Tuesday, May 27, 2014

BUDAK ITU PART 32

SAYA terkelu melihat result amoi depan mata saya, hanya ada 2 A, 2 B, dan 4 C. saya merenung wajah amoi, saya tengok air matanya mengalir laju. saya tahu dia sedih  bercampur dengan takut yang dia akan di berhentikan sekolah. Saya peluk dia dan dia terus teresak2 di bahu saya. saya tak mampu nak berkata selain dari memujuk dia untuk bertenang. saya faham amoi sedih dan saya boleh rasakan apa yang amoi rasakan. tapi bagi saya dengan kesibukan amoi tolong ibunya berniaga dan tidak ada masa yang banyak untuk belajar, keputusan PMRnya boleh dikatakan agak bagus. Tapi amoi tetap menangis kerana dia tahu, abahnya sudah berkata jika dia tidak dapat semua A dia akan di berhentikan sekolah dan nampaknya amoi memang tak boleh nak dapat semua A.


Sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi, saya tengok amoi resah gelisah. saya bertanya dia macam mana? adakah dia akan bersekolah atau macam mana? dia hanya sekadar mengalirkan air mata. bila saya tanya, sudah beli buku2 sekolah atau barang2 kelengkapan untuk masuk sekolah? dia sekadar mengelengkan kepala. saya tanya adakah adik2 yang lain sudah beli barang2 untuk masuk sekolah? dia mengangguk dan air matanya semakin laju. saya hanya mampu menahan sebak di hati. saya yakin amoi akan belajar hingga tingkatan 3 sahaja. Nampaknya abah dia nekad akan berhentikan amoi sekolah setelah keputusan PMR amoi tidak mendapat semua A. Jujurnya dalam hati saya sangat terkilan. saya berasakan jika amoi mendapat pendidikan dan masa yang cukup saya yakin amoi mungkin akan dapat lebih bagus dari itu. Tapi siapalah saya untuk masuk campur hal keluarga amoi.

Masanya tiba, hari pertama persekolahan bermula, saya resah memikirkan apalah perasaan amoi apabila dia sudah tidak lagi boleh ke sekolah. saya tak sabar menanti amoi buka kedai dan penantian itu benar2 buat saya rasa lambatnya masa berjalan. Bila tiba waktunya saya tengok amoi buka kedai seperti biasa dan bila keadaan sudah tenang saya pergi berjumpa amoi dan dia tersenyum melihat saya. saya tanya dia mcm mana hari ni, awak buat apa bila dah pergi sekolah? dia tersenyum tapi senyuman itu terselit duka. dia kata dia pergi sekolah tapi tak ada kelengkapan baju baru atau barang2 baru, semua pakai yang lama dan buku pun beli buku tulis sahaja. saya terkejut dan lantas saya peluk dia. saya katakan syukurlah awak blh pergi sekolah. kali ni belajarlah lebih bersungguh2 supaya SPM nanti awak boleh dapat keputusan yang lebih cemerlang. dia sekadar menganggukkan kepalanya. saya tarik nafas lega kerana nampaknya amoi masih boleh bersekolah seperti budak2 lain.

sebulan dua berlalu tiba2 saya dikejutkan dengan satu berita yang amoi akan diberhentikan sekolah. pagi2 amoi sudah datang mengetuk pintu rumah saya dan menangis mengatakan minggu itu adalah minggu terakhir dia akan bersekolah dan selepas itu abah dan ibunya tidak mahu dia ke sekolah lagi kerana mereka mahu amoi membantu mereka buat kuih dan jual kuih. saya terdiam dan memujuk amoi supaya bersabar. dia menangis semahu2nya dan saya tak tahu macam mana mahu membantunya kerana saya tahu saya bukan siapa2 dengan amoi. saya tanya kenapa tiba2 berhenti sekolah pulak? amoi kata yang abahnya rasa kalau amoi terus bersekolah adalah membazir kerana amoi bukannya pandai dan tak guna sekolah sampai habis. saya hanya mampu mengeluh dan bersedih dgn apa yang berlaku pada amoi.

Hari pertama amoi diberhentikan sekolah saya nampak muka amoi sembab, matanya bengkak kesan dari menangis dan saya hanya diam tak mahu bertanya apa2 kerana saya tahu jika saya bertanya mungkin amoi akan menangis lagi. Saya mencari Ahmad dan saya ceritakan segalanya pada Ahmad dan Ahmad terdiam kerana rupanya amoi tak pernah cerita hal itu pada Ahmad. saya sedikit rasa bersalah tapi saya rasa Ahmad perlu tahu hal itu. tapi saya dan Ahmad sudah berjanji tak akan bertanya apa2 hal itu pada amoi supaya amoi tidak terus bersedih. saya tahu berhenti sekolah adalah satu perkara yang memalukan.

Masa berlalu dan amoi sudah kelihatan agak tenang dan boleh terima bahawa dia kini tidak lagi bersekolah. dia sudah kembali boleh tersenyum dan bergurau senda seperti biasa dan perubahan itu agak melegakan hati saya dan Ahmad. cuma saya nampak setiap kali amoi melihat bas sekolah menghantar budak2 sekolah balik sekolah atau mengambil budak2 ke sekolah, riak wajah amoi akan berubah sedih. saya tahu hati amoi sedih melihat keadaan itu. namun kesedihan itu tidak lama, amoi akan kembali gembira bila dia melayan orang yang datang membeli kuih dan bila saya dan ahmad berbual2 dgn dia. cuma satu sahaja yang saya perasan, amoi sangat suka membaca. buku2 masa dia tingkatan 2 dan 3 dulu masih di baca dan sekali2 saya tengok dia mengajar anak cina yang selalu berkawan dengan dia.

sedar tak sedar cuti sekolah pertengahan tahun sudah bermula, nampaknya amoi sudah dapat terima sepenuhnya yang dia sudah tidak bersekolah. dia sudah tidak sedih lagi bila tgk kawan2 pergi atau balik dari sekolah. walau ada yang mengejek dia budak malas dan bodoh sebab tak sekolah tapi amoi nampak tenang.
sehinggalah satu hari amoi datang rumah saya menangis2 dan bagitahu dia mahu lari dari rumah. saya tanya kenapa? dia hanya diam dan terus menangis sambil berkata dia mahu lari dari rumah dan kalau tak boleh dia mahu bunuh diri. saya terkedu dan berdebar2, apa masalah amoi sampai dia nak lari dari rumah dan kalau dia nak lari pun dia mahu ke mana?


#insyaallah akan bersambung di part berikutnya#

No comments: