lama juga saya tak menulis entry baru di sini, malu nak cakap saya tak ada masa kerana saya tahu Allah dah berikan kita semua masa yang mencukupi, cuma terpulang pada kita untuk membahagikan masa itu dengan cemerlang. dan saya dengan rendah hati mengaku bahawa saya belum mampu untuk membahagikan masa saya 24 jam sehari dengan cemerlang. saya masih ada niat mahu berusaha supaya berjaya dengan cemerlang membahagikan masa seharian saya. InsyaAllah.
Saya sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat Master di UKM dalam bidang Antropologi Sosiologi. mungkin ada yang tertanya tanya apa benda Antropologi Sosiologi atau lebih di kenali sebagai ANSOS di kalangan pelajar Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan. Ansos tu adalah belajar tentang manusia dan budaya secara ringkasnya, umpama budak budak Ansos ini adalah budak yang sibuk nak tahu hal manusia dari segala aspek, kami belajar tentang kehidupan manusia, masyarakat, masaalah sosial, budaya dan macam macam lagi lah yang berkaitan dengan manusia. pendek kata Ansos ini adalah satu benda yang menarik untuk di pelajari dan entah macam mana saya sangat suka dengan apa yang saya belajar sekarang. mungkin sebab saya jenis suka tengok perangai manusia dan suka bertanya kenapa seseorang itu jadi begitu atau jadi begini. makanya Ansos ni sesuai dengan jiwa saya. cita cita mahu menjadi pakar Antropologi sehingga 1000 tahun lagi nama saya juga akan menjadi terkenal seperti Auguste comte atau karl marx atau weber atauTalcott parsons! hehe... InsyaAllah dan jika saya berusaha :)
belajar Ansos ni macam macam yang akan di ajar, macam semester nie saya amik subjek Agama, Etnisiti dan fenomena sosial. subjek nie menarik minat saya sebab saya memang suka nak tahu apa agama orang lain. jadi subjek nie mmg buat saya seronok dan tak sedar pun rupanya dah 2 jam berlalu dok ralit dengar Doktor Mimi bagi kuliah. dan satu lagi subjek yang saya suka adalah subjek Kesihatan Dan Budaya. subjek nie juga sangat menarik, cuma tugasan yang di berikan buat saya asyik nak sedih dan emosi.
Kesihatan dan Budaya di ajar oleh Prof.Madya Aishah@Eshah. dalam banyak banyak tajuk tugasan yang di berikan saya dapat tajuk tugasan Identiti Pesakit HIV. jadi dari pelacur, penagih dadah, pengamal seks bebas dan juga mangsa jangkitan virus HIV saya kena cari bahan dan temubual. kalau yang pelacur, penagih dadah dan pengamal seks bebas tu saya tak tersentuh hati sangat. tapi bila dengar dan baca yang menjadi mangsa di sebabkan oleh orang lain hati saya jadi sayu sangat. bergenang-genang air mata saya, tertelan air liur saya sebab nak telan sebak di dada. mangsa HIV nie bukan sekadar isteri, malah anak yang dalam kandungan juga menjadi mangsa. ada juga isteri yang tak tahu rupanya suami mereka adalah pengamal seks bebas, melanggan pelacur dan akhirnya isteri juga turut menjadi mangsa dan lebih malang bila anak yang di kandung juga telah di jangkiti virus HIV juga dan lahir anak kecil yang tidak berdosa itu dengan seribu penghinaan dan cemuhan dari masyarakat sekeliling. MasyaAllah... hebatnya dugaan tuhan.
sesungguhnya saya tak boleh nak bayangkan kalau ianya terjadi pada diri kita atau sedara mara terdekat kita. ada juga yang keluarga suami sudah tahu anak lelaki mereka pemabawa HIV tapi berhati zalim dengan mencarikan calon isteri buat anak lelaki itu dan akhirnya wanita yang tak berdosa itu menjadi mangsa. saya seperti tak boleh terima situasi begitu. sebak rasa hati, memang bergenang air mata. kadang kadang saya rasa rupanya selama nie saya tak tahu yg saya punya hati yang lembut dan lemah. kadang kadang emosi saya agak terganggu bila menyiapkan tugasan HIV ini. Ya Allah kuatkan hati saya Ya Allah...
