Thursday, July 18, 2013

AL-FATIHAH BUAT NENEK

Hampir seminggu berlalu...
13 Julai 2013 bersamaan 4 Ramadhan 1434

Nenek tersayang pergi meninggalkan saya untuk selamanya.
Nenek yang menjaga saya sejak bayi,
Nenek yang sering memanjakan saya walau saya hanyalah cucu angkat dalam keluarganya.
Nenek yang sering mengingatkan pada kesemua 13 orang anaknya supaya jangan sekali2 menganggap saya adalah anak angkat kerana saya sudah tidak punya mak ayah kecuali keluarga nenek.
Nenek yang akan memasakkan bubur nasi letak daun pandan tatkala saya demam,
Nenek yang akan rungsing bila saya tidak sihat,
Nenek yang akan masakkan apa saja yang saya cakap saya nak makan,
Nenek yang akan berpeluh2 menguli tepung roti canai bila saya cakap rindu nak makan roti canai yang nenek buat,
Nenek yang akan bebel2 bila tengok saya menyanyi2 kat dapur,
Nenek yang akan terjerit2 bila tengok saya duduk terkangkang2 atas pokok rambutan macam jantan,
Nenek yang akan bising2 bila saya sampai rumah lambat dari waktu yang ditetapkan iaitu sebelum maghrib,
Nenek yang akan hulurkan duit bila dia tahu cucu dia dah pokai,
Nenek yang akan bising bila saya kejar kucing kesayangan dia keliling rumah,
Nenek yang akan potpet2 bila saya tak lipat kain baju,
Nenek yang akan bebel2 bila seluar kecik dan baju kecik saya pun dia yang kena basuh,
Nenek yang akan marah2 bila tempat tidur pun dia yang kena kemas,
Nenek yang akan cubit saya masa tengah tidur sebab kaki saya dah sampai atas muka dia,
Nenek yang akan tarik baju saya bila dia tengok baju saya terlalu seksi
DAN
Nenek yang akan buat apa saja demi mendidik cucunya ini menjadi manusia yang tahu bawak diri dan tidak memalukan dia dan keluargaa.

Jumaat lepas, pada jam2 sebegini yakni sewaktu orang sedang bersolat Jumaat, nenek sudah nazak, saya berikan air zam2 dan ajarkan nenek mengucap. Dan keesokan harinya iaitu Sabtu 4 Ramadhan, nenek menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2 petang. Saya redha dengan apa yang Allah tetapkan.

Saya mahu berikan nenek khidmat terakhir dengan ikut serta memandikan jenazah nenek, namun ada beberapa makhluk perosak yang cuba memalukan saya dengan menghalau saya dari bilik mandi mayat kerana katanya saya bukan waris jenazah dan dia tak mahu nanti ada apa2 jadi dikemudian hari, katanya nanti bimbang saya akan bercerita yang  bukan2 ttg jenazah nenek saya sedangkan nenek saya itu bukan ada sakit apa2 yang pelik2, nenek saya meninggal sebab sakit tua. jadi apa yang mahu diceritakan diaibkan? kerana depan jenazah, saya cuma mampu diam dan menangis dengan sikap lelaki yang berkopiah, berjanggut tetapi bercakap dan bertindak tak sepadan dgn kopiah dan janggut yang dia ada. kamu sendiri pun sewaktu nenek sakit tak pernah sekali datang melawat sedangkan nenek itu adalah mak mertua kamu tapi bercakap macam hebat agama.

Namun saya teruskan berdiam diri dengan hinaan dan tuduhan yang dilakukan kerana saya mendapat keizinan dari anak2 kandung nenek saya sendiri untuk sama2 memandikan jenazah nenek. sehingga selesai nenek dikapankan saya ikut serta, saya sapukan bedak dan berbisik ke telinga nenek, saya katakan "Rina dah pakaikan nenek bedak sama mcm yg selalu nenek pakai tu, nenek dah wangi, nenek pergi jumpa Allah dulu dan Rina akan menyusul nenek kemudian". saya cium nenek sepuas hati dan saya redha Allah ambil nenek saya.

Kini hampir seminggu nenek pergi, saya masih rasa dan ingat yang nenek masih ada, sekali2 terasa tubir mata panas tapi saya cuba jadi kuat. Teringat kembali segala gurauan saya dengan nenek, 5 6 minggu lepas masa dia masih boleh bercakap dan mendengar saya bergurau dgn dia, saya cakap nenek cantik lagi, minggu depan ada orang datang nak masuk pinang nenek, sekali nenek cakap " nonok kau! aku dah tua2 nie ada org nak dtg masuk minang aku" hahahaaa... seronoknya dapat menyakat nenek.

Teringat dulu dia sgt suka makan coklat van hautten atau cardburry yg ada kacang badam tu, tp dia x makan kacang tu, dia hisap2 coklat tu dan kacang tu dia letak dlm bekas, saya nie hari2 amik kacang tu dan makan tanpa tahu dari mana datangnya kacang tu sampailah satu hari tu saya nampak rupanya nenek hisap2 coklat tu dan kacang badam tu dia letak dlm bekas kacang yg selalu saya makan tu. bila saya cakap dgn nenek yang nenek nie pengotor dia cakap "dah habis sebalang kau makan kacang tu, baru kau nak rasa kotor" hahahhaaa...

Saya rindukan nenek dan dialah nenek terbaik yang saya ada. walau saya cumalah cucu angkat dia, tapi dia jaga saya dengan penuh kasih sayang, saya membesar dalam keluarga nenek dan keluarga neneklah segala2nya bagi saya.

AL-FATIHAH BUAT NENEK CHE SHOM BINTI NYONYA
13 JULAI 2013

No comments: