahmad kan ada mak ayah lagi, dia kenalah balik kampung jenguk mak ayah dia, antar duit belanja dan tanya khabar mak ayah dia, seorang anak kan tak boleh lupakan ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan mereka, amoi mesti tahukan pasal itu?" amoi mengangguk dan dia pun cakap pada ahmad "awak balik 3 hari jer kan? lepas tu awak janji awak akan dtg balik sini kan?" ahmad cepat mengangguk dan amoi tersenyum. lepas amoi yakin yang ahmad akan datang balik, ahmad pun minta izin utk memulakan perjalanan pulang ke kampung, cuma sebelum ahmad pergi dia hulurkan satu plastik yang dalamnya ada satu bungkusan hadiah sebesar kotak kasut. dia berikan pada amoi dan katanya hadiah buat amoi dan ubat kerinduan selama dia balik kampung.

tersipu2 amoi menerima hadiah itu dan saya meneka hadiah itu pasti kasut atau baju kerana bungkusannya besar. selepas ahmad pergi, saya suruh amoi buka hadiah tu sebab saya pun nak tahu juga apa yang ada dalam bungkusan tu, amoi setuju dan balutan hadiah itu di buka, sejurus isi dalamnya kami ketahui, amoi tergelak besar, saya sendiri ketawa tak tertahan... ahmad agak lucu juga orangnya.

apa yang ada dalam bungkusan hadiah tersebut?

#InsyaAllah akan bersambung di part berikutnya#

BUDAK ITU PART 14

-KISAH BUDAK ITU PART 14-

"SAYA" tertanya2 apa yang ditulis didalam kertas lukisan itu. hati saya mengatakan mungkin nota2 cinta. mungkin surat luahan isi hati. tak mustahil utk budak itu mengalami fasa percintaan kerana itu adalah lumrah manusia, akan tiba satu saat mereka akan mempunyai naluri utk mencintai dan dicintai. tapi benarkah amoi sedang bercinta? melihat dari riak wajahnya yang seakan ceria tiap kali lelaki itu muncul, hati saya mengatakan amoi sedang bercinta dengan lelaki tersebut.

satu petang angin tiba2 kencang2, tanda hujan akan turun, saya lihat amoi kembali kelam kabut menyelamatkan kuih jualannya. saya lihat dia susun segala bekas kuih dan bawak lari letak di bawah blok atas tangga, kemudian saya nampak dia dengan sekuat tenaga berusaha memegang payung supaya tidak diterbangkan angin dan tiba2 saya nampak lelaki yang sering buat amoi ceria muncul dgn motor dan terus masuk bawah payung dan tolong amoi memegang payung supaya tidak terbang. SAH saya rasa amoi dan lelaki itu ada hubungan yang lebih daripada sekadar kawan kerana amoi yg saya kenal sangat susah utk menerima bantuan dari siapa2 lagi2 lelaki. saya tersenyum :)

hampir 3 minggu berlalu, saya berkesempatan duduk berbual2 dgn amoi di kedainya, saya tanya siapa nama budak lelaki yang sering datang ke kedai dan akak nampak awak selalu bagi kertas lukisan kat dia tu utk apa? dia jawab itu kawan dia namanya Ahmad dan ahmad sudah bekerja. saya sekadar mengangguk. berapa umur ahmad? dia jawab 17 tahun. saya meconggak dalam hati, amoi umur 13, ahmad umur 17. beza hanya 4 tahun. saya pun tanya amoi lagi, apa yg selalu akak nampak awak bg ahmad kertas mcm kertas lukisan tu? surat cinta? cepat dia gelengkan kepala, dia cakap ahmad dgn dia hanya sekadar kawan biasa jer. tapi saya bukan budak2 yg tak tahu apa makna cinta. kalau bukan surat cinta, apa benda yang mereka berdua saling bertukar2 kertas lukisan? saya sedaya upaya mengorek rahsia kertas lukisan dari amoi dan kebetulan ahmad datang. amoi muka dah merah mungkin malu dgn saya sebab "buah hati" dia dtg masa saya sedang bertanya hal mereka atau apa?

