-BUDAK ITU PART 10-
Seminggu berlalu saya masih menunggu surat dari amoi. petang tu saya pergi kedai dia dan seperti biasa dia akan tanya soalan yang sama "kakak nak kuih?" lepas saya beli kuih dan bayar saya tanya dia "mana surat? kata nak bagi akak baca surat kan?" dia hanya diam dan air mata dia bergenang. tiba2 dia cakap nanti dia akan letak dalam peti surat rumah saya dan kalau saya dah baca surat tu, saya jangan cakap apa2 dgn dia. dia cuma mahu saya baca sahaja. ok saya setuju dan saya terus menunggu.
3 hari lepas tu baru saya dapat satu surat dalam sampul coklat bertulisan tangan yang ditujukan pada saya dgn nama kat sampul adalah "kepada kakak" saya tersenyum dan terus naik rumah utk membaca apa yang amoi tulis pada saya.
Assalamualaikum kakak yang baik hati,
terima kasih sbb nak baca surat saya dan maaf sbb tulisan saya buruk tak cantik.
tujuan saya tulis surat nie sbb saya nak bagitahu saya memang anak angkat pada ibu dan abah saya, ari tu masa pakcik teksi tu bgtahu saya, saya balik saya tanya ibu betul ker saya anak angkat? ibu marah dan abah tampar saya sebab dia cakap saya borak dgn orang yang tak kenal dan percaya cakap orang. jadi saya diam tak berani nak tanya lagi, saya anggap pakcik teksi jahat dan tipu saya.
tapi ari tu saya balik dari jual kuih masa ibu dgn abah keluar beli barang saya punggah almari dalam bilik ibu dan abah dan saya jumpa report kad masa saya sekolah tadika, kat situ ada maklumat tentang diri saya dan saya baca kat situ dia tulis "hubungan penjaga dgn murid adalah anak angkat" jadi saya tahulah saya memang anak angkat dan ibu dan abah tipu saya cakap saya bukan anak angkat.
masa pakcik teksi cakap saya anak angkat saya macam nak percaya sebab saya mmg rasa saya ni anak angkat atau anak pungut sebab saya selalu kena marah, saya selalu kena pukul, saya selalu di panggil bodoh, lembu dan mcm2 lagi. kalau saya demam atau sakit ibu dgn abah selalu cakap saya berlakon sebab malas nak tolong jual kuih. rupanya memang betul saya anak angkat.
kadang2 saya lambat buat kerja pun abah marah, abah ketuk kepala saya, abah denda saya suruh berdiri kat luar rumah tak boleh makan tak boleh minum. saya sedihlah kak kenapa mak dan ayah saya bagi saya pada orang lain? macam mana saya nak lari dari rumah dan cari mak ayah kandung saya?
patutlah saya asyik kena buat kerja macam2 rupanya saya bukan anak kandung mereka. adik2 saya yang lain boleg tgk tv boleh rehat2, tapi saya macam2 kerja saya kena buat. saya pun penat jugak kak.
lepas ibu tahu saya dah jumpa surat yang cakap saya nie anak angkat lagi ibu dan abah mengamuk, mereka marah dan maki hamun saya macam2. mereka pukul saya sebab saya punggah almari bilik mereka. abah pukul tangan saya dengan sangkut baju, abah pukul atas belakang saya sampai saya sakit sebab abah kata saya orang tak jujur dan tak amanah masuk bilik orang dan usik barang orang. sakit kak kena pukul. saya cuma nak tahu jer.
ok lah kak, saya dah takda apa nak cakap, saya nak bagitahu nie jer pada akak. saya memang anak angkat dan saya nak cari mana mak ayah kandung saya.
terima kasih sebab baca surat saya.
saya sayang akak sebab akak baik dgn saya.
Daripada,
Amoi.
tanpa sedar air mata saya gugur satu persatu, sekarang saya tahu kenapa hari tu amoi angkat barang jualan dgn air mata berjurai2, rupanya dia kena pukul sebab punggah bilik ibu abah dia sebab nak tahu siapa dia sebenarnya?
terfikir dalam kepala saya mcm mana saya nak tlg dia? dah lah dia pesan baca jer jangan tanya apa2....
