Thursday, November 21, 2013

BUDAK ITU PART 7

-BUDAK ITU PART 7-
SAYA mendekati amoi yang sedang tekun membaca buku, sekali2 saya melihat dia seperti menandakan sesuatu dibuku yang dibacanya, mungkin bahagian2 penting. Lama saya diam duduk di tepi tembok memerhatikan dia, tiba2 berhenti satu motor membeli kuih, dia tutup buku dan melayan orang yang nak beli kuih. Kemudian dia sambung baca buku lagi, bila ada orang datang nak beli kuih, dia berhenti dan begitulah dia sehingga saya nampak dia sudah tidak membaca lagi. Mungkin penat, mungkin bosan, mungkin dah tak masuk dalam kepala apa yang di baca kerana tidak boleh fokus bila kejap2 orang datang membeli, kejap2 bas lalu, kejap2 orang datang beli. Bila saya tgk dia sudah duduk termenung saya mendekati dia.

Awak bawak buku banyak hari nie kenapa? Ada periksa ker? Dia angguk dan cakap esok UPSR bermula dan esok periksa untuk subjek Bahasa Melayu. Owh… jadi amoi dah baca buku ker? Dia jawab dia nak baca buku tapi tak boleh nak baca sebab kejap2 kena layan orang yang datang nak beli kuih, kejap2 bas lalu bunyi bising dan dia rasa terganggu. Kenapa tak tutup jer kedai? Kan periksa lebih penting? Dia jawab “kalau tutup kedai nanti xde duit, duit tak cukup nak bayar duit sewa rumah, nak buat beli barang dapur, lagipun dia kata abah dia cakap dia amik periksa atau tak sama jer hasilnya, bukan boleh dapat No 1 atau boleh dapat semua A pun. Jadi tak payah nak bazir masa, nak rugi tutup2 kedai sebab nak baca buku nak periksa. Saya yang dengar hanya diam sebab saya tahu abah amoi pernah cakap tentang hal itu. “ayah amoi tak kerja ker?” dia hanya menggeleng.

Seminggu berlalu, UPSR pun tamat dan rutin amoi masih seperti biasa, Cuma ada sekali saya nampak dia bermain2 di taman dengan kawan2nya dan semua kawan2nya adalah budak cina. Seronok juga tengok dia bermain, sekejap berkejaran, sekejap naik buai dan sekali2 terdengar suara mereka menjerit keriangan. Jarang saya tengok budak itu bergelak ketawa begitu. Saya sendiri yang rasa bahagia bila tengok dia seronok begitu. Tiba2 dia perasan saya sedang memerhatikan dia dan dia pun melambaikan tangannya pada saya, saya menggamit dia utk dtg dekat pada saya dan dia datang dekat pada saya, saya tanya dia “hari nie tak jual kuih ker?” dia cakap jual. Kejap2 lagi. Saya pun tanya dia, dah tu yang kamu main kat sini nie tak tolong ibu kamu buat kuih ker? Dia jawab tolong tapi tadi ibu suruh dia pergi kedai beli tepung tapi dia singgah main kejap dengan kawan2. Saya tengok mukanya saya senyum dan tanya amoi tak takut kena marah dgn ibu ker sebab singgah bermain mcm nie? Dia diam dan tiba2 dia nampak ada satu motor melalui padang permainan, sepantas kilat saya tengok mukanya pucat, dia cepat2 lari pergi kedai dan saya nampak dia keluar berlari dari kedai dengan tepung kat tangan.

Bila petang saya tengok kedai buka macam biasa, amoi masih jual kuih macam biasa dan dia layan orang masih macam biasa. Petahnya dia bercakap kadang2 menghiburkan, bila nyonya tua tu datang dia tetap hulurkan kuih dan borak2 dgn nyonya tu. Cuma bila dia duduk sorang2 saya nampak dia seolah2 termenung dan sekali2 saya nampak dia selak lengan baju dia, dia angkat kaki seluar dia seolah2 melihat sesuatu di betisnya, sekali2 dia tunduk menyelak bajunya dan melihat perutnya. Apa yang dia tengok?