Ahmad nampak saya dia senyum pada saya, dia beli kuih dan selepas dia membayar harga kuih dia letak kuih dlm raga motor dan kembali semula dgn kertas lukisan yang digulung dan di ikat getah. kertas lukisan itu diserahkan pada amoi dan amoi cepat2 amik dan letak di dalam bakul bawah meja jualan. Ahmad berlalu pergi saya bertanya apa yang ahmad bagi? amoi kata xde apa2. kertas kosong. saya gelak, saya katakan pada amoi tak baik menipu, org yg suka menipu lama2 blh jadi pencuri. dia diam dan perlahan dia ambil kertas lukisan itu dan hulurkan pada saya.

saya buka lukisan itu dan tiba2 saya rasa saya nak gelak. amoi dan ahmad sangat lucu orangnya. cuma gelak saya tidak mampu saya nak lepaskan takut2 amoi malu...

apa sebenarnya yang ada dalam kertas lukisan tersebut sampai buat saya nak gelak?

#InsyaAllah akan bersambung di part berikutnya#

Friday, December 6, 2013

BUDAK ITU PART 13

-BUDAK ITU PART 13-

"Saya" senang melihat amoi yang kelihatan gembira sejak mendapat kasut sekolah baru. Mungkin dia sudah terlalu lama mengharapkan dapat memakai kasut sekolah baru ke sekolah. Semoga amoi akan lebih bersemangat utk belajar. 

Rutin harian amoi masih berjalan seperti biasa. Sekali2 dia buat kerja sekolah, sekali2 dia berborak2 dgn budak cina gerai sebelah, sekali2 dia melayan nyonya tua yang selalu datang kedai kuihnya.

Cuma saya perasan sejak2 amoi meningkat remaja, semakin ramai anak muda yang kerap datang membeli kuihnya. Ada yang duduk melepak ditepi bus stop berdekatan kedai kuihnya. Ada yg agak berani duduk di kerusi yg disediakan di kedai kuih amoi. Dari gaya dan lagaknya, saya tahu mereka sedang mencuba2 nasib utk mendekati amoi. Amoi pun saya perasan sejak akhir2 ini sudah pandai mengemaskan dirinya. Adakalanya rambutnya diikat tocong, adakalanya diikat satu dan kdg2 dia ikat dua rambutnya menyerlahkan lagi kecomelan dia.

Dalam ramai2 lelaki yg selalu Ulang alik datang ke kedai amoi, ada sorang lelaki yang nampak seperti agak rapat dgn amoi dan saya nampak amoi agak mesra dgn dia. Setiap kali dia dtg ke kedai amoi, amoi akan senyum dan ceria. Layanan amoi juga tak sama mcm lelaki2 lain yg selalu datang membeli kuih dikedai amoi. Mungkin amoi selesa dgn lelaki itu.

Masa berjalan seperti biasa, saya terus dgn minat saya yg suka melihat segala aktiviti amoi. Amoi yg kdg2 berwajah ceria, kdg2 bermuram durja, kdg2 matanya merah sembap seolah2 menangis tapi bila ditanya jawapannya adalah "mata masuk habuk". Saya sudah tahu itu sekadar jawapan selamatkan diri.

Cuma semakin dijelas dimata saya, setiap kali lelaki itu datang berjumpa amoi, amoi akan bertukar ceria dan gembira. Sekali2 saya melihat lelaki itu seperti membantu amoi membuat kerja sekolah. Sekali2 saya nampak amoi memberikan sesuatu seperti surat dan biasanya surat itu akan dibalas pada keesokan harinya dan sekali2 saya melihat amoi memberikan lelaki tu kertas lukisan. Kertas lukisan itu akan dibawa pergi lelaki itu dan petangnya lelaki itu akan memulangkan kembali kertas lukisan itu pada amoi. Pada saat itu saya nampak dgn jelas yg amoi kelihatan gembira dan seronok.

Apa benda yg ada dalam kertas lukisan tu? Apa yg mereka buat Saling memberi surat dan Saling bertukar kertas lukisan?

