Wednesday, October 16, 2013

berlapang dadalah tengok kebahagiaan orang lain

Sekali sekala dalam saya bergelak ketawa melawak dan buat bodoh, kadang2 timbul juga rasa sayu dalam hati. saya nie jenis tak kacau orang, jenis tak amik kisah sangat pun hal2 orang sebab saya pegang prinsip, selagi kau tak kacau aku, x kacau anak beranak aku, kaum kerabat aku lantak kau lah nak buat apa pun!

spt cth skrg nie zaman FB, banyak saya tgk status2 yang saling perli memerli dan kata mengata dan bila saya tgk dan kaji saya tgk dia tulis tu dia tuju pada orang yang tak ada kena mengena dgn dia pun... cth mcm si minah tulis hari nie anak dia darjah 3 dah mula mengaji Quran...Alhamdulillah.... tiba2 si tipah nie pun tulis, mcm anak kau sorg jer lah yg mengaji Quran, anak orang lain tak mengaji... LORH! kenapa jadi mcm tu???

kemudian si zaki tulis, kereta aku tiba2 break down kat hiway plus, tiba2 si mamat pun up status tulis, nak berlagak bagitahu yg dia ada kereta lah tu! LORH! salah ker zaki nak cakap mcm tu???

kemudian si ariffin tulis, bersembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan di statusnya... si anis pun tulis kat status: nak tunjuk alim lah tu, nak tunjuk kunun2 dia sorg jer lah yg sembahyang yg solat! LORH! salah ker tulis mcm tu????

kemudian si niza tulis, hepi malam  nie sbb beday saya, suami dan anak2 bwk pergi makan kat hotel dan dpt hadiah choki2 sekotak. syukur Alhamdulillah... tak lama lepas tu muncullah si ain tulis kat status, mcm batak mcm jakun nak bgtahu beday makan kat hotel dan anak2 bg hadiah beday choki2, orang lain dpt banglo tak kecoh pun! LORH! itukan kehidupan dia kan????

kemudian kita tengok si leha upload gambar anak dia tgh suap dia makan, tiba2 kita nampak si siti tulis, mcm dia sorg ada anak, nak menunjuk2 kunun2 hidup dia ala2 zaman fantasi dan hidup dalam suasana indah2 sahaja! LORH! leha kacau hidup awak ker???

kemudian kita tgk si azmi upload pic dia tgh cium pipi mak dia dgn caption saya sayang mak saya, tak lama lepas tu kita tgk si nordin tulis status, poyo! mcm dia sorg ada mak, bajet hidup ala2 retis a.k.a artis ler tu gambar cium mak pun nak upload nak ckp saya sayang mak saya lah hapa lah... LORH!! itu kan mak dia, bukan mak awak pun kan???

kemudian kita tgk si nana upload pic makan laksa, tiba2 si nini tulis, poyo bajet hot makan laksa pun nak canang satu dunia! LORH! salah ker??? sekadar suka2 dah namanya main laman sosial.

kemudian kita tgk si abu tulis, dah asar, jom solat berjemaah jom! x lama lepas tu si kadir pun tulis, ek'eleh bajet alim! nak semayang xyah kecoh2 bro! solat diam2 sudah! LORH!!! kalau gitu orang azan tu pun bajet alim ker???

BEGITULAH APA YANG SAYA NAMPAK SIKAP MANUSIA DI ZAMAN SERBA CANGGIH DAN MODEN INI...

semakin canggih dan moden teknologi yg kita ada, semakin terserlah perangai buruk manusia.
tu belum lagi bila orang upload nak beli umah, nak beli keta, nak beli beg, nak pergi bercuti, nak buat itu nak buat ini dan ntah hapa2 lagi ntah lah yg org nak buat...

bagi saya lantaklah orang tu nak buat apa pun asalkan dia tak kacau naak beranak kita... saya pun main fb gak, main twitter, myspace, friendster, hi5 dan ntah hapa2 lagi laman sosial tp xde ler saya nie biarkan otak saya jd bodoh dan hati saya jadi rosak dok memikirkan update rutin orang kat lama sosial mereka... lantak kau lah nak buat apa pun... orang nak ckp dia sayang bini dia ker, cinta laki dia ker, sayang nenek dia ker, lantak dia ler kan??? bukan urusan kita pun.. yg kita nak sakit hati dgn update org tu kenapa? kalau dah rasa muak, mual, menyampah nak muntah, kan blh unfriend blh block!

