-BUDAK ITU PART 8-
“SAYA” semakin tertanya2 dalam hati, apa
yang dilihat budak itu? Kejap2 tgk lengan, kejap tgk kaki, kejap tgk perut. Saya
pergi dekat dia dan dia tersenyum bila nampak saya. Seperti biasa dia akan
tanya “kakak nak kuih ker?” saya tak pernah kata tak nak sebab kadang2 saya
beli sebab saya kesian kat dia. Kadang2 saya beli walau perut saya kenyang dan
saya dah jemu makan kuih tapi sebab kesiankan dia, saya beli jugak. Bila saya
angguk dia cepat jer bungkuskan kuih dan hulurkan pda saya. Bila saya hulur
duit ayat dia tetap sama “ Terima Kasih kak, Esok datang lagi”. Memang hari2
pun saya datang sebab saya suka tgk dia.
Bila kuih sudah berada di tangan saya,
dia kembali duduk dan amik surat khabar dan layang2kan atas plastik yang
menutupi kuih2 jualannya. Menghalau lalat yang cuba singgah dan juga sekali2
surat khabar tu dikipaskan ke mukanya mungkin kerana mahukan angin sejuk. Lama saya
renung mukanya dan saya nampak matanya seperti baru lepas menangis. Saya tanya
amoi nangis ker? Atau mata awak masuk habuk lagi? Dia tgk muka saya dan cakap
mana ada dia nangis dan mana ada mata dia masuk habuk. Saya tersenyum. Saya tahu
dia berbohong. Saya bukan budak2 yang boleh di bohong oleh anak kecil. Saya tanya
dia, kakak nampak awak selak2 baju, selak2 kaki seluar awak tgk apa? Dia diam
dan tiba2 ada orang datang nak beli kuih. Saya menjauhkan diri bila tgk ada
orang datang nak beli kuih. Saya tak
mahu ganggu dia yang nak berniaga.
Dari bangku bus stop saya tgk dia jual
kuih, sekejap2 berlari ke seberang jalan mungkin untuk buat tukaran wang kecik
bila ada yang membayar guna wang yang nilainya besar. Sekali2 tengok dia
berlari2 lintas jalan buat hati saya kecut, dia tak tengok kiri kanan, main
lintas sahaja, sekali2 terdengar bunyi hon panjang dari kenderaan yang laju. Tapi
dia releks2 sahaja, siap boleh angkat tangan dan senyum2 lagi pada orang yang
hon kat dia. Dia memang tak takut orang dan tak pernah fikir keselamatan diri. Mungkin
kerana dia masih budak2 jadi dia tak tahu apa erti bahaya dalam diri.
Lama saya memerhatikan budak itu yang
agak sibuk pada hari tersebut, sekali2 bila mata saya bertembung dengan
matanya, dia seolah2 mengelak dari melihat saya. Saya dapat rasakan dia seperti
mahu sembunyikan sesuatu dari saya. Apabila hari semakin petang, gerai
jualannya semakin lenggang kerana kebanyakan kuih sudah habis terjual. Saya kembali
mendekati budak tu dan saya tanya dia lagi, awak tgk apa kat lengan dan kaki
awak? Boleh kakak nak tgk jugak? Dia hanya diam dan tiba2 saya nampak air
matanya bergenang. Saya pun pegang lengan dia dan selak lengan baju dia, mmg
nampak ada kesan biru di situ seolah2 di cubit, saya minta dia angkat kaki
seluar dia angkat perlahan2 dan saya nampak berbirat merah di betis kirinya. Saya
tahu dia di pukul. Lantas saya bertanya kenapa dia di pukul? Dia tidak menjawab
tapi air matanya semakin laju. Saya tanya dia lagi “kamu kenal pukul sebab
keluar bermain tadi? Dia anggukkan kepala.
Panjang saya tarik nafas melihat air
mata amoi berjurai keluar, hanya keluar bermain dengan kawan2 sebentar sudah di
pukul seperti buat satu kesalahan besar. Lama saya diam hinggalah ada satu van
berhenti depan kedai kuih dan amoi cepat2 lap air mata dia, bersihkan muka dia
dari air mata dan dia kembali tersenyum dan ramah menegur uncle yang turun dari
van. Fasihnya dia berbahasa cina dan tiba2 dia boleh bergelak ketawa buat saya terfikir, bukan tadi dia menangis
sedih dan sakit gara2 di pukul? Ke mana hilang semua kesedihan yang saya lihat
sebentar tadi? Cepatnya dia boleh berubah laku dari seorang budak yang berada
dalam kesedihan tiba2 bertukar jadi ceria seolah2 hidupnya penuh dengan
keceriaan.
Selesai dia melayan uncle van tu beli
kuih dia kembali seperti mula2 yang saya nampak, dia diam, senyumannya hilang,
keceriaan wajahnya kembali menjauh dan tiba2 hati saya berkata “ dia tak mahu
orang tgk dia sedang bersedih”. Saya dapat rasakan budak itu seorang yang kuat.
Dia boleh hapuskan segala kesedihan dia secara tiba2 dan dia boleh anggap
seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku dalam hidupnya.
Hari semakin memasuki senja dan saya
melihat budak itu sudah berkemas2 untuk menutup kedainya. Saya melihat dia
sudah menurunkan payung, menyusun bekas2 kosong menjadi satu dan bila saya
melihat itu saya datang dekat pada dia dan melihat sisa2 kuih yg ada, masih
saya ingat waktu itu kuih yang tinggal hanya 3 bijik, kuih keria sebijik dan
dua bijik lagi kuih lapis. Saya tanya dia yang nak abis nie mcm mana? Dia jawab,
nanti bawak balik adik2 boleh makan, atau dia boleh makan. Saya sekadar mengangguk.
Lincah tangan dia mengemas dan jika dilihat dari usianya, dari bentuk badannya
pasti tak percaya dia yang baru berusia 12 tahun sudah lincah dan tahu apa yang
perlu di buat utk membuka dan menutup gerai jualan.
Satu persatu barang2 jualan di bawak
balik kerumah, cukup 3 kali dia ulang-alik barang terakhir yang dia bawak adalah
meja jualan. Seperti biasa meja kayu tu akan di pikul dia atas belakangna. Cuma
kali nie sebelum dia melangkah utk balik dia menoleh dan bertanya pada saya “kak,
anak angkat nie bodoh ker kak? Jadi anak angkat nie semua orang benci ker kak?”.
Saya terkedu mendengar tiba2 dia bercakap begitu…
Kenapa tiba2 amoi bertanya begitu? Kenapa
tiba2 amoi rasa jadi anak angkat tu bodoh dan di benci orang?
#InsyaAllah akan bersambung di part 9#
No comments:
Post a Comment