#InsyaAllah akan bersambung di part berikutnya#

Tuesday, November 26, 2013

BUDAK ITU PART 12

-BUDAK ITU PART 12-


"SAYA" menjadi serba salah bila melihat amoi resah gelisah hanya kerana saya memberikan dia kasut sekolah yang baru. kalau tadi saya dapat lihat sinar matanya yang gembira dan teruja kerana bakal ke sekolah dengan kasut baru, tapi skrg semua itu sudah hilang tak tahu kemana. saya tahu amoi berada dalam keadaan takut. tiba2 saya mendengar dia bercakap "kakak amik balik lah kasut nie, saya tak jadi nak amik kasut nie, saya tak mahu abah marah dan tuduh saya mencuri" Terdiam saya bila mendengar itu yang dikatakan oleh budak itu. nampaknya dia amik keputusan tak mahu terima kasut sekolah baru yang saya hadiahkan padanya. semuanya gara2 dia takut di  marah dan dipukul. namun saya tak berputus asa, saya katakan padanya "awak amiklah kasut nie dan cakap dgn ibu dan abah awak yang kasut nie kakak hadiahkan utk awak" tapi jawapan yang saya terima adalah gelengan kepala tanda dia tak akan terima kasut itu. dia kata dia tak boleh terima apa2 daripada siapa2 pun. jadi dia tak mahu kasut itu. hati saya sebak mengenangkan yang amoi akan kesekolah memakai kasut lamanya yang semakin mengetat.


saya bawak balik kasut itu kembali ke rumah dan saya berfikir kenapa budak itu tak boleh terima apa2 daripada siapa2 pun? kan ini adalah hadiah. tapi budak itu nak menerima hadiah pun takut. tertanya2 dalam hati saya, kalau dah amoi tak mahu kasut ini, pada siapa pulak saya nak berikan kasut ini? kasut itu mmg size kaki amoi dan hanya amoi saja yang blh pakai kasut itu. lagi pula saya mmg berniat utk hadiahkan kasut itu pada amoi. kasut itu adalah milik amoi!

2 hari berlalu tiba2 amoi bertanya pada saya "kak, kasut hari tu ada lagi ker?" saya angguk dan dia berkata yang dia nak beli kasut tu dari saya. saya tanya dia boleh ker beli kasut baru? nnt abah tahu dia x marah awak ker? dia geleng kepalanya. dia cakap ibunya bagi dia beli kasut guna duit yang dia ada. jadi saya pun terus cakap saya akan jual  kasut tu pada dia dgn harga RM 15 kerana saya tahu amoi ada duit raya sebanyak 15 ringgit. dia bersetuju dan tersenyum riang. saya kembali ke rumah, amik kasut tersebut dan bagikan pada amoi, tatkala amoi hulurkan duit RM 15 pada saya hati saya sebak. walau harga kasut tu lebih mahal dari apa yang amoi bayar tapi saya lega kerana kurang2 amoi bukan meminta2 atau menagih simpati pada orang lain utk mendapakan kasut sekolah baru tapi amoi beli kasut menggunakan duit yang dia ada. kembali bersinar mata dia apabila kasut sudah menjadi miliknya.saya yakin amoi akan bersemangat utk ke sekolah esok kerana dia akan memakai kasut baru.

keesokan harinya seperti biasa saya akan mencari amoi di kedai kuihnya. saya nampak dia tgh melayan nyonya tua yang biasa datang di kedai kuihnya. terdetik dalam hati saya, amoi nie suka sangat layan nyonya tua tu, dan kadang2 saya tgk nyonya tu tersenyum apabila berbual2 dgn amoi, ntah apa lah yang amoi dok cerita dengan nyonya tu hingga nyonya yang sering di sakiti oleh anak menantu sendiri blh tersenyum apabila dgn amoi. di situlah kelebihan amoi yang saya perasan. dia blh menghiburkan orang yang dalam kesedihan.
tapi kesedihan hati dia, tak siapa pun yang tahu kerana dia bijak sembunyikan kesedihan yang di hadapi.

