Saya kenal dia sejak kecik lagi,
Sejak zaman sekolah, dia sentiasa riang, ketawa
Seolah2 dia takda masalah. Tapi jauh jika dilihat
Kedalam anak matanya seolah menyimpan
Sesuatu yang perit. Saya tahu dia bukan jenis
Bercerita jika dia bermasalah atau bersedih hati.
Dia lebih suka diam dan sorokkan apa rasa hatinya,
Namun jika dia gembira, satu dunia akan tahu.
Dia sembunyikan segala duka hatinya dgn gelak tawa
Dan gurau sendanya. Pernah ditanya kenapa
Tak cari seseorang yang dia percaya utk dia luahkan
Segala kedukaan hati atau kesedihan hatinya?
Dia jawab dia x percaya sapa2 pun kecuali Allah.
Paling kuat jika sudah tidak mampu ditahan
Rasa perit dihati, dia akan mengalirkan air matanya,
Itulah ubat dia melepaskan segala apa yg terbuku
Dihati. Kdg2 saya sendiri tak faham melihat dia,
Sekali2 tgk dia mcm gila2 tp kdg2 dia terlalu
Sensitif, mudah menanggis. Mungkin itu cara dia
Lepaskan perasaan.
Pernah saya cuba korek rahsia hatinya bila tgk dia tiba2
Menangis tp dia berkeras utk tidak bercerita. Ceritanya
Hanya yg gembira sahaja saya akan tahu, kalau yg
Sebaliknya memang tak pernah.
Itulah dia yg saya kenal sejak kecik.
"INI ADALAH DUNIA SAYA. SAYA TENANG BERCERITA DAN MENCORET DI SINI. SAYA MENULIS TENTANG KEHIDUPAN YANG SAYA LALUI ATAU APA YANG TERLIHAT OLEH MATA SAYA"
Saturday, August 3, 2013
Thursday, July 18, 2013
AL-FATIHAH BUAT NENEK
Hampir seminggu berlalu...
13 Julai 2013 bersamaan 4 Ramadhan 1434
Nenek tersayang pergi meninggalkan saya untuk selamanya.
Nenek yang menjaga saya sejak bayi,
Nenek yang sering memanjakan saya walau saya hanyalah cucu angkat dalam keluarganya.
Nenek yang sering mengingatkan pada kesemua 13 orang anaknya supaya jangan sekali2 menganggap saya adalah anak angkat kerana saya sudah tidak punya mak ayah kecuali keluarga nenek.
Nenek yang akan memasakkan bubur nasi letak daun pandan tatkala saya demam,
Nenek yang akan rungsing bila saya tidak sihat,
Nenek yang akan masakkan apa saja yang saya cakap saya nak makan,
Nenek yang akan berpeluh2 menguli tepung roti canai bila saya cakap rindu nak makan roti canai yang nenek buat,
Nenek yang akan bebel2 bila tengok saya menyanyi2 kat dapur,
Nenek yang akan terjerit2 bila tengok saya duduk terkangkang2 atas pokok rambutan macam jantan,
Nenek yang akan bising2 bila saya sampai rumah lambat dari waktu yang ditetapkan iaitu sebelum maghrib,
Nenek yang akan hulurkan duit bila dia tahu cucu dia dah pokai,
Nenek yang akan bising bila saya kejar kucing kesayangan dia keliling rumah,
Nenek yang akan potpet2 bila saya tak lipat kain baju,
Nenek yang akan bebel2 bila seluar kecik dan baju kecik saya pun dia yang kena basuh,
Nenek yang akan marah2 bila tempat tidur pun dia yang kena kemas,
Nenek yang akan cubit saya masa tengah tidur sebab kaki saya dah sampai atas muka dia,
Nenek yang akan tarik baju saya bila dia tengok baju saya terlalu seksi
DAN
Nenek yang akan buat apa saja demi mendidik cucunya ini menjadi manusia yang tahu bawak diri dan tidak memalukan dia dan keluargaa.
