Sunday, February 22, 2009

burung dan hujan

lewat petang semalam meronda ronda KL,
lalu depan KWSP buka tingkap kereta
dengar riuh kicau burung nak balik ke sarang
berpusing pusing sekelompok besar di angkasa
seronok juga dengar bunyi burung.

tiba di depan istana negara
hujan turun lebat selebat-lebatnya
pembawa kereta pun berhati hati sebab tak nampak jalan
lalu depan airport sungai besi,
banjir! air naik agak tinggi.
perlahan lahan memandu meredah air dgn berhati hati.

kerana kereta bergerak perlahan
saya nampak 3 4 ekor burung tengah berusaha
mengepak ngepak sayap supaya boleh terbang
betul betul di tengah tengah jalan dengan hujan yang
sangat lebat. kesian saya tengok burung burung tu.
dengan bulu bulu yang dah basah kuyup, di tambah pula
dengan hujan yang lebat, mana mungkin burung tu mampu nak terbang.

saya rasa mungkin burung burung tu dah mati kelemasan atau kesejukan atau mati sebab di lenyek tayar kereta yang meredah air. sebab burung burung tu memang berada di tengah tengah jalan dengan hujan yang lebat dan air yang naik agak tinggi. pelajaran baru yang saya dapat dari apa yang saya nampak semalam, rupa rupanya burung bila hujan lebat sangat, memang mereka kena cepat cepat cari tempat berteduh sebab bila bulu mereka dah basah, mereka tak akan boleh terbang. walau semalam secara bergurau saya katakan "haaa...tulah, main sampai tak ingat dunia, dah tau nak ujan tak reti reti nak balik, kan dah basah, kan dah tak boleh nak terbang" tapi malam nie saya terfikir pula apa lah yang jadi kat burung tu semalam? mati ke hidup?

kalau dulu selalu berangan nak jadi burung sebab boleh terbang bebas ke mana saja, tapi sekarang dah tak mahu dah jadi macam burung lepas tengok apa yang jadi kat burung bila kena hujan lebat.

Saturday, February 21, 2009

sedekah

hari ini 21 feb 09, seawal jam 8:30 pagi saya sudah berada di kampus
untuk pembentangan projek warga depan doctor Azeem dari USM.
sengaja saya datang awal sebab nak buat persediaan apa apa yang patut.

hp saya berdering dan datangnya dari doc Azeem yang bertanya bagaimana mahu
ke KLMU jika menaiki teksi dari concorde sultan ismail KL dan beliau mengatakan yang kemungkinan beliau agak lewat tiba. (sepatutnya pukul 10 pagi, tapi beliau sampai dalam 10:30)saya agak lega dengan kelewatan beliau sebenarnya kerana ini memberikan saya peluang untuk bersedia dengan lebih baik lagi.

pembentangan berjalan lancar dan doc Azeem banyak membantu dan memberi idea apa yang patut kami lakukan bagi menjelaskan masalah yang kami bincangkan. (kami memilih tajuk lumba haram di sekitar KL dan final pembentangan adalah pada 14 dan 15 mac 09 di sunway college)

selesai segalanya sekitar jam 1 tengah hari dan saya bersama seorang teman (khalil) memilih untuk berjalan kaki hingga ke SOGO. sampai SOGO, khalil terus ambil bas untuk balik dan saya terus masuk SOGO untuk ke LRT. sekali sekala naik LRT seronok juga. dengan orang ramai yang ada dalam SOGO kerana SOGO tengah SALE saya hanya melirik lirik mata ke arah diskaun diskaun yang di tawarkan. (dalam hati macam nak join, tapi mata ngantuk buat saya cepat nak balik rumah)

melalui jejantas dari dalam SOGO ke LRT saya melihat seorang wanita sekitar 30an dengan anak lelaki sekitar 2 tahun sedang duduk bersandar di dinding. memegang cawan minuman. minta sedekah! hati saya tak terusik. (zalim kah saya?)

8 langkah kaki melangkah, terlihat seorang lelaki yang kudung kaki kanan dan tangan kiri sedang menyusun tisu di dalm bekas raga. tertulis atas sepotong kad kertas putih "4 = RM 1" saya yang sudah melintasi berpatah balik dan serahkan RM 5 dengan mengambil hanya dua paket tisu. dan saya katakan saya sedekah bakinya. doakan saya sihat selalu ya? lelaki itu tersenyum dan berkata insyaallah akan saya doakan.

atas tren sambil menunggu sampai ke stesen BTS saya terfikir kenapa saya cukup payah mahu menghulurkan sedekah pada orang orang yang seperti perempuan pertama yang saya lihat tadi? sedari dulu, seingat saya, payah saya mahu menghulurkan sedekah pada golongan yang meminta sedekah tanpa apa apa di tangan. maksud saya seperti tisu atau ayat ayat suci Al-Quran. hatta jika saya sedang makan datang golongan golongan peminta sedekah ini tanpa membawa apa apa di tangan saya pasti gelengkan kepala tanda "tidak". tapi jika mereka mereka ini datang meminta sedekah dengan membawa tisu atau apa saja, pasti saya dengan hati yang rela akan menghulurkan sedekah.

sebetulnya saya dari dulu tidak berapa percaya dengan peminta peminta sedekah yang ada. kerana kalau di lihat dari segi fizikal, cukup sifat, boleh berjalan, mampu bercakap dan adakalanya bila di sedekahkan hanya sen sen, kita balik yang akan di'bahasa'kan. bagi saya mereka mereka yang cukup sifat ini, kalau minta kerja di kedai kedai makan pun mungkin akan di terima. atau dari meminta sedekah saja saja, baik mereka jual tisu atau fotostat ayat ayat suci dan jual. tak perlu buat cantik cantik. fotostat hitam putih dan potong jadi kepingan kecil sebesar tapak tangan dan jual. saya rasa pasti ramai yang akan bersedekah.

Tiba di stesen BTS sebelum keluar dari platform, nampak tabung untuk GAZA, korek korek poket ada sen sen, saya masuk kan dan harap harap sen sen saya itu dapat membantu mereka untuk membina kembali kehidupan yang tenang.
semoga apa yang saya lakukan hari ini di berkati Allah. Doa saya, agar saya di beri
kesihatan yang baik dan di permudahkans egala urusan. insyaallah..

Tuesday, February 17, 2009

kesibukan

sem baru, baru bermula... saya akui saya teramat sibuk.
dengan kuliah yang hampir padat, tugasan dan kuiz, sampai demam dan sakit kepala saya untuk menghadapinya. saya akui dan sedar saya adalah orang yang tidak boleh terlampau banyak sangat perkara mahu di selesaikan dalam satu masa yang sama. kadang kadang saya cuba untuk melakukan, sudahnya saya sendiri yang keletihan teramat sangat. bila letih, stress saya pun tinggi dan akhirnya ulcer mulut muncul lagi. ( sakit tau! )

tetapi bukan maksud saya mahu merungut, kerana ini lah lumrah dan kehidupan selagi saya bergelar pelajar. sejujurnya, saya gembira dengan apa yang saya jalani dan lakukan. kerana semua yg saya lalui makin mendewasakan dan mematangkan saya. ( walau ada yang mengatakan saya orang yang manja )

selama sem ini berlangsung, aktiviti saya cukup padat, sebagai ketua untuk PROJEK WARGA anjuran USM di mana showcase nya adalah pada 14 dan 15 mac 2009 membuatkan waktu hujung minggu saya juga padat. mencari bahan, mengkaji dasar sedia ada, mengubal dasar dasar alternatif dan rehearsel presentation benar benar mengajar saya untuk jadi kuat dan tabah untuk menjalani segalanya tanpa menjejaskan prestasi akademik saya.

belum lagi bila ke kampus berjumpa dengan pelajar pelajar dari fakulti IT yang bertanya bila kelab nak bermesyuarat dan apa aktiviti untuk sem ini lagi. makin ligat kepala saya berfikir bila kah masa yg sesuai untuk bermesyuarat. ( saya adalah presiden untuk kelab IT )

apa jua yang saya hadapi, saya harap saya mampu laksanakan dengan jayanya. kerana kesibukan ini lah blog saya ini agak lama tidak terisi. ( tapi bila tengaok blog PROF KAMIL, jeles juga, macam mana lah prof boleh menulis hari hari? ada jer entry, jelez saya sebab masih tak pandai nak uruskan masa. hehe )

Thursday, February 5, 2009

ilmu untuk di kongsi bersama

Tadi pagi kite ada pegi class Ustaz Abdullah Mahmood,

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.

Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi s a w jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor.

Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk dulu. Sebabnya kalu tak wuduk bahaya menanti. Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka, boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit yang susah diubati spt cancer. Seperti ustaz maklumkan sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.

Sampaikan pesanan kapada pasangan kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum.

