Wednesday, September 25, 2013

Tegar- Aku yang dulu bukan yang sekarang-

tiba2 saya terpanggil nak tulis pasal penyanyi Tegar yang top dengan lagu aku yang dulu bukan yang sekarang. saya menelusuri perjalanan hidup dia melalui pembacaan di laman sesawang dan you tube buat saya terasa besarnya kuasa Allah. Jujurnya saya mengatakan kalau saya jumpa penyanyi jalanan macam tu saya mesti berfikiran itulah saja perjalanan hidup dia, sampai bila2lah dia akan terus hidup sebatas kais pagi makan pagi, kais petang makan esok.

tapi saat fikiran saya teringat bahawa Allah itu berkuasa saya akan teringat cik suami pernah berkata "bintang seseorang itu tak siapa tahu" betul juga apa yang cik suami katakan itu. siapa sangka si tegar yang comot serabai selekeh sewaktu jadi penyanyi jalanan yang dah macam peminta sedekah itu akhirnya blh berubah menjadi senang lenang dan semakin menghampiri kekayaan.

terfikir adakah kerana niatnya yang mahu membantu keluarga di rumah membuatkan Allah makbulkan impian dia? adakah setiap kali dia melantunkan lagu tersebut dia umpama berdoa sehingga Allah makbulkan doanya? setahu saya, setiap apa yang terucap di bibir umpama doa dan mungkinkah tegar sentiasa berdoa dan doanya adalah doa yang sangat tulus niatnya yakni mahu membantu keluarga di rumah.

jadi kalau si tegar yang satu ketika dulu dilihat seperti sampah namun kini mampu berubah dan dipandang seperti permata kenapa kita tak boleh? jika tegar boleh bertukar dari tegar yang busuk, kotor dan miskin menjadi tegar yang wangi, bersih dan kaya kenapa kita tak boleh? tegar adalah salah satu contoh yang boleh kita jadikan contoh supaya kita jangan mudah putus asa, jangan mudah patah semangat dan jangan lupa terus berdoa dan niatkan yang sewajarnya seorang hamba berniat kepada penciptanya...

kita tak pernah tahu apa yang telah Allah tentukan buat kita, namun saya yakin Allah memberikan setiap dari ciptaannya dengan rezeki masing2 dan ianya sama banyak dan adil. memang tak dinafikan kadang kala kita merasakan rezeki kita tak sebanyak orang yang berada di sebelah kita sehingga kita mengizinkan perasaan iri timbul dalam hati kita sedangkan kita sudah lupa mahu mengenang kembali rezeki apa yang sudah kita perolehi sebelum ini. kita lebih senang mengambil tahu apa yang orang lain dapat hingga kita tak nampak rezeki yang sudah berada dalam pinggan makan kita sendiri.

Bintang seseorang hanya Allah sahaja yang tahu bila ianya akan bersinar, tugas kita sebagai hambanya cumalah berdoa, berdoa dan teruskan berdoa. buangkan sifat iri camburu pada kelebihan orang lain kerana setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan diri masing2, ianya bergantung pada kita macam mana kita mahu menggunakan kelebihan yang kita ada untuk memajukan diri dan macam mana cara kita menyembunyikan kekurangan agar ia tidak menengelamkan kelebihan diri kita.

#Tegar adalah sumber Inspirasi saya untuk sentiasa redha dan yakin bahawa satu waktu nanti saya juga akan dipilih Allah untuk mendapat rezeki seperti Tegar# InsyaAllah..

.http://www.youtube.com/watch?v=2mCYT092il0&feature=share&list=RD021gQ8rZ-yH60



1 comment:

KeMatZ said...

teruskan memblogkan diri anda ...

:D