Jumaat lepas, pada jam2 sebegini yakni sewaktu orang sedang bersolat Jumaat, nenek sudah nazak, saya berikan air zam2 dan ajarkan nenek mengucap. Dan keesokan harinya iaitu Sabtu 4 Ramadhan, nenek menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2 petang. Saya redha dengan apa yang Allah tetapkan.
Saya mahu berikan nenek khidmat terakhir dengan ikut serta memandikan jenazah nenek, namun ada beberapa makhluk perosak yang cuba memalukan saya dengan menghalau saya dari bilik mandi mayat kerana katanya saya bukan waris jenazah dan dia tak mahu nanti ada apa2 jadi dikemudian hari, katanya nanti bimbang saya akan bercerita yang bukan2 ttg jenazah nenek saya sedangkan nenek saya itu bukan ada sakit apa2 yang pelik2, nenek saya meninggal sebab sakit tua. jadi apa yang mahu diceritakan diaibkan? kerana depan jenazah, saya cuma mampu diam dan menangis dengan sikap lelaki yang berkopiah, berjanggut tetapi bercakap dan bertindak tak sepadan dgn kopiah dan janggut yang dia ada. kamu sendiri pun sewaktu nenek sakit tak pernah sekali datang melawat sedangkan nenek itu adalah mak mertua kamu tapi bercakap macam hebat agama.
Namun saya teruskan berdiam diri dengan hinaan dan tuduhan yang dilakukan kerana saya mendapat keizinan dari anak2 kandung nenek saya sendiri untuk sama2 memandikan jenazah nenek. sehingga selesai nenek dikapankan saya ikut serta, saya sapukan bedak dan berbisik ke telinga nenek, saya katakan "Rina dah pakaikan nenek bedak sama mcm yg selalu nenek pakai tu, nenek dah wangi, nenek pergi jumpa Allah dulu dan Rina akan menyusul nenek kemudian". saya cium nenek sepuas hati dan saya redha Allah ambil nenek saya.
Kini hampir seminggu nenek pergi, saya masih rasa dan ingat yang nenek masih ada, sekali2 terasa tubir mata panas tapi saya cuba jadi kuat. Teringat kembali segala gurauan saya dengan nenek, 5 6 minggu lepas masa dia masih boleh bercakap dan mendengar saya bergurau dgn dia, saya cakap nenek cantik lagi, minggu depan ada orang datang nak masuk pinang nenek, sekali nenek cakap " nonok kau! aku dah tua2 nie ada org nak dtg masuk minang aku" hahahaaa... seronoknya dapat menyakat nenek.
Teringat dulu dia sgt suka makan coklat van hautten atau cardburry yg ada kacang badam tu, tp dia x makan kacang tu, dia hisap2 coklat tu dan kacang tu dia letak dlm bekas, saya nie hari2 amik kacang tu dan makan tanpa tahu dari mana datangnya kacang tu sampailah satu hari tu saya nampak rupanya nenek hisap2 coklat tu dan kacang badam tu dia letak dlm bekas kacang yg selalu saya makan tu. bila saya cakap dgn nenek yang nenek nie pengotor dia cakap "dah habis sebalang kau makan kacang tu, baru kau nak rasa kotor" hahahhaaa...
Saya rindukan nenek dan dialah nenek terbaik yang saya ada. walau saya cumalah cucu angkat dia, tapi dia jaga saya dengan penuh kasih sayang, saya membesar dalam keluarga nenek dan keluarga neneklah segala2nya bagi saya.
AL-FATIHAH BUAT NENEK CHE SHOM BINTI NYONYA
13 JULAI 2013

Tuesday, April 16, 2013
ISTERI YANG MENJAWAT JAWATAN "SURI RUMAH TANGGA" ITU ADALAH SEORANG PEKERJA...
Berikut soal jawab antara seorang suami (S) dan Psikolog (P)..
P : Apakah pekerjaan En. Helmi?
S : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
P : Isteri Encik ?
S : Dia tidak bekerja. Hanya Suri rumah tangga saja.
P : Tiap-tiap pagi siapa yang menyediakan sarapan?
S : Isteri saya menyediakan sebab dia tidak bekerja.
