Thursday, March 29, 2012

PERKHAWINAN CAMPUR DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Ini adalah tugasan saya untuk kelas AGAMA, ETNISITI DAN FENOMENA SOSIAL untuk Master ANTROPOLOGI SOSIOLOGI UKM, tugasan ini adalah tugasan semester 1 saya iaitu pada bulan sept 2011 - Jan 2012. saya harap ada manafaatnya untuk sapa2 yg juga mempunyai tugasan seperti ini. jika anda gunakan tulisan ilmiah saya ini saya harap anda tak lupa utk letakkan sumber rujukannya dari mana ya :) di akhir tulisan ini ada saya sertakan sumber rujukan utk kemudahan anda semua...

sama2 kita berkongsi ilmu kerana ilmu memang utk disebar2kan...


PENGENALAN

“Kalau kita satukan kekuatan kita, satukan peranan dan hala tuju kita, maka ia akan jadi satu kekuataan dalam proses membina sebuah negara tercinta”(Dato Seri Najib Tun Razak, 23Mei 2009)
Malaysia adalah sebuah negara yang wujud hasil pemuafakatan antara berbilang kaum, justeru untuk melahirkan sebuah negara yang aman damai dari jumlah penduduk yang mempunyai kepelbagaian kaum sudah tentu ianya bukanlah satu usaha yang mudah, kepelbagaian kaum bermakna kita mempunyai berbagai karakteristik budaya, keanekaragaman adat istiadat, bermacam macam ciri tingkahlaku yang didasarkan kepada pembawaan kaum serta peninggalan adat nenek moyang, justeru kepelbagaian ini akan melahirkan pula pelbagai kemahuan dan kecenderungan yang biasanya akan mewujudkan pula bermacam macam pendapat dan idealogi dalam usaha untuk menguasai citarasa politik negara, perebutan sumber ekonomi, meraih kedudukan dan kuasa sehingga dengan idealogi yang berbagai ini biasanya akan meletakkan kepentingan kaum mereka sebagai asas membina sebuah negara.
Melihat dari keadaan di atas maka kerajaan Malaysia telah mencetuskan sebuah gagasan dalam rangka membentuk kekuatan pada negara Malaysia iaitu yang disebut sebagai pembinaan negara bangsa, pembinaan negara bangsa ini dapat ditakrifkan sebagai : “Pembinaan negara bangsa adalah agenda kerajaan bagi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya mampu hidup bersatu padu dalam kepelbagaian budaya,” (Ishak Saat 2009). Pembinaan negara bangsa dapat kita huraikan sebagai proses untuk mewujudkan semangat cintakan negara atau perasaan kekitaan di kalangan rakyat yang nantinya akan melahirkan sebuah perasaan persamaan satu bangsa dengan keperibadian bangsa yang bermatlamat untuk mewujudkan proses integrasi antara kaum agar lebih lancar, progresif dan bersatu dalam sebuah perjuangan iaitu untuk hidup dalam kerukunan serta aman makmur dalam sebuah negara yang pesat membangun. Proses integrasi ini merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional antara kumpulan kumpulan dari segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan juga politik.
Dalam sesebuah masyarakat yang majmuk seperti Malaysia, tunjang perpaduan terletak kepada satu hubungan baik antara kaum. Bagi merealisasikan perpaduan dalam sesebuah masyarakat, kerjasama dan tolak ansur sangat penting untuk memastikan kesejahteraan hidup dapat di kecapi bersama. Hubungan hubungan baik yang terjalin antara kaum melalui berbagai medium seperti hubungan kejiranan, persekolahan, hubungan di tempat kerja, kegiatan kegiatan sosial lainnya telah mewujudkan sebuah hubungan yang lebih rapat antara rakyat dan kaum di Malaysia, hubungan hubungan seperti ini akan melahirkan perkenalan dan situasi mereka yang semakin dekat ini boleh membuahkan hubungan cinta antara kaum yang berputik di institusi institusi di atas sehingga terjadinya hubungan yang lebih serius menuju ke jinjang pelamin atau sering disebut sebagai perkahwinan campur.