#InsyaAllah bersambung di part 8#

Wednesday, November 20, 2013

BUDAK ITU PART 6

-BUDAK ITU PART 6-

"SAYA" melihat amoi yang senyum2 bila saya tanya takpa ker bagi nyonya tu kuih? nanti  kalau duit tak cukup mcm mana? dia jawab "xpe kak, satu hari saya blh makan 5 kuih, jadi saya baru makan satu jer, ada lagi 4 kuih saya boleh makan, jadi saya bagilah kuih tu pada ah soo tu, kesian dia, dia lapar dari pagi dia tak makan dia cakap. anak dia tak bagi makan tak bagi minum. saya yang mendengar jawapan budak tu terdetik dalam hati, baiknya hati dia dan setiap kali saya bertanya dia mesti ada jawapan yang bernas.

esok petang seperti biasa saya nampak budak tu dok melayan nyonya tua tu lagi, kali nie saya nampak dia seperti memberikan bungkusan nasi pada nyonya tu, bila saya datang dekat saya tgk nyonya tu tgh makan mee, saya tanya mana dapat mee tu? budak tu cakap, dia dapat dari mak kawan cina dia tu, saya hanya diam, tiba2 saya tgk luka kat kaki nyonya tu dah berbalut dgn tisu dan dilekat dgn pelakat orang buat balut hadiah tu. saya tanya siapa yang balutkan luka nyonya tu? amoi cakap dia yang balutkan, dia  kesian tgk kaki ah soo tu sakit takde ubat. bila saya tanya balut tu letak ubat tak? dia  jawab "letak, saya bawak minyak gamat dari rumah dan sapu minyak gamat dulu kat luka tu dan lepas tu baru balut dgn tisu, saya balut tu sebab tak nak luka tu kena hurung dgn lalat"   bijak juga budak amoi nie, susah payah dia bawak minyak gamat dari rumah dan tolong nyonya tu balutkan luka kaki dia.


sejak kemunculan nyonya tua tu saya tgk budak tu semakin gembira, tiap petang nyonya tu akan datang kedai dia dan budak tu mesti bagi nyonya tu kuih dan setiap kali nyonya tu dapat kuih dr budak tu nyonya tu akan tertunduk2 seolah2 mengucapkan terima kasih. ada waktunya saya tengok budak tu bawak dua botol air yang mana satu untuk dia minum dan satu lagi utk diberikan pada nyonya tu. ada satu ketika saya nampak dia dok peluk2 nyonya tu dan amik tisu seolah2 lap air mata nyonya tu. ntah hapalah agaknya yang nyonya tu ceritakan pada budak tu kan? hanya dia dan nyonya tu saja yang tahu. kadang2 saya tertanya2, dia tak rasa geli ker peluk nyonya tua tu? nyonya tu agak comot dan sekali2 bila saya dekat dgn nyonya tu memang ada bau yang kurang menyenangkan, tapi budak tu seperti tak bau apa2.

masa bersilih ganti tiba2 saya sedar amoi sudah semakin besar, dia semakin comel dan lincah, rutinnya masih sama, setiap hari berjualan dan satu hari tu saya tgk ada satu hari yang rutinnya lain dari biasa, selepas selesai meletak kuih  jualan atas meja dia kembali ke rumah dan kembali ke keddai dengan beg sekolah yang dia sandang kat belakang badan. pelik juga saya, kenapa sampai dia bawak beg sekolah kat kedai jual kuih? ada banyak  kerja sekolah agaknya, tapi tiba2 seperti ada suara berbisik di telinga saya " sekarang kan musim UPSR", pantas saya teringat yang amoi sekarang  sudah darjah 6 dan dia mesti amik UPSR, jadi dia bawak buku tu sebab nak belajar untuk UPSR. tapi kenapa dia tetap jual  kuih jugak? kenapa tak cuti jer dulu sebab UPSR kan exam penting. dan selama nie saya tak pernah pulak tengok kedai dia tutup, maknanya walau dia ada exam penting tapi dia tetap menjalani kehidupan sama seperti hari2 lain, tiba2 saya teringat yang dia pernah kata abahnya pernah cakap yang  dia budak bodoh dan pergi sekolah sekadar buang masa.

benarkah amoi budak bodoh? dia bodoh atau dia tak di beri peluang sama mcm anak yang lain? atau apa?