#InsyaAllah akan bersambung jika masih ada peminatnya#
"INI ADALAH DUNIA SAYA. SAYA TENANG BERCERITA DAN MENCORET DI SINI. SAYA MENULIS TENTANG KEHIDUPAN YANG SAYA LALUI ATAU APA YANG TERLIHAT OLEH MATA SAYA"
Monday, November 25, 2013
BUDAK ITU PART 9
- BUDAK ITU PART 9-
SAYA terfikir2 kenapa amoi tanya macam tu? mesti ada sesuatu yang mahu dia katakan, tapi sama ada dia tak berani nak bercerita atau dia rasa dia tak boleh nak bercerita pada saya. saya dapat rasakan yang dia seolah2 menyimpan sesuatu rahsia.
petang esok seperti biasa amoi tetap dengan rutinnya. saya yang kebetulan tidak bekerja duduk melepak2 di tepi bus stop dekat dgn kedai jualan kuih amoi. seperti biasa amoi melayan orang yang silih berganti membeli kuih jualannya dan bila tidak ada yang membeli dia duduk2 sambil membaca komik gila-gila. sejak2 UPSR habis dia sudah tidak lagi membuat kerja sekolah atau membaca buku sekolah. sekali2 saya terlihat dia tersenyum mungkin lucu dengan kisah yang dia baca dalam gila2 tu. bila saya tgk dia senyum pada saya, saya datang dekat pada dia dan duduk di kerusi kosong yang ada. saya tanya dia, "sekarang dah cuti sekolah ker?" dia cakap belum cuti lagi tapi periksa dah habis, cuma dia dah tak pergi sekolah sebab abah kata tak payah buang duit, buang masa pergi sekolah dag tak belajar. baik duduk rumah tolong ibu buat kuih. saya sekadar mengangguk tanda faham.
lama saya duduk borak2 dengan dia dan saya tanya dia kenapa semalam dia tanya adakah anak angkat itu bodoh dan orang benci dgn anak angkat? tiba2 muka dia berubah, mukanya menunjukkan reaksi sedih dan saya jd serba salah kerana bertanya. tapi saya mengharapkan dia akan bercerita, saya mahu tahu siapa sebenarnya amoi nie? kenapa saya tak pernah nampak siapa ibunya? siapa abahnya? siapa adik beradiknya yang lain? lama saya menanti jawapan tapi dia hanya diam. bila ada orang datang nak beli kuih dia akan layan dan mulutnya kembali petah bercakap. itu satu2nya perangai amoi yang saya perasan, dia blh sembunyikan kesedihan hati dia dengan kepetahan mulut dia berkata2. kadang2 saya tgk dia bergurau dgn orang yang datang beli kuih seolah2 dia adalah seorang budak yang hidup dalam kegembiraan sedangkan saya pernah melihat sendiri dia menangis, saya pernah melihat sendiri badannya lebam tanda2 di cubit atau di pukul dengan rotan.
nampaknya cubaan saya untuk tahu kenapa amoi tanya saya dengan soalan adakah anak angkat ni bodoh dan dibenci orang tak berjaya, amoi tak mahu bercakap tentang itu dan setiap kali saya mencuba utk bercakap hal itu dia akan mengalihkan topik tersebut. malah dia cakap kalau saya datang kedai dia hanya utk mengorek cerita dia, dia suruh saya balik sebab dia kata dia tak suka orang amik tahu hal dia. terkejut juga saya bila dgr amoi bercakap begitu seolah2 marahkan saya. cuma saya jadi nak amik tahu sebab soalan dia itu buat saya tertanya2 kenapa dia tanya macam tu? betul ker amoi tu anak angkat seperti apa yang pakcik teksi tu cakap pada dia? dan kalau betul kenapa pulak amoi ingat jadi anak angkat tu bodoh dan di benci orang?
hampir seminggu berlalu amoi saya lihat masih seperti biasa, sekali2 saya nampak dia muram, adakalanya saya tgk dia bergelak ketawa seperti tidak ada apa2 yang berlaku dalam hidup dia. dia menjalani rutin harian masih seperti biasa, buka kedai utk jual kuih, sekali2 bila hujan lebat dia akan basah kuyup utk selamatkan kuih2 jualannya, kdg2 saya tgk dia dok menguruskan nyonya tua yang selalu datang kat kedai kuih dia. dia bagi makan, bagi minum dan borak2 dgn nyonya tu. cuma ada satu hari tu saya melihat dia bawak barang2 jualan dia dgn air mata yg berjurai. sambil bawak meja dia nangis, sambil bawak raga kuih pun dia nangis dan saya jadi tertanya2 kenapa agaknya dia menangis?
dua 3 hari lepas tu, dia nampak saya dan dia lambai tangan memangil saya, bila saya datang dekat dia pun tanya, "kalau saya bagi kakak surat, kakak nak baca tak? kakak pernah cakap tulisan saya buruk tak cantik kan? jadi kalau saya tulis nnt kakak blh baca ker tulisan buruk saya?" saya tersenyum dan mengangguk. saya katakan pada dia "tulisan awak buruk jer bukan tak boleh di baca, awak nak bagi akak surat utk apa? kenapa tak cakap jer? kan kita hari2 jumpa?" dia jawab "susah nak cerita sebab nanti bila orang datang kena berenti layan org nak beli kuih pulak". saya setuju dan tanya dia mana surat yang nak bg saya baca? dia cakap tak tulis lagi dan kalau dah siap tulis dia akan bagi pada saya. ok saya setuju dan dia tersenyum bila dgr saya cakap saya setuju nak baca surat dia.
hampir 2 hari berlalu, amoi masih tak bagi saya apa2 surat, malah bila jumpa saya kat kedai dia pun, dia tak cakap apa2 dan lagaknya seolah2 dia takde apa2 urusan dgn saya sedangkan dalam hati saya meronta2 nak tahu apa yg amoi nak tulis? apa yang amoi nak cakap sampai kena tulis surat?
#InsyaAllah akan bersambung di part 10#
-

Thursday, November 21, 2013
BUDAK ITU PART 8
-BUDAK ITU PART 8-
“SAYA” semakin tertanya2 dalam hati, apa
yang dilihat budak itu? Kejap2 tgk lengan, kejap tgk kaki, kejap tgk perut. Saya
pergi dekat dia dan dia tersenyum bila nampak saya. Seperti biasa dia akan
tanya “kakak nak kuih ker?” saya tak pernah kata tak nak sebab kadang2 saya
beli sebab saya kesian kat dia. Kadang2 saya beli walau perut saya kenyang dan
saya dah jemu makan kuih tapi sebab kesiankan dia, saya beli jugak. Bila saya
angguk dia cepat jer bungkuskan kuih dan hulurkan pda saya. Bila saya hulur
duit ayat dia tetap sama “ Terima Kasih kak, Esok datang lagi”. Memang hari2
pun saya datang sebab saya suka tgk dia.
Bila kuih sudah berada di tangan saya,
dia kembali duduk dan amik surat khabar dan layang2kan atas plastik yang
menutupi kuih2 jualannya. Menghalau lalat yang cuba singgah dan juga sekali2
surat khabar tu dikipaskan ke mukanya mungkin kerana mahukan angin sejuk. Lama saya
renung mukanya dan saya nampak matanya seperti baru lepas menangis. Saya tanya
amoi nangis ker? Atau mata awak masuk habuk lagi? Dia tgk muka saya dan cakap
mana ada dia nangis dan mana ada mata dia masuk habuk. Saya tersenyum. Saya tahu
dia berbohong. Saya bukan budak2 yang boleh di bohong oleh anak kecil. Saya tanya
dia, kakak nampak awak selak2 baju, selak2 kaki seluar awak tgk apa? Dia diam
dan tiba2 ada orang datang nak beli kuih. Saya menjauhkan diri bila tgk ada
orang datang nak beli kuih. Saya tak
mahu ganggu dia yang nak berniaga.
Dari bangku bus stop saya tgk dia jual
kuih, sekejap2 berlari ke seberang jalan mungkin untuk buat tukaran wang kecik
bila ada yang membayar guna wang yang nilainya besar. Sekali2 tengok dia
berlari2 lintas jalan buat hati saya kecut, dia tak tengok kiri kanan, main
lintas sahaja, sekali2 terdengar bunyi hon panjang dari kenderaan yang laju. Tapi
dia releks2 sahaja, siap boleh angkat tangan dan senyum2 lagi pada orang yang
hon kat dia. Dia memang tak takut orang dan tak pernah fikir keselamatan diri. Mungkin
kerana dia masih budak2 jadi dia tak tahu apa erti bahaya dalam diri.
Lama saya memerhatikan budak itu yang
agak sibuk pada hari tersebut, sekali2 bila mata saya bertembung dengan
matanya, dia seolah2 mengelak dari melihat saya. Saya dapat rasakan dia seperti
mahu sembunyikan sesuatu dari saya. Apabila hari semakin petang, gerai
jualannya semakin lenggang kerana kebanyakan kuih sudah habis terjual. Saya kembali
mendekati budak tu dan saya tanya dia lagi, awak tgk apa kat lengan dan kaki
awak? Boleh kakak nak tgk jugak? Dia hanya diam dan tiba2 saya nampak air
matanya bergenang. Saya pun pegang lengan dia dan selak lengan baju dia, mmg
nampak ada kesan biru di situ seolah2 di cubit, saya minta dia angkat kaki
seluar dia angkat perlahan2 dan saya nampak berbirat merah di betis kirinya. Saya
tahu dia di pukul. Lantas saya bertanya kenapa dia di pukul? Dia tidak menjawab
tapi air matanya semakin laju. Saya tanya dia lagi “kamu kenal pukul sebab
keluar bermain tadi? Dia anggukkan kepala.