PERBINCANGAN KAHWIN CAMPUR

Perkahwinan merupakan penyatuan seorang lelaki dengan seorang perempuan dan zuriat yang dilahirkan oleh si perempuan diakui sebagai anak kepada kedua dua pihak, perkahwinan boleh juga ditafsirkan sebagai penerimaan masyarakat terhadap hak seseorang lelaki dan seorang perempuan untuk tinggal bersama sebagai suami isteri, (Norazit Selat, 128 : 1993).
Perkahwinan campur pula merupakan sebuah penyatuan yang terdiri dari berlainan bangsa atau kaum, berlainan agama atau berlainan warganegara. Proses ini di sifatkan sebagai penyatuan dua insan golongan berbeza sama ada agama atau bangsa. Dalam kehidupan masyarakat setiap orang mempunyai hak untuk bergaul dan berkawan serta berkenalan dengan siapa sahaja, begitu juga beragamnya bangsa yang masuk ke Malaysia di hari ini telah memberikan satu kesan khusus terhadap sistem perkhawinan campur di negara ini, kemungkinan untuk berkenalan dengan bangsa bangsa lain yang masuk ke Malaysia justru tidak tertutup kemungkinan untuk mereka saling jatuh cinta sehingga terjadinya perkahwinan campur.
Contoh jelas yang dapat di lihat apabila seorang lelaki melayu berkahwin dengan seorang perempuan India atau perempuan melayu berkahwin dengan lelaki keturunan cina atau lelaki india berkahwin dengan perempuan keturunan cina, ataupun perkahwinan antara wanita melayu dengan lelaki keturunan Pakistan, perkahwinan campur ini boleh saja terjadi antara pemuda pemudi dalam negara atau melintasi sempadan. Perkahwinan campur dapat diibaratkan sebagai sebuah permulaan budaya baru dari sebuah keluarga.
Hal ini dapat dilihat dari petikan bahawa ; “Keluarga bukan sahaja merupakan alat penyambung dalam kesinambungan sesuatu kebudayaan tetapi ia merupakan anasir dalam merubah kebudayaan. Oleh itu keluarga mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat apabila keluarga memainkan peranan yang besar kearah pembentukan sesebuah masyarakat”, (Rohana Yusof, 152 ; 2010).
Berdasarkan petikan di atas dapat kita huraikan bahawa perkahwinan antara dua kaum atau dua keturunan yang berbeza ras akan melahirkan sebuah budaya baru, paling tidak ianya akan terjadi sebuah proses asimilasi secara fizik antara dua kebudayaan atau dua ras, kerana pada konsep perkahwinan ialah penyatuan dua insan yang datang dari dua keluarga berbeza.


