hari raya korban yang biasa biasa saja bagi saya.
saya terfikir mahu melakukan ibadah korban pada tahun hadapan
jika di izinkan Allah. cuma saya mahu melakukan ibadah ini di kawasan yang benar benar penduduknya kurang berkemampuan. saya merasakan bahawa bagaikan kurang tepat jika daging korban itu sudahnya dapat kepada orang orang yang mampu, yang ada kereta, rumah yang lengkap dengan ASTRO dan berbagai lagi kemudahan lain.
mungkin ramai yang kurang sedar tentang hal ini namun di mata saya yang biasa ini, saya rasa ada kesilapan di situ. saya mahu biarlah daging korban itu dapat kepada orang orang yang memang benar benar layak.
moga moga Allah permudahkan urusan saya yang satu ini.
Sunday, November 29, 2009
Aidil Adha - Korban
Posted by farina abdullah at 6:38 AM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
apa kata hati
seminggu dua ini saya di tuduh itu dan ini.
saya di katakan sombong sejak menjadi MPP.
saya di katakan lupa diri. saya di katakan kacang lupakan kulit.
saya di katakan kurang ajar.
saya tahu saya bukan begitu, saya bukan begitu dan saya memang bukan begitu!
namun hati saya masih waras mengatakan yang itulah lumrah.
saya umpama perdana menteri yang kadang kala tidak mampu mahu membahagiakan
dan senyum pada semua orang. kadang kala keletihan buat saya lupa sama ada saya senyum atau tidak, saya alpa sama ada saya ramah atau tidak. tapi yang saya sedar saya masih sama!
namun sudah tertulis sudah inilah warna warni kehidupan yang akan tercorak di layar putih kehidupan saya sebagai seorang manusia. saya terima segalanya.
buat semua yang beranggapan saya menjadi sombong sejak saya bergelar MPP tegurlah saya di manakah sombong saya itu. tunjukkan lah bagaimanakah bentuk sombong yang telah saya lakukan itu kerana demi ALLAH swt saya memang tak sedar bila waktu yang saya sombong itu. namun saya mohon janganlah di canang pada semua orang tentang kesombongan saya itu kerana itu tidak membantu saya menjadi lebih di senangi namun akan membuat saya makin di benci pleh orang lain. teguran yang berhemah berserta bukti dan contoh lebih efektif untuk orang seperti saya kerana saya sudah terdisplin sejak kecil, jika bercakap tanpa bukti umpama mencurah air di daun keladi dan umpama si pengecut tetapi mahu tunjuk hebat hanya dengan lidah bisa mereka.
Ya ALLAH.. kau kuatkan lah hatiku untuk berdepan dengan semua warna warni pelangi indah mu ini....
Posted by farina abdullah at 4:06 AM 0 comments
Monday, November 2, 2009
politik
ramai yang bertanya kenapa saya tidak aktif berpolitik?
kenapa saya tidak mahu menyertai puteri UMNO?
kenapa saya tidak mahu join itu dan ini?
jawapan saya: aku tetap rakyat malaysia yang bertanggungjawab, cuma aku tak mahu bebankan diri aku dengan benda benda yang aku rasa aku tak mampu nak dakap semuanya...
lagi pun aku sedih...
Posted by farina abdullah at 7:25 AM 0 comments
lama sungguh
memang lama blog ini tidak ada yang baru.
bukan tak ada cerita, bukan tiada kehidupan
tapi... hati saya kosong untuk bercerita dan berceloteh.
saya masih sihat, cuma tugasan dan tanggungjawab harian saya sebagai
seorang pelajar sedikit bertambah untuk semester ini kerana ini adalah semester terakhir saya.
projek akhir sudah bermula, dan saya sedar saya bukan lah manusia yang boleh bahagikan masa dengan baik. namun itu bukan bermakna saya tidak mahu berusaha menjadi pengurus masa terbaik. usaha saya masih mahu maju dalam menguruskan masa agar satu ketika nanti saya mampu melakukan sesuatu tugasan tanpa perlu menggunakan masa yang banyak.
doakan saya.
Posted by farina abdullah at 7:20 AM 0 comments
Thursday, October 15, 2009
sakit kepala..
lama juga saya tak sakit kepala gara gara buat tugasan yang di beri pensyarah.
tapi hari ini, seharian di dalam bilik MPP, menyiapkan tugasan, benar benar buat saya tertekan. kadang kadang sekali dua sistem yang kita buat tak menjadi, kita masih mampu bersabar. namun bila asyik error dan tak boleh "run proggram", jiwa mula kacau dan kepala mula berdenyut!
ini adalah sem terakhir saya. harapan untuk selesaikan pelajaran tanpa masalah makin tinggi. dengan dua subjek dan satu projek akhir, saya akui ianya agak berat untuk pelajar yg sederhana seperti saya.
Ya Allah Ya Tuhan ku, kau permudahkanlah segala urusan pembelajaranku, kau mudahkanlah segala-galanya....
Posted by farina abdullah at 5:08 AM 0 comments
Monday, October 5, 2009
kehidupan 1
kadang kadang dalam hidup kita hanya merancang namun segalanya ALLAH yg tentukan...
namun daya usaha perlu ada. jika kita berusaha pasti segalanya seperti yang kita rancangkan. cuma sama ada ianya berkekalan atau sebaliknya.sama ada ianya di restui atau tidak. berbahagia ke hujung nyawa atau terputus di tengah jalan.
saya terlihat semua gambar sewaktu sedang mengikuti kursus bina negara anjuran Biro Tata Negara. segalanya berputar satu persatu tanpa sedikir pun celanya...
dari gembira hingga ke duka. dr duka hingga tersenyum kembali....
hati saya sebak kala melihat video yang di rakamkan sepanjang 5 hari di sana.
tiba tiba tanpa sedar ada sesuatu yang terdetik di hati kecil saya dan ianya benar benar buat hati saya sebak, air mata saya bergenang....
rindu pada segalanya kadang kadang buat kita lupa segala kepahitan yang telah berlaku. namun selagi ALLAH mengatakan ianya bukan sekarang, maka saya akan tetap bersabar sehingga segala gurau senda dan gelak tawa itu kembali bergema dalam satu kumpulan... insyaallah.
Posted by farina abdullah at 6:51 AM 0 comments
Thursday, September 24, 2009
puasa dan raya...
lama entry ini tidak terupdate.
puasa dan raya saya biasa biasa saja.
tiada yang istimewanya.
malah hati saya juga bercelaru.
hanya Allah yang maha mengetahui...
buat semua pengunjung blog saya ini,
mohon ampun dan maaf saya pinta dari kalian
dan selamat hari raya aidil fitri.
Posted by farina abdullah at 9:14 AM 0 comments