Panjang saya tarik nafas melihat air
mata amoi berjurai keluar, hanya keluar bermain dengan kawan2 sebentar sudah di
pukul seperti buat satu kesalahan besar. Lama saya diam hinggalah ada satu van
berhenti depan kedai kuih dan amoi cepat2 lap air mata dia, bersihkan muka dia
dari air mata dan dia kembali tersenyum dan ramah menegur uncle yang turun dari
van. Fasihnya dia berbahasa cina dan tiba2 dia boleh bergelak ketawa buat saya terfikir, bukan tadi dia menangis
sedih dan sakit gara2 di pukul? Ke mana hilang semua kesedihan yang saya lihat
sebentar tadi? Cepatnya dia boleh berubah laku dari seorang budak yang berada
dalam kesedihan tiba2 bertukar jadi ceria seolah2 hidupnya penuh dengan
keceriaan.
Selesai dia melayan uncle van tu beli
kuih dia kembali seperti mula2 yang saya nampak, dia diam, senyumannya hilang,
keceriaan wajahnya kembali menjauh dan tiba2 hati saya berkata “ dia tak mahu
orang tgk dia sedang bersedih”. Saya dapat rasakan budak itu seorang yang kuat.
Dia boleh hapuskan segala kesedihan dia secara tiba2 dan dia boleh anggap
seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku dalam hidupnya.
Hari semakin memasuki senja dan saya
melihat budak itu sudah berkemas2 untuk menutup kedainya. Saya melihat dia
sudah menurunkan payung, menyusun bekas2 kosong menjadi satu dan bila saya
melihat itu saya datang dekat pada dia dan melihat sisa2 kuih yg ada, masih
saya ingat waktu itu kuih yang tinggal hanya 3 bijik, kuih keria sebijik dan
dua bijik lagi kuih lapis. Saya tanya dia yang nak abis nie mcm mana? Dia jawab,
nanti bawak balik adik2 boleh makan, atau dia boleh makan. Saya sekadar mengangguk.
Lincah tangan dia mengemas dan jika dilihat dari usianya, dari bentuk badannya
pasti tak percaya dia yang baru berusia 12 tahun sudah lincah dan tahu apa yang
perlu di buat utk membuka dan menutup gerai jualan.
Satu persatu barang2 jualan di bawak
balik kerumah, cukup 3 kali dia ulang-alik barang terakhir yang dia bawak adalah
meja jualan. Seperti biasa meja kayu tu akan di pikul dia atas belakangna. Cuma
kali nie sebelum dia melangkah utk balik dia menoleh dan bertanya pada saya “kak,
anak angkat nie bodoh ker kak? Jadi anak angkat nie semua orang benci ker kak?”.
Saya terkedu mendengar tiba2 dia bercakap begitu…
Kenapa tiba2 amoi bertanya begitu? Kenapa
tiba2 amoi rasa jadi anak angkat tu bodoh dan di benci orang?
#InsyaAllah akan bersambung di part 9#
BUDAK ITU PART 7
-BUDAK ITU PART 7-
SAYA mendekati amoi yang sedang tekun membaca buku, sekali2 saya melihat dia seperti menandakan sesuatu dibuku yang dibacanya, mungkin bahagian2 penting. Lama saya diam duduk di tepi tembok memerhatikan dia, tiba2 berhenti satu motor membeli kuih, dia tutup buku dan melayan orang yang nak beli kuih. Kemudian dia sambung baca buku lagi, bila ada orang datang nak beli kuih, dia berhenti dan begitulah dia sehingga saya nampak dia sudah tidak membaca lagi. Mungkin penat, mungkin bosan, mungkin dah tak masuk dalam kepala apa yang di baca kerana tidak boleh fokus bila kejap2 orang datang membeli, kejap2 bas lalu, kejap2 orang datang beli. Bila saya tgk dia sudah duduk termenung saya mendekati dia.
Awak bawak buku banyak hari nie kenapa? Ada periksa ker? Dia angguk dan cakap esok UPSR bermula dan esok periksa untuk subjek Bahasa Melayu. Owh… jadi amoi dah baca buku ker? Dia jawab dia nak baca buku tapi tak boleh nak baca sebab kejap2 kena layan orang yang datang nak beli kuih, kejap2 bas lalu bunyi bising dan dia rasa terganggu. Kenapa tak tutup jer kedai? Kan periksa lebih penting? Dia jawab “kalau tutup kedai nanti xde duit, duit tak cukup nak bayar duit sewa rumah, nak buat beli barang dapur, lagipun dia kata abah dia cakap dia amik periksa atau tak sama jer hasilnya, bukan boleh dapat No 1 atau boleh dapat semua A pun. Jadi tak payah nak bazir masa, nak rugi tutup2 kedai sebab nak baca buku nak periksa. Saya yang dengar hanya diam sebab saya tahu abah amoi pernah cakap tentang hal itu. “ayah amoi tak kerja ker?” dia hanya menggeleng.