KESAN PERKAHWINAN CAMPUR

Penyatuan dua insan dalam perkahwinan campur boleh disifatkan sebagai permulaan kepada dua buah keluarga besar dari dua ras berbeza untuk mulai saling mengenali adat istiadat atau pola perilaku keluarga yang satu lagi. Permulaan ini adalah sesuatu yang positif kerana mereka akan saling mempelajari aspek kebudayaan keluarga suami atau isteri masing masing sehingga akan wujud satu pengertian baru terhadap budaya suami isteri tersebut.
Menurut Koenjaraningrat, “Budaya menjadi suatu aspek yang penting dalam perkawinan, dimana pasangan tersebut tentu memiliki dalam hal nilai-nilai budaya yang dianut, menurut keyakinan dan kebiasaan, serta adat istiadat dan gaya hidup budaya. Di dalam perkawinan juga disatukan dua budaya yang berbeda, latar belakang yang berbeda, suku yang berbeda”, (Koentjaraningrat, 1981).
Secara mudahnya dapat dikatakan bahawa perkahwinan bukanlah hanya semata-mata sebuah perjanjian suci yang dilafazakan atau ikrar oleh dua manusia berbeza jantina bagi meneruskan sebuah hidup baru dalam alam rumahtangga. Proses perkahwinan tidak hanya persetujuan hubungan seks halal, malah konsep perkahwinan yang sejati biasanya melibatkan aspek aspek yang lebih besar seperti pertemuan dua keluarga, menyatunya dua karakter, menyesuaikan dua budaya, tradisi, adat istiadat, latarbelakang keluarga malah lebih jauh lagi ianya boleh menjadi sebagai persatuan dua bangsa.
Justru apabila terjadi perkahwinan campur samada ianya antara kaum dalam negara atau yang melibatkan bangsa lain dari luar negara perbezaan budaya kadangkala menjadi asas yang sangat kuat dalam mewujudkan suatu pemikiran baru tentang garis keturunan baru sehingga dua keluarga yang berbeza budaya ini akan menjadi saling mengerti tentang adat istiadat.
Apabila berlangsungnya upacara pernikahan atau akad nikah maka pengantin atau mereka yang terlibat dengan perkahwinan campur ini sangat menjaga adat, kerana dikesempatan inilah mereka akan menonjolkan adat istiadat masing masing sebagai sebuah kebanggaan dan keunikan adat mereka, lebih lebih lagi perkahwinan merupakan upacara adat yang harus mereka jaga dan banggakan sebagai warisan nenek moyang. Dari tradisi upacara perkahwinan ini akan tercermin jati diri bangsa mereka, namun biasanya bersatunya dua buah keluarga dapat mencerminkan bersatunya sebuah masyarakat berbilang kaum dan ini jelas terpancar melalui perkahwinan antara masyarakat Cina dengan Melayu. Hal ini dapat disokong oleh Dr. Johnben Loy Teik Cheok yang mengatakan bahawa “The ethnic mixing of families is likely to force the families to learn how to value the positive contributions each brings to our multicultural, multilingual and multi-religious nation”, (NST, 5 Nov 2011).
Keluarga sesebuah sukubangsa atau etnik yang terlibat dengan perkahwinan campur seakan dipaksa untuk mempelajari atau menilai secara positif tentang sumbangan keanekaragaman budaya, kepelbagaian bahasa dan masyarakat majmuk, hal ini sangat penting kerana kalau dilihat dari sudut adat istiadat, perkahwinan campur mempunyai kesan positif terutama dari sudut wujudnya amalan amalan budaya yang baru hasil gabungan dua keluarga dari 2 sukubangsa. Malah dari sudut agama dan sejarah ianya mempunyai kesan yang lebih mendalam iaitu bagaimana dengan perkahwinan jugalah penyebaran agama dapat dilakukan secara semulajadi. Hal ini dapat kita lihat dari sudut sejarah lagi yang mana sejak zaman kerajaaan melayu Melaka lagi penyebaran agama Islam telah dilakukan melalui perkahwinan.