kdg2 saya pelik dgn sikap orang nie, org tulis benda baik depa kata nak jd alim tunjuk warak nak jd ustaz ustazah fb, org tulis bahagia, senang, aman damai mereka tuduh riak, berlagak dan perasan kunun2 hidup mcm dalam alam fantasi... dah kalau mmg hidup dia bahagia, lantak dia lah.. kita jaga hidup kita sendiri sudahlah! kalau hidup kita tak seindah hidup orang lain, perbaikilah bg indah jugak, jangan pulak sebab hidup kita tak bahagia dan tak seindah hidup orang lain kita tgk org lain bahagia kita nak sakit ati nak dengki sampai nak mengutuk mengumpat mengata pulak...

satu dah ler berdosa dok ngumpat orang, pastu satu hal pulak, org tu tak usik kita pun! x rasa kita nie buang masa dan hati tak betul ker?

mmg ler kdg2 tu kita tulis, bukan dengki atau jeles tp kalau dah selalu asyik cte yg indah2 jer org pun meluat jugak! aik???? dah tu awak suka ker kalau tgk org menderita? pelikkan kalau ada org yg tak suka tgk org bahagia... kalau dah mmg hidup dia indah.. indahlah jadinya... mmg orang akan nampak seolah2 alam fantasi yg wujud di alam realiti... sebab tu hati tu kena baik, kalau dah hati pun tak betul, mcm mana nak kecapi bahagia???

berlapang dadalah tgk kebahagian orang lain.. itu lah rezeki dia... kita mungkin tak tahu masa kecik dia menderita ker hapa, tp bila besar Allah kurniakan pd dia kebahagiaan yang tidak berbelah bagi kan??? who knows???

#tetiba panjang pulak entry nie#

hahahhaa...

saja2 jer tulis sebab nie kan blog saya! tak suka jgn baca!
:P

Wednesday, September 25, 2013

Tegar- Aku yang dulu bukan yang sekarang-

tiba2 saya terpanggil nak tulis pasal penyanyi Tegar yang top dengan lagu aku yang dulu bukan yang sekarang. saya menelusuri perjalanan hidup dia melalui pembacaan di laman sesawang dan you tube buat saya terasa besarnya kuasa Allah. Jujurnya saya mengatakan kalau saya jumpa penyanyi jalanan macam tu saya mesti berfikiran itulah saja perjalanan hidup dia, sampai bila2lah dia akan terus hidup sebatas kais pagi makan pagi, kais petang makan esok.

tapi saat fikiran saya teringat bahawa Allah itu berkuasa saya akan teringat cik suami pernah berkata "bintang seseorang itu tak siapa tahu" betul juga apa yang cik suami katakan itu. siapa sangka si tegar yang comot serabai selekeh sewaktu jadi penyanyi jalanan yang dah macam peminta sedekah itu akhirnya blh berubah menjadi senang lenang dan semakin menghampiri kekayaan.

terfikir adakah kerana niatnya yang mahu membantu keluarga di rumah membuatkan Allah makbulkan impian dia? adakah setiap kali dia melantunkan lagu tersebut dia umpama berdoa sehingga Allah makbulkan doanya? setahu saya, setiap apa yang terucap di bibir umpama doa dan mungkinkah tegar sentiasa berdoa dan doanya adalah doa yang sangat tulus niatnya yakni mahu membantu keluarga di rumah.

jadi kalau si tegar yang satu ketika dulu dilihat seperti sampah namun kini mampu berubah dan dipandang seperti permata kenapa kita tak boleh? jika tegar boleh bertukar dari tegar yang busuk, kotor dan miskin menjadi tegar yang wangi, bersih dan kaya kenapa kita tak boleh? tegar adalah salah satu contoh yang boleh kita jadikan contoh supaya kita jangan mudah putus asa, jangan mudah patah semangat dan jangan lupa terus berdoa dan niatkan yang sewajarnya seorang hamba berniat kepada penciptanya...

kita tak pernah tahu apa yang telah Allah tentukan buat kita, namun saya yakin Allah memberikan setiap dari ciptaannya dengan rezeki masing2 dan ianya sama banyak dan adil. memang tak dinafikan kadang kala kita merasakan rezeki kita tak sebanyak orang yang berada di sebelah kita sehingga kita mengizinkan perasaan iri timbul dalam hati kita sedangkan kita sudah lupa mahu mengenang kembali rezeki apa yang sudah kita perolehi sebelum ini. kita lebih senang mengambil tahu apa yang orang lain dapat hingga kita tak nampak rezeki yang sudah berada dalam pinggan makan kita sendiri.

Bintang seseorang hanya Allah sahaja yang tahu bila ianya akan bersinar, tugas kita sebagai hambanya cumalah berdoa, berdoa dan teruskan berdoa. buangkan sifat iri camburu pada kelebihan orang lain kerana setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan diri masing2, ianya bergantung pada kita macam mana kita mahu menggunakan kelebihan yang kita ada untuk memajukan diri dan macam mana cara kita menyembunyikan kekurangan agar ia tidak menengelamkan kelebihan diri kita.

#Tegar adalah sumber Inspirasi saya untuk sentiasa redha dan yakin bahawa satu waktu nanti saya juga akan dipilih Allah untuk mendapat rezeki seperti Tegar# InsyaAllah..

.http://www.youtube.com/watch?v=2mCYT092il0&feature=share&list=RD021gQ8rZ-yH60



Tuesday, September 24, 2013

potpet2 dengan cik blog

lama tak potpet2 kat sini, semuanya salah PESBUK! hehehee...
kalau blog nie boleh majuk, kompom dia majuk dah nie...
tapi takpelah blog, kau jangan majuk dgn aku sebab walau aku jarang belai2 kau tapi aku sayang sangat kat kau sebab kau kan diari pertama yang aku ada... hehehe

ok apa nak cerita? apa yang kau nak tahu?

pasal tesis? hehehe tesis aku dah hantar dah tapi aku yakin tesis aku ada banyak nak kena baiki. cuma sv tengah sibuk so aku tunggu sv panggil mengadap jer nie. jadi sementara tunggu sv panggil, aktiviti aku hari2 adalah baca novel, main pesbuk, tidur, jalan2, tgk wayang dan shopping! :)

main pesbuk masih macam biasa, masih macam zaman2 aku main meypes, hi5, frenster dulu2 gak... ada yang nyampah dgn aku tp yg suka dgn aku lebih ramai dari yang tak suka kat aku... so macam biasa aku tetap dgn perangai aku, orang suka kita kawanlah dgn orang tu, orang tak suka kita janganlah kawan dgn dia.. apa nak susah2 sakit kepala sakit ati pikir ttg orang yang tak suka kat kita... kan???

baca novel pulak... aku rasa skill aku membaca dah tak macam dulu lah..  kalau dulu aku boleh baca novel yang 1000++ muka surat tak sampai sehari tapi sekarang nak abis baca yang 300++ muka surat pun makan masa berminggu2. mungkin juga sebab aku dah muak membaca, yer lah, hampir dua tahun aku x baca novel, asyik baca buku2 sekolah sampai skill aku membaca jadi menurun. tapi takpalah... tak penting sangat pun...

pastu jalan2 tgk wayang shopping tu biasalah, ada duit jauh skit kaki berjalan, mata pun meliar semacam jer, tapi time takda duit, jalan skit2 jer mata pun tutup sebelah. hehehhe

bak kata farina, kalau ada duit blh nak tgk2 nak belek2 nak cuba2, kalau xde duit jgn kata nak tgk, nak belek nak cuba, nak berangan2 pun tak payah! ada duit buat cara ada duit, xde duit buat cara xde duit!

erm... tu jer lah kut yang aku nak cte kat kau...xde yg menarik sgt pun ( sbnrnya ada tapi aku malas nak taip)
salah satunya cerita orang2 yg suka sangat nak amik tahu apa aku buat? apa aku makan? apa aku pakai? aku makan kat mana? aku beli beras kat mana? aku beli stokin kat mana? pastu bila aku cakap jujur dorg kata aku berlagak pulak. aku boring betul bila orang cakap aku berlagak, riak dan nak menunjuk2 sebab dorg tu gaya dan lagaknya mcm tuhan jer, tahu jer apa yg ada dalam hati aku nie...

oklah blog, nanti aku rajin aku cte lagi kat kau tau...