Seminggu berlalu, UPSR pun tamat dan rutin amoi masih seperti biasa, Cuma ada sekali saya nampak dia bermain2 di taman dengan kawan2nya dan semua kawan2nya adalah budak cina. Seronok juga tengok dia bermain, sekejap berkejaran, sekejap naik buai dan sekali2 terdengar suara mereka menjerit keriangan. Jarang saya tengok budak itu bergelak ketawa begitu. Saya sendiri yang rasa bahagia bila tengok dia seronok begitu. Tiba2 dia perasan saya sedang memerhatikan dia dan dia pun melambaikan tangannya pada saya, saya menggamit dia utk dtg dekat pada saya dan dia datang dekat pada saya, saya tanya dia “hari nie tak jual kuih ker?” dia cakap jual. Kejap2 lagi. Saya pun tanya dia, dah tu yang kamu main kat sini nie tak tolong ibu kamu buat kuih ker? Dia jawab tolong tapi tadi ibu suruh dia pergi kedai beli tepung tapi dia singgah main kejap dengan kawan2. Saya tengok mukanya saya senyum dan tanya amoi tak takut kena marah dgn ibu ker sebab singgah bermain mcm nie? Dia diam dan tiba2 dia nampak ada satu motor melalui padang permainan, sepantas kilat saya tengok mukanya pucat, dia cepat2 lari pergi kedai dan saya nampak dia keluar berlari dari kedai dengan tepung kat tangan.
Bila petang saya tengok kedai buka macam biasa, amoi masih jual kuih macam biasa dan dia layan orang masih macam biasa. Petahnya dia bercakap kadang2 menghiburkan, bila nyonya tua tu datang dia tetap hulurkan kuih dan borak2 dgn nyonya tu. Cuma bila dia duduk sorang2 saya nampak dia seolah2 termenung dan sekali2 saya nampak dia selak lengan baju dia, dia angkat kaki seluar dia seolah2 melihat sesuatu di betisnya, sekali2 dia tunduk menyelak bajunya dan melihat perutnya. Apa yang dia tengok?
#InsyaAllah bersambung di part 8#

Wednesday, November 20, 2013
BUDAK ITU PART 6
-BUDAK ITU PART 6-
"SAYA" melihat amoi yang senyum2 bila saya tanya takpa ker bagi nyonya tu kuih? nanti kalau duit tak cukup mcm mana? dia jawab "xpe kak, satu hari saya blh makan 5 kuih, jadi saya baru makan satu jer, ada lagi 4 kuih saya boleh makan, jadi saya bagilah kuih tu pada ah soo tu, kesian dia, dia lapar dari pagi dia tak makan dia cakap. anak dia tak bagi makan tak bagi minum. saya yang mendengar jawapan budak tu terdetik dalam hati, baiknya hati dia dan setiap kali saya bertanya dia mesti ada jawapan yang bernas.
esok petang seperti biasa saya nampak budak tu dok melayan nyonya tua tu lagi, kali nie saya nampak dia seperti memberikan bungkusan nasi pada nyonya tu, bila saya datang dekat saya tgk nyonya tu tgh makan mee, saya tanya mana dapat mee tu? budak tu cakap, dia dapat dari mak kawan cina dia tu, saya hanya diam, tiba2 saya tgk luka kat kaki nyonya tu dah berbalut dgn tisu dan dilekat dgn pelakat orang buat balut hadiah tu. saya tanya siapa yang balutkan luka nyonya tu? amoi cakap dia yang balutkan, dia kesian tgk kaki ah soo tu sakit takde ubat. bila saya tanya balut tu letak ubat tak? dia jawab "letak, saya bawak minyak gamat dari rumah dan sapu minyak gamat dulu kat luka tu dan lepas tu baru balut dgn tisu, saya balut tu sebab tak nak luka tu kena hurung dgn lalat" bijak juga budak amoi nie, susah payah dia bawak minyak gamat dari rumah dan tolong nyonya tu balutkan luka kaki dia.
sejak kemunculan nyonya tua tu saya tgk budak tu semakin gembira, tiap petang nyonya tu akan datang kedai dia dan budak tu mesti bagi nyonya tu kuih dan setiap kali nyonya tu dapat kuih dr budak tu nyonya tu akan tertunduk2 seolah2 mengucapkan terima kasih. ada waktunya saya tengok budak tu bawak dua botol air yang mana satu untuk dia minum dan satu lagi utk diberikan pada nyonya tu. ada satu ketika saya nampak dia dok peluk2 nyonya tu dan amik tisu seolah2 lap air mata nyonya tu. ntah hapalah agaknya yang nyonya tu ceritakan pada budak tu kan? hanya dia dan nyonya tu saja yang tahu. kadang2 saya tertanya2, dia tak rasa geli ker peluk nyonya tua tu? nyonya tu agak comot dan sekali2 bila saya dekat dgn nyonya tu memang ada bau yang kurang menyenangkan, tapi budak tu seperti tak bau apa2.