#InsyaAllah akan bersambung dalan part ke 7, skrg nak pergi jumpa kimi pulak#

Tuesday, November 19, 2013

BUDAK ITU PART 5

-BUDAK ITU PART 5-

"SAYA" melihat amoi sampai ke blok rumah dia, saya tahu rumah amoi paling bawah, dan bila saya tengok amoi sampai lorong nak ke tangga dia berhenti dan mengangkat tong gas tu dengan susah payahnya. saya tahu tong gas itu berat dan bukan tenaga budak darja 4 dan perempuan utk mengangkat benda seberat itu, kalau suruh saya yang mengangkatnya pun belum tentu saya mampu. tiba2 saya nampak amoi golekkan tong gas ke bukit kecik yang betul2 sebelah rumah dia. owh maknanya amoi tidak memikul tong gas tu menggunakan tangga, dia hanya golekkan ikut bukit kecik tu dan bila tong gas tu sampai ke bawah dia pun turun gunakan tangga dan kembali mengolekkan tong gas untuk masuk dalam rumah. Bijak jugak dia tapi saya rasa itu bukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh anak perempuan sepertinya.

petang tu seperti biasa budak itu menjual kuih, cuma kali ini saya tengok anak cina yang selalu jadi kawan amoi sudah ikut sama2 berniaga tapi dia jual surat khabar, nampaknya amoi sudah ada kawan setiap kali dia berjualan. saya boleh tgk air muka amoi agak gembira, mungkin dia seronok kerana dia tidak lagi bersendirian menjual kuih. kadang2 saya tgk amoi tolong anak cina tu lipat2 kertas yang digunakan cina untuk upacara sembahyang mereka bila kedai dia tak ada pelanggan. dia buat benda tu dengan senang hati, kadang2 saya tgk dia gelak, dia menjerit2 seronok bila dia berjaya buat sama mcm anak cina tu buat, ada bentuk burung, bentuk kapal, bentuk mangkuk dan ntah hapa2 laagi ntah bentuk yang terhasil dari kertas cina sembahyang tu. amoi memang takda kawan melayu agaknya, dia lebih selesa berkawan dgn anak cina tu.


hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, budak itu tetap dengan rutin hariannya, menjual kuih di bawah payung tepi bus stop, pernah sekali2 saya berpeluang melihat dia bertungkus lumus selamatkan kuih jualan dia dari angin yang terlalu kuat, payungnya terbang, meja kuihnya terbalik, segala kuih2nya jatuh tercampak ke atas tanah yang sudah tentu kotor dan berdebu. dia cuba mengutip balik  kuih2 dia dan meniup2 kuih tu mungkin untuk hilangkan habuk yg melekat pada kuih2nya itu. kesian juga saya melihat dia dalam keadaan begitu. ada satu ketika saya melihat dia basah kuyup berjalan dalam hujan lebat semata2 nak selamatkan kuih2 dia dari terkena hujan, satu persatu bekas2 kuih jualannya dia bawak lari dan letak di atas tangga blok depan kedai dia berjualan, masa tu payungnya sudah tumbang dan terbang di tiup angin kencang. dalam kesejukan kerana basah kuyup demi menyelamatkan kuih2 jualannya, dia masih mampu tersenyum bila ada yang sanggup nak beli kuih jualannya walau dia sudah letakkan bekas2 kuihnya di atas tangga blok rumah orang. mungkin orang yang membeli tahu, amoi duduk di tangga dengan kuih2 jualannya kerana hujan lebat dan payung jualannya sudah terbang di tiup angin.

satu  hari saya balik kerja saya singgah dulu kedai amoi nak beli karipap, tiba2 saya nampak amoi sedang bercakap dengan satu nyonya tua, nyonya tu sgt tua, saya nampak amoi hulurkan kuih pada nyonya tu dan bila saya semakin dekat saya dpt lihat amoi sedang melihat sesuatu di kaki nyonya tua tu, bila saya ikut sama melihat, terkejut saya melihat kaki nyonya tu yang bernanah sebesar tapak tangan dan nyonya tu seolah2 mengigil sama ada sakit atau lapar. bila amoi nampak saya dia terus berdiri dan tanya adakah saya nak kuih mcm biasa? saya mengangguk dan amoi cepat jer bungkuskan karipap utk saya, bila saya bagi duit pada dia, saya tanya, kenapa dgn nyonya tu? dia beli kuih ker? kaki dia kenapa? amoi cuma cakap, kesian ah soo tu lapar, kaki dia jadi macam tu sebab anak menantu dia tekap dgn iron panas.


dah tu awak bagi dia kuih percuma? nanti kalau duit kurang macam mana?