apabila dia melihat saya dia melambai2 tangannya dan dari jauh saya nampak dia tersenyum girang mungkin gembira kerana hari ni dia bersekolah dgn kasut baru. saya sendiri rasa lega dan seronok bila tgk dia gembira dan ceria mcm tu. bila saya mendekatinya dia terus cakap yang hari nie dia pergi sekolah pakai kasut baru dan semua kawan2 puji kasut yang dia pakai, semua cakap kasut dia cantik dan mahal. semua kawan2 tanya berapa harga kasut dan bila dia cakap hanya 15 ringgit semua kawan2 kata dia tipu. saya sekadar mendengar celotehnya sambil dalam hati berbisik "memanglah xkan ada siapa yang percaya kasut secantik itu harganya cuma RM 15 kerana saya beli kasut tu harganya lebih dari apa yang dia bayar pada saya" namun melihat girangnya hati dia bercerita perihal kasutnya sudah cukup buat saya rasa gembira sangat kerana akhirnya amoi dapat pergi sekolah dgn kasut baru. itu sudah cukup buat saya rasa gembira kerana dapat buat amoi seronok.

#InsyaAllah akan bersambung di part 13#

Monday, November 25, 2013

BUDAK ITU PART 11

-BUDAK ITU PART 11-

sedar tak sedar sesi persekolahan kembali bermula, amoi sudah masuk sekolah menengah, ada sekali dua saya akan bertembung dengan amoi yang baru balik sekolah dengan baju kurung putih biru dan kain tudung yang dah comot2. bila dia nampak saya, dia akan senyum dan cepat2 balik rumah. saya pun tidak mahu menegur kerana saya tahu amoi perlu sampai rumah cepat sebab dia nak tolong ibunya menjual kuih. cuma saya perasan amoi semakin nampak cantik dan manis. mungkin seiring dengan usianya yang semakin meningkat remaja.

sejak amoi semakin meningkat remaja, gerai jualan kuihnya semakin kerap di datangi lelaki2 muda yang mungkin datang beli kuihnya dengan dua sebab. pertama mungkin mahu beli kuih, kedua mungkin sebab  nak rapat2 dgn amoi sebab amoi blh di kategorikan anak gadis yang cantik di taman perumahan itu. kulitnya cerah, matanya cantik, bibirnya comel. pasti lelaki yang melihatnya akan sukakan dia. di tambah pulak dengan dia yang agak ramah dan sering buat orang ketawa. cuma saya perasan yang amoi bukan sebarangan anak gadis yang boleh didekati lelaki lain. pernah saya tgk mukanya masam bila melayan lelaki muda yang datang membeli kuihnya, sedangkan setahu saya dia akan tersenyum dan sentiasa memaniskan mukanya bila berdepan dgn orang yang mahu membeli kuihnya. ada satu ketika saya melihat dia membuang satu benda yang di bungkus seperti hadiah yang di berikan oleh seorang lelaki bermotor kepadanya. mungkin lelaki itu cuba mahu mendekatkan diri dengan amoi tapi amoi tak suka dan itu agaknya yang membuatkan dia buang hadiah yang diberikan kepadanya.


satu hari saya melihat kedai kuihnya agak lenggang, saya datang dekat kepadanya dan ajak dia berborak2, "awak dah masuk tingkatan 1 kan sekarang? mcm mana best tak? " dia cakap best tapi dia sedih sebab mula2 abah dia tak mahu dia pergi sekolah dah sebab abah dia kata dia bodoh dan tak guna pergi sekolah. baju sekolah pun baru jer beli lagi beberapa hari nak buka sekolah. kasut sekolah pun pakai kasut masa darjah 6. beg sekolah pun beg sekolah masa sekolah rendah. tiba2 dia bertanya "kak, kasut sekolah baru mahal tak? saya ada duit yang saya dapat masa raya, saya ingat nak beli kasut sekolah yang baru sebab kasut sekolah saya dah buruk koyak, ketat pulak tu" saya hanya diam dan tanya berapa duit yang dia ada? katanya dia ada duit lebih kurang dalam RM 15. saya tahu dengan duit yang dia ada sebanyak itu dia boleh dapat kasut baru tapi kasut tu mungkin tidak akan tahan lama kerana kualiti kasut mesti tidak sebagus kasut yang mahal sedikit harganya. saya pun cakap pada dia " cukup jer duit yg awak ada tu nak beli kasut tapi akak takut kasut awak beli tu tak tahan lama sebab kasut murah nie kualiti tak bagus sangat". dia pun cakap, dia nak kasut  yang elok supaya dapat tahan lama, dia pergi sekolah hari2 jalan kaki jadi kalau kasutnya mudah rosak nanti dia kena beli kasut baru pulak dan bukan senang dia nak minta beli kasut baru dari ibu dan abahnya.