masa bersilih ganti tiba2 saya sedar amoi sudah semakin besar, dia semakin comel dan lincah, rutinnya masih sama, setiap hari berjualan dan satu hari tu saya tgk ada satu hari yang rutinnya lain dari biasa, selepas selesai meletak kuih jualan atas meja dia kembali ke rumah dan kembali ke keddai dengan beg sekolah yang dia sandang kat belakang badan. pelik juga saya, kenapa sampai dia bawak beg sekolah kat kedai jual kuih? ada banyak kerja sekolah agaknya, tapi tiba2 seperti ada suara berbisik di telinga saya " sekarang kan musim UPSR", pantas saya teringat yang amoi sekarang sudah darjah 6 dan dia mesti amik UPSR, jadi dia bawak buku tu sebab nak belajar untuk UPSR. tapi kenapa dia tetap jual kuih jugak? kenapa tak cuti jer dulu sebab UPSR kan exam penting. dan selama nie saya tak pernah pulak tengok kedai dia tutup, maknanya walau dia ada exam penting tapi dia tetap menjalani kehidupan sama seperti hari2 lain, tiba2 saya teringat yang dia pernah kata abahnya pernah cakap yang dia budak bodoh dan pergi sekolah sekadar buang masa.
benarkah amoi budak bodoh? dia bodoh atau dia tak di beri peluang sama mcm anak yang lain? atau apa?
#InsyaAllah akan bersambung dalan part ke 7, skrg nak pergi jumpa kimi pulak#

Tuesday, November 19, 2013
BUDAK ITU PART 5
-BUDAK ITU PART 5-
"SAYA" melihat amoi sampai ke blok rumah dia, saya tahu rumah amoi paling bawah, dan bila saya tengok amoi sampai lorong nak ke tangga dia berhenti dan mengangkat tong gas tu dengan susah payahnya. saya tahu tong gas itu berat dan bukan tenaga budak darja 4 dan perempuan utk mengangkat benda seberat itu, kalau suruh saya yang mengangkatnya pun belum tentu saya mampu. tiba2 saya nampak amoi golekkan tong gas ke bukit kecik yang betul2 sebelah rumah dia. owh maknanya amoi tidak memikul tong gas tu menggunakan tangga, dia hanya golekkan ikut bukit kecik tu dan bila tong gas tu sampai ke bawah dia pun turun gunakan tangga dan kembali mengolekkan tong gas untuk masuk dalam rumah. Bijak jugak dia tapi saya rasa itu bukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh anak perempuan sepertinya.
petang tu seperti biasa budak itu menjual kuih, cuma kali ini saya tengok anak cina yang selalu jadi kawan amoi sudah ikut sama2 berniaga tapi dia jual surat khabar, nampaknya amoi sudah ada kawan setiap kali dia berjualan. saya boleh tgk air muka amoi agak gembira, mungkin dia seronok kerana dia tidak lagi bersendirian menjual kuih. kadang2 saya tgk amoi tolong anak cina tu lipat2 kertas yang digunakan cina untuk upacara sembahyang mereka bila kedai dia tak ada pelanggan. dia buat benda tu dengan senang hati, kadang2 saya tgk dia gelak, dia menjerit2 seronok bila dia berjaya buat sama mcm anak cina tu buat, ada bentuk burung, bentuk kapal, bentuk mangkuk dan ntah hapa2 laagi ntah bentuk yang terhasil dari kertas cina sembahyang tu. amoi memang takda kawan melayu agaknya, dia lebih selesa berkawan dgn anak cina tu.
hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, budak itu tetap dengan rutin hariannya, menjual kuih di bawah payung tepi bus stop, pernah sekali2 saya berpeluang melihat dia bertungkus lumus selamatkan kuih jualan dia dari angin yang terlalu kuat, payungnya terbang, meja kuihnya terbalik, segala kuih2nya jatuh tercampak ke atas tanah yang sudah tentu kotor dan berdebu. dia cuba mengutip balik kuih2 dia dan meniup2 kuih tu mungkin untuk hilangkan habuk yg melekat pada kuih2nya itu. kesian juga saya melihat dia dalam keadaan begitu. ada satu ketika saya melihat dia basah kuyup berjalan dalam hujan lebat semata2 nak selamatkan kuih2 dia dari terkena hujan, satu persatu bekas2 kuih jualannya dia bawak lari dan letak di atas tangga blok depan kedai dia berjualan, masa tu payungnya sudah tumbang dan terbang di tiup angin kencang. dalam kesejukan kerana basah kuyup demi menyelamatkan kuih2 jualannya, dia masih mampu tersenyum bila ada yang sanggup nak beli kuih jualannya walau dia sudah letakkan bekas2 kuihnya di atas tangga blok rumah orang. mungkin orang yang membeli tahu, amoi duduk di tangga dengan kuih2 jualannya kerana hujan lebat dan payung jualannya sudah terbang di tiup angin.