Sungguhpun perkahwinan campur sering membawa erti kepada pembentukan suatu budaya bangsa yang baru, namun perkahwinan campur juga tidak terlepas dari mengalami pasang surut rumahtangga, kerana pertembungan dua budaya, dua bahasa malah adat yang berbeza sering juga menjadi punca keretakan rumahtangga, menurut Dr. Johnben Loy Teik Cheok lagi, “Typically, mixed couples have difficulties with differences around cultural family customs, language and religion. These differences are further exacerbated by pressures from their respective families and communities as well as the greater society for them to confirm to established expectations. For example, a young couple of modernised persuasion may seek to ignore their differences when they are in love. However, societal and family expectations such as religious conversions can forces the couples to choose between their differences rather than to find ways to live harmoniously with them. I have seen several couples break up due to such pressures from family and society”,(NST. 5 Nov 2011). Dr. Johnben berpendapat bahawa pasangan perkahwinan campur mengalami kesulitan dengan di kelilingi oleh perbezaan adat, bahasa dan agama, perbezaan ini diburukkan lagi oleh tekanan dari keluarga masing masing dan masyarakat luas yang mengharapkan mereka dapat memberikan sesuatu yang meyakinkan. Sebagai contoh pasangan perkahwinan campur yang berfikiran moden kelihatannya berusaha melupakan perbezaan-perbezaan tersebut ketika mereka sedang dilamun cinta. Walaubagaimanapun masyarakat luas dan keluarga mereka sentiasa mengharapkan berlakunya pertukaran agama sebagai jalan untuk memaksa pasangan ini memilih antara perbezaan mereka daripada mencari jalan hidup yang lebih harmoni. Dr Johnben juga melihat terdapat beberapa pasangan yang terpaksa mengakhiri rumahtangga sebagai akibat dari tekanan dari keluarga dan masyarkat.
Ini bermakna masyarakat masih berada dalam dilema samada membiarkan perkahwinan campur dengan jalan mudah atau salah satu pihak masih terpaksa mengikuti salah satu pihak yang lain dalam rangka menyelamatkan rumahtangga kerana tidak selamanya dan tidak semua keluarga dapat menerima perbezaan budaya, agama dan adat dalam keluarga mereka.
Perkahwinan campur sering juga dilihat sebagai sebuah proses menyemai benih baru bagi melahirkan generasi campuran baru, sudah tentu seandainya pasangan melayu Pakistan pastinya akan melahirkan zuriat yang lebih cerah warna kulitnya atau pasangan Cina Melayu sering dikatakan akan melahirkan zuriat yang lebih cerdik dan pintar. Hal ini boleh kita sifatkan sebagai perkembangan genetik baru yang mana pernikahan antara dua budaya sering memiliki kesan positif terutama dalam hal keturunan yang dilahirkan.
Adalah dipercayai bahawa perkahwinan dua manusia dari keturunan sukubangsa yang berbeza sudah pasti akan mewujudkan sebuah keturunan atau genetik baru, sehingga akan wujud pula wajah-wajah campuran yang unik seperti campuran Cina India, Cina Melayu, Melayu India, atau Melayu Kadazan yang pastinya akan terjadi kefasihan dalam bahasa ibunda atau bahasa baru atau kedua duanya sekali.
Umumnya kita ketahui juga bahawa masyarakat cina memang agak terkenal dengan bakat berniaga, dan seandainya kita mampu mewujudkan lebih ramai lagi pasangan melayu cina atau cina India maka kita mungkin dapat mewujudkan suatu bangsa campuran baru yang lebih berkeyakinan dalam bidang perniagaan. Wujudnya suasana ini akan lebih mempermudahkan lagi proses pembinaan negara bangsa kerana selama ini pembinaan negara bangsa dilihat sering dihalang oleh sikap prejudis antara kaum. Apabila kita melihat pada sebab-sebab berlakunya perpecahan kaum yang menggagalkan integrasi kaum dan pembinaan negara bangsa di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia.
Ianya juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum itu sendiri yang terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan mengetepikan kebudayaan kebangsaan seperti yang termaktub didalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Obsesi untuk berada didalam kelompok kaum sendiri dari segala segi juga adalah salah satu punca utama yang telah melambatkan proses pembinaan negara bangsa di Malaysia. Justru dengan perkahwinan campur dapat dilihat menjadi salah satu jambatan yang mampu mengurangi sikap dan rasa prejudis antara kaum di Malaysia.