buat para suami yang pengamal seks bebas, penagih dadah dan pelanggan pelacur, fikirlah masa depan isteri isteri kalian. usah pentingkan diri sendiri dengan meindas kaum wanita yang sering di pandang lemah. cukuplah hanya kalian saja yang merosakkan diri kalian, jangan babitkan isteri dan anak anak yangtidak berdosa.
buat semua pembaca, doakan hati saya kuat ya, rupanya saya mudah tersentuh dengan perkara perkara sebegini. Terima Kasih Ya Allah kerana menunjukkan saya megenai hati saya dengan cara begini.
4 comments:
assalamualaikum,
sekadar perkongsian.
masalah utama HIV dan dilemma yang PLHIV hadapi adalah stigma, diskriminasi, prejudis dan judgmental.
HIV hanya istilah bagi virus. jadi pgunaaan istilah 'pesakit HIV' tidak tepat. AIDS pula hanyalah nama bagi sekumpulan jangkitan oppurtunistik yg biasa menjangkiti golongan PLHIV. itupun jika mereka enggan mendapatkan rawatan awal.
HIV sangat mudah dikawal, virusnya sgt lemah (tetapi tabah) dan tidak sebahaya pendamik biasa. ianya umpama penyakit kronik, tidak boleh sembuh secara total tetapi boleh dirawat. bahkan PLHIV mampu hidup lama spt insan biasa hingga puluhan tahun dan punca kematian merekapun akibat penyakit2 yg biasa dialami oleh insan2lain.
1 fakta yg tidak boleh diabaikan ialah HIV juga boleh berpunca akibat pemindahan darah & organ. statistiknya sekitar 2.5 ke 3%.
bermakna hakikatnya setiap tahun, anggaran 3 orang mengalami jangkitan melalui cara tersebut.
ianya ada kaitan dgn 'window period' dan lemahnya imunity individu.
apapun punca jangkitan, mereka berhak mendapat rawatan sama seperti insan lain, diberi bimbingan utk kembali ke pangkal jalan.
apa sangatlah dosa mereka berbanding insan lain yang hidup dgn penuh maksiat tetapi tidak dijangkiti. bersepah yang lebih berdosa, pemanipulasi, pemfitnah, pengamal rasuah, pecah amanah jutaan bahkan bilion ringgit tetapi dianggap sebagai pemimpin dan wira. cuba renung2kan.
selain itu, ujian Allah terhadap mereka juga merupakan ujian terhadap kita utk menilai sejauh mana kita bersikap prihatin sesama insan.
jgn sesekali bayangkan PLHIV hanya golongan gelendangan. kebanyakan mereka mereja yang sentiasa berhubung dgn saya terdiri daripada pelbagai golongan professional dan cerdik pandai di semua bidang termasuk agama.
setiap hari mereka mungkin berkongsi makanan, pinggan mangkuk, sudu garfu bersama kita di mana2 sahaja.
jangkitan terhadap isteri sekarang melebihi pekerja seks. fikir2kanlah, adakah adil sikap stigma, diskriminasi, prejudis dan judgmental terus kita amalkan.
wallahu a'lam!
semangat kuat..insyaAllah semua kita boleh buat...=)
teruskan berjuang jangan toleh ke belakang..^__^
salam, sy bakal mlanjutkan ijazah srjana muda dlm bidang ini di unimas.. sedia mklum, bidang ni bukan lah pilihan utama, tapi terbuka hati untuk mndalaminya.. boleh tak sy mtk tlg terangkan tentang prospek krjaya bgi bidng ni.. mklumlah, org2 biasa tak fhm sgt psl bnda ni..sy pn xtahu nk trngkn mcmane kt org2 lain, skaligus rsa ragu2 utk mnyambung pngajian di bidang ni.. tq :)
Post a Comment