Sunday, January 17, 2010

itu saja yang saya mampu

Rezeki di tahun baru agak murah buat saya.
namun saya tidak pernah lupa pada yang kurang berkemampuan.
walau saya juga tidak semewah mana namun saya selalu berfikiran bahawa
"jika tidak di sedekahkan, saya sendiri tidak tahu kemana akan habisnya rezeki itu"
lantaran itu, sabtu yang lalu saya meminjam seorang anak perempuan yang hanya ada emak tetapi tiada ayah. anak kecil itu bagi saya mampu menjadi seseorang jika di didik dengan sempurna dan penuh kasih sayang.

saya jemput dan ambilnya dari UMInya dan saya bawa dia berjalan jalan bersama hero kecil saya yang sebaya umurnya. saya bawa ke Damansara. dari IKEA ke IKANO kemudian ke TESCO dan ke CURVE. saya terhibur melihat keletah hero dan heroin cilik itu.
petah berbicara dan riuh jadinya bila mereka mula mesra.

pertama sekali saya bawa ke KFC kerana mereka mahu makan KFC, di KFC hati saya tersentuh kerana anak kecil itu sangat sayangkan UMInya sehingga dia hanya mahu makan kentang dan ayam goreng mahu di bawa pulang untuk UMInya. saya belikan karipap IKEA juga katanya Karipap itu juga dia mahu bawa balik untuk UMInya. saya belikan Durian Bantal juga katanya mahu tinggalkan untuk UMInya. sangat jelas bahawa UMInya adalah segala-galanya bagi si kecil itu. saya melihat hero saya pula. hati saya berkata "betapa bertuahnya si hero ini berbanding dgn anak itu"

-inilah durian bantal-

perancangan awal saya mahu membelikan pakaian sekolah untuk kedua anak kecil itu, seperti yang saya rancang, saya belikan segala persiapan untuk si kecil itu ke sekolah. sayu juga hati saya bila memikirkan baju kurung sekolah agamanya cuma sepasang. bagaimana mahu di basuh baju tersebut jika hanya sepasang?

saya di besarkan bukan dari keluarga yang mewah, apa lagi saya juga tak punya ayah apa lagi ibu. saya bagaikan melihat anak kecil itu adalah saya. saya mahukan sesuatu tetapi saya tidak mampu dan tak mungkin saya mahu meminta minta pada orang yang bukan ibu dan ayah saya sendiri.

berjalan mencari cari kasut sekolah, anak kecil itu terpaku pada sepasang kasut PINK bertali yang pada mata saya sangat comel. sesuai untuk anak kecil perempuan seperti si kecil itu. saya tanya adakah dia mahu kasut itu? dia hanya diam dan tiba tiba bersuara: " ada ke size saya? " senyum saya melihat dia berkata begitu. saya minta pada pembantu kedai dapatkan size kasut tersebut, saya bayar dan suruh dia pakai terus kasut tersebut. air mukanya berubah makin ceria dan senyum dengan mata yang bersinar.

saya akui hati saya sangat senang melihat sinaran mata kegembiraan anak kecil itu. hati saya berkata " hanya itu saja yang mampu aku lakukan Ya Allah bila Kau memberikan aku sedikit rezeki "

Saturday, January 9, 2010

hari ke 9 tahun baru 2010

saya sudah selesaikan pengajian saya di peringkat ijazah muda mengikut apa yang saya rancangkan. Alahamdulillah. semalam adalah hari terakhir saya mengambil peperiksaan di peringkat ini. Insayallah saya akan terus mendaki tangga kejayaan sehingga peringkat tertinggi. doa para pengunjung saya amat amat saya hargai.