Sunday, February 22, 2009

burung dan hujan

lewat petang semalam meronda ronda KL,
lalu depan KWSP buka tingkap kereta
dengar riuh kicau burung nak balik ke sarang
berpusing pusing sekelompok besar di angkasa
seronok juga dengar bunyi burung.

tiba di depan istana negara
hujan turun lebat selebat-lebatnya
pembawa kereta pun berhati hati sebab tak nampak jalan
lalu depan airport sungai besi,
banjir! air naik agak tinggi.
perlahan lahan memandu meredah air dgn berhati hati.

kerana kereta bergerak perlahan
saya nampak 3 4 ekor burung tengah berusaha
mengepak ngepak sayap supaya boleh terbang
betul betul di tengah tengah jalan dengan hujan yang
sangat lebat. kesian saya tengok burung burung tu.
dengan bulu bulu yang dah basah kuyup, di tambah pula
dengan hujan yang lebat, mana mungkin burung tu mampu nak terbang.

saya rasa mungkin burung burung tu dah mati kelemasan atau kesejukan atau mati sebab di lenyek tayar kereta yang meredah air. sebab burung burung tu memang berada di tengah tengah jalan dengan hujan yang lebat dan air yang naik agak tinggi. pelajaran baru yang saya dapat dari apa yang saya nampak semalam, rupa rupanya burung bila hujan lebat sangat, memang mereka kena cepat cepat cari tempat berteduh sebab bila bulu mereka dah basah, mereka tak akan boleh terbang. walau semalam secara bergurau saya katakan "haaa...tulah, main sampai tak ingat dunia, dah tau nak ujan tak reti reti nak balik, kan dah basah, kan dah tak boleh nak terbang" tapi malam nie saya terfikir pula apa lah yang jadi kat burung tu semalam? mati ke hidup?

kalau dulu selalu berangan nak jadi burung sebab boleh terbang bebas ke mana saja, tapi sekarang dah tak mahu dah jadi macam burung lepas tengok apa yang jadi kat burung bila kena hujan lebat.

5 comments:

sirNik said...

salam...

burung, begitu juga kalau diibaratkan kita dengan kehidupan ini

Nur Farina Abdullah said...

salam sirNik

erm... agak kurang mengerti lagi dengan kata2 nik, tapi akan cuba saya fahaminya...
saya budak baru belajar,
kdg2 simbolik ayat masih belum mudah nak di fahami...

sirNik said...

"burung" saya gambarkan secara simbolik dengan manusia.. hujan boleh diibaratkan sebagai ujian dan dugaan yang selalu kita hadapi di dalam maya ini..kadang2 kita diuji..burung dlm posting itu wp masih sukar untuk mengepakkan sayapnya untuk terbang dalam keadaan hujan lebat, namun masih mampu untuk terbang..

terima kasih kerana sudi link dengan blog saya..

wasalam.

~tuah.rimbun~ said...

sungguh menusuk kalbu pengalaman mu...
semakin hari, semakin dalam ku memahami apa itu erti kehidupan...

Nur Farina Abdullah said...

tuah rimbun,
mcm yg selalu kita dengar.
"pengalaman hidup adalah guru yang terbaik"