RUMUSAN

Gagasan pembinaan negara bangsa menjadi sangat penting di saat isu-isu perkauman mulai bergema di negara ini akibat pergeseran politik dalam negara, agenda pembinaan negara bangsa ini menjadi penting kerana negara ini mempunyai penduduk yang berbilang kaum, dan tidak dapat disangkal lagi salah satu faktor yang melambatkan proses pembinaan negara bangsa ini ialah sikap prejudis antara kaum yang masih menebal antara satu sama lain.
Di Malaysia setiap kaum masih mempunyai persepsi negatif dan prejudis terhadap kaum yang lain lantaran sikap dan pengetahuan yang tidak menyeluruh tentang budaya dan aspirasi kaum lain menjadikan masyarakat sering dipisahkan oleh perbezaan pendapat, perbezaan perspektif, kepentingan ekonomi dan perbezaan kebudayaan yang mana akan menghalang proses penyatuan bangsa agak tergendala.
Justru sebagai salah satu langkah ke depan dalam rangka mencapai matlamat perpaduan dan integrasi kaum sebagai usaha untuk menjayakan agenda pembinaan negara bangsa, maka perlunya digalakkan proses perkahwinan campur sebagai salah satu cara untuk melahirkan semangat dan kefahaman terhadap budaya serta adat sesuatu kaum itu.
Sikap prejudis terhadap kaum lain sedikit demi sedikit akan pupus apabila mereka disatukan dalam sebuah rumahtangga yang harmoni, kerana penyatuan dua insan boleh menyatukan pula dua keluarga berlainan kaum, situasi ini mungkin agak sukar untuk dicapai seandainya semua pihak belum dapat menerima secara terbuka tentang kebaikan perkahwinan campur sebagai salah satu usaha pembinaan negara bangsa. Namun usaha usaha gigih kearah itu perlu digembleng dengan peranan sector berkepentingan sangat dituntut.
Harapan juga boleh dipertaruhkan kepada pihak kerajaan, agensi agensi kekeluargaan, badan badan persatuan dan NGO agar lebih banyak memberikan insentif serta galakan kepada mana mana pasangan yang akan mendirikan rumahtangga dalam bentuk perkahwinan campur, usaha-usaha untuk memberikan pendidikan tentang budaya bangsa juga amat diperlukan kepada keluarga masing masing tentang bentuk perbezaan yang boleh mereka serap sebagai tanda pemahaman terhadap budaya kaum lain. Peranan institusi agama, NGO, intitusi sosial lainnya amat diharapkan dalam rangka merangsang pertumbuhan minda bagi mengubah persepsi agar perkahwinan campur dapat dikembangkan sebagai salah satu jambatan untuk membina negara bangsa.













Rujukan :
Dato Seri Najib Tun Razak. (http://www.1malaysia.com.my/zh/news/keunikan-kaum-satu-kekuatan-transformasi-negara-najib/
Ishak Saat, 2009, Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Rohana Yusof, 2010, Asas Sains Sosial
Norazit Selat, 1993, Konsep Asas Antropologi
Koentjaraningrat, 1981, Manusia Kebudayaan di Indonesia

Tuesday, March 27, 2012

TIPS cantik + gebu

tips kecantikan yg sgt mudah: ada org tanya saya mcm mana saya maintain warna kulit muka dgn tgn sekata... biasa org kulit muka cerah, tgn hitam... jawapannya adalah....

apa saja produk yang anda sapukan ke muka anda, anda sapukan juga pd tangan anda... walau ianya sekadar sisa2 tapi jika sudah hari2 anda sapukan produk muka itu pd tangan pasti ada hasilnya... itulah amalan saya selama ini, kalau saya letak toner di muka, kat tgn juga saya sapu toner juga, kalau muka pakai pelembap, tgn juga saya sapukan pelembap dan bila muka pakai sunblock, tgn juga harus ada sunblock!

losyen??? pakai jugak spt biasa... tak ada masaalah...

cepatlah habis prodeuk muka saya nnt? tak apa... nak cantik kena berkorban sedikit wang..