[terima kasih pada pemilik ~tuahrimbun~ kerana mengizinkan saya berkongsi ilmu]

Wednesday, February 4, 2009

kebosanan

saya adalah kategori orang orang yang tak boleh hanya duduk saja saja
tanpa sebarang aktiviti. kebosanan akan segera hadir. kerana sudah terbiasa dengan segala aktiviti harian yang padat seperti ke kolej, masuk kuliah, siapkan tugasan dan hadiri segala mesyuarat serta aktiviti kolej telah membuatkan saya menjadi bagaikan ibu kucing kehilangan anak. gelisah dan resah tak tahu apa yang mahu di lakukan bila demam melanda.

sejak demam ulcer hampir seminggu yang lalu, saya hanya terperap di rumah,demam yang teruk buat saya terbaring tak bertenaga. nak makan tak boleh, nak bangun cergas cergas sangat pun kepala berdenyut nak pitam. akhirnya hanya laptop dan line tenet saja lah yang menghilangkan keresahan dan kegelisahan saya.

hati rindukan suasana kolej, lagi pula semester baru, baru saja bermula. kelas pertama saya dah dapat hadirkan diri. sedih juga sebenarnya hati, tapi dah Allah turunkan ujian buat saya, maka bersabar lah saya menerima ujian ini.

saya jenis orang yang kurang sangat sangat menonton tv. saya rasa macam tak ada apa yang menarik dengan rancangan di tv sekarang. dari menonton tv baik saya habiskan masa dengan surfing internet. baca berita online, blogging dan layan teman teman di ym. (blog yg mmg hari2 saya baca adalah blog prof kamil, kak roza, hampeh dan yg terbaru blog uncle kassim) jadi sedikit sebanyak kebosanan saya hilang.

harap harap esok saya dah boleh ke kolej dan masuk kelas seperti biasa. rindu sangat dengan dunia kolej dan semangat mahu mengekalkan 3.5 setiap sem masih membara. doakan saya sembuh ye. amin...

Tuesday, February 3, 2009

ulcer mulut

sejak dari bercuti di cameron highland 1 feb 2009
saya mula rasa semacam di tekak. perit dan sakit.
badan pun rasa sakit sakit. bermula dari pecah di lidah ia merebak
hampir di seluruh mulut dan tekak. demam pun bermula...

sudahnya dah hampir 3 hari saya tak boleh nak kunyah nasi atau apa saja makanan yang perlu di kunyah. menelan apa lagi. berair biji mata menahan sakit bila cuba menelan makanan kerana anak tekak saya juga turut terkena ulcer. doktor yang merawat pun terkejut. demam makin lama makin kuat, badan makin hari makin tidak bertenaga kerana tak ada makanan yang masuk kecuali vitagen dan ribena.

sudahnya doktor suruh saya makan ice cream. jadi bila saya lapar, ice cream lah yg saya hadap. mula2 mmg rasa sedap, tp bila lama lama jemu mula terasa. bau masakan buat perut saya berkeroncong kelaparan. tapi mahu menjamah saya tak berani nak tahan sakit yang bakal terasa.

seksa sungguh saya rasa kalau penyakit ulcer nie menyerang, dan saya pula tak tahu apa silapnya, ulcer nie bagaikan cendawan dalam badan saya. hilang seminggu kemudian kena lagi sampai dua minggu. dan kalau kena pula, kalau tak demam bukan ulcer lah namanya tu. dari umur 10 tahun lagi saya dah mula kena penyakit ulcer nie. dah mcm mcm vitamin yg saya telan tapi hasilnya tetap sama. baik seminggu, sakit dua minggu. (ini lah ubat diet semulajadi saya sebenarnya, sbb bila dah kena mmg makan apa pun tak boleh)

doktor kata saya adalah orang orang yang tak boleh panas atau sejuk melampau, tak boleh tidur lewat atau tak tidur walau hanya semalam dan saya tak boleh berada dalam keadaan tertekan atau sedih terlampau. saya sendiri sebenarnya pun tak berapa faham, sebab saya rasa saya biasa2 jer.

saya berharap sangat yang penyakit nie akan hilang secepatnya dari dalam tubuh saya sbb saya dah tak sanggup nak tahan kesakitan tiap kali ia menyerang, dah tak mampu nak biaya kos2 ubat yang tinggi tiap kali ia tiba. (doakan saya ye...)

moga moga Allah dengar apa yang saya inginkan.