Saturday, August 3, 2013

Melihat Dia...

Saya kenal dia sejak kecik lagi,
Sejak zaman sekolah, dia sentiasa riang, ketawa
Seolah2 dia takda masalah. Tapi jauh jika dilihat
Kedalam anak matanya seolah menyimpan
Sesuatu yang perit. Saya tahu dia bukan jenis
Bercerita jika dia bermasalah atau bersedih hati.

Dia lebih suka diam dan sorokkan apa rasa hatinya,
Namun jika dia gembira, satu dunia akan tahu.
Dia sembunyikan segala duka hatinya dgn gelak tawa
Dan gurau sendanya. Pernah ditanya kenapa
Tak cari seseorang yang dia percaya utk dia luahkan
Segala kedukaan hati atau kesedihan hatinya?
Dia jawab dia x percaya sapa2 pun kecuali Allah.

Paling kuat jika sudah tidak mampu ditahan
Rasa perit dihati, dia akan mengalirkan air matanya,
Itulah ubat dia melepaskan segala apa yg terbuku
Dihati. Kdg2 saya sendiri tak faham melihat dia,
Sekali2 tgk dia mcm gila2 tp kdg2 dia terlalu
Sensitif, mudah menanggis. Mungkin itu cara dia
Lepaskan perasaan.

Pernah saya cuba korek rahsia hatinya bila tgk dia tiba2
Menangis tp dia berkeras utk tidak bercerita. Ceritanya
Hanya yg gembira sahaja saya akan tahu, kalau yg
Sebaliknya memang tak pernah.

Itulah dia yg saya kenal sejak kecik.



Thursday, July 18, 2013

AL-FATIHAH BUAT NENEK

Hampir seminggu berlalu...
13 Julai 2013 bersamaan 4 Ramadhan 1434

Nenek tersayang pergi meninggalkan saya untuk selamanya.
Nenek yang menjaga saya sejak bayi,
Nenek yang sering memanjakan saya walau saya hanyalah cucu angkat dalam keluarganya.
Nenek yang sering mengingatkan pada kesemua 13 orang anaknya supaya jangan sekali2 menganggap saya adalah anak angkat kerana saya sudah tidak punya mak ayah kecuali keluarga nenek.
Nenek yang akan memasakkan bubur nasi letak daun pandan tatkala saya demam,
Nenek yang akan rungsing bila saya tidak sihat,
Nenek yang akan masakkan apa saja yang saya cakap saya nak makan,
Nenek yang akan berpeluh2 menguli tepung roti canai bila saya cakap rindu nak makan roti canai yang nenek buat,
Nenek yang akan bebel2 bila tengok saya menyanyi2 kat dapur,
Nenek yang akan terjerit2 bila tengok saya duduk terkangkang2 atas pokok rambutan macam jantan,
Nenek yang akan bising2 bila saya sampai rumah lambat dari waktu yang ditetapkan iaitu sebelum maghrib,
Nenek yang akan hulurkan duit bila dia tahu cucu dia dah pokai,
Nenek yang akan bising bila saya kejar kucing kesayangan dia keliling rumah,
Nenek yang akan potpet2 bila saya tak lipat kain baju,
Nenek yang akan bebel2 bila seluar kecik dan baju kecik saya pun dia yang kena basuh,
Nenek yang akan marah2 bila tempat tidur pun dia yang kena kemas,
Nenek yang akan cubit saya masa tengah tidur sebab kaki saya dah sampai atas muka dia,
Nenek yang akan tarik baju saya bila dia tengok baju saya terlalu seksi
DAN
Nenek yang akan buat apa saja demi mendidik cucunya ini menjadi manusia yang tahu bawak diri dan tidak memalukan dia dan keluargaa.

Jumaat lepas, pada jam2 sebegini yakni sewaktu orang sedang bersolat Jumaat, nenek sudah nazak, saya berikan air zam2 dan ajarkan nenek mengucap. Dan keesokan harinya iaitu Sabtu 4 Ramadhan, nenek menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2 petang. Saya redha dengan apa yang Allah tetapkan.

