Tuesday, April 16, 2013

ISTERI YANG MENJAWAT JAWATAN "SURI RUMAH TANGGA" ITU ADALAH SEORANG PEKERJA...


Berikut soal jawab antara seorang suami (S) dan Psikolog (P)..

P : Apakah pekerjaan En. Helmi?
S : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

P : Isteri Encik ?
S : Dia tidak bekerja. Hanya Suri rumah tangga saja.

P : Tiap-tiap pagi siapa yang menyediakan sarapan?
S : Isteri saya menyediakan sebab dia tidak bekerja.

P : Jam berapa isteri bangun untuk sediakan sarapan ??
S : Jam 4 pagi dia bangun karena sebelum membuat sarapan dia kemas rumah dulu..

P : Anak-anak En. Helmi ke sekolah bagaimana??
S : Isteri saya yang mengantar sebab dia tidak bekerja.

P : Selepas mengantar anak-anak, apa yang isteri Encik lakukan ?
S : Pergi ke pasar, kemudian kembali ke rumah untuk memasak dan mengemas rumah. Isteri kan tak bekerja.

P : Petang hari selepas En. Helmi pulang ke rumah, apa yang Encik lakukan?
S : Beristirahat, karena seharian saya letih bekerja.

P : Lalu apa yang istri Encik lakukan ?
S : Sediakan makanan, melayani anak, menyiapkan makan untuk saya dan mengemas sisa-sisa makanan dan bersih-bersih lalu menidurkan anak-anak.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja???

Rutin seharian istri anda bermula dari sewaktu pagi sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA??!!

Suri rumah tangga memang tidak memerlukan segulung ijazah, pangkat atau jabatan yang besar, tetapi peranan Suri rumah tangga sangatlah penting!

Hargailah seorang isteri. Karena bagaimanapun pengorbanannya tidak terkira. Ini merupakan renungan untuk kita semua untuk senantiasa saling memahami dan menghargai peran masing-masing. Karena adanya rasa "SALING MENGHARGAI " maka semua akan bahagia.


p/s: entry ini saya dapat dari satu sumber yang saya lupa apa linknya...

1 comment:

Anonymous said...

Assalam dik farina, maafkan saya, adik blh panggil saya abg aziq atau bro aziq. sbb saya rasa dik ina lebih muda dari abg.

sbnrnya abg cuma terpanggil nak memberitahu sesuatu pd dik inaa ttg ada orang sedang mahu memburukkan dik ina di fb. ada sorg tu menyuruh abg mengutuk dik ina di gambar dik ina yg bertudung kuning tanpa abg tau apa salah yg dik ina dah buat. mereka kata dik ina kurang ajar dan berlagak.

tp bila abg nak tgk fb dik ina abg x jumpa mungkin dik ina punya setting abg xleh nak search. tp bila abg search nama dik ina di google abg jumpa blog dik ina dan abg tgk dik ina suka menulis dan bercerita tanpa menganggu sapa2.

abg tgk juga dik ina seorg yg terpelajar dan abg x jumpa satu pun seperti mana yg mereka katakan ttg dik ina. jadi bg abg mereka itu mempunya hati yg tidak baik dan jahat krn membuat fitnah dan memburukkan dik ina.

jadi abg amik keputusan xmahu terlibat bersubahat dlm agenda jahat mrk dan abg harap dik ina bersabar dan berhati2 selalu krn ada org sedang cemburukan apa yg dik ina miliki.

abg xmahu mendapat dosa krn membantu mrk yg berniat jahat sedangkan abg xtahu apa salah yg dik ina dah buat. kalau benar pun dik ina ada buat salah, itu salah dik ina dgn mereka dan sepatutnya kalau mereka itu berhaati baik mrk xakan menyuruh org lain utk menghentam dik ina.

dik ina kuatkan semangat dan berhati2 selalu. abg doakan dik ina selamat.

wassalam