#InsyaAllah akan bersambung di part 6#

BUDAK ITU PART 4

-BUDAK ITU PART 4-

'SAYA' balik rumah dengan satu perasaan ingin tahu kenapa budak itu menangis? dia kena marah ker atau apa? esoknya hari sabtu, saya tunggu dia keluar untuk berjualan seperti biasa. tepat pada masanya budak tu pun lalu, saya nampak dia, saya tegur "akak tolong awak bukak kedai hari ni boleh?" dia geleng kepala, dia kata jangan tolong dia nanti dia kena marah. dia dah biasa buat kerja sorang2. ok saya tak mahu terus memaksa dia sehingga mungkin akan membuatkan dia akan dimarahi. saya tunggu sampai dia siap untuk menjual dan bila tgk dia dah siap saya pun datang dekat dia dan duduk kat tepi batu bus stop. melihat dia melayan orang yang datang beli kuih buat saya tersenyum. kadang2 saya rasa orang beli kuih kat dia mungkin sebab dia kesian kat budak tu. baru darjah 4 tapi setiap hari terpaksa habiskan masa dengan menjual kuih.

kalau anak kecil yang sebayanya mungkin sedang seronok bermain bersama2 rakan sebaya atau sedang seronok menonton tv tapi dia tidak begitu. seolah2 zaman kanak2nya hanyalah membantu keluarganya berjualan. tapi walau pun begitu saya tak pernah nampak dia muram, dia sentiasa tersenyum, ramah dan mesra dengan semua orang yang datang untuk membeli kuih2nya. adakalanya orang cina yang datang membeli kuih dia tu selalu menyangka dia adalah anak cina sebab dia memang fasih berbahasa cina. mungkin kerana dia berkawan dengan anak cina maka anak cina tu mengajar dia berbahasa cina.

selepas saya tengok kedai dia semakin berkurang orang, saya datang dekat kat dia dan tanya dia, amoi memang hari2 jual kuih ker? takde cuti atau rehat? dia cakap takda, kalau cuti nanti takda duit. saya hanya diam tak tanya apa2 lagi. kemudian dia tanya saya "kenapa kakak selalu ada dekat2 sini? kenapa akak selalu tgk2 saya?" saya tersenyum dan cakap kat dia yang saya suka tgk dia dan saya jadi teringat kat adik saya yang sebaya dgn dia tapi adik saya tak macam dia, adik saya balik sekolah boleh rehat2 tdo, kalau cuti sekolah boleh keluar bermain2 atau tgk tv. dia hanya diam bila saya cakap macam tu. dia tahu ker apa makna main? aoa erti rehat? apa maksud tgk tv?
macam xde respon apa2 jer bila saya cakap mcm tu tadi.

tiba2 ada satu teksi berhenti depan kedai kuih dia dan saya lekas2 bangun menjauhkan diri dan beralih duduk di bangku bus stop. saya tgk pemandu teksi tu keluar dari teksi dia dan terus ke meja jualan budak tu, dia pun amik kuih karipap dan terus makan kat situ, saya tgk budak tu muka macam tak selesa dan macam takut2, saya nampak pemandu teksi tu macam bertanya pada budak tu tapi saya tak dpt dengar apa yang ditanya dan apa yang budak tu jawab. cuma saya dapat tengok budak tu tiba2 lap mata dia dengan hujung lengan baju. SAH budak tu menangis.

lepas pemandu teksi tu makan dan bayar harga kuih yang dia makan, budak tu pun terus duduk dan diam merenung ke arah jalan raya, saya nak datang dekat tapi saya rasa serba salah. cuma hati saya meronta2 nak tahu kenapa dia menangis tiba2? siapa lelaki yg bawak teksi tadi? abahnya yang dia takutkan itu kah? tapi kalau abah dia kenapa pulak abah dia makan kuih dan bayar?