satu hari saya balik kerja saya singgah dulu kedai amoi nak beli karipap, tiba2 saya nampak amoi sedang bercakap dengan satu nyonya tua, nyonya tu sgt tua, saya nampak amoi hulurkan kuih pada nyonya tu dan bila saya semakin dekat saya dpt lihat amoi sedang melihat sesuatu di kaki nyonya tua tu, bila saya ikut sama melihat, terkejut saya melihat kaki nyonya tu yang bernanah sebesar tapak tangan dan nyonya tu seolah2 mengigil sama ada sakit atau lapar. bila amoi nampak saya dia terus berdiri dan tanya adakah saya nak kuih mcm biasa? saya mengangguk dan amoi cepat jer bungkuskan karipap utk saya, bila saya bagi duit pada dia, saya tanya, kenapa dgn nyonya tu? dia beli kuih ker? kaki dia kenapa? amoi cuma cakap, kesian ah soo tu lapar, kaki dia jadi macam tu sebab anak menantu dia tekap dgn iron panas.
dah tu awak bagi dia kuih percuma? nanti kalau duit kurang macam mana?
#InsyaAllah akan bersambung di part 6#

BUDAK ITU PART 4
-BUDAK ITU PART 4-
'SAYA' balik rumah dengan satu perasaan ingin tahu kenapa budak itu menangis? dia kena marah ker atau apa? esoknya hari sabtu, saya tunggu dia keluar untuk berjualan seperti biasa. tepat pada masanya budak tu pun lalu, saya nampak dia, saya tegur "akak tolong awak bukak kedai hari ni boleh?" dia geleng kepala, dia kata jangan tolong dia nanti dia kena marah. dia dah biasa buat kerja sorang2. ok saya tak mahu terus memaksa dia sehingga mungkin akan membuatkan dia akan dimarahi. saya tunggu sampai dia siap untuk menjual dan bila tgk dia dah siap saya pun datang dekat dia dan duduk kat tepi batu bus stop. melihat dia melayan orang yang datang beli kuih buat saya tersenyum. kadang2 saya rasa orang beli kuih kat dia mungkin sebab dia kesian kat budak tu. baru darjah 4 tapi setiap hari terpaksa habiskan masa dengan menjual kuih.
kalau anak kecil yang sebayanya mungkin sedang seronok bermain bersama2 rakan sebaya atau sedang seronok menonton tv tapi dia tidak begitu. seolah2 zaman kanak2nya hanyalah membantu keluarganya berjualan. tapi walau pun begitu saya tak pernah nampak dia muram, dia sentiasa tersenyum, ramah dan mesra dengan semua orang yang datang untuk membeli kuih2nya. adakalanya orang cina yang datang membeli kuih dia tu selalu menyangka dia adalah anak cina sebab dia memang fasih berbahasa cina. mungkin kerana dia berkawan dengan anak cina maka anak cina tu mengajar dia berbahasa cina.
selepas saya tengok kedai dia semakin berkurang orang, saya datang dekat kat dia dan tanya dia, amoi memang hari2 jual kuih ker? takde cuti atau rehat? dia cakap takda, kalau cuti nanti takda duit. saya hanya diam tak tanya apa2 lagi. kemudian dia tanya saya "kenapa kakak selalu ada dekat2 sini? kenapa akak selalu tgk2 saya?" saya tersenyum dan cakap kat dia yang saya suka tgk dia dan saya jadi teringat kat adik saya yang sebaya dgn dia tapi adik saya tak macam dia, adik saya balik sekolah boleh rehat2 tdo, kalau cuti sekolah boleh keluar bermain2 atau tgk tv. dia hanya diam bila saya cakap macam tu. dia tahu ker apa makna main? aoa erti rehat? apa maksud tgk tv?
macam xde respon apa2 jer bila saya cakap mcm tu tadi.
tiba2 ada satu teksi berhenti depan kedai kuih dia dan saya lekas2 bangun menjauhkan diri dan beralih duduk di bangku bus stop. saya tgk pemandu teksi tu keluar dari teksi dia dan terus ke meja jualan budak tu, dia pun amik kuih karipap dan terus makan kat situ, saya tgk budak tu muka macam tak selesa dan macam takut2, saya nampak pemandu teksi tu macam bertanya pada budak tu tapi saya tak dpt dengar apa yang ditanya dan apa yang budak tu jawab. cuma saya dapat tengok budak tu tiba2 lap mata dia dengan hujung lengan baju. SAH budak tu menangis.
lepas pemandu teksi tu makan dan bayar harga kuih yang dia makan, budak tu pun terus duduk dan diam merenung ke arah jalan raya, saya nak datang dekat tapi saya rasa serba salah. cuma hati saya meronta2 nak tahu kenapa dia menangis tiba2? siapa lelaki yg bawak teksi tadi? abahnya yang dia takutkan itu kah? tapi kalau abah dia kenapa pulak abah dia makan kuih dan bayar?
