Saturday, September 29, 2018

ABAM IMAN ROAD TO PT3 2018

Kurang dari 24 jam sahaja lagi Kimi akan menduduki PT3 untuk sesi 2018.

Tiada apa lagi yang mahu mama bebelkan dan tekankan pada Kimi.

Cukup sudah Kimi usaha selama ini. Terperap dalam bilik menelaah pelajaran.

Sekarang kita serah pada Allah swt.
Kita sudah usaha sebaik mungkin.

Mama dan papa sudah berkerja mencari duit untuk menampung segala keperluan Kimi dalam menghadapi PT3.

Papa sudah jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga mencari rezeki bukan hanya untuk memastikan kita tak berlapar dan berhujan berpanas, tetapi papa sudah usahakan sehabis daya untuk memastikan Kimi dapat yang terbaik dalam pelajaran.

Mama sudah susun sebaik mungkin jadual Mama supaya mama lebih banyak bersama Kimi. Dapat hantar, tunggu dan jemput Kimi ke kelas tambahan dan sebagainya.

Cukup sudah bebelan dan tekanan yang mama papa berikan untuk Kimi selama ini. Seminggu terakhir sebelum PT3 bermula, sudah tiada lagi paksaan membaca buku atau membuat latihan tapi Kimi tetap teruskan usaha membaca dan membuat latihan.

Itu atas kemahuan Kimi sendiri dan mama papa hanya mampu berdoa semoga usaha Kimi membuahkan hasil.

Mama papa redhakan Kimi.

Kimi anak yang baik.
Dari kecil tak pernah sekali pun Kimi menyusahkan hati mama papa dan Allah sahaja yang tahu betapa mama papa bersyukur mendapat anak sebaik Kimi.

Tak perlu mama papa menjerit2 kejut Kimi bangun Subuh. Tak perlu mama papa kena ingatkan untuk bersolat kerana Kimi sendiri yang akan bersolat bila tiba masa. Begitu juga puasa dan solat sunat.  Semua Kimi lakukan sendiri tanpa paksaan. Kimi usaha kunci jam bangun sahur dan solat taubat serta solat tahajud sendiri yang mana perkara2 itu telah membuatkan kami terharu gembira dan bersyukur.

Mama yakin dengan segala kebaikan yang telah Kimi lakukan dan selalu menyenangkan hati mama dan papa pasti Allah akan mudahkan segala urusan Kimi.

Mama redhakan Kimi.
Mama ampunkan apa saja yang mungkin telah Kimi lakukan bila dibelakang mama.

Tenangkanlah hati Kimi di jam2 terakhir sebelum PT3 esok.

Jangan rungsing takut2 mama papa tak redhakan Kimi kerana selama Kimi jadi anak mama papa, Kimi anak yang baik dan Kimi adalah anak yang seperti mama harapkan.

Doa mama mengiringi Kimi.

Semoga Allah tenangkan Kimi.
Semoga Allah mudahkan Kimi.
Semoga Allah mengerakkan tangan dan jari jemari Kimi untuk menulis hanya jawapan yang paling tepat dan betul sahaja esok, lusa dan sepanjang Kimi menjawab kertas peperiksaan Kimi.

Aamiiin.

Mama halalkan segala2nya.


SELAMAT MAJU JAYA WAHAI ANAK.



Salam Sayang,
Mama Iman
30 Sept 2018