P : Jam berapa isteri bangun untuk sediakan sarapan ??
S : Jam 4 pagi dia bangun karena sebelum membuat sarapan dia kemas rumah dulu..
P : Anak-anak En. Helmi ke sekolah bagaimana??
S : Isteri saya yang mengantar sebab dia tidak bekerja.
P : Selepas mengantar anak-anak, apa yang isteri Encik lakukan ?
S : Pergi ke pasar, kemudian kembali ke rumah untuk memasak dan mengemas rumah. Isteri kan tak bekerja.
P : Petang hari selepas En. Helmi pulang ke rumah, apa yang Encik lakukan?
S : Beristirahat, karena seharian saya letih bekerja.
P : Lalu apa yang istri Encik lakukan ?
S : Sediakan makanan, melayani anak, menyiapkan makan untuk saya dan mengemas sisa-sisa makanan dan bersih-bersih lalu menidurkan anak-anak.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja???
Rutin seharian istri anda bermula dari sewaktu pagi sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA??!!
Suri rumah tangga memang tidak memerlukan segulung ijazah, pangkat atau jabatan yang besar, tetapi peranan Suri rumah tangga sangatlah penting!
Hargailah seorang isteri. Karena bagaimanapun pengorbanannya tidak terkira. Ini merupakan renungan untuk kita semua untuk senantiasa saling memahami dan menghargai peran masing-masing. Karena adanya rasa "SALING MENGHARGAI " maka semua akan bahagia.
p/s: entry ini saya dapat dari satu sumber yang saya lupa apa linknya...
Tuesday, April 9, 2013
Resepi Ketupat Sotong Cara SAYA
semalam kimi minta mama buat ketupat sotong, ari nie baru mama rajin dan skrg ketupat sotong sudah ada dalam periuk... ramai juga yang bertanya resepi semalamkan... jadi saya bg kat sini saja ya... ini resepi ikut cara saya, ikut suka suki hati saya sendiri... hehehe :)
benda paling penting kena ada mestilah SOTONG dan BERAS PULUT.
ok SOTONG tu saya bersihkan mcm biasa, BERAS PULUT saya kukus separuh masak.
lepas tu saya sumbatkan BERAS PULUT dalam SOTONG dan saya amik kepalo sotong tu dan cantumkan balik dgn badan dia dan saya lekatkan kepala sotong tu dengan badan sotong guna lidi cungkil gigi tu. tapi sumbatkan beras pulut tu jgn over sgt, agak2 jer lah... sbb nnt masa masak sotong tu beras pulut tu akan mengembang, kalau kita isi banyak sgt, nnt meletup pulak sotong tu abis keluar semua beras pulut tu...kesian sotong tu... hehehe...
ok setel dah bab sumbat sotong dgn beras pulut skrg nak buat kuah dia pulak... kuah dia senang jer...
amik periuk agak2 blh muat sotong tu, masukkan santan cair agak2 blh tenggelam sotong, ketuk halia skit, ketuk serai ikut suka nak letak berapa banyak, pastu letak semua benda2 tu dlm periuk sekali dengan sotong tu dan biarkan dia mendidih, pastu letak GULA MELAKA, ingat tau, GULA MELAKA! bukan gula merah...letak ler berapa banyak nak letak pun... saya tadi letak 4 ketul gula melaka yang tebal dlm 2 inci tu sebab sotong saya adalah dalam 20 ekor. pastu biarkan dia mendidih mengelegak dalam periuk, kita kena jaga api jer, biar dia mendidih betul2 mendidih agak2 mcm sotong dgn pulut tu dah cukup masak, baru letak santan pekat... tu pun ikut suka lah nak letak byk mana...tp saya letak santan pekat dalam dua mug besar jer, pastu tunggu ler sampai dia jd pekat sepekat2nya... kalau suka ada kuah skit, tak perlu lah nak tunggu sampai pekat...
pastu dah siap ler tu... mmg rasa dia manis sbb nie kan makanan kelantan, kalau tak manis bukan orang kelantan namanya! kihkihkih...
