Saturday, March 31, 2012

Lidah itu tidak bertulang

tadi sambil2 siapkan esemen saya dgr lagu dr mp3, tiba2 terdengar lagu Aisyah yang tajuk Janji Manismu.. saya tersentak bila ada satu ayat yg disebut "Lidah Tidak Bertulang" ya memang lidah itu tidak bertulang! terimbau kembali satu ketika dahulu kisah suka saya bersama rakan.

bila mereka tahu saya akan menyambung pengajian peringkat ijazah pertama, semua ucapan tahniah, peluk cium saya, belanja makan dan macam2 lagi. saya terus belajar penuh semangat yg diberikan oleh rakan2. sesungguhnya saya dilihat mereka seperti orang yang hebat sedangkan bg saya mereka juga mampu jd seperti saya jika mereka mahu dan rajin. tapi tak apalah... mungkin ada sebabnya mereka tak mahu sambung belajar.

abis ijazah pertama saya memohon utk sambung master, Alhamdulillah diterima dan sekali lagi kawan2 memuji dan melambung2 saya seolah2 sayalah yg terbaik dan sayalah adik dan kakak mereka dunia akhirat...sayalah waris, sayalah anak dan sayalah segalanya bg mereka, kami bergurau senda tanpa sebarang masaalah. NAMUN... bila Allah menduga sedikit ikatan persahabatan kami itu segalanya berubah, saya yg dilihat dulu sebagai orang yg bagus, bijak dan sayalah waris dan sedara mara mereka sudah bertukar sayalah yg menjadi sejahat2 manusia dan sehina2 makhluk. kata2 pujian pandai, baik dan cantik itu sudah bertukar kepada kata2 yg negatif!

sesungguhnya memang lidah itu tidak bertulang! makanya jgn terbuai dgn lidah manusia yang terlalu melambung2 atau memuji2 kita kerana ada satu ketika Allah akan sengaja menduga kita dan mahu tunjukkan sama ada yg berkata2 itu sahabat ataupun musibat :)

selamat menempuhi dan berdepan dgn seribu satu mcm kerenah manusia didunia ini :D

salam sayang
NFA

1 comment:

Anonymous said...

Saya suka baca apa farina tulis. Jujur. Bertahun saya follow blog farina dan saya suka cara santai farina.