perlahan2 saya pergi dekat meja jualan dia dan duduk kat kerusi sebelah dia. dia nampak saya datang dia senyum dan tanya kakak nak beli kuih ker? saya geleng kepala, saya cakap kakak nak tanya amoi sesuatu tapi amoi kena percayakan akak dan akak janji akak akan jadi kakak amoi, kakak suka sgt pada amoi. kakak anggap amoi macam adik akak sendiri. dia tgk jer muka saya dan dia tanya akak nak tanya apa? saya pun tanya dia kenapa tiba2 amoi nangis? dia cakap xde apa.. tiba2 mata dia masuk habuk dia cakap. saya pun pegang tangan dia dan cakap, kakak bukan budak kecik, akak tahu amoi menangis bukan mata masuk habuk. cuma amoi cerita pada kakak, siapa lelaki tu? abah amoi ker? dia geleng kepala. jadi siapa lelaki tu? dia kacau amoi ker? dia ada buat yang bukan2 pada amoi ker? dia tetap menggelengkan kepalanya.
lama dia diam tiba2 air mata dia semakin laju dan laju dan terus mencurah2, saya sendiri jd kaget, saya peluk dia saya tanya dia kenapa tiba2 amoi nangis? dia pun cakap... "pakcik teksi tu cakap dia kenal ibu dan abah saya, dan pakcik tu cakap dia tahu yang saya bukan anak ibu dan abah saya, dia suruh saya tengok saya dan adik beradik yang lain sama tak warna kulit dan rupa?" budak tu terus bercerita dalam tangisan dia, dia cakap dia mmg tahu dalam ramai adik beradik yg dia ada semuanya kulit agak gelap tapi dia sorang jer kulit cerah dan rupa macam anak cina. budak tu cakap pakcik teksi tu cakap yang dia tu adalah anak angkat sahaja. jadi dia sedih bila ada orang cakap dia tu sebenarnya hanyalah anak angkat.
jadi yang hari tu amoi nangis sebab pakcik tu jugak? dia menganguk. terjawablah sudah kenapa rupanya budak tu menangis hari tu. rupanya dia sedih sebab ada orang cakap dia hanyalah anak angkat. kemudian saya tanya dia pulak, akak tak pernah nampak adik beradik awak yang lain, ibu abah awak pun akak x pernah nampak, mana mereka? dia jawab ada kat rumah, ibu buat kuih dan saya tolong jual. adik beradik dan abah amoi mana? dia hanya diam dan kebetulan ada orang datang utk membeli. ceritanya terhenti disitu.
satu ketika sedang saya duduk2 di tepi blok rumah saya, saya ternampak budak tadi tu, dia sedang mengolekkan tong gas yang saya rasa sudah kosong sebab nampak tong tu seolah2 ringan. tapi seringan2 tong gas yg kosong pun kalau dgn tenaga budak darjah 4 ianya masih tidak patut saya rasa. saya pantas mendekati dia, dia nampak saya dan tersenyum. saya tanya dia "nak bawak pergi mana tong gas nie? berat2 nie awak nak bawak kemana?" dia jawab... gas habis jadi dia nak pergi tukar gas. saya terdiam sebab saya fikir, skrg tong gas kosong mungkin ringan dia blh nak golek2kan sampai kedai, kalau nak amik gas yang baru mesti akan jadi berat sebab tong gas bukan lagi tong kosong. macam mana budak darjah 4 nak bawak tong gas yang berat? saya tgk muka dia dan tanya "kenapa tak suruh orang kedai datang amik dan hantar?" dia jawab, kalau suruh kedai hantar dia akan cas kos penghantaran. akan mahal 50 sen. saya terdiam. saya seluk poket dan hulurkan 50sen pada dia tapi dia kata dia tak boleh amik sebab kalau dia amik nanti orang kedai hantar gas kat rumah dan abah dia akan tahu yang ada orang tolong dia. saya terdiam. kelu tak tahu nak buat apa. amoi sangat takut pada abahnya.
mata saya menyaksikan sendiri amoi golek tong gas kosong ke kedai dan kembali dgn tong gas yang baru yang pasti lebih berat dari yang tadi, saya melihat dia berpeluh2 mengolekkan tong gas, kejap2 berhenti, kejap2 duduk atas tong gas... tiba2 saya terfkir, nanti kalau sampai kat blok rumah macam mana budak tu nak angkat tong gas tu sebab rumah tu xde lif!
tak kan dia nak pikul atas bahu dia? tak kan dia nak golek jer kat tangga? atau apa yg dia akan buat utk memastikan tong gas tu sampai dalam rumah dia?
#InsyaAllah akan bersambung#

Subscribe to:
Posts (Atom)