so harap2 resepi suka suki saya nie dapat membantu mereka2 yang nak mencuba buat ketupat sotong ini...
cara makan??? ntah ler, saya makan masuk mulut kunyah2 dan telan! hikhikhik... tapi sbb saya tak suka manis2 sgt nie, jadi saya makan ketupat sotong nie saya cicah dgn thai sos... jd takda lah kembang tekak sangat makan benda manis ting2 tuh! hehehe...
okie semua... selamat mencuba dan kalau berjaya jgn lupa tag gambar kat saya tau :)
Wednesday, April 3, 2013
orang cina dan api neraka
lama tak menulis disini sedangkan banyak cerita nak cerita, tapi selalu lupa tentang blog sebab dah ada FB dan selalu jer bercerita di FB... kesian Blog semakin dilupakan oleh saya... maaf deh! malam nie saya tulis dan bercerita utk kamu baca ya... jangan nangis2 dan bersedih lagi ok:)
ari nie xde lah cerita menarik sangat pun cuma bagi saya blh lah utk saya kongsi dengan kawan2 semua, tu pun kalau sudi membaca...hehhee tadi saya jalan2 pergi Mines, saja2 jalan2 cari gadjet, dan ronda2 tgk gelagat manusia ( hobi baru sejak setahun dua nie) pastu saya naik lah kat bahagian yg jual hp dan gadjet2 canggih nie, sajalah saya cari hp, tukar bb buruk saya kepada yang lebih baru. seperti biasa yg jual benda2 mcm tu kat mines tu adalah cina, so slang saya pun bertukar menjadi cina. hikhikhik...
so berkenanlah pada satu tawaran tu, puas tawar menawar sampai pening budak cina tu layan saya nak beli barang akhirnya kata putus diputuskan, so saya setuju membeli dan dia pun setuju menjual... sambil budak cina tu dok buat hp saya, saya tanya dia mcm2, adakah ori atau tipu, adakah ada warranty, berapa lama warranty, biasa apa masaalah akan timbul dan mcm2 lagi saya tanya. sampai saya cakap kat budak tu kalau saya tahu dia tipu siap dia saya ajar!
budak tu pun bersungguh2 yakinkan saya yang dia nak meniaga lama, dia xkan menipu. saya cakap ok lah kalau u ckp nak meniaga lama dan tak akan menipu... sambil dia dok godek2 hp saya tu saya bebel2 lg kat dia, saya ingatkan dia banyak kali jgn sekali2 tipu saya, sudahnya dia pun tersebut... "kakak, saya tak mahu tipu olang maaa... saya takut mati nanti masuk api nelaka maaaa... kena api lokok pun sudah manyak sakit, mcm mana saya mahu tahamn nelaka punya api"
hahahaa... saya gelak besar dengar dia cakap pasal api neraka, orang cina pun tahu betapa azabnya api neraka. saya tanya dia lagi orang cina pun takut api neraka meh? dia ckp mesti percaya maaaa... saya sekolah dulu selalu dgr islam punya cikgu ajar dalam kelas agama maaaa... saya gelak lagi... kemudian saya tanya lagi, u orang kalau masa hidup buat jahat nanti mati apa jadi? dia cakap kena masuk api nelaka juga lorr...
saya cuma diam tak mahu ulas lagi sebab saya pun tidak mahir nak ulas kepercayaan dan pegangan agama bangsa lain, cuma saya yakin semua agama tidak pernah menyeru penganutnya melakukan kejahatan... agama itukan adalah untuk mendisplinkan masyarakat, cuma sebagai muslim saya berdoa supaya anak cina itu terbuka hati untuk menukar agamanya kepada agama yang lebih agung yakni ISLAM...
salam sayang, nfa

Thursday, February 21, 2013
BILA ALLAH MENGINGINKAN SESUATU
KISAH YANG SAYA COPY DARI FACEBOOK SAYA.