Saya mahu berikan nenek khidmat terakhir dengan ikut serta memandikan jenazah nenek, namun ada beberapa makhluk perosak yang cuba memalukan saya dengan menghalau saya dari bilik mandi mayat kerana katanya saya bukan waris jenazah dan dia tak mahu nanti ada apa2 jadi dikemudian hari, katanya nanti bimbang saya akan bercerita yang  bukan2 ttg jenazah nenek saya sedangkan nenek saya itu bukan ada sakit apa2 yang pelik2, nenek saya meninggal sebab sakit tua. jadi apa yang mahu diceritakan diaibkan? kerana depan jenazah, saya cuma mampu diam dan menangis dengan sikap lelaki yang berkopiah, berjanggut tetapi bercakap dan bertindak tak sepadan dgn kopiah dan janggut yang dia ada. kamu sendiri pun sewaktu nenek sakit tak pernah sekali datang melawat sedangkan nenek itu adalah mak mertua kamu tapi bercakap macam hebat agama.

Namun saya teruskan berdiam diri dengan hinaan dan tuduhan yang dilakukan kerana saya mendapat keizinan dari anak2 kandung nenek saya sendiri untuk sama2 memandikan jenazah nenek. sehingga selesai nenek dikapankan saya ikut serta, saya sapukan bedak dan berbisik ke telinga nenek, saya katakan "Rina dah pakaikan nenek bedak sama mcm yg selalu nenek pakai tu, nenek dah wangi, nenek pergi jumpa Allah dulu dan Rina akan menyusul nenek kemudian". saya cium nenek sepuas hati dan saya redha Allah ambil nenek saya.

Kini hampir seminggu nenek pergi, saya masih rasa dan ingat yang nenek masih ada, sekali2 terasa tubir mata panas tapi saya cuba jadi kuat. Teringat kembali segala gurauan saya dengan nenek, 5 6 minggu lepas masa dia masih boleh bercakap dan mendengar saya bergurau dgn dia, saya cakap nenek cantik lagi, minggu depan ada orang datang nak masuk pinang nenek, sekali nenek cakap " nonok kau! aku dah tua2 nie ada org nak dtg masuk minang aku" hahahaaa... seronoknya dapat menyakat nenek.

Teringat dulu dia sgt suka makan coklat van hautten atau cardburry yg ada kacang badam tu, tp dia x makan kacang tu, dia hisap2 coklat tu dan kacang tu dia letak dlm bekas, saya nie hari2 amik kacang tu dan makan tanpa tahu dari mana datangnya kacang tu sampailah satu hari tu saya nampak rupanya nenek hisap2 coklat tu dan kacang badam tu dia letak dlm bekas kacang yg selalu saya makan tu. bila saya cakap dgn nenek yang nenek nie pengotor dia cakap "dah habis sebalang kau makan kacang tu, baru kau nak rasa kotor" hahahhaaa...

Saya rindukan nenek dan dialah nenek terbaik yang saya ada. walau saya cumalah cucu angkat dia, tapi dia jaga saya dengan penuh kasih sayang, saya membesar dalam keluarga nenek dan keluarga neneklah segala2nya bagi saya.

AL-FATIHAH BUAT NENEK CHE SHOM BINTI NYONYA
13 JULAI 2013

Tuesday, April 16, 2013

ISTERI YANG MENJAWAT JAWATAN "SURI RUMAH TANGGA" ITU ADALAH SEORANG PEKERJA...


Berikut soal jawab antara seorang suami (S) dan Psikolog (P)..

P : Apakah pekerjaan En. Helmi?
S : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

P : Isteri Encik ?
S : Dia tidak bekerja. Hanya Suri rumah tangga saja.

P : Tiap-tiap pagi siapa yang menyediakan sarapan?
S : Isteri saya menyediakan sebab dia tidak bekerja.

P : Jam berapa isteri bangun untuk sediakan sarapan ??
S : Jam 4 pagi dia bangun karena sebelum membuat sarapan dia kemas rumah dulu..

P : Anak-anak En. Helmi ke sekolah bagaimana??
S : Isteri saya yang mengantar sebab dia tidak bekerja.