perlahan2 saya pergi dekat meja jualan dia dan duduk kat kerusi sebelah dia. dia nampak saya datang dia senyum dan tanya kakak nak beli kuih ker? saya geleng kepala, saya cakap kakak nak tanya amoi sesuatu tapi amoi kena percayakan akak dan akak janji akak akan jadi kakak amoi, kakak suka sgt pada amoi. kakak anggap amoi macam adik akak sendiri. dia tgk jer muka saya dan dia tanya akak nak tanya apa? saya pun tanya dia kenapa tiba2 amoi nangis? dia cakap xde apa.. tiba2 mata dia masuk habuk dia cakap. saya pun pegang tangan dia dan cakap, kakak bukan budak kecik, akak tahu amoi menangis bukan mata masuk habuk. cuma amoi cerita pada kakak, siapa lelaki tu? abah amoi ker? dia geleng kepala. jadi siapa lelaki tu? dia kacau amoi ker? dia ada buat yang bukan2 pada amoi ker? dia tetap menggelengkan kepalanya.

lama dia diam tiba2 air mata dia semakin laju dan laju dan terus mencurah2, saya sendiri jd kaget, saya peluk dia saya tanya dia kenapa tiba2 amoi nangis? dia pun cakap... "pakcik teksi tu cakap dia kenal ibu dan abah saya, dan pakcik tu cakap dia tahu yang saya bukan anak ibu dan abah saya, dia suruh saya tengok saya dan adik beradik yang lain sama tak warna kulit dan rupa?" budak tu terus bercerita dalam tangisan dia, dia cakap dia mmg tahu dalam ramai adik beradik yg dia ada semuanya kulit agak gelap tapi dia sorang jer kulit cerah dan rupa macam anak cina. budak tu cakap pakcik teksi tu cakap yang dia tu adalah anak angkat sahaja. jadi dia sedih bila ada orang cakap dia tu sebenarnya hanyalah anak angkat.

jadi yang hari tu amoi nangis sebab pakcik tu jugak? dia menganguk. terjawablah sudah kenapa rupanya budak tu menangis hari tu. rupanya dia sedih sebab ada orang cakap dia hanyalah anak angkat. kemudian saya tanya dia pulak, akak tak pernah nampak adik beradik awak yang lain, ibu abah awak pun akak x pernah nampak, mana mereka? dia jawab ada kat rumah, ibu buat kuih dan saya tolong jual. adik beradik dan abah amoi mana? dia hanya diam dan kebetulan ada orang datang utk membeli. ceritanya terhenti disitu.


satu ketika sedang saya duduk2 di tepi blok rumah saya, saya ternampak budak tadi tu, dia sedang mengolekkan tong gas yang saya rasa sudah kosong sebab nampak tong tu seolah2 ringan. tapi seringan2 tong gas yg kosong pun kalau dgn tenaga budak darjah 4 ianya masih tidak patut saya rasa. saya pantas mendekati dia, dia nampak saya dan tersenyum. saya tanya dia "nak bawak pergi mana tong gas nie? berat2 nie awak nak bawak kemana?" dia jawab... gas habis jadi dia nak pergi tukar gas. saya terdiam sebab saya fikir, skrg tong gas kosong mungkin ringan dia blh nak golek2kan sampai kedai, kalau nak amik gas yang baru mesti akan jadi berat sebab tong gas bukan lagi tong kosong. macam mana budak darjah 4 nak bawak tong gas yang berat? saya tgk muka dia dan tanya "kenapa tak suruh orang kedai datang amik dan hantar?" dia jawab, kalau suruh kedai hantar dia akan cas kos penghantaran. akan mahal 50 sen. saya terdiam. saya seluk poket dan hulurkan 50sen pada dia tapi dia kata dia tak boleh amik sebab kalau dia amik nanti orang kedai hantar gas kat rumah dan abah dia akan tahu yang ada orang tolong dia. saya terdiam. kelu tak tahu nak buat apa. amoi sangat takut pada abahnya.

mata saya menyaksikan sendiri amoi golek tong gas kosong ke kedai dan kembali dgn tong gas yang baru yang pasti lebih berat dari yang tadi, saya melihat dia berpeluh2 mengolekkan tong gas, kejap2 berhenti, kejap2 duduk atas tong gas... tiba2 saya terfkir, nanti kalau sampai kat blok rumah macam mana budak tu nak angkat tong gas tu sebab rumah tu xde lif!

tak kan dia nak pikul atas bahu dia? tak kan dia nak golek jer kat tangga? atau apa yg dia akan buat utk memastikan tong gas tu sampai dalam rumah dia?