saya ada ramai kawan2 yang terpesong identitinya, senang cerita "pondan". walau mereka sering dihina selalu dikeji dan kerap dicaci tapi mereka biasanya tabah. saya sendiri memang tak ada masalah utk berkawan dan bergaul dgn mereka, walau kadang2 ada yg gayanya, kulitnya, solekannya kalah saya yg tulen nie tp bg saya itulah dugaan buat diri mereka dan juga keluarga mereka, Allah menduga mak ayah mereka dengan mengurniakan mereka anak yang lari jantinanya. pernah satu ketika dulu saya jalan2 di uptown dan tIba2 seseorang menegur saya, bila saya toleh saya tgk seorang wanita yg sangat cantik bertudung manis, dia salam saya dan spontan dia peluk saya laga2 pipi, masa tu saya tak rasa janggal lagi, lepas borak skit lebih kurang saya pun teruskan berjalan2 dan suami tanya siapa budak perempuan tadi? saya jawab namanya Mimi, kami sekolej dan mulut saya lancar jer cerita kat suami yg Mimi tu adalah pondan tanpa rasa apa2 yg salah sampailah suami tanya, kalau dah tahu dia lelaki kenapa saya blh laga2 pipi dengan dia? masa tu barulahs aya sedar yg saya dgn dia haram bersentuhan! tp mmg kalau kita tgk dia, x akan ada siapa yg tahu dia adalah lelaki sbb gayanya mmg sebijik perempuan tulen! suami agak marah juga masa tu sbb saya tak berhati2 tp saya nak buat mcm mana sbb itu semua spontan dan saya tak pernah ingat yg dia tu adalah lelaki. tapi kuasa Allah tak siapa tahu, baru2 nie saya tgk dia berubah, dia berubah kembali menjadi seorang lelaki dan saya terkejut yg amat sgt sbb tak sangka dia blh berubah menjadi seprti mana yang Allah lahirkan dia sebagai seorang lelaki. rasa nak menitik air mata saya sbb saya tak sangka dia mampu berubah. Besarnya kuasa Allah, jika itu yang dimahukan sekelip mata sahaja blh terjadi. Makanya kalau kita jenis suka memandang hina pada pondan2 atau mak nyah2 nie bawak2lah ingat kuasa Allah, apa hak kita utk menghina melainkan kita hanya mampu berdoa dan membantu mereka supaya keluar dari dunia mereka yang songsang itu...mereka itu semua adalah manusia yg sama mcm kita Cuma dugaan yg Allah berikan buat mereka bukan calang2 dugaan. Kita sendiri belum tentu mampu utk menghadapinya...Buat insan itu, akak tahu awak blh baca apa akak tulis. Akak sgt kagum dgn awak sbb bukan mudah awak nak jalani dugaan sebesar ini. Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa akak utk lihat awak menjadi lelaki sejati...
Wednesday, October 10, 2012
Tips KEKAL langsing
hi semua,
okie staight to the point, saya mmg suka bergaya, melawa dan semua yg berkaitan dgn yg cantik2 nie semua saya suka lah, dan saya yakin perempuan2 yg sedang membaca entry ini pun suka pd kecantikan kan? begitu juga kaum lelaki, pasti akan suka kalau dpt melihat kecantikan wanita kan? LUMRAH tu....
ok, saya susah nak cakap mcm mana tp secara ringkasnya saya nak cerita yg saya ada sorang anak manusia umur 9 tahun dan 5 ekor anak kucing. tapi kalau org tanya saya anak ada berapa saya akan kata ada 6! hehehee...jgn pelik kenapa nampak saya mcm muda lagi tp anak dah besar, dipendekkan cerita, saya kawin masa orang tgh nak tunggu result SPM. setahun lepas tu ngandung. gatal kan??? hehehee... sebenarnya itulah namanya JODOH. rezeki saya dapat kawin awal, cuma rezeki nak ada anak ramai tu masih belum diberikan oleh ALLAH. bukan merancang tapi belum ada rezeki.
okie ceritanya adalah org selalu tanya saya apa saya makan, apa saya buat, apa saya pakai sbb badan saya masih maintain masih langsing dan masih kelihatan menarik bila berkebaya dan saya masih nampak macam anak dara. jujurnya saya seronok sebab bukan semua orang mampu nak maintainkan badan macam anak darakan? lagi2 bila dah kawin dan ada anak.