P : Selepas mengantar anak-anak, apa yang isteri Encik lakukan ?
S : Pergi ke pasar, kemudian kembali ke rumah untuk memasak dan mengemas rumah. Isteri kan tak bekerja.

P : Petang hari selepas En. Helmi pulang ke rumah, apa yang Encik lakukan?
S : Beristirahat, karena seharian saya letih bekerja.

P : Lalu apa yang istri Encik lakukan ?
S : Sediakan makanan, melayani anak, menyiapkan makan untuk saya dan mengemas sisa-sisa makanan dan bersih-bersih lalu menidurkan anak-anak.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja???

Rutin seharian istri anda bermula dari sewaktu pagi sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA??!!

Suri rumah tangga memang tidak memerlukan segulung ijazah, pangkat atau jabatan yang besar, tetapi peranan Suri rumah tangga sangatlah penting!

Hargailah seorang isteri. Karena bagaimanapun pengorbanannya tidak terkira. Ini merupakan renungan untuk kita semua untuk senantiasa saling memahami dan menghargai peran masing-masing. Karena adanya rasa "SALING MENGHARGAI " maka semua akan bahagia.


p/s: entry ini saya dapat dari satu sumber yang saya lupa apa linknya...

Tuesday, April 9, 2013

Resepi Ketupat Sotong Cara SAYA


semalam kimi minta mama buat ketupat sotong, ari nie baru mama rajin dan skrg ketupat sotong sudah ada dalam periuk... ramai juga yang bertanya resepi semalamkan... jadi saya bg kat sini saja ya... ini resepi ikut cara saya, ikut suka suki hati saya sendiri... hehehe :)

benda paling penting kena ada mestilah SOTONG dan BERAS PULUT.

ok SOTONG tu saya bersihkan mcm biasa, BERAS PULUT saya kukus separuh masak.

lepas tu saya sumbatkan BERAS PULUT dalam SOTONG dan saya amik kepalo sotong tu dan cantumkan balik dgn badan dia dan saya lekatkan kepala sotong tu dengan badan sotong guna lidi cungkil gigi tu. tapi sumbatkan beras pulut tu jgn over sgt, agak2 jer lah... sbb nnt masa masak sotong tu beras pulut tu akan mengembang, kalau kita isi banyak sgt, nnt meletup pulak sotong tu abis keluar semua beras pulut tu...kesian sotong tu... hehehe...

ok setel dah bab sumbat sotong dgn beras pulut skrg nak buat kuah dia pulak... kuah dia senang jer...

amik periuk agak2 blh muat sotong tu, masukkan santan cair agak2 blh tenggelam sotong, ketuk halia skit, ketuk serai ikut suka nak letak berapa banyak, pastu letak semua benda2 tu dlm periuk sekali dengan sotong tu dan biarkan dia mendidih, pastu letak GULA MELAKA, ingat tau, GULA MELAKA! bukan gula merah...letak ler berapa banyak nak letak pun... saya tadi letak 4 ketul gula melaka yang tebal dlm 2 inci tu sebab sotong saya adalah dalam 20 ekor. pastu biarkan dia mendidih mengelegak dalam periuk, kita kena jaga api jer, biar dia mendidih betul2 mendidih agak2 mcm sotong dgn pulut tu dah cukup masak, baru letak santan pekat... tu pun ikut suka lah nak letak byk mana...tp saya letak santan pekat dalam dua mug besar jer, pastu tunggu ler sampai dia jd pekat sepekat2nya... kalau suka ada kuah skit, tak perlu lah nak tunggu sampai pekat...

pastu dah siap ler tu... mmg rasa dia manis sbb nie kan makanan kelantan, kalau tak manis bukan orang kelantan namanya! kihkihkih...

so harap2 resepi suka suki saya nie dapat membantu mereka2 yang nak mencuba buat ketupat sotong ini...

cara makan??? ntah ler, saya makan masuk mulut kunyah2 dan telan! hikhikhik... tapi sbb saya tak suka manis2 sgt nie,  jadi saya makan ketupat sotong nie saya cicah dgn thai sos... jd takda lah kembang tekak sangat makan benda manis ting2 tuh! hehehe...

okie semua... selamat mencuba dan kalau berjaya jgn lupa tag gambar kat saya tau :)