:) selamat mencuba dan mengubah cara anda utk kelihatan cantik ya :)

salam sayang
NFA

Monday, March 26, 2012

Allah itu sangat ADIL

sekitar 2 tahun lalu saya pernah dimaki oleh seorang mak kpd kawan baik saya sendiri gara2 saya mengadu kepada dia ttg anaknya yang bercumbuan dgn teman lelakinya. mak dia sanggup telefon saya maki hamun saya berjam2 lamanya dgn kata saya buat fitnah, mulut saya jahat dan mcm2 lagi, sampai akhirnya hubungan baik saya dgn anaknya terputus. masa tu saya masih ingat lg kata2 mak dia yg mak dia akan berdoa supaya saya ditimpa kecelakaan krn menfitnah dan memburuk2kan anaknya. mak dia kata doa seorang mak pd anaknya yg teraniaya pasti termakbul, masa tu saya cuma diam sbb bg saya dia adalah org tua dan dia adalah mak pd kawan baik saya sendiri. niat saya bgtahu mak dia pun supaya tak jd perkara yang lebih buruk lagi... tapi dah dia tak percaya, ya sudah. sampailah sekitar 6 bulan lepas saya dgr anaknya itu kawin dgn lelaki itu dan skrg dah bersalin seorang anak perempuan. saya bersyukur sangat2 krn saya tahu Allah dah tolong saya utk buktikan pd mak dia siapa yg jahat, yg buat fitnah dan siapa yg berlakon dan yg berpura2 baik....jd buat semua mak dan ayah yg ada disini, bila ada org ngadu yg bukan2 ttg hal anak perempuan kita, sila amik perhatian dan siasat betul2, jgn membuta tuli percaya ckp anak 100% dan ingat jgn suka suki nak ckp nak doakan supaya org dpt bala, Allah itu sgt adil dan nampaknya doa itu sudah terbalik...

Semoga kita mampu mendidik anak kita menjadi yg lebih baik dari orang lain...

Sunday, March 25, 2012

SPM 2012... Usah Bersedih

ramai yang bersedih bila saya tanya berapa result SPM, ada yg seolah2 putus harapan bila result tak muncul satu A pun di slip exam, kenapa perlu rasa sedih dan rasa seolah2 putus harapan? kejayaan hidup kita bukan ditentukan oleh keputusan SPM semata2, ianya bergantung pada kita dan rezeki dari Allah dan kita kena yakin Allah dah tetapkan setiap ciptaannya pasti ada rezeki masing masing.

tahukah adik adik semua akak juga dulu tak ada satu A pun masa SPM, malah akak berhenti belajar masa separuh jalan di tingkatan 4 kerana masaalah kesihatan yang agak teruk. tapi masa umur akak 22 tahun akak masuk pusat tuisyen martin dan belajar balik utk amik SPM dan akak bersungguh belajar supaya akak dapat masuk IPT dan bila keputusan keluar memang akak tak ada satu A pun tapi keputusan akak melayakkan akak utk sambung belajar di IPT, dan akak terus buat Diploma di Cosmopoint kolej kemudian terus sambung Degree dan kini akan sambung buat Master di UKM. jadi sapa kata kalau tak ada A dalam SPM masa depan kita akan hancur?

semuanya bergantung pada diri kita sendiri, adik2 usah bersedih kerana perjalanan masih jauh dan masih blh diubah...Ingat... SPM yang tak ada A masih blh dibanggakan jika kita pandai urus perjalanan hidup kita...

salam sayang
NFA :)

perginya seorang ayah utk selamanya... 20 Mac 2012




AYAH terbaik yang pernah saya ada adalah dia. masih ingat lagi segala kebaikan, kasih sayang dia curah mmg tak berbelah bagi. saya teringat bila saya balik kampung dulu masa dia tgh gagah, saya nak mandi, masuk2 nampak katak, saya punya menjerit mcm nak terbalik satu kampung, dia dtg dgn selamba amik kata tu nak buang, lepas tu dia usahakan supaya tutup semua lubang2 yg ada dlm bilik mandi agar katak tak blh masuk lg dlm bilik mandi. :)

Teringat masa saya duduk kat kampung hampir 3 minggu dia bawak saya ronda hampir setiap ptg, tunjuk saya jalan2 kampung sebab saya tak pernah ada kampung. bila saya nak pergi kedai beli apa2 dia akan start kereta dan bawak saya pergi kedai, dia akan ikut saya utk temankan saya...

teringat juga ayat dia dulu kalau suami buat apa2 pada saya, saya jgn lari pergi mana2 tp balik rumah dia dan dia akan ajar cukup2 suami saya tu. ( pdhal suami tu adalah anak kandung dia) saya cuma menantu.

teringat juga dia yg ajar saya makan mini chakoi dan sata... bila dia tahu saya suka makan benda tu, setiap kali dia blk dr mana2 mesti dia akan belikan makanan tu utk saya.