kalau orang yg ada duit mungkin anggap nie semua tak perlu, tp mcm orang yg kurang mampu mcm saya mmg kena ada cara alternatifnya :)
rahsia saya??? takda rahsia khusus, cuma sejak dari zaman anak dara saya mmg tak makan atau minum benda2 sejuk dan berair, mcm tembikai, timun, buah lai, dan apa2 saja lah yang saya tahu ianya sejuk dan berair kerana ianya tak sesuai utk org perempuan khasnya yang dah kawin dan sudah ada anak. saya juga tak minum segala air gas, kopi susu, teh susu atau apa saja yg berkafein. sebab apa? kafein nie bahaya juga kalau dah melekat dlm perut kita, kalau perut kita jenis susah nak dibersihkan, sisa2 kafien itu akan terus melekat di dinding perut kita. lama2 akan terhasillah "spare tyre".. tak caya??? cuba tgk teko yg kita selalu buat kopi atau teh susu, pasti ada kesan yang sukar nak ditanggalkan... melekat! so saya mmg tak makan atau minum sgt benda2 tu, kalau terpaksa pun minum ler skit. tapi amat JARANG sekali! so masaalah perut saya ada spare tyre setel!
bab peha nie agak payah skit, org yg dah bersalin tak dinafikan peha agak membesarkan sedikit dr biasa. saya tak pernah tahu apa sebabnya. ( belum nak amik tahu lagi) tapi cara saya mudah jer, saya beli basikal bodoh dan kayuh basikal tu hari2, tak perlu lama, 15-20 minit sehari dah memadai.( kalau xde basikal tu gantikan dgn cara lain spt cth jogging atau turun naik tangga ) InsyaAllah kalau dah hari2 peha dan kaki kita tu bergerak sebab kayuh basikal bodoh tu, pasti ada hasilnya. kalau nak cepat lagi kesan dia mengecil, pergi cari kat kedai losyen2 yg utk pecahkan lemak tu dan sapu. tapi kalau saya yg rajin ini saya ada tips sendiri.. sgt mudah! caranya :
AMIK KAPUR MAKAN DALAM 3 4 SUDU CAMPUR MINYAK KAYU PUTIH DLAM 5 6 SUDU PERAHAN LIMAU NIPIS DALAM 5 6 BIJI
campurkan semua tu dan kacau sampai sebati dan sapu badan bahagian peha atau mana2 bahagian yg mahu dikecilkan itu, kemudian amik plastik yg orang buat tutup makanan tu, dan bungkus peha atau bahagian yg kita dah sapu bancuhan td dalam 30 minit atau 45 minit. ( mmg akan rasa pijau dan panas tp kena banyak2 bersabar utk cantik ). so masaalah peha besar mmg akan setel. InsyaAllah dan kena kuat semangat dan SABAR.
mudahkan??? dan utk yg dok makan mcm2 pil mcm2 produk utk kurus cuba buat testimoni yg paling jujur utk diri sendiri, bila anda berisi anda makan produk utk kurus sedangkan benda tu akan fokus mengecilkan semua bahagian yg mana sepatutnya bahagian2 itu harus dikekalkan supaya body kita cantik dan nampak cantik bila berkebaya. jgn sampai anda cuma nak kecikkan lengan tp anda makan ubat kurus yg mana dia mengecilkan bukan setakat lengan tp pipi, punggung, dada dan peha sehingga tubuh badan anda smeua jd xde isi dan body anda akan jadi bukan langsing yang terbentuk cantik, tp jd sekeping mcm papan playwood dan bila pakai kebaya hanya nampak sekeping! cantikkah begitu?
makanya cuba fokus mana yg mahu dikecilkan atau dikuruskan dan mana yg mahu dikekalkan supaya badan kita mempunyai bentuk yang diidamkan... mmg bukan mudah tp kena kuat semangat dan sabar.
okie selamat mencuba semua :)
salam sayang NFA

Subscribe to:
Posts (Atom)