#InsyaAllah akan bersambung#





Monday, November 18, 2013

BUDAK ITU PART 3

-BUDAK ITU PART 3-

"SAYA" masih dengan rutin harian saya yang suka melihat budak itu, setiap kali saya duduk di tepi tembok melihat dia bersiap2 mahu membuka kedai kuih dia, dia akan melihat saya dan melemparkan senyuman tanpa menyapa saya. dia hanya akan banyak cakap bila orang beli kuih dia sahaja. kalau selain dari itu dia memang tak akan tegur orang. dan hari itu dia masih sama ulang alik memikul kaki payung, payung, meja dan akhir sekali ulang alik dengan bakul yang terisi bekas2 kuih.

bila dia mula berjualan dia akan jadi ramah dan senyum, petang tu saya pergi dekat dia dengan membawa satu bekas coklat gajah, sampai kat dia saya panggil dia yg sedang kusyuk menyiapkan kerja sekolah dia. saya tengok dia tengah siapkan karangan yang bertajuk "Cita-cita saya". amoi... banyak lagi ker kerja sekolah nak buat? dia jawab nak habis dah, sikit lagi siap dah, kakak nak karipap ker? saya angguk kepala dan dia pun tutup buku dan bungkuskan kuih karipap utk saya. lepas bayar saya pun nak duduk tepi dia nak tgk kerja sekolah yang dia nak buat. saya tgk tulisan dia, comotnya. boleh ker cikgu dia baca tulisan dia? saya cakap kat dia, amoi kenapa tulis tak cantik? dia tgk muka saya dan cakap, yer ker tulisan dia tak cantik? dia rasa tulisan dia paling cantik. saya hanya mampu tersenyum.

nak balik saya hulurkan coklat yang saya bawak pada dia, dia tgk saya dan tanya kenapa saya bagi dia coklat? saya pun cakap "saja2 sebab akak suka tgk amoi, amoi rajin" tapi dia tak ambil pun coklat tu, bila saya pegang tgn dia nak suruh dia amik coklat tu dia geleng kepala, saya tanya kenapa tak amik? kakak bagi pd amoi ikhlas. dia terus cakap, dia xnak amik brg org yg dia tak kenal. lagi pun dia takut nanti abahnya tahu dan nanti abah akan pukul dia. saya tanya kenapa pulak abah nak pukul amoi, kakak kan selalu beli kuih kat sini? dia cakap tak nak juga sebab abah dia dah pesan jangan amik apa2 pun yang orang bagi. saya terdiam sebab bagi saya kalau saya bagi coklat tu dan dia makan terus pun tak ada sapa2 yang akan tahu. mungkin dia sangat takut pada abahnya. mungkin abahnya garang.

saya tak mahu memaksa dan saya mula nak beredar dari situ, tiba2 saya nampak kawan budak amoi tu datang, saya pun bagi coklat tu pada kawan budak amoi tu, saya cakap "nie kakak beli utk kamu dan amoi makan, kakak belanja" kawan budak amoi tu amik dan bawak coklat tu pergi ke budak amoi dan dr jauh saya tgk amoi dan kawannya makan coklat tu sama2. tadi kenapa masa saya bagi kat dia terus dia tak nak amik? takut sangat dia dgn abah dia.

sebulan dua berlalu saya masih melihat budak tu dgn rutin hariannya, pukul 2 lebih dia akan bersiap2 utk berjualan dan sekitar pukul 7 malam jualan dia akan habis dan tutup. satu hari tu saya balik dari berjalan2 ke kuala lumpur naik bas, sekitar jam 4 petang saya sudah berada di kawasan perumahan dan bas berhenti betul2 depan  kedai kuih tu sbb kedai kuih budak tu hanya sebelah bus stop. masa saya turun saya nampak budak tu tunduk letak dahi atas meja dan saya nampak dia seolah2 tersedu2, saya datang dekat dan tanya kenapa? amoi kenapa? ada orang curi kuih ker? amik kuih tak bayar? atau duit jualan kena curi? dia hanya geleng kepala, saya panggil dia suruh dia angkat muka dan tgk saya tapi dia tetap tunduk ke bawah. akhirnya saya cakap "kakak nak beli kuih" baru lah dia angkat muka dan bila dia nak bungkus kuih tu memang saya nampak mukanya muka orang lepas menangis.