Kini itu semua hanya tinggal kenangan, dia pergi tak akan kembali... AL-FATIHAH buat ayahanda tersayang HAMZAH bin SAMAT (1932-2012)

Thursday, March 15, 2012

Utusan Malaysia Online - Keluarga

Utusan Malaysia Online - Keluarga



TIDAK terdapat istilah yang boleh dirujuk untuk menggambarkan maksud perkataan gay. Perkataan terhampir ialah liwat dan perihal perlakuan hubungan sejenis menerusi dubur.
Bukan satu rahsia lagi, isu homoseksual hari ini semakin menjadi fenomena sosial di negara ini.
Gejala ini bertentangan dengan tata susila dan adat resam masyarakat Melayu dan yang lebih berat ia merupakan perbuatan keji, terkutuk dan dilaknat Islam.
Menurut Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh, gay berlaku disebabkan masalah didikan, layanan ibu bapa terhadap anak-anak semasa kecil, pengaruh rakan sebaya dan persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina.
Menurut kajian, kurangnya kasih sayang seorang ibu atau ayah sejak kecil atau golongan itu tidak mendapat kasih sayang daripada seorang lelaki atau wanita yang mana apabila besar cenderung berubah menjadi gay atau lesbian.
''Komuniti seperti ini akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya. Di sini mereka diterima dan diperlakukan seadilnya serta berkongsi sama pengalaman antara satu sama lain.
''Gay juga dipengaruhi oleh persekitaran sama ada melalui rakan atau ahli keluarga dan sebagainya.
''Golongan ini mungkin mengalami masalah dengan kaum berlainan. Sebagai contoh mungkin menghadapi kesukaran memikat perempuan atau perempuan pernah menipunya atau pernah menyaksikan banyak kes cerai termasuk yang melibatkan keluarga terdekat sehingga tertanam dalam fikiran yang perempuan itu teruk.
"Atau mereka pernah berdepan dengan apa-apa masalah penderaan atau seksual atau di saat mereka memerlukan seseorang, tidak pernah ada perempuan yang hadir kebiasaannya lelaki dan juga sebaliknya," kata Hushim.
Gejala ini jelasnya, juga kemungkinan bermula di sekolah berasrama, institusi pengajian tinggi, kem-kem tentera dan kemudian terus diamalkan setelah bekerja.
Katanya, kurangnya didikan agama dan kurang penghayatan persekitaran seperti bersekolah di sekolah untuk lelaki sahaja, masuk penjara dalam tempoh yang lama hanya ada satu kaum sahaja di dalamnya juga menjadi penyebab terhadap kes-kes gay.
Secara luaran katanya, agak sukar untuk mengenal pasti lelaki gay, keadaan ini berlaku kerana penampilan mereka seperti lelaki hetroseksual yang menyembunyikan identiti seksual homoseksual daripada pengetahuan keluarga dan mereka yang lain.
Tindakan itu katanya, dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya konflik keluarga serta menghindar daripada penghinaan fizikal atau psikologikal di kalangan masyarakat. Perkahwinan di kalangan mereka pula dijadikan sebagai alat untuk mengaburi pandangan masyarakat.
''Mereka yang terjebak haruslah kembali ke pangkal jalan dan sentiasa meminta pertolongan dan rahmat Allah agar dibukakan pintu hati untuk menuju ke jalan yang benar.
''Perlakuan sumbang ini wajar dibendung malah mereka perlu dibimbing dan yang mengalami masalah kesihatan dari segi kejiwaan perlu dirawat dipulihkan dengan menggunakan pendekatan kerohanian dan psikoterapi.
''Pendidikan akhlak dan ilmu agama perlu dipertingkatkan supaya golongan ini tidak terus terjerumus dalam kancah keruntuhan moral dan kepada mereka yang menghadapi masalah tekanan perasaan jangan malu untuk meluahkan kepada individu yang dipercayai dan dapatkan bimbingan kaunseling daripada kaunselor yang bertauliah," katanya.
Menurut Hushim, disebabkan gay adalah pilihan dan tiada genetik gay, jadi seseorang itu boleh diubah tetapi bergantung kepada dirinya sendiri.
Antara pilihan katanya, menghadiri sesi terapi kelas agama dan sebagainya. Sokongan orang sekeliling penting supaya golongan ini tidak kembali ke kancah itu.
Bukan semua lelaki lembut gay
Namun Hushim menegaskan, lelaki lembut berbeza dengan gay. Tidak semua lelaki lembut adalah gay kerana ada lelaki lembut berjiwa lelaki dan bernafsu lelaki.
''Susah untuk mengenal personaliti gay kerana mereka bergaya sasa. Sekiranya ramai golongan seperti ini rosak jati diri dan rosak masyarakat.
''Orang macam ini sekiranya sudah bertekad untuk meninggalkan perangai terkutuk itu perlu belajar mengawal diri dan perasaan serta dekatkan diri dengan Tuhan.
''Mereka tidak boleh bersendirian. Kita insan yang normal perlu menarik mereka ke pangkal jalan dan jangan biarkan mereka terus hanyut," katanya yang telah berjaya menarik dua orang gay ke pangkal jalan setakat tiga tahun lalu.
Kesan terhadap masyarakat
Keruntuhan moral dan tamadun memusnahkan kekuatan moral masyarakatPenekanan diberikan kepada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual luar tabii yang dipercayai aktiviti sedemikian mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat.
Mencerminkan kemunduran masyarakat
Apabila masyarakat terlalu terbuka segala perbuatan yang diluar tabii manusia akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat.
Pembunuh institusi kekeluargaan
Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. ini mengurangkan populasi natural dalam masyarakat.
Penyakit sosial
Golongan itu dipertangungjawabkan terhadap gejala kurang sihat seperti AIDS dan STD (penyakit kelamin). walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor utama tetapi golongan ini sering dijadikan penyebab utama. - ROSMAH DAIN