saya bertanya pada dia apa size kasut dia pakai? dia hanya jingkitkan bahu tanda dia tak tahu. tiba2 dia tanya adakah harga kasut bergantung pada size kasut? saya gelengkan kepala, sebenarnya saya berniat mahu belikan kasut baru utk dia, sebab itu saya mahu tahu apa size kasutnya. tapi bila dia sendiri tak tahu apa size kasutnya saya terpaksa fikir cara lain utk mendapatkan size kasut utk amoi. saya balik rumah, amik benang dan datang kembali ke kedai kuih amoi dan minta selipar yang sedang amoi pakai. mulanya dia tanya utk apa nak selipar yang dia pakai? saya cakap nak ukur size kasut dia dan dia tak banyak soal terus bagi saya selipar yang dia pakai. lepas ukur saya simpan benang tu dan dia tanya saya berapa size kasut dia? saya hanya diam dan cakap kena balik rumah ukur dengan pembaris baru tahu berapa size kasut dia pakai. dia hanya diam dan mengangguk. kemudian dia kembali sibuk melayan orang yang datang membeli kuih jualannya.

keesokkan harinya saya datang berjumpa amoi di kedai kuihnya dengan kotak kasut sekolah yang baru. saya niat mahu hadiahkan amoi kasut sekolah yang baru buat dia pergi sekolah. masa saya hulurkan kasut dia berkerut tanda pelik kenapa tiba2 saya bagi dia kasut? saya cakap "hadiah" dari akak buat adik yang sangat rajin dan baik. saya suruh dia pakai dan bila dia pakai kasut tu mmg ngam2 dengan size kakinya. saya rasa kalau utk setahun kasut tu mmg boleh digunakan. terlihat sinar matanya yang bercahaya tanda gembira dan seronok kerana ada kasut sekolah yang baru dan cantik. tiba2 dia cakap "terima kasih kak, cantik sangat, kasut sekolah nie mahal kan? saya pernah tgk kawan2 saya yg anak orang2 kaya jer pakai kasut nie" terlihat di kelopak matanya bergenang air mata mungkin terlalu gembira atau teruja kerana dapat menyarungkan kasut sekolah baru yang baginya mahal dan canggih. berkali2 dia ucapkan terima kasih dan saya senang hati melihat dia terima hadiah saya tanpa banyak soal.

cuma bila menjelang petang, dia nak tutup kedai kuihnya dia tiba2 seolah2 gelisah, saya dapat melihat riak wajahnya yang seolah2 berada dalam keadaan gusar dan bermasalah. saya datang dekat kepadanya dan bertanya "awak ada masalah ker? kenapa akak nampak awak mcm tak senang duduk jer" dia jawab "kasut sekolah tu" saya suka kasut tu, saya tak sabar nak pergi sekolah esok guna kasut baru yg akak bagi tu, tapi kalau abah atau ibu tahu saya ada kasut baru mesti ibu dgn abah akan marah saya, abah mesti akan cakap saya mencuri, saya tak nak abah pukul saya kak, saya dah besar, saya malu bila kena pukul adik2 tgk dan jiran sebelah tahu saya kena pukul....

kesian amoi, dia jadi ketakutan hanya kerana kasut.... mungkin amoi akan pulangkan balik kasut tu dan akan kembali ke sekolah menggunakan kasut sekolah yang buruk dan semakin ketat di kakinya?

#InsyaAllah akan bersambung di part berikutnya#