-BUDAK ITU PART 7-
SAYA mendekati amoi yang sedang tekun membaca buku, sekali2 saya melihat dia seperti menandakan sesuatu dibuku yang dibacanya, mungkin bahagian2 penting. Lama saya diam duduk di tepi tembok memerhatikan dia, tiba2 berhenti satu motor membeli kuih, dia tutup buku dan melayan orang yang nak beli kuih. Kemudian dia sambung baca buku lagi, bila ada orang datang nak beli kuih, dia berhenti dan begitulah dia sehingga saya nampak dia sudah tidak membaca lagi. Mungkin penat, mungkin bosan, mungkin dah tak masuk dalam kepala apa yang di baca kerana tidak boleh fokus bila kejap2 orang datang membeli, kejap2 bas lalu, kejap2 orang datang beli. Bila saya tgk dia sudah duduk termenung saya mendekati dia.
Awak bawak buku banyak hari nie kenapa? Ada periksa ker? Dia angguk dan cakap esok UPSR bermula dan esok periksa untuk subjek Bahasa Melayu. Owh… jadi amoi dah baca buku ker? Dia jawab dia nak baca buku tapi tak boleh nak baca sebab kejap2 kena layan orang yang datang nak beli kuih, kejap2 bas lalu bunyi bising dan dia rasa terganggu. Kenapa tak tutup jer kedai? Kan periksa lebih penting? Dia jawab “kalau tutup kedai nanti xde duit, duit tak cukup nak bayar duit sewa rumah, nak buat beli barang dapur, lagipun dia kata abah dia cakap dia amik periksa atau tak sama jer hasilnya, bukan boleh dapat No 1 atau boleh dapat semua A pun. Jadi tak payah nak bazir masa, nak rugi tutup2 kedai sebab nak baca buku nak periksa. Saya yang dengar hanya diam sebab saya tahu abah amoi pernah cakap tentang hal itu. “ayah amoi tak kerja ker?” dia hanya menggeleng.
Seminggu berlalu, UPSR pun tamat dan rutin amoi masih seperti biasa, Cuma ada sekali saya nampak dia bermain2 di taman dengan kawan2nya dan semua kawan2nya adalah budak cina. Seronok juga tengok dia bermain, sekejap berkejaran, sekejap naik buai dan sekali2 terdengar suara mereka menjerit keriangan. Jarang saya tengok budak itu bergelak ketawa begitu. Saya sendiri yang rasa bahagia bila tengok dia seronok begitu. Tiba2 dia perasan saya sedang memerhatikan dia dan dia pun melambaikan tangannya pada saya, saya menggamit dia utk dtg dekat pada saya dan dia datang dekat pada saya, saya tanya dia “hari nie tak jual kuih ker?” dia cakap jual. Kejap2 lagi. Saya pun tanya dia, dah tu yang kamu main kat sini nie tak tolong ibu kamu buat kuih ker? Dia jawab tolong tapi tadi ibu suruh dia pergi kedai beli tepung tapi dia singgah main kejap dengan kawan2. Saya tengok mukanya saya senyum dan tanya amoi tak takut kena marah dgn ibu ker sebab singgah bermain mcm nie? Dia diam dan tiba2 dia nampak ada satu motor melalui padang permainan, sepantas kilat saya tengok mukanya pucat, dia cepat2 lari pergi kedai dan saya nampak dia keluar berlari dari kedai dengan tepung kat tangan.
Bila petang saya tengok kedai buka macam biasa, amoi masih jual kuih macam biasa dan dia layan orang masih macam biasa. Petahnya dia bercakap kadang2 menghiburkan, bila nyonya tua tu datang dia tetap hulurkan kuih dan borak2 dgn nyonya tu. Cuma bila dia duduk sorang2 saya nampak dia seolah2 termenung dan sekali2 saya nampak dia selak lengan baju dia, dia angkat kaki seluar dia seolah2 melihat sesuatu di betisnya, sekali2 dia tunduk menyelak bajunya dan melihat perutnya. Apa yang dia tengok?
#InsyaAllah bersambung di part 8#
No comments:
Post a Comment