Wednesday, March 14, 2012

saya belajar kerana saya minat

ada yang bertanya kenapa saya belajar sedangkan saya sudah ada segala galanya tanpa perlu saya susah payah mahu bekerja. saya tersenyum mendengar soalan yang diajukan. jawapan saya cukup mudah, saya minat dan saya ada cita cita. cita cita saya mahu menjadi pendidik pada anak bangsa saya sendiri, saya mahu jadi seorang pensyarah, yang mana jika saya mahu menjadi seorang pensyarah, saya tak boleh memohon hanya berbekalkan harta kekayaan yang saya dan suami miliki tetapi saya harus memberikan sijil akademik sehingga keperingkat yang tertinggi untuk memohon jawatan tersebut.

saya juga sentiasa sedar yang harta setinggi langit sekali pun jika kita tidak berusaha untuk menambah kecuali mengurangkannya ianya akan habis licin bila tiba saatnya. memang benar hidup ini kerana Allah, tetapi kita kena berusaha supaya kita tidak hidup merempat dibumi Allah yang luas ini. kita kena cari kesenangan dan kebahagian tetapi wajib berlandaskan sebagai seorang Islam.

makanya belajarlah kita sehingga hujung usia kita kerana belajar itu adalah yang dituntut oleh agama, kita belajar untuk perbaiki diri di samping kita boleh membantu orang orang yang memerlukan, usah belajar kerana mahu membangga diri kerana akhirnya ianya tidak akan kemana mana. belajar kerana Allah demi memartabatkan hidup kita didunia dan di akhirat...

salam sayang
Farina Abdullah