kenapa dia menangis? saya tanya adakah org curi kuih dia? curi duit jualan kuih dia? tapi dia cakap BUKAN! dah tu kenapa dia menangis sampai habis merah semua muka hidung dia?

#akan bersambung kemudian#






BUDAK ITU PART 2

- BUDAK ITU PART 2-

"SAYA" jadi tertanya2 siapa budak itu? mana mak ayahnya? mana adik beradiknya? dimana rumahnya? dimana sekolahnya? kenapa saya sering lihat dia hanya bersendirian kecuali anak cina yang selalu datang ke gerai jualannya. kadang2 bila dia tidak berjualan, saya langsung tak nampak bayangnya. sama ada di taman permainan atau pun di kedai2 runcit, bertembung di pasar malam pun tak pernah. 

satu hari saya seperti biasa akan beli karipap jualannya. berapa sebijik dik? 20 sen jer kak, kalau akak beli 5 cuma seringgit. (memanglah 5 bijik seringgit kan?) dan setiap kali saya beli dia mesti akan cakap terima kasih kak, esok datang lagi. dan biasanya lepas saya beli saya akan duduk dekat bangku bus stop tu dan duduk makan kuih sambil tgk dia berjualan. paling saya suka tgk bila ada cina yang beli, tengok mulut dia yang fasih berbahasa cina dan tak takut orang buat saya rasa geram dgn budak tu. dan seperti biasa bila takda orang dia akan buat kerja sekolah dia, kdg2 saya geram, bila time dia nak buat kerja sekolah jer mesti ada orang dtg nak beli kuih dia. tapi dia tetap tersenyum, adakalanya orang tu tak sampai depan meja lagi dia dah bungkus siap2 dah kuih tu. seolah2 dia tahu orang tu mesti akan beli kuih yang sama. dan dari apa yg saya lihat, kuih karipap dan tauhu sumbat dialah paling banyak orang beli dan paling cepat habis. tak dinafikan mmg kuih karipap yang dia jual sangat sedap. saya sendiri kalau makan karipap dia blh habis 5 bijik sekali makan. lebih2 lagi kalau karipap dia panas2.

satu petang tu saya tengok dia tertidur kat meja jualan dia, saya pergi dekat dan saya panggil dia, dik... adik... akak nak beli kuih nie, dia sedar dan cepat2 senyum. mmg budak nie suka senyum agaknya. saya cakap nak beli karipap 5, dia pun cepat2 ambil plastik nak bungkus dan saya tgk dia bungkus kesemua karipap yang ada yang semuanya ada 6 bijik. masa dia bagi saya kuih tu, dia cakap seringgit jer kak, yg last tu dia bg free jer kat saya sebab dah last. saya pun tanya dia, takpe ker bagi free satu kat akak, nanti kalau duit kurang mak tak marah? dia jawab," takpe kak, kalau ibu saya tanya, saya cakaplah saya yang makan kuih tu. lagpun dah last dah. saya pun nak tutup kedai dah" Saya hanya mengangguk, saya tanya dia, siapa namanya? dia cakap "amoi" semua orang panggil dia amoi kat situ. jadi saya tanya dia nama melayu dia apa? dia cakap nama dia ...... saya yang mendengar tersenyum. tapi dah dia kata panggil dia amoi jd saya pun panggil dia amoi lah jugak. saya tanya dia lagi, amoi darjah berapa? tak sekolah ker? dia cakap dia darjah 4 dan dia sekolah pagi, balik sekolah dia tlg ibu dia jual kuih dan saya tanya dia tak lama jer lagi nak periksakan? dia cakap haah, tapi saya selalu periksa dapat no corot, saya rasa saya bodoh sebab abah saya kata saya bodoh, buang masa jer pergi sekolah.

saya diam bila dengar dia cakap macam tu, macam mana seorang ayah boleh kata anak dia bodoh dan pergi sekolah hanya buang masa? kesian budak amoi nie. dah lah baru darjah 4 jer...

#bersambung dilain masa itu pun kalau ada yang sudi membaca dan mendapat sambutan ramai#

BUDAK ITU PART 1

"SAYA" melihat seorang anak kecil perempuan berusia sekitar 9 atau 10 tahun memikul kaki payung jualan ke tepi perhentian bas, jam masa tu sekitar pukul 2:30 petang, dia letak kat tepi bangku kemudian dia pergi lagi, kemudian dia lalu lagi membawa payung jualan ke tempat yang sama jugak, kemudian dia pergi lagi dan kembali lagi dengan membawa meja jualan di atas belakangnya, sekejap2 dia berhenti, sekejap2 dia berehat mungkin kepenatan kerana berulang alik dari rumahnya ke perhentian bas tempat dia berjualan.

selepas semua barang sudah berada di tepi perhentian bas dia pun diihat buka meja, buka payung, bentang alas meja kemudian dia pergi lagi... hampir 30 minit berlalu, budak itu kembali melalui jalan yang sama tapi kali ini menjinjing satu bakul sederhana besar di kiri kanan tangannya. melalui depan "saya" dan terbau di hidung saya haruman karipap yang baru di goreng, terhidu di deria bau saya haruman kuih puding jagung. selepas dia meletak semua kuih atas meja jualan, dia tutup dengan plastik kuih2 itu kemudian dia pergi lagi dan kembali dengan pelbagai jenis kuih muih lagi, kemudian dia pergi lagi dan kembali lagi dgn bungkusan2 meehun yg sudah dibungkus siap2.

seteleh itu saya nampak dia tinggikan payung jualan dia dan terlihat beberapa buah kereta dan motor berhenti di depan payung jualannya dan dia mula menjual, kebanyakan yang membeli adalah cina dan saya melihat dia sgt petah berurusniaga dgn cina2 yang membeli menggunakan bahasa cina. terdetik dalam hati saya, anak melayu yang iras seperti cina dan fasih berbahasa cina. setelah jualannya agak lenggang saya melihat dia mengasingkan duit kertas dgn duit syiling yang ada, duit kertas di susun di letak bawak alas meja, duit syiling di biar di dalam bekas duit jualan.

bila gerainya tiada pelanggan, saya melihat dia mengeluarkan buku dari dalam plastik yang tergantung di kerusi, rupanya dia keluarkan buku sekolahnya untuk membuat kerja sekolah, pasti kerja sekolah yang cikgu berikan semasa di sekolah tadi. dia baru mahu buat tak sampai 10 minit, datang pula orang membeli, dia kembali tutup buku dan menjual. mulutnya masih tersenyum, mukanya sentiasa manis dan ramahnya macam orang dewasa.  selesai orang membeli, saya nampak seorang anak cina datang mendekati dia membawakan satu plastik air soya bean dan sebungkus mee, anak cina tu hulurkan pada dia dan mereka makan sama2. melihat mereka berdua saya rasa itulah kawan baik budak perempuan itu. sebab mereka minum dan makan berkongsi sama2.

sekitar pukul 7 ptg, saya tgk atas meja jualan budak tu semakin kurang bekas2 kuih menandakan jualannya sudah semakin hampir habis terjual. saya melihat dia mengemas2 dan melakukan perkara yang sama seperti apa yang dilakukan awal2 td, satu persatu dihantar balik kerumah, bermula dari menghantar bekas2 kosong, payung, kaki payung kemudian last sekali meja sehingga tempat dia berjualan itu kembali seperti biasa dan tiada tanda2 terdapat perniagaan di situ. sekitar jam 7:30 petang, saya sudah tidak nampak lagi budak perempuan itu. dia hilang dari pandangan saya namun keesokkan harinya saya kembali melihat budak perempuan itu dgn rutin yang sama. hampir 3 tahun saya melihat budak perempuan itu dgn rutin yang hampir sama setiap hari.

bila masa dia pergi sekolah? bila masa dia buat kerja sekolah? bila masa dia belajar????

#kalau rajin saya akan sambung bercerita, itupun kalau